Naik Taraf Baharu Di FBS: Spread Yang Distabilkan
Akhirnya, musim panas telah tiba dan ini bermaksud keadaan pasaran Forex akan menjadi semakin hangat. Untuk membantu memberi anda segala kelebihan dalam persekitaran yang amat kompettif, FBS berusaha keras untuk menambah baik terma-terma perdagangan dan mewujudkan peluang untuk keuntungan yang lebih tinggi. Dan sekarang, kami teruja untuk mengumumkan tingkat taraf pertama iaitu spread yang lebih ketat! Baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang pembangunan baharu ini.
Apakah itu spread?
Sama ada dagangan anda membawa keuntungan atau tidak, anda masih perlu membayar broker anda untuk akses yang diberikan ke pasaran Forex. Sesetengah broker mengenakan komisen untuk setiap dagangan, manakala broker lain mengenakan caj spread. FBS menawarkan kedua-dua pilihan ini, tetapi penggunaan spread adalah lebih lazim untuk transaksi Forex.
Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang istilah ini, spread adalah perbezaan antara harga semasa anda menjual mata wang (harga Bid) dan harga semasa anda membelinya (harga Ask). Apabila anda membuka suatu urusniaga, harga yang anda lihat sudah dimasukkan spread sekali. Harga Bid sentiasa lebih tinggi daripada harga pasaran, dan harga Ask sentiasa lebih rendah. Perbezaan ini mempengaruhi fi yang anda bayar untuk berdagang di pasaran.
Kebaikan dan keburukan spread
Terdapat pelbagai sebab mengapa majoriti broker telah beralih daripada komisen kepada spread:
- Spread dikenakan sekali untuk setiap dagangan, tidak seperti komisen;
- Oleh kerana spread sudah termasuk dalam harga yang dilihat oleh pedagang, anda tidak perlu membuat pengiraan tambahan untuk melihat sama ada untung daripada dagangan tertentu meliputi perbelanjaan ini;
- Spread tetap akan kekal sama tanpa mengira keadaan pasaran, seterusnya menjadikannya lebih selamat untuk berdagang semasa pasaran mengalami kemeruapan tinggi;
- Spread terapung turun atau naik bersesuaian dengan perubahan tahap penawaran dan permintaan matawang, memastikan ketelusan dan membolehkan anda melihat jumlah yang akan dibayar kepada broker.
Dari segi ini, spread mempunyai kelebihan berbanding komisen kerana pedagang berupaya mengurangkan kos transaksi mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan tertentu bagi pedagang, terutamanya apabila broker mereka menggunakan spread terapung. Spread terapung berkait secara langsung pada minat yang ditunjukkan oleh para pedagang untuk matawang tertentu. Secara umumnya, semakin ramai orang yang berdagang dalam pasaran tertentu, semakin cair pasaran itu. Dan kecairan yang tinggi membawa kepada spread yang lebih rendah. Namun demikian, jika pasaran mempunyai kecairan yang rendah atau mengalami kemeruapan tinggi, spread menjadi lebih lebar dan boleh menjejaskan pendapatan akhir anda.
Mujurlah, FBS telah berusaha keras untuk menangani isu ini.
Jimatkan wang anda dengan spread yang distabilkan!
FBS terkenal kerana menawarkan spread yang amat tipis berbanding broker Forex yang lain. Sungguhpun demikian, kemeruapan pasaran boleh melebarkan spread walaupun untuk spread yang paling tipis, lalu meningkatkan kos urusniaga pedagang kami, terutamanya pada waktu malam.
Seperti biasa, pasukan FBS menyahut cabaran untuk menyelesaikan permasalahan ini dan mencari jalan untuk mengurangkan kemeruapan spread Forex. Dan kini, kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai matlamat ini!
Mulai bulan ini, FBS akan memperkenalkan spread yang lebih stabil dan kurang meruap untuk perdagangan matawang. Dengan naik taraf ini, anda tidak perlu risau tentang spread yang melambung tinggi semasa tempoh aktiviti pasaran yang tinggi. Jika anda lebih gemar berdagang pada waktu pagi atau malam, anda juga mungkin akan menyaksikan spread mengecil sehingga 20–30% pada waktu-waktu sebegitu.
Video di bawah menunjukkan perbezaan antara spread sebelum (kiri) dan selepas (kanan) kemas kini ini.
Seperti yang anda lihat, terdapat perbezaan yang agak ketara dalam julat spread. Sebagai contoh, sebelum ini spread EURUSD turun naik antara 8–10 pip malah ia mungkin meningkat kepada 16 pip pada waktu malam. Sekarang, dengan sistem yang dipertingkat, EURUSD tidak akan melebihi 10 pip melainkan betul-betul perlu.
Perubahan ini sudah pun dilaksanakan untuk pasangan matawang berikut: XAUUSD, EURUSD, GBPUSD, USDJPY, USDCAD, dan USDCHF. Menarik, bukan? Cuba berdagang sekarang dan lihat bagaimana perkembangan baharu ini menambah baik perdagangan anda!
Kesimpulan
Di FBS, kami mengutamakan kepuasan pelanggan kami. Kami akan terus memikirkan cara baharu untuk memperhebatkan pengalaman perdagangan anda. Sementara itu, anda tumpukan sahaja pada matlamat perdagangan anda dan ikuti kami untuk lebih banyak perkembangan baharu!