1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cashback Rakaniaga: Tawaran Istimewa Untuk Pelanggan IB
2023-08-03 • Dikemaskini

Cashback Rakaniaga: Tawaran Istimewa Untuk Pelanggan IB

1822-rdy (2).png

Cashback Rakaniaga ialah insentif perdagangan yang ditawarkan oleh Rakaniaga FBS kepada pelanggan mereka untuk aktiviti yang telah dijalankan. Dana tambahan ini didepositkan kepada akaun perdagangan pedagang seminggu sekali untuk mengimbangi sebahagian urusniaga yang tidak berjaya dan sebagai ganjaran kepada urusniaga yang berjaya.

Siapakah Rakaniaga FBS?

Rakaniaga FBS, atau Introducing Broker (IB), ialah wakil tempatan yang bekerja dalam kerangka Program Introducing Broker FBS untuk mempromosikan broker dan produknya di wilayah mereka. Dengan menggunakan pautan referral unik mereka, IB memperkenalkan pelanggan baharu kepada syarikat dan menerima bayaran untuk usaha tersebut. Selain daripada menarik pendatang baharu, Rakaniaga FBS juga berfungsi untuk membimbing pelanggan mereka, membantu mereka berkomunikasi dengan FBS, mengadakan acara pendidikan luar dan dalam talian, dsb.

Apakah itu Cashback Rakaniaga?

Cashback Rakaniaga ialah Rebat yang pelanggan terima daripada Rakaniaga mereka. Jadi selepas Rakaniaga menerima komisen mereka, Rakaniaga FBS boleh memulangkan beberapa peratus daripadanya sebagai cashback kepada pelanggan mereka. Ini adalah sebagai tanda terima kasih daripada IB kepada pelanggan mereka.

Cashback ini akan dibayar secara automatik pada setiap hari Isnin, tidak kira sama ada perdagangan anda untung atau rugi. Jadi gunakanlah Cashback Rakaniaga ini untuk menebus semula kerugian anda pada perdagangan seterusnya. Jika perdagangan itu menguntungkan, maka anda dapat menikmati rangsangan tambahan kepada keuntungan anda.

Bagaimana cara mendapatkan Cashback Rakaniaga?

Untuk menerima cashback daripada Rakaniaga mereka, pelanggan IB boleh melakukan langkah berikut:

  • Minta Rakaniaga untuk menetapkan cashback. Rakaniaga boleh menetapkan Rebat pada sebarang kadar mengikut budi bicara mereka.
  • Berikan respon kepada tawaran Rakaniaga melalui pautan yang terkamir di dalamnya peratusan Rebat. Dalam kes ini, amaun cashback akan ditetapkan dan tidak boleh dikurangkan atau dibatalkan.

Apakah yang menentukan saiz Cashback Rakaniaga?

Jumlah Cashback Rakaniaga bergantung pada beberapa faktor:

  • Komisen yang diterima oleh Rakaniaga. Komisen ini berkait secara langsung dengan aktiviti perdagangan pelanggan, seperti volum perdagangan, aset dan jenis akaun mereka.
  • Peratusan yang ditetapkan oleh Rakaniaga. Rakaniaga FBS boleh menetapkan sebarang peratusan yang mereka inginkan seperti 5%, 10%, 20% dan banyak lagi! Malahan ada sesetengah Rakaniaga yang memulangkan sehingga 90% daripada komisen mereka sebagai cashback kepada pelanggan mereka.

Mengapa Rakaniaga berkongsi komisen mereka?

Cashback Rakaniaga ialah situasi menang-menang bagi kedua-dua pedagang dan Rakaniaga.

Rakaniaga FBS boleh menggunakannya untuk menarik pelanggan baharu, mengekalkan pelanggan sedia ada dan menggalakkan mereka untuk berdagang dengan lebih banyak. Ini membawa kepada peningkatan komisen yang diperolehi oleh Rakaniaga, yang boleh meningkat sehingga 4 kali ganda secara purata. Jadi, bergantung pada kawasan, dengan hanya rebat 5-10%, IB boleh meningkatkan komisen mereka sehingga jumlah maksimum 9 kali ganda.

Hasilnya, peningkatan komisen yang diperoleh Rakaniaga membolehkan mereka menawarkan lebih banyak cashback kepada pedagang. Oleh itu, dengan menerima dana tambahan untuk operasi mereka, pedagang akan mendapat pampasan untuk kerugian dan meningkatkan pendapatan daripada urusniaga yang berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keberkesanan rebat, lihat tinjauan dalam artikel Rebat: Alat Pengekalan Pelanggan Yang Sempurna kami.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika anda ingin memperoleh pendapatan yang lebih banyak semasa berdagang, manfaatkan Cashback Rakaniaga. Libatkan diri dengan tawaran Rakaniaga anda, mulakan perdagangan dan nikmati faedah Cashback Rakaniaga setiap minggu.

Pergi lebih jauh dan dapatkan ganjaran yang banyak dalam Program Kesetiaan eksklusif FBS. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Soalan Lazim

Adakah Rebat dan Cashback Rakaniaga itu perkara yang sama?

Secara teknikalnya ya, Rebat dan Cashback Rakaniaga adalah perkara yang sama. Ia adalah wang yang pelanggan perolehi daripada Rakaniaga untuk aktiviti perdagangan mereka. Di FBS, Rebat juga merupakan nama servis yang Rakaniaga gunakan untuk menetapkan Cashback Rakaniaga mereka.

Bolehkah Rakaniaga membatalkan atau mengurangkan saiz Cashback Rakaniaga?

Jika Cashback Rakaniaga ditetapkan dengan tawaran terjamin yang terkamir dalam pautan referral, maka Rakaniaga tidak boleh membatalkan atau mengurangkan saiz Cashback Rakaniaga. Dalam kes ini, jumlah cashback hanya boleh ditingkatkan, tetapi ia tidak boleh dilaras kepada nilai yang kurang daripada peratusan terjamin yang telah ditawarkan. Dalam kes yang lain, Rebat ditetapkan oleh Rakaniaga mengikut budi bicara mereka.

Mengapakah broker membayar komisen kepada Rakaniaganya?

FBS membayar komisen kepada Rakaniaganya untuk menarik pelanggan baharu kepada syarikat dan mendorong mereka untuk berdagang. Ini membantu mengembangkan pangkalan data pelanggan broker, dan lebih ramai pelanggan berdagang, lebih banyak komisen yang akan diterima oleh Rakaniaga.

Apakah itu Program IB?

Program Introducing Broker (IB) FBS adalah program referral yang membolehkan anda meraih antara kadar komisen yang tertinggi di pasaran dengan menarik pelanggan ke FBS. Lebih banyak mereka berdagang, lebih banyak komisen yang anda dapat. Ini mungkin cara yang terbaik untuk memulakan bisnes anda sendiri dan menjana pendapatan yang stabil.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan saya mula menerima komisen daripada pelanggan?

Untuk mula menerima komisen daripada FBS, anda perlu menjadi Rakaniaga FBS dan menarik pelanggan. Untuk mendaftar sebagai IB, anda perlu melawat halaman Program Introducing Broker FBS di laman web rasmi dan klik/ketik pada butang Buka akaun Rakaniaga. Untuk menarik pelanggan baharu, anda boleh memperkenalkan FBS dan perkhidmatannya di rangkaian sosial, mengadakan webinar pendidikan perdagangan, membuka pejabat dan menawarkan Cashback Rakaniaga untuk membayar balik kerugian pelanggan dan memberi ganjaran kepada pedagang yang berjaya.

Bagaimana cara untuk peroleh sehingga 43% daripada spread?

Pertama sekali, anda perlu mendaftarkan diri sebagai seorang Rakaniaga FBS. Setelah anda membuka akaun Rakaniaga, ajak rakan anda menjadi pelanggan FBS dengan berkongsi pautan referral anda. Apabila rakan anda mula berdagang, anda akan menerima komisen. Untuk meraih 43% daripada spread, anda perlu menarik bilangan pelanggan yang besar atau fokus pada beberapa pelanggan yang bernilai tinggi.

Berapa banyakkah komisen Rakaniaga?

FBS menawarkan salah satu komisen yang tertinggi di pasaran untuk Rakaniaga mereka, sehingga 43% daripada spread. Komisen ini dibayar untuk setiap urusniaga dagangan tanpa pengecualian, seperti bilangan minimum pelanggan, lot didagangkan, atau pip.

  • 906

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera