1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Perdagangan saham yang menguntungkan: panduan bagi mereka yang masih ragu-ragu
2024-06-11 • Dikemaskini

Perdagangan saham yang menguntungkan: panduan bagi mereka yang masih ragu-ragu

GM-4950 Profitable stock trading2.jpg

Semua orang di sekeliling anda bercakap tentang pelaburan dan perdagangan saham, dan anda masih tidak pasti sama ada anda perlu bermula? Sebenarnya, anda cuma belum menemui broker yang betul! FBS mempunyai semua alat yang diperlukan untuk memudahkan tugas ini dan menyediakan pedagang dengan keuntungan yang stabil, semuanya di satu tempat.

Memilih strategi

Tanpa strategi perdagangan hanyalah permainan nasib, demi adrenalin, bukan keuntungan. Oleh itu, kepentingan strategi perdagangan tidak boleh diremehkan.

Perdagangan di pasaran saham melibatkan risiko yang tinggi. Oleh itu, tugas nombor satu bagi setiap pedagang adalah melindungi modalnya. Strategi kerja adalah langkah pertama, Ia adalah satu set matlamat, kaedah untuk mencapainya, dan alat yang digunakan, yang sudah ditetapkan terlebih dahulu. Sebarang strategi haruslah berlandaskan penyelidikan analitikal pasaran, peraturan pembukaan dan penutupan urusniaga, syarat-syarat untuk mengekalkan posisi, prinsip-prinsip risiko, dan pengurusan modal. Untuk menyelidiki topik ini dengan lebih mendalam, kaji statistik dan sebut harga saham pada waktu pagi, pantau carta pada siang hari dan jejaki acara-acara ekonomi yang mempengaruhi saham yang didagangkan di kalendar perolehan.

GM-4950 Profitable stock trading внутр 1.jpg

Menemukan strategi anda sendiri adalah cabaran peribadi untuk setiap pedagang. Walau bagaimanapun, jangan acuh tak acuh tentang alatan yang boleh memudahkan tugas anda, seperti webinar pendidikan daripada pakar FBS terkemuka.

Memilih saham untuk didagangkan

Sebagai permulaan, anda boleh memilih industri yang akan menjadi fokus pelaburan anda: IT, kewangan, minyak dan gas, dsb. Jika anda sudah mula membina portfolio pelaburan, lebih baik memilih beberapa sektor berbanding mengharapkan pada hanya satu. Dengan cara itu anda boleh melindungi pelaburan anda jika berlaku masalah pada mana-mana satu sektor. Seterusnya, anda perlu menilai banyak syarikat berdasarkan kriteria yang berbeza dan memilih yang mana di antara mereka yang lebih baik, lebih berpotensi dan lebih sesuai dengan sasaran anda.

Daripada menilai sendiri syarikat berdasarkan banyak parameter, dapatkan penilaian pasaran dari golongan profesional. Pakar kewangan FBS akan membantu anda memilih saham yang terbaik untuk didagangkan pada bulan ini, berdasarkan analisis dinamik saham yang teliti dan menyeluruh.

Mula berdagang

Jika anda masih tidak pasti bagaimana untuk bermula dalam perdagangan saham, anda memerlukan platform perdagangan yang akan menjadi perantara anda untuk mengakses bursa dan membimbing anda membuat keputusan membeli dan menjual anda sendiri.

GM-4950 Profitable stock trading внутр 2.jpg

FBS membantu anda mencapai matlamat dengan lebih mudah, anda hanya perlu melakukan langkah-langkah mudah berikut:

  • Muat turun aplikasi FBS Trader ke telefon bimbit anda agar boleh melihat carta pada bila-bila masa dan MetaTrader 5 di komputer peribadi anda untuk analisis teknikal yang lebih rumit.
  • Buka pesanan beli atau jual, bergantung pada unjuran ramalan anda. Yang bagusnya untuk pedagang FBS, mereka boleh berdagang saham secara dua hala iaitu dengan urusniaga jual dan beli. Oleh itu, para pedagang berpeluang untuk meraih keuntungan tidak kira apa yang sedang berlaku! Jika anda percaya harga berpotensi meningkat, buka pesanan beli. Jika tidak, jika anda fikir harga mungkin akan turun, buka pesanan jual.
  • Pantau perdagangan anda.

Perdagangan saham sebahagian besarnya bergantung kepada pedagang itu sendiri, kesediaan anda untuk belajar, dan menumpukan banyak masa untuk kerja anda. Walau bagaimanapun, dengan kegigihan, ketekunan, dan sudah tentu dengan bantuan FBS, anda akan dapat menjana pendapatan yang stabil.

Baca lebih lanjut

  • 2757

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera