Perdagangan Dalam Talian vs. Perdagangan Luar Talian
Apakah perbezaan antara perdagangan dalam talian dan luar talian?
Pada masa kini, siapa pun yang ingin melibatkan diri dalam perdagangan tidak berhadapan dengan persoalan bagaimana sebenarnya untuk berbuat sedemikin. Akses kepada Internet percuma dan pantas tersedia di hampir setiap negara di dunia, dan jumlah pengguna aplikasi perdagangan dalam talian sentiasa meningkat.
Dalam masa yang sama, kita harus ingat tentang pendekatan tradisional untuk berdagang, iaitu perdagangan luar talian. Bagaimana ia berfungsi? Apakah kelebihan perdagangan luar talian? Akhir sekali, pendekatan perdagangan dalam talian atau perdagangan luar talian mana yang lebih disukai – semuanya dalam artikel kami ini.
Apakah itu perdagangan dalam talian?
Perdagangan dalam talian adalah perdagangan melalui Internet.
Pedagang baru biasanya mempunyai dua pendekatan untuk berdagang dalam talian:
- Anda boleh muat turun dan pasang aplikasi perdagangan pada mana-mana peranti. Contohnya, pada telefon bimbit atau komputer riba. Aplikasi berkenaan biasanya ialah MetaTrader atau aplikasi FBS Trader.
- Anda juga boleh menggunakan laman broker tanpa memuat turun aplikasi. Dalam kes ini, sama ada ia bagus atau tidak untuk seseorang pedagang bergantung pada kualiti dan kelajuan laman web broker tersebut. Sebagai contoh, FBS menyediakan akses kepada akaun perdagangan dalam talian dan versi desktop platform perdagangan. Versi ini mudah digunakan dan tidak memerlukan pemasangan tambahan pada peranti mudah alih atau desktop seseorang pedagang.
Kelebihan dan kekurangan perdagangan dalam talian
Kelebihan perdagangan dalam talian, yang tidak dapat dipertikaikan, termasuk:
- Anda boleh memilih pendekatan yang paling sesuai dengan anda.
- Anda boleh berdagang dari mana jua di dunia.
- Anda boleh menggunakan hampir kesemua peranti mudah alih moden.
Walau bagaimanapun, perdagangan dalam talian mempunyai beberapa kekurangan:
- Aplikasi perdagangan menggunakan ruang tambahan dalam telefon anda dan memerlukan kuasa tambahan dari peranti mudah alih anda. Pada saat yang kritikal, ia boleh menjejaskan kualiti perdagangan.
- Isu sambungan Internet boleh menjejaskan perdagangan anda dengan cara yang salah.
Jadi bagaimana jika peranti mudah alih anda tidak tersedia, pembekal perkhidmatan internet anda tiba-tiba gagal menawarkan perkhidmatan berkualiti, dan tiada cara untuk mencapai sokongan teknikalnya? Perdagangan luar talian menjadi penyelamatnya.
Apakah itu perdagangan luar talian?
Perdagangan luar talian ialah sejenis perdagangan yang anda tidak memasukkan sendiri parameter transaksi. Pekerja yang diberi kuasa oleh syarikat broker melakukannya untuk anda. Pedagang memberitahu kakitangan broker parameter-parameter urusniaga yang mahu dibuka.
Seperti dalam kes perdagangan dalam talian, dua pendekatan boleh dilakukan di sini.
- Pesanan untuk beli/jual aset dihantar menggunakan suara melalui telefon.
- Permintaan dikemukakan kepada seorang pedagang yang ada di pejabat.
Seperti yang dinyatakan, pedagang tidak memasukkan parameter perjanjian – mereka hanya memaklumkannya kepada pekerja broker. Oleh itu, pedagang kurang berkemungkinan untuk melakukan kesilapan.
Katakan pekerja broker melakukan kesilapan semasa membuka urusniaga. Dalam kes itu, ia sentiasa boleh dipertikaikan dengan mudah dengan mendengar rakaman perbualan atau dengan mendapatkan salinan dokumen yang ditandatangani.
Kelebihan dan kekurangan perdagangan luar talian
Kelebihan perdagangan luar talian selalunya ialah peluang untuk bercakap dengan pekerja broker dan membincangkan parameter transaksi. Pada dasarnya, pedagang mendapat konsultasi ringkas. Walau bagaimanapun, kami masih mengesyorkan agar anda membuat keputusan bebas pada mulanya dan bukannya berpandukan nasihat orang lain semata-mata.
Kelebihan perdagangan luar talian yang tidak dapat disangkal ialah keupayaan untuk berdagang apabila pedagang tidak dapat mengakses Internet berkelajuan tinggi.
Kelemahan perdagangan luar talian ialah kosnya. Memandangkan broker perlu menggaji orang khas dalam syarikat untuk memberi perundingan dan menerima permohonan daripada pelanggan – ini akan memerlukan bayaran tambahan daripada para pedagang.
Kelemahan kedua ialah komplikasi pengendalian. Apabila pedagang menghantar maklumat dan pekerja broker memasukkan maklumat ke dalam sistem, harga aset boleh berubah dengan ketara. Perdagangan luar talian bukan untuk mereka yang merancang untuk berdagang dengan kerap atau, sebagai contoh, untuk scalping pasaran.
Akhir sekali, masa adalah kelemahan yang ketara dalam perdagangan luar talian. Jika permohonan difailkan di pejabat broker, anda mesti memandu ke sana; jika ia dilakukan melalui telefon, anda mesti menghubungi pekerja terlebih dahulu. Ia tidak begitu mudah dan boleh mengambil masa yang agak lama.
Adakah perdagangan luar talian masih boleh dilakukan?
Tentu sekali. Anda masih boleh berdagang di luar talian. Walau bagaimanapun, hari ini perdagangan luar talian tidak begitu menarik seperti dahulu kerana perdagangan dalam talian adalah perkara baru yang besar pada abad ini.
Perdagangan dalam talian vs luar talian: mana yang lebih baik?
Apabila membandingkan perdagangan dalam talian dan luar talian, anda harus teliti tiga faktor asas: kemudahan, keselamatan dan maklumat masa-nyata.
Mudah
Dari segi kemudahan, perdagangan dalam talian adalah pilihan yang terbaik. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana. Tidak ada pejabat yang perlu anda kunjungi sekali-sekala untuk menghubungi broker anda. Anda juga tidak perlu menghubungi broker anda. Apa yang anda perlukan untuk memastikan perdagangan dalam talian berfungsi ialah aplikasi mudah alih pada telefon pintar anda, atau anda boleh menggunakan komputer riba.
Peragangan dalam talian sangat mudah kerana ia memberi anda sesuatu yang berharga – masa dan keselesaan. Anda berdagang bila dan di mana yang anda mahukan, dan anda boleh menggunakan masa anda dengan cara yang anda perlukan pada masa itu.
Keselamatan
Perdagangan dalam talian adalah pilihan yang lebih selamat. Anda boleh mengawal urus niaga sepenuhnya, jadi risiko menjadi mangsa penipuan adalah minimum.
Dengan perdagangan luar talian, walaupun tidak terlalu kerap, terdapat kes di mana broker melaksanakan dagangan bagi pihak pelanggan mereka tanpa kebenaran. Ini boleh mengakibatkan kerugian besar kepada pelanggan.
Jadi apabila anda berdagang dalam talian, anda mengawal apa yang berlaku pada dagangan anda.
Maklumat masa-nyata
Akhir sekali, perdagangan dalam talian membolehkan anda menerima maklumat pasaran tepat pada masanya. Seperti contoh sebelumnya, anda sentiasa dimaklumkan pada setiap masa jika anda berdagang dalam talian. Jadi sekiranya apa-apa berlaku dalam pasaran atau dagangan anda, anda akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya.
Jika anda memilih broker perdagangan dalam talian yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab, anda akan dapat menikmati perdagangan yang terkawal dengan risiko yang minimum. Walau bagaimanapun, anda harus ingat perkara ini:
Tidak kira apa pun jenis perdagangan yang akhirnya anda pilih, aktiviti tersebut datang dengan risiko kewangan. Jadi untuk melaksanakan dagangan dengan hasil yang terbaik, anda mesti mendidik diri anda sebelum anda meneruskan perdagangan.
Kesimpulan
Jadi apakah jenis perdagangan yang kami cadangkan? Jawapannya jelas: kami mengesyorkan perdagangan dalam talian. Ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang banyak seperti perdagangan luar talian, dan ia menjimatkan lebih banyak masa anda.
Ingat bahawa sumber yang paling kritikal dalam hidup adalah masa dan wang. Jika anda melakukan perdagangan luar talian, bersedialah untuk menggunakan lebih masa dan lebih wang.
Perdagangan dalam talian menawarkan beberapa kelebihan yang tidak dapat disangkal. Walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi jika anda mempunyai akses Internet. Jadi sebelum anda pergi ke tempat yang mungkin tidak mempunyai akses ke rangkaian, pastikan anda telah menutup semua posisi. Jika tidak, melihat akibat daripada kelalaian sedemikian mungkin sangat tidak menyenangkan apabila anda pulang dari perjalanan anda.