1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berdagang secara berpasukan: seperti bersukan, tetapi lebih bagus
2023-04-03 • Dikemaskini

Berdagang secara berpasukan: seperti bersukan, tetapi lebih bagus

FBS League-01.jpg

Jika kita perlu pilih satu perkara yang menjadi persamaan di kalangan semua orang di seluruh dunia, ia adalah rasa cinta mereka kepada sukan, terutamanya sukan berpasukan. Perasaan yang dirasai bila berusaha bersama dengan penuh semangat demi menuju satu matlamat memang sukar dilupakan. Jiwa dan raga anda memberikan tertumpu sepenuhnya kepada usaha meningkatkan potensi anda ke tahap yang terrbaik dan MENANG. Pernahkah anda merasakannya? Nah, sekarang apa kata anda jika kita tambahkan sedikit semangat berpasukan ke dalam perdagangan anda?

FBS League ialah peluang anda untuk turut serta dalam peraduan berdagang dan menjadi pedagang yang berjaya. Tubuhkan pasukan perdagangan anda bersama beberapa pedagang handalan lain dan dorong mereka untuk mendapatkan hadiah pertama. Atau sertai pasukan yang sudah sedia ada dan tunjukkan kepada dunia apa itu perdagangan sebenar. Oh, anda lebih memandang tinggi bakat individu? Penyertaan secara solo juga dibolehkan. Tetapi, percayalah, berdagang bersama ialah pengalaman yang anda tidak boleh lupakan.

Memulakan langkah pertama: bagaimana cara untuk menyertai FBS League

FBS League-02.jpg

Ole-ole-ole! Anda adalah juara berdagang!

Sebelum anda boleh mendengar kata-kata ini, anda perlu melibatkan diri dalam peraduan ini dahulu. Prosesnya mudah sahaja jika dibandingkan dengan menonton perlawanan kesukaan anda di TV. Pertama sekali, dapatkan akaun demo promo dengan jumlah baki permulaan sebanyak $10 000. Kedua, putuskan sama ada anda seorang pemain solo ataupun berkumpulan. Jika ada ialah seorang pemain berpasukan, tubuhkan pasukan anda. Ketiga, sertai peraduan ini! Sila maklum bahawa untuk membuka akaun, anda perlu memastikan akaun utama anda sudah pun selesai proses pengesahan (verifikasi), dan anda mungkin sudah pun melakukannya lama sebelum ini.

Stadium yang menjadi hos untuk perlawanan FBS League ialah MetaTrader 5.

Jika Barcelona FC telah memenangi FIFA Club World Cup, hadiah saya apa pula?

FBS League-03.jpg

Soalan yang bagus, bakal pemenang. Pasukan pedagang boleh memenangi sehingga $900 untuk pasukan mereka, manakala pedagang solo boleh mendapat ganjaran sehingga $450. Bagus juga, kan? Sangat berbaloi untuk dicuba. Ganjarannya adalah bergantung kepada tempat yang anda dapat. Secara keseluruhannya, terdapat lima tempat pemenang. Setiap satu mempunyai ganjaran yang hebat, yang mana anda boleh membuat pengeluaran dan anda bebas lakukan apa yang anda mahu.

Sebenarnya, pertandingan berdagang bukan sekadar untuk ganjaran semata-mata. Ya benar, anda akan menerima hadiah anda, dan perasaan menjadi pemenang itu juga tiada duanya. Tetapi realitinya, ia lebih dari itu: keseronokan, semangat, dan kegembiraan. Pengalaman berharga ketika menyertai pertandingan akan membawa anda kepada lebih banyak ganjaran pada masa hadapan.

Rahsia untuk menang berdagang secara berpasukan

FBS League-04.jpg

Setiap perlawanan memerlukan persiapan yang rapi. Ahli sukan berjoging di sekitar padang dan menendang bola, dan anda pula melatih otak anda. Ulangkai ilmu perdagangan anda dengan Buku Panduan Forex yang jelas dan terperinci, yang mempunyai seksyen untuk pemula, asasi, menengah, dan berpengalaman. Setiap perlawanan berlangsung selama 2 minggu, jadi jika anda belum bermula lagi, anda masih mempunyai masa untuk bersiap sedia.

Sama juga seperti mana-mana sukan, untuk berdagang secara berpasukan, ahli yang akan menganggotai pasukan itu sangat penting. Anda boleh membina pasukan anda bersama pedagang yang anda kenali, atau layari laman Facebook and cari ahli pasukan yang sesuai dengan anda. Jumlah ahli pasukan yang dibenarkan di dalam satu pasukan ialah antara 2 hingga 4 orang. Latih pasukan anda, rangka strategi untuk menang, perhatikan lawan anda, dan raih trofi kejuaraan.

Jika semuanya tidak seperti apa yang anda rancangkan – anda boleh membubarkan pasukan anda dan menjadi ahli pasukan lain.

Sertai FBS League. Berdagang sebaik-baiknya. Menangi hadiah. Ulang

Kita melihat pedagang seperti berseorangan, tak ubah seperti serigala-serigala liar yang berlegar-legar di dalam pasaran. Masanya telah tiba untuk mengubahnya. Sudah tiba masa untuk merasai berdagang berpasukan, seperti sekumpulan serigala memburu mangsanya. Sudah tiba masa untuk belajar dan berkongsi, berinteraksi, dan menambah sasaran. Jadi pemain yang terawal beraksi. Turut serta dalam FBS League untuk membina pasukan terhebat anda dan juga menyemarakkan suasana stadium perdagangan dengan prestasi terbaik anda!

Baca lebih lanjut

  • 2399

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera