1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pempelbagaian Portfolio: Apakah Manfaatnya Untuk Pedagang Forex?
2023-06-02 • Dikemaskini

Pempelbagaian Portfolio: Apakah Manfaatnya Untuk Pedagang Forex?

cover.png

Kumpulkan seberapa banyak telur yang anda mahu, tapi jangan masukkan semuanya dalam satu bakul – prinsip asas seorang pedagang yang bijak. Perdagangan adalah jalan yang besar dengan selekoh-selekoh yang tajam dan berbonggol-bonggol. Itulah sebabnya pedagang harus mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelbagai strategi dan kaedah yang berbeza untuk melindungi diri mereka dan mengurangkan risiko.

Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan pempelbagaian dalam perdagangan Forex, mengajar anda cara untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan anda, dan menjawab beberapa soalan-soalan yang popular.

Apa itu Pempelbagaian dalam Perdagangan Forex?

Pempelbagaian bermaksud mengagihkan dana ke pelbagai instrumen kewangan atau pasaran pelaburan. Konsep pempelbagaian adalah penting dalam perdagangan Forex. Dengan mempelbagaikan portfolio matawang, pedagang meminimumkan risiko kerugian dan menyediakan suatu asas untuk kestabilan. Dalam perdagangan Forex, pempelbagaian berkait dengan pelbagai aktiviti perdagangan yang berbeza: dari melabur dalam lebih daripada satu pasangan matawang kepada menugaskan pengurusan portfolio kepada pedagang lain. Proses pempelbagaian bertujuan untuk mengimbangi potensi kerugian pedagang dengan prospek keuntungan.

ddl_3_basket_with_gold_eggs_and_coins_at_the_center_more_eggs_a_b8dff136-f867-48fe-abc5-aa41698ba06b (1).png

Sebagai satu peraturan, portfolio yang dipelbagaikan termasuk aset-aset berisiko tinggi dan berisiko rendah. Selalunya, pedagang amatur berfikir yang mereka akan mencapai keuntungan besar dengan hanya meletakkan dana mereka ke pelbagai aset untuk mengelakkan risiko. Walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan cara ini jika portfolio anda terdiri daripada pelaburan yang berisiko tinggi. Seperti semua pasaran yang lain, pasaran Forex agak meruap. Setiap pasangan matawang mempunyai dinamik yang bergantung pada situasi yang berbeza. Sebagai contoh, pasangan matawang yang paling meruap bergerak lebih daripada 70-80 pip setiap hari. Pasangan-pasangan tersebut ialah GBP/NZD, GBP/AUD, GBP/CAD, GBP/JPY, EUR/NZD, EUR/CAD, EUR/AUD, dan EUR/JPY, dengan purata kemeruapan harian melebihi seratus poin! Pada masa yang sama, pasangan matawang yang paling rendah kemeruapannya termasuklah Franc Swiss yang sering dianggap sebagai matawang perlindungan. Di sini ia adalah USD/CHF, EUR/CHF, AUD/CHF.

Pasaran Forex ialah suatu sistem berbilang aspek di mana anda harus membuka mata anda besar-besar pada setiap masa dan menggunakan portfolio perdagangan anda secara munasabah. Di sinilah mekanisme pempelbagaian memainkan peranannya.

Bagaimana untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan Forex anda?

Bahagi-bahagikan dana anda

Pempelbagaian portfolio perdagangan harus bermula dengan pengagihan wang anda secara berhemat. Dalam Forex, pedagang yang berpengalaman lebih suka menggunakan prinsip Pareto (peraturan 80/20) bagi pengagihan dana. Menurut Pareto, hanya 20% daripada tindakan membawakan 80% daripada akibatnya. Dalam pempelbagaian risiko, pedagang melaburkan 20% daripada modal dalam matawang yang sangat meruap sambil turut meletakkan 80% yang lain dalam pelaburan yang kurang meruap atau menyimpannya dalam bentuk tunai. Oleh itu, 20% daripada dana seseorang mungkin menyediakan 80% daripada pertumbuhan portfolio atau sebaliknya 80% daripada kerugian.

Melabur dalam pelbagai pasangan matawang yang berbeza

Seperti yang telah kami nyatakan, kesemua pasangan matawang mempunyai kemeruapan dan tahap risiko tersendiri. Sesetengah pasangan matawang bergerak lebih daripada seratus poin dalam sehari, manakala bagi yang lain, ia mengambil masa seminggu. Dalam kes turun naik kadar pertukaran matawang yang tinggi dan cepat, perdagangan adalah lebih berkesan dan menguntungkan tetapi, pada masa yang sama, rumit. Untuk mengimbangi antara naik dan turun yang boleh berlaku, kami syorkan agar anda melabur dalam sekurang-kurangnya dua pasangan matawang di mana satu pasangan yang sangat meruap manakala yang satu lagi agak stabil sepanjang masa. Apa-apapun, jangan tergesa-gesa! Beralih kepada perdagangan dengan beberapa pasangan matawang adalah sesuai apabila anda berjaya dengan salah satunya.

Ubah masa berdagang

Adalah penting untuk diingat bahawa Forex ialah pasaran yang tidak pernah berehat dan beroperasi sepanjang masa. Aktiviti harian dalam Forex terbahagi kepada empat sesi: Asia, Eropah, Amerika dan Pasifik. Jadual kerja sedemikian membolehkan para peserta membuka dan menutup urusniaga mereka siang dan malam. Lazimnya, pedagang berpegang pada masa bekerja yang ditetapkan, yang kadangkala perlu diperbetulkan. Bergantung pada masa, matawang juga mempunyai sifat yang berbeza. Jadi, bereksperimen dengan masa berdagang boleh membuka pintu baharu untuk anda.

Ikuti berita harian

Untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan Forex, pedagang harus memberi perhatian yang cukup kepada situasi dunia semasa. Perubahan ekonomi atau peristiwa geopolitik boleh menyebabkan pergerakan pasaran yang tidak dijangka dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap keputusan anda.

Gunakan strategi perdagangan yang berbeza

Campuran beberapa strategi perdagangan yang berbeza adalah asas untuk pempelbagaian risiko yang kukuh. Pelajari gaya perdagangan yang berbeza, dan bereksperimen dengan rangka masa transaksi. Sebagai contoh, adakalanya ianya lebih efektif jika pedagang memindahkan sebahagian daripada aset perdagangan ke bawah pengurusan pedagang yang lain. Tidak kiralah apa pengalaman dan kemahiran mereka, semua pedagang melalui tempoh kerugian dan keuntungan, jadi mempunyai lebih daripada seorang pedagang akan mengurangkan kemeruapan portfolio perdagangan anda.

ddl_green_sports_on_the_financial_charts_coins_sca_9efc3d51-e40e-457b-9854-2a2e5cc0d6ea_copy_3 (1).png

Bagaimanakah para pedagang boleh mendapat manfaat daripada pempelbagaian portfolio mereka?

Matlamat pempelbagaian dalam perdagangan matawang adalah untuk mengimbangi portfolio anda daripada keuntungan dan kerugian prospektif. Pempelbagaian portfolio perdagangan Forex membolehkan pedagang mengurangkan risiko dan bertahan apabila kemeruapan pasaran sedang kuat. Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci tentang beberapa kelebihan pempelbagaian!

Kemeruapan pasaran yang dihindari

Tidak dinafikan lagi, teknik pempelbagaian mengurangkan pengaruh kemeruapan pasaran ke atas perdagangan anda, kerana sesetengah pelaburan akan memberikan keuntungan manakala yang lain – kerugian. Strategi kepelbagaian membolehkan pedagang mengekalkan portfolio perdagangan mereka dalam keseimbangan dan dapat bertahan menghadapi perubahan ekonomi.

Kestabilan emosi

Bukanlah rahsia bahawa semua orang akan kecewa apabila kehilangan dana mereka. Bagi para pedagang yang sudah biasa memantau posisi mereka setiap saat, adalah sangat penting untuk menghindari emosi yang berlebihan. Strategi pempelbagaian, seterusnya, membolehkan pedagang mengurangkan emosi mereka dan berasa agak selamat.

Pengurusan risiko

Pempelbagaian ialah alat strategi pengurusan risiko yang berkesan yang membantu meminimumkan impak mana-mana satu pelaburan ke atas keseluruhan portfolio. Mengekalkan banyak posisi yang dibuka pada masa yang sama boleh menghalang penurunan nilai pelaburan anda sekaligus.

Kadar keuntungan ditingkatkan

Matlamat utama pedagang Forex adalah untuk membesarkan dana mereka. Oleh itu, pempelbagaian portfolio perdagangan Forex anda biasanya melibatkan keuntungan yang lebih tinggi. Dengan melabur dalam pasangan matawang yang berbeza, pedagang meningkatkan peluang mereka untuk meraih manfaat. Pertumbuhan modal boleh berlaku jika satu pasangan matawang mengalami kerugian, tetapi pasangan yang satu lagi mengimbangi kerugian tersebut dan meningkatkan keuntungan yang akhir.

Berdagang dalam berbilang pasaran

Pempelbagaian membolehkan anda memasuki pelbagai pasaran dengan melabur dalam matawang yang berbeza. Pelaburan yang pelbagai ini mendedahkan pedagang kepada sistem ekonomi dan politik yang berbeza di mana mereka boleh mencapai tahap yang lebih tinggi.

Petua terbaik untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan Forex anda

Khas untuk anda, kami menyediakan beberapa petua yang akan membantu anda mempelbagaikan portfolio perdagangan Forex.

  • Sebelum melabur dalam matawang tertentu, periksa keseluruhan persekitaran: daripada inflasi kepada geopolitik di negara yang sama.
  • Pastikan portfolio anda kecil dengan melabur dalam bilangan matawang yang terhad kerana ini akan menyumbang kepada analisis pasaran yang lebih tepat.
  • Tutup posisi sebaik sahaja anda mencapai matlamat anda, kerana berdagang setelah melepasi aras ambilan untung boleh menjerumuskan anda ke dalam kancah kerugian.
  • Atasi saiz lot hanya jika anda boleh menanggung kemungkinan kerugian yang sepadan.
  • Sentiasa perhatikan situasi pasaran semasa untuk mengurangkan risiko kerugian jika semua pasangan matawang yang anda miliki berada dalam posisi kritikal.

Manfaat pempelbagaian dalam perdagangan Forex: Ringkasan

Ia seperti ubat tahan sakit! Pempelbagaian ialah strategi berkesan dalam perdagangan Forex yang membantu seseorang pedagang untuk bertahan dalam keadaan kemeruapan pasaran yang tinggi. Dengan mempelbagaikan pelaburan, pedagang mengurangkan risiko kerugian dan meningkatkan prestasi portfolio jangka panjang. Teknik ini juga boleh meningkatkan kestabilan emosi anda, mengembangkan pengalaman anda dan membantu anda mencapai tahap yang tinggi.

Panduan dan syor-syor kami juga akan membantu anda. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.

SOALAN LAZIM

Apa itu pempelbagaian dalam perdagangan?

Pempelbagaian ialah strategi membahagi-bahagikan dana pedagang antara pelaburan yang berbeza untuk mengurangkan risiko kerugian dan mengimbangi portfolio perdagangan.

Apakah strategi yang terbaik untuk berdagang Forex?

Secara amnya, terdapat sejumlah besar strategi perdagangan yang baik yang dicipta oleh pedagang yang berbeza untuk membantu anda berjaya dalam perdagangan Forex. Walau bagaimanapun, setiap pedagang mempunyai gaya perdagangan tersendiri – dia perlu mencari strategi perdagangan terbaik yang memenuhi keutamaan dan toleransi risikonya.

Apakah kelebihan pempelbagaian?

Dengan mempelbagaikan pelaburan, pedagang mengurangkan risiko kerugian, meningkatkan kecekapan portfolio dalam jangka panjang dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan ganjaran.

  • 733

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera