1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Sedia, berdagang, untung! Membongkar rahsia dan tips berdagang secara berkumpulan untuk FBS League
2024-03-04 • Dikemaskini

Sedia, berdagang, untung! Membongkar rahsia dan tips berdagang secara berkumpulan untuk FBS League

FBS League-01.png

Dalam perdagangan, sama seperti di dalam sukan, sentiasa ada resepi untuk kejayaan. Setiap peniaga yang sudah berjaya pasti tahu berapa banyak usaha dan idea telah dicurahkan untuk meraih kesenangan beliau sekarang. Yang pasti, ramuan utama dalam resipi kejayaan sentiasa berbeza-beza. Mustahil kita boleh meraih pencapaian yang sama tinggi dengan orang lain dengan meniru mereka.

Berita baik: kejayaan adalah sesuatu yang boleh anda persiapkan dan kekalkan. Di dalam menu hari ini: koktel yang sempurna untuk menang dalam perdagangan secara berpasukan di FBS League. Goncang, kacau, dan campurkan mengikut nisbah anda; hasilnya akan datang!

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

"Satu-satunya jalan untuk menang adalah sebagai satu pasukan. Bola sepak bukan tentang satu atau dua atau tiga pemain bintang." Pelé

Salah satu rahsianya adalah orang yang berdiri di belakang. Rakan sepasukan yang menjaringkan gol kemenangan di minit-minit terakhir permainan. Orang-orang yang menyimpan harapan yang sama seperti anda: untuk mencapai yang terbaik. Perdagangan berpasukan adalah mengenai kesediaan untuk membantu pasukan mencapai matlamat utama, bukan hanya prestasi individu mana-mana ahli pasukan. Semua kemahiran yang anda ada digabungkan dengan paduan semangan berpasukan dan strategi adalah perkara terbaik yang anda boleh punyai untuk cuba meraih ganjaran besar di dalam FBS League.

Untuk hasil yang luar biasa, anda perlu rasai semangat berpasukan itu. Sekiranya anda seorang ketua pasukan, rekrut mereka yang berkongsi pandangan yang serupa dengan anda untuk mewujudkan suasana yang ngam dan mengelakkan perbalahan yang tidak perlu. Sekiranya anda ahli pasukan, cari pasukan yang mengalu-alukan anda dan membolehkan anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri anda.

Semangat untuk belajar perkara baru adalah segala-segalanya

 “Jangan bercita-cita untuk menjadi yang terbaik di dalam pasukan. Cubalah untuk menjadi yang terbaik untuk pasukan.” Brian Tracy

FBS League-02.png

Salah satu petua yang paling utama untuk perdagangan berpasukan adalah jangan berhenti dari mempelajari perkara-perkara baru. Perdagangan adalah bidang yang selalu berubah, di mana kesudahan untuk sesuatu perkara itu sukar untuk diramalkan. Semakin banyak yang anda tahu, anda semakin siap untuk hadapi apa jua yang akan mendatang. Dengan meluangkan masa untuk mendidik diri sendiri, anda boleh menjadi pakar. Buka pintu-pintu peluang yang baru, kongsikan ilmu pengetahuan anda, bawa masuk sesuatu yang baru, dan rakan sepasukan anda akan berterima kasih untuk semua itu.

Ini tidak bermakna anda perlu menyerap semua maklumat yang anda terima. Pilih sumber yang dipercayai, boleh diandalkan, dan berkredibiliti seperti yang dimiliki oleh FBS. Selama hampir 12 tahun, kami telah mendidik para pedagang dan membina pustaka ilmu dan petua mengenai perdagangan. Anda boleh kongsikannya dengan rakan-rakan sepasukan dan bincangkan apa yang boleh digunakan untuk strategi anda.

Pastikan semua orang tahu apa perlu diketahui tentang peraduan ini

 “Anda perlu mengarifkan diri dengan peraturan permainan ini. Kemudian anda harus bermain dengan lebih baik dari orang lain.” Albert Einstein

FBS League-03.png

Apalah sukan jika bukan kerana peraturannya? Mungkin ia akan kelihatan seperti perang atau sekurang-kurangnya seperti satu pergaduhan. Sama di sini: setiap promo mempunyai peraturan yang harus dipatuhi oleh para peserta. Seperkara lagi, agar pasukan anda boleh berfungsi dengan sepenuh potensi, anda perlu tahu bagaimana kalian boleh memerah manfaat dari pertandingan ini semaksimum mungkin. Walaupun anda salahs seorang dari kru pedagang, bukan sebagai ketua, anda boleh membantu rakan sepasukan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini.

Untuk membaca lebih terperinci tentang terma dan syarat FBS League lawati laman ini.

Ingat: siapa yang menguasai maklumat, dialah yang menguasai keadaan!

Baca lebih lanjut

  • 2570

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera