1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Jalan Menuju Kejayaan: Pedagang FBS Dari Mexico Berkongsi Pengalaman Perdagangannya
2023-05-24 • Dikemaskini

Jalan Menuju Kejayaan: Pedagang FBS Dari Mexico Berkongsi Pengalaman Perdagangannya

1538-02.png

Perjalanan untuk berjaya sememangnya tak mudah, dan Carlos Mario Perez Lopez sangat maklum tentang hal ini. Di sepanjang karier perdagangannya, dia telah mengalami jatuh dan bangun, tetapi ini tidak mematahkan semangatnya, dan kini dia sudah mempunyai rancangan perdagangan yang kukuh dan boleh mendapat pendapatan yang stabil daripada perdagangannya. Dan hari ini, dia berkongsi kisah perjalanan perdagangannya.

Carlos Mario Perez Lopez ialah pedagang profesional berumur 27 tahun dari Mexico yang mempunyai pengalaman berdagang selama beberapa tahun. Dia mula berdagang ketika umurnya kira-kira 20 tahun. Pada awalnya, dia telah mengambil kursus perdagangan dalam talian, dan apabila kursus itu telah tamat, pada masa itulah Carlos mengambil keputusan untuk menjadi pedagang profesional.

1538-01.png

“Ia bukanlah mudah pada awalnya,” kongsi beliau, “dan keluarga saya juga tidak bersetuju dengan keputusan saya ini.”

Tetapi Carlos tetap dengan keputusannya dan telah memulakan langkah pertamanya untuk berjaya dalam perdagangan.

Carlos perlu mempertimbangkan banyak perkara ketika mencari broker perdagangan yang tepat. Carlos bernasib baik (atau memang sudah ditakdirkan), dia telah ternampak iklan FBS di Facebook dan membuat keputusan untuk mengenali broker ini dengan lebih lanjut. Akhirnya, dia telah memilih FBS sebagai rakan niaga pertamanya, tertarik dengan kepantasan pengeluaran, khidmat pelanggan yang profesional, dan bahan pendidikan eksklusif sebagai sebab utama di sebalik keputusannya. Dan selebihnya kini sudah terpahat sebagai sejarah.

Pada mulanya, dia takut-takut untuk mula berdagang dengan wang yang banyak. “Saya biasa berdagang dalam jumlah yang sedikit, mula-mula berdagang secara manual, kemudian saya berdagang secara automatik dengan bantuan expert advisor,” kenang Carlos tentang awal penglibatan beliau. “Nilai keuntungan pertama saya lebih kurang 100 USD, dan saya terus melaburkannya semula dalam akaun MT4 saya.”

Tapi tak semua urusniaga saya berjaya. “Saya juga melakukan kesilapan,” kata Carlos. “Kerugian terbesar saya adalah kira-kira 50,000, dan saya masih menyesal kerana telah mendengar nasihat pelanggan supaya saya mengambil risiko yang lebih tinggi.”

Sejak kali pertama dia bermula, pelbagai pengalaman pahit manis telah ditempuh oleh Carlos, dia pernah untung besar dan juga rugi dengan teruk, tetapi semua pengalaman berharga ini memberikan pengajaran yang bermakna kepadanya. Bahkan, Carlos mempunyai saluran YouTube beliau sendiri, di mana dia memberikan nasihat kepada para pedagang lain.

“Rutin perdagangan saya sangat mudah,” kata Carlos. “Saya berdagang Forex, dan kebanyakan instrumen US30, EURJPY, dan USDCAD. Biasanya saya menonton berita pada hari Ahad dan membuat perancangan perdagangan mingguan. Saya juga menggunakan indikator dan pola untuk membangunkan rancangan perdagangan. Saya bermula dengan sesi New York setiap hari, tetapi saya tidak berdagang secara manual. Saya menggunakan Expert Advisor sekarang, jadi saya hidupkan robot saya dan biarkan ia bekerja. Pendapatan mingguan saya sekarang lebih kurang 1,000 USD

Dan untuk matlamat jangka panjangnya, Carlos berazam untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. “Saya berharap suatu hari nanti saya akan mempunyai dana dan pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan modal yang lebih besar,” kongsinya. Dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

  • 618

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera