1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kisah Kejayaan: Kisah Menakjubkan Para Pemenang FBS
2023-05-29 • Dikemaskini

Kisah Kejayaan: Kisah Menakjubkan Para Pemenang FBS

1_Cover_642?361.png

Selama lebih 12 tahun, FBS telah membantu ramai pedagang berjaya. Tetapi ia bukan sekadar kejayaan dalam perdagangan. FBS kerap menganjurkan peraduan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan pelanggan dan memberi inspirasi kepada mereka. Kemenangan dalam peraduan-peraduan tersebut sentiasa datang bersama dengan kisah yang menarik untuk diceritakan.

Seorang lelaki muda Asia mengeluarkan telefon pintar dari poketnya dan meleret skrin mencari nombor yang betul di dalam senarai kontak beliau. Satu tap pada skrin, menunggu sebentar untuk jawapan, dan taliannya tersambung kepada seseorang yang sangat ingin beliau hubungi.

“Anda sedang berada di mana?”, lelaki muda itu bertanya, dan selepas menerima jawapan, dia meneruskan, “Saya ingin menjemput anda menaiki kereta baharu saya. Saya baru sahaja memenanginya, suatu yang sukar saya percayai sehingga ke saat ini.”

Mulut lelaki itu ternganga sambil tersenyum dan berseru: “Dia katakan ‘ya’! Hari ini hari yang paling gembira dalam hidup saya!”

Hari. Yang. Paling. Gembira. Dalam. Hidup. Saya.

Itu antara kata-kata yang paling menyenangkan untuk mereka yang mendengarnya. Dan ia lebih menyenangkan lagi apabila anda tahu bahawa ia ada kaitan dengan anda. Tetapi cerita ini bukan tentang mereka yang menggembirakan orang lain. Ia mengenai orang-orang yang gembira itu sendiri.

Seperti lelaki ini, Nguyen Minh Huy dari Vietnam. Pada tahun 2014, beliau telah mengambil bahagian dalam pertandingan FBS Auto Cup dan berjaya memenangi sebuah Porsche Panamera. Pada hari beliau menerima hadiahnya, beliau telah memandu mencari Thao, seorang gadis yang sudah lama beliau ingin ajak keluar bersama, dan kedua-duanya telah menikmati satu janji temu yang indah. Dan itu hanya salah satu dari pelbagai kisah hebat para pemenang FBS.

2_642?361.png

Dengan satu langkah

“Saya hanya mencari peluang untuk melabur, dan kemudian saya terlihat promo bonus 100% daripada FBS,” kata Nguyen, seorang pemandu pelancong bebas pada waktu itu, sambil mengenang kembali bagaimana dia mula melibatkan diri dalam perdagangan.

Memulakan sesuatu seringkali suatu yang mencabar, terutamanya apabila ia sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini. Tetapi peribahasa mengajar kita: perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Itulah persamaan yang dikongsi oleh semua pemenang FBS – mereka telah mengorak langkah pertama mereka.

Ada yang nekad, membuka beberapa akaun dan terus berdagang besar. Ada yang mengambil mudah dan memilih untuk bermain secara selamat. Itulah yang Nguyen lakukan apabila dia mencuba satu bonus kecil dan memutuskan untuk mencubanya. Apabila perdagangan terbukti sebagai suatu "barang baik" dan keuntungan yang pertama sudah dapat beliau raih, Nguyen menjadi lebih yakin dengan apa yang dia lakukan.

Dan kemudian, peraduan tersebut pun muncul.

Peristiwa yang menggembirakan

Auto Cup 2014 salah satu peraduan FBS yang pertama menawarkan hadiah mewah kepada pesertanya. Pedagang perlu mendepositkan $500 dan berdagang sejumlah lot untuk menyertai peraduan ini. Pemenang akan dipilih dalam satu acara undian beberapa bulan selepas peraduan itu dimulakan.

“Terus terang saya katakan, saya baru terlihat pengumuman satu pertandingan baharu. Saya tidak membaca terlalu banyak mengenainya. Saya terus sahaja mendaftar,” Nguyen mengimbas kembali dan mengatakan betapa beliau kagum dirinya dapat memenangi hadiah itu.

Apabila Nguyen mendapat panggilan yang mengatakan bahawa beliau telah memenangi sebuah kereta mewah dan kereta itu sedang menunggunya, apa yang termampu lelaki itu katakan adalah, “Jadi, saya boleh ambil hadiah tersebut begitu sahaja?” Itulah yang lucunya tentang kemenangan – kita semua mahu menang, tetapi apabila itu berlaku, untuk beberapa saat, ia tampak sukar dipercayai.

Nguyen, bagaimanapun, bukan satu-satunya insan bertuah yang berjaya menang besar di FBS. Mari kita himbau kenangan lalu untuk melihat lebih banyak kisah kejayaan yang meniup inspirasi.

Galeri para pemenang

Perkenalkan, Mohammad Agus Soleh Kafabillah dari Indonesia. Beliau adalah pemenang cabutan bertuah Get BMW X3 2016.

Berasal daripada sebuah keluarga pedagang, Mohammad tidak tergesa-gesa. Sebaliknya, beliau membuka akaun Demo di FBS pada 2012 dan mula berlatih. Taktik ini membuahkan hasil yang baik. Hanya dalam masa beberapa tahun, Mohammad berjaya menimba pengalaman yang cukup untuk berdagang secara sebenar, menjadi seorang pedagang sepenuh masa.

Memenangi BMW X3 pada 2016 merupakan pengalaman yang hebat untuk Mohammad. Menjadi satu-satunya daripada tiga juta peserta yang bertuah benar-benar boleh memeranjatkan seseorang.

Seorang lagi pedagang yang bertuah berasal dari Malaysia. Mohd Azmi Bin Mohamed Mokhtar telah memenangi Mercedes dalam satu peraduan FBS. Nombor bertuah beliau telah dicabut semasa acara undian di dalam talian pada tahun 2017.

Mohd telah berdagang dengan FBS selama lebih setahun apabila dia mengambil bahagian dalam peraduan itu. Yang menariknya dengan cerita ini, itu adalah peraduan FBS yang pertama disertai oleh Mohd, dan dia menyertainya tanpa menaruh sebarang harapan. Jadi pemuda ini benar-benar bertuah.

3_642?361.png

Ricardo Ferreira De Lima pula adalah pemenang dari Brazil. Ricardo telah berdagang dengan FBS selama tiga tahun apabila dia memenangi sebuah Mercedes-Benz pada tahun 2022. “Saya pernah mendengar tentang pertandingan itu daripada guru perdagangan saya. Ia mudah sahaja. Saya perlu membuat siaran media sosial yang memaparkan imej FBS dan mendapatkan sekurang-kurangnya tiga like… Saya tidak pernah mengimpikan untuk memiliki kereta seperti itu!”, kata Ricardo, sambil menambah bahawa hadiah itu adalah hadiah yang terbaik kerana beliau memenanginya ketika meraikan ulangtahun perkahwinan beliau.

Seorang lagi pemenang dari tahun 2022 ialah Sherwin Umlas Gonzales, Filipina. Sherwin adalah peserta yang aktif dalam Program Kesetiaan FBS. Beliau menyertainya pada tahun 2019 dan telah berusaha untuk mencapai status Platinum. Beliau mengambil masa tiga tahun, menjadikannya pedagang FBS pertama yang pernah mencapai tahap 50k mata. Hadiahnya ialah sebuah Cadillac Escalade baharu.

Seorang pedagang yang belajar berdagang sendiri, Sherwin menempuh perjalanan yang jauh sebelum mengecap kejayaannya. Dia belajar berdagang, membuat kesilapan di sepanjang jalan, belajar daripada kesilapan itu, dan terus melangkah selangkah demi selangkah ke arah matlamatnya. Itulah nasihat utama yang beliau berikan kepada semua pendatang baru - lakukannya secara beransur-ansur, jangan tergesa-gesa, dan jangan pernah berhenti belajar.

Rasai kegembiraan dan keterujaan pemenang FBS dalam video kami. Mereka telah berkongsi detik-detik berharga mereka untuk memberi inspirasi kepada semua orang untuk mengejar matlamat dan tidak berputus asa.

Melihat bagaimana orang dari serata tempat di dunia ini mengejar impian mereka dan berjaya memenuhinya suatu yang menakjubkan, bukan?

Daftar di Program Kesetiaan FBS atau di aplikasi FBS – Trading Broker dan orang langkah pertama di dalam laluan anda menuju kejayaan!

Baca lebih lanjut

  • 1029

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera