1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Rebat: Alat Pengekalan Pelanggan yang Sempurna
2023-05-19 • Dikemaskini

Rebat: Alat Pengekalan Pelanggan yang Sempurna

CREATIVE-377 Rebate_1200x675_1_cover.png

Program IB (Introducing Broker) FBS dilengkapi dengan beberapa ciri yang berguna. Rakaniaga mendapat bahan pendidikan dan khidmat pelanggan yang pantas serta pelbagai alat pengoptimuman dan penjanaan keuntungan. Antara alat tersebut adalah Rebat.

Automatik dan telus, sudah pasti Rebat adalah salah satu ciri paling mengagumkan yang disediakan oleh FBS untuk rakaniaganya. Sebagai alat pengekalan pelanggan, Rebat membolehkan Rakaniaga IB FBS membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan sedia ada mereka, menarik pelanggan baharu dan memotivasikan mereka, pada masa yang sama meningkatkan pendapatan mereka.

Apa itu Rebat?

Konsep di sebalik Rebat agak mudah. Ringkasnya, rebat hanyalah perkataan lain untuk ganjaran, sebagai tanda terima kasih daripada Rakaniaga IB kepada pelanggan mereka.

Fungsinya seperti ini: Rakaniaga IB memilih peratusan tertentu daripada komisen yang mereka terima daripada perdagangan pelanggan mereka’ dan kemudian memberikan semula jumlah dana yang dipilih itu kepada pelanggan. Dalam erti kata lain, Rakaniaga berkongsi sedikit daripada jumlah komisen dengan pelanggan’ sebagai token terima kasih bagi perdagangan pelanggan yang berjaya.

CREATIVE-377 Rebate_1200x675_2.png

Rakaniaga IB boleh memutuskan berapa banyak komisen yang akan dikembalikan kepada pelanggan dan pelanggan yang mana layak menerima rebat tersebut. Rakaniaga FBS boleh menetapkan sendiri sebarang peratusan rebat atau memilih salah satu dari empat pilihan peratusan yang ditawarkan di dalam Laman Rakaniaga – 5%, 10%, 20%, atau 30% dari komisen.

Rakaniaga IB boleh menggunakan rebat untuk menarik pelanggan dengan bahan-bahan promosi di dalam seksyen bahan pengiklanan. Pilih peratusan rebat yang anda bersedia untuk kongsikan dan muat turun bahan-bahan kreatif yang bersesuaian.

Saiz rebat untuk pelanggan adalah dijamin dan boleh dinaikkan pada bila-bila masa. Justeru, dengan memberikan galakan kepada pelanggan yang berjaya, Rakaniaga IB boleh menaikkan lagi saiz rebat, membolehkan pelanggan tersebut menerima peratusan yang lebih besar daripada komisen. Justeru, sentiasa ada ruang untuk memperluaskan lagi pengalaman perdagangan. Rebat dibayar pada setiap hari Isnin secara automatik.

Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda dapat? Tepat sekali!

Jadi, nampaknya Rebat adalah ciri yang sangat hebat untuk pelanggan FBS yang menceburi perdagangan melalui pautan rujukan. Mereka akan tersambung dengan Rakaniaga IB, berdagang dan mengumpul komisen. Jika Rakaniaga cukup baik hati, mereka mungkin mahu berkongsi sedikit komisen tersebut dengan pelanggan mereka. 

Itu sangat jelas. Tapi apa kebaikannya kepada Rakaniaga IB itu sendiri?

Perkara ini mungkin dibantah oleh sesetengah orang: “Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat dengan memberi semula sebahagian daripada pendapatan saya? Lagipun, saya ingin mendapatkan keuntungan, bukannya ingin mengkongsikannya. Kata-kata ini kedengaran munasabah. Namun ia tidaklah begitu – rebat sebenarnya boleh memberi manfaat kepada Rakaniaga IB di mana ia mampu mendatangkan lebih banyak wang.

Inilah yang dimaksudkan dengan “motivasi”.

Sebagai rakaniaga IB, apabila anda berkongsi sedikit komisen yang anda dapat daripada perdagangan pelanggan anda’, anda melakukan sesuatu yang lebih daripada sekadar berkata“terima kasih”. Ini lebih dari sekadar menunjukkan kepada pelanggan anda bahawa anda’ kagum dengan hasil mereka atau bersyukur kerana mereka masih bersama anda. 

Lebih penting lagi, anda memotivasikan mereka untuk terus maju. Semakin lama mereka berdagang bersama anda dan semakin banyak mereka berdagang, semakin besar komisen yang anda dapat. Oleh itu, tidak keterlaluan jika kita katakan rebat adalah pelaburan jangka panjang. 

Dengan sedikit pelarasan di Laman Rakaniaga anda, anda mencipta mekanisme untuk membuatkan pelanggan anda kekal bersama anda dan berdagang lebih lama, yang akhirnya membawa anda lebih banyak pendapatan.

Akhir sekali, satu lagi faedah ciri Rebat adalah ia membantu anda menarik pelanggan baharu. Semasa anda membangunkan reputasi anda sebagai Rakaniaga IB yang murah hati untuk bekerjasama, lebih ramai pedagang akan datang kepada anda. Pembayaran rebat adalah kaedah yang paling sesuai untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan kelebihan-kelebihan broker yang anda gunakan untuk berdagang berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang lain.

Rebat berkesan! Sudah terbukti secara statistik 

Rebat sememangnya merupakan alat pengekalan pelanggan dan penjana pendapatan yang sangat mudah dan telah terbukti berkesan. Tetapi anda tidak perlu percaya kata-kata kami bulat-bulat. Lihatlah angka-angka berikut.

Menurut tinjauan statistik kami, secara purata, menggunakan Rebat dapat meningkatkan komisen rakaniaga sebanyak 4 kali ganda. Sudah tentu, statistik berbeza-beza mengikut kawasan. Sebagai contoh, rakaniaga di Amerika Latin dan Afrika boleh menggandakan komisen mereka sebanyak 8-9 kali ganda. Rakaniaga dari kawasan lain mendapat pertumbuhan komisen sebanyak tiga kali ganda.

CREATIVE-377 Rebate_1200x675_3.png

Mengenai statistik pelanggan baharu, Rebat membantu menggandakan bilangan mereka sebanyak maksimum 4 kali ganda di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu hasil yang tertinggi setakat ini.

Jumlah pengekalan pelanggan adalah hampir sama untuk semua kawasan operasi Rakaniaga IB FBS – pembayaran rebat secara tetap membantu meningkatkan bilangan pelanggan aktif.

Jadi, bergantung pada kawasan anda, dengan hanya rebat 5-10%, anda boleh meningkatkan komisen anda sehingga jumlah maksimum 9 kali ganda. Ini maklumat yang harus dipertimbangkan.

Cubalah Rebat sekarang jika anda masih belum mencubanya. Ia semudah 1-2-3: pilih akaun pelanggan, tetapkan peratusan yang anda sedia untuk kongsikan, dan klik OK. Sekarang, pelanggan anda yang paling bertuah akan menerima bayaran pada setiap minggu.

  • 6221

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera