1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berdagang Ketika Tidur Dengan VPS
2023-04-03 • Dikemaskini

Berdagang Ketika Tidur Dengan VPS

or2_vps__640x360.jpg

Senarai solusi teknikal yang boleh memudahkan hidup para pedagang dan meningkatkan produktiviti mereka semakin panjang dengan pantas. Ilmu pengetahuan dari industri-industri lain diterima dan disuai guna dengan baik oleh para pemain di pasaran kewangan. Ada banyak instrumen yang dahulunya terdapat hanya bagi para profesional, namun kini mana-mana newbie juga boleh menggunakan dan mendapat manfaat dari kemajuan ini. Jika anda mempunyai semangat untuk belajar dan memahami apa yang sedang berlaku di dalam industri, anda mampu mencapai pengalaman berdagang yang lebih berkualiti.

Walaupun anda bukan seorang yang celik teknologi dan berasa mengantuk bila membaca tentang sesuatu yang teknikal, fikirkanlah tentang stres yang mampu anda elakkan dengan bantuan inovasi yang terkini.

Apakah igauan terburuk seorang pedagang?

Semua wang saya lesap.

1_vps__640x360.jpg

Ada banyak sebab mengapa ini boleh terjadi di dunia perdagangan. Tersalah perkiraan, analisis risiko yang salah, pasaran menjunam, krisis ekonomi – semua ini boleh dianggap sebagai masalah yang diketahui. Dengan pengalaman berdagang yang mencukupi, anda boleh meramalkan peristiwa-peristiwa ini dan melepaskan pegangan sebelum malapetaka terjadi.

Tetapi bagaimana pula dengan kerosakan peranti, sambungan internet dan bekalan tenaga yang terputus, ralat sistem operasi dan pelbagai faktor luar kawalan lain yang boleh mempengaruhi aliran wang anda dengan dramatik? Bila anda memicu arahan untuk membeli atau menjual, sistem mendaftarkan pesanan anda di pelayan broker. Hanya selepas ini baru tindakan anda sahih. Selang masa antara arahan anda dan respon pelayan dipanggal sebagai kependaman (latency). Jika ia besar, ia boleh menjurus kepada dagangan yang gagal dan kerugian.

Mujurlah, ada solusi untuk petaka yang sukar diramal sebegini. VPS (Virtual Private Server) membolehkan platform perdagangan anda dioperasikan secara jarak jauh di sebuah mesin maya yang berjalan 24/7.

2_vps_640x360.jpg

VPS adalah suatu servis yang mahal untuk dimiliki dan diselenggara sendiri. FBS menawarkan VPS secara shareware. Ertinya, kami bayar kos pelayan ini dan anda pula penuhi beberapa syarat untuk mendapatkan akses kepadanya. Anda deposit $450 dan berdagang 3 lot setiap bulan, manakala kami pula memberikan anda servis VPS yang stabil, mudah dikonfigurasikan, dan pantas berdesup. Pertukaran barter ini memberikan situasi menang-menang kerana anda tidak pelru membayar yuran langganan bulanan dan hanya teruskan berdagang seperti biasa. FBS pula mampu berasa senang hati pelanggannya dapat membuat duit dengan lebih selamat.

Senang, Berkesan, dan Selamat

Jika anda berfikir sekarang sudah tiba masanya untuk anda menggunakan VPS, dan di sini kami berikan anda senarai mengapa keputusan anda betul lagi bijaksana:

  • Boleh dipelbagaikan

Muat naik sebarang perisian yang boleh membantu anda berdagang dengan efisien. Selain itu, anda juga boleh memasang indikator dan expert advisor tambahan di MetaTrader.

  • Privasi

Anda akan mendapat alamat IP dari laman peribadi anda. Anda tidak perlu masukkan emel, nombor kad bank atau lain-lain butiran maklumat peribadi untuk menggunakan VPS yang FBS tawarkan. Ia tidak hanya menjimatkan masa tetapi juga menjamin keselamatan data anda.

  • Terbaik Untuk Berdagang Dengan Robot

Robot, juga dikenali dengan nama expert advisor, adalah perkakas yang anda laras suai untuk berdagang bagi pihak anda. Ia menggunakan strategi beralgoritma dan boleh berfungsi tanpa campur tangan manusia. Anda tidak perlu memantau atau memastikan PC anda hidup setiap masa. VPS adalah solusi paling sempurna untuk perkakas sebegini.

  • Boleh Dimulakan Dengan Pantas

Anda luangkan hanya 15 minit untuk mendapatkan VPS, buka MetaTrader dan mula berdagang. Sistem yang anda lihat selepas tersambung ke VPS adalah sama dengan sistem operasi yang anda gunakan. Selain dari itu, kami juga telah memasang MetaTrader yang mempunyai set indikator dan expert advisor yang asas. Justeru, anda tidak perlu berhabis masa untuk proses pemasangan.

  • Lokasi Yang Sesuai

Virtual Private Server FBS terletak hampir dengan pelayan dagangan. Itulah sebabnya mengapa VPS dapat melaksanakan pesanan beli atau jual anda dengan sangat pantas.

VPS adalah solusi hebat untuk menjadikan perdagangan anda lebih mudah dan selamat. Tiada lagi igauan ngeri buat anda – tidurlah dengan nyenyak dan biar robot yang berkerja untuk anda. Bila anda sudah bertenaga dan segar, sertai pasaran untuk berdagang dan buat keputusan yang terbaik.

Baca lebih lanjut

  • 3376

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera