1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pelaburan Tanpa Risiko dan Pelaburan Berisiko Rendah
2023-04-03 • Dikemaskini

Pelaburan Tanpa Risiko dan Pelaburan Berisiko Rendah

TRFNEW-1562 Low-Risk Investments.png

Setiap pelabur mengimpi-impikan pelaburan yang membawa pulangan yang besar. Walau bagaimanapun, seringkali kehidupan ini menuntut pelabur membuat pilihan: pelaburan yang berisiko tinggi dengan pulangan yang lebih tinggi atau pelaburan tanpa risiko dengan pulangan yang lebih kecil.

Sebenarnya, pelaburan berisiko rendah boleh memberikan keuntungan yang cukup baik. Hari ini kita akan meneroka cara untuk membuat pelaburan berisiko rendah yang sedemikian dan membuat agar ia memenuhi kehendak anda.

Apakah itu pelaburan tanpa risiko?

Jika kami cuba memberikannya satu takrifan, kami akan mengatakan bahawa pelaburan tanpa risiko adalah sejenis pelaburan yang anda tahu dengan pasti pulangan yang akan diperolehi. Sebagai contoh, anda membeli sekuriti dan amat yakin dengan penerbitnya, dan percaya ia akan berjaya dalam tahun-tahun terdekat.

Tetapi jujurlah: pelaburan tanpa risiko sangat tidak mungkin ditemui. Begitulah yang namanya realiti, di mana semua pelaburan hadir dengan tahap risiko yang tertentu lantaran dari ketidakpastian. Pasaran pasti bergerak, bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia ini dan keputusan ekonomi atau politik. Yang mana, adakalanya, benar-benar tidak dapat diramalkan. Selain itu, sesuatu perkara yang tidak dijangka oleh sesiapa juga boleh terjadi, seperti yang berlaku dengan pandemik COVID-19.

Lebih-lebih lagi, walaupun ia wujud, pelaburan tanpa risiko juga tertakluk kepada inflasi, dan ini satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan.

Memahami risiko

TRFNEW-1562 Low-Risk Investments__2.png

Jangan bimbang! Daripada mengharapkan pelaburan yang bebas dari risiko sepenuhnya, anda boleh memilih pelaburan yang berisiko rendah dan meraih lebih banyak manfaat daripadanya.

Risiko bukanlah sesuatu yang perlu anda takuti. Ingat bahawa dalam perdagangan dan pelaburan, anda boleh menguruskan risiko. Potensi natijah yang negatif boleh diminimumkan dengan bantuan alat-alat bantuan khas. Anda hanya perlu belajar menggunakannya. Itulah caranya untuk anda bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Selain dari itu, anda perlu tahu bahawa terpulang kepada anda untuk memutuskan berapa besar risiko yang anda mahu ambil. Anda boleh menganalisis aset yang anda rancang untuk dagangkan atau curahkan pelaburan anda, menilai potensi pulangan, dan memikirkan pelan tindakan.

Jadi, mari kita beralih daripada mencari aset atau pelaburan yang bebas risiko kepada sesuatu yang lebih realistik. Sebaliknya, tumpukan pada nisbah risiko melawan ganjaran yang terbaik. Dan belajar menguruskan risiko.

Bagaimana cara untuk membuat pelaburan yang berisiko rendah?

TRFNEW-1562 Low-Risk Investments__3.png

Pertama, anda mesti sentiasa mempunyai pelan perdagangan, ambil untung pada masa yang betul dan jaga ketenangan fikiran semasa membuat keputusan. Itulah asasnya. Jika kita lihat dengan lebih mendalam, kita akan menemui beberapa cara yang bagus untuk mengehadkan risiko. Ia mungkin membantu melindungi akaun anda daripada pergerakan yang tidak dijangka dan akhirnya melipatgandakan modal anda.

Teknik pengurusan risiko

Pengurusan risiko adalah penting bagi setiap pedagang atau pelabur yang ingin berjaya dalam jangka masa panjang. Mula-mula, anda perlu mengingati peraturan 1%. Ia adalah apabila anda membuka posisi tidak lebih daripada 1% dari modal anda. Begitulah cara untuk tidak merisikokan sejumlah besar akaun anda.

Seterusnya, gunakan alat Renti Rugi dan Ambilan Untung. Jika perdagangan atau pelaburan anda tidak seperti yang anda jangkakan, pesanan anda akan ditutup untuk mengekalkan keuntungan yang baik atau mengehadkan potensi kerugian. Untuk menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung dengan betul, anda boleh menggunakan analisis teknikal. Adakah anda tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi? Sila lihat contoh strategi pelaburan jangka pendek.

Pempelbagaian (Diversification)

Satu lagi strategi yang hebat untuk melindungi portfolio anda ialah pempelbagaian. Seperti yang sering disebut pelabur dan pedagang profesional: jangan sekali-kali letakkan semua telur anda di dalam satu bakul. Pempelbagaian bermaksud memilih aset dari pelbagai industri. Sebagai contoh, katakan anda melabur dalam saham. Dalam kes itu, anda boleh memilih bukan sahaja syarikat teknologi AS seperti Apple, Tesla, dsb., tetapi juga syarikat tenaga, syarikat e-dagang atau apa sahaja yang anda fikirkan bagus.

Beri penekanan pada kepelbagaian, bahagi-bahagikan wang anda antara pelbagai aset, dan ia akan membantu anda untuk bersaing walaupun satu atau dua sektor mengalami penurunan. Dan semoga pulangan yang hebat menjadi milik anda!

Lindung nilai (hedging)

Cara terakhir tetapi yang paling penting untuk mengurangkan risiko ialah melindung nilai. Ia adalah apabila anda membeli aset dengan niat untuk mengurangkan risiko yang wujud kerana posisi aktif yang lain. Jika anda terlibat dalam pelaburan yang berisiko tinggi, lindung nilai akan membantu anda mengimbangi potensi keuntungan dan kerugian. Walaupun ia boleh meningkatkan kos pelaburan, strategi ini membantu mengatasi kerugian yang besar.

Seperti yang anda lihat, terdapat banyak cara untuk membuat pelaburan yang berisiko rendah di pasaran. Buat pilihan anda dan cuba.

Cari jalan pelaburan anda dengan FBS

Sama ada anda lebih suka pelaburan yang berisiko tinggi atau mencari pelaburan yang bebas risiko, anda berada di tempat yang betul. Dengan broker FBS, anda boleh belajar berdagang, melabur dan mengurus risiko dengan berkesan. Kami menawarkan pendidikan percuma, serta banyak webinar percuma untuk mengajar asas-asas penting dunia kewangan. Mula berdagang dengan broker global yang dipercayai!

Baca lebih lanjut

  • 3483

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera