1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara terpantas membuat duit: perdagangan Minyak Mentah
2023-12-21 • Dikemaskini

Cara terpantas membuat duit: perdagangan Minyak Mentah

Apakah yang pertama sekali hadir di minda anda bila anda mendengarkan atau membaca tentang kekayaan yang melimpah ruah? Hanya beberapa kurun lepas, ia tentu sekali emas atau barang kemas, tetapi semuanya telah berubah dengan dramatik. Hari ini, kekayaan yang melampau lebih terkait dengan minyak. Kepentingan minyak mentah sukar diremehkan kerana ia dianggap sumber tenaga dan instrumen perdagangan yang sangat signifikan di seluruh dunia. Pastinya tidak berlebihan jika dikatakan bahawa minyak mentah bukan sahaja salah satu komoditi paling meruwap di pasaran global, tetapi juga yang paling sering didagangkan.

petroleum_2.jpg

Harga minyak kekal menjadi faktor ekonomi global yang kritikal, yang bermakna perdagangannya dipengaruhi oleh kepentingan politik dan komersil. Ini adalah kerana minyak mentah masih lagi sumber tenaga dunia yang utama.

Tahukah anda?

• Ada banyak kegunaan penting untuk minyak mentah selain daripada sumber tenaga. Ia digunakan secara meluas untuk pembuatan plastik, pakaian yang tidak mudah terbakar, perabut, penebat haba, perkakasan dapur, farmasutikal dan malah makanan.

• Dua klasifikasi utama untuk minyak mentah adalah US Oil (Minyak AS), yang sering dirujuk sebagai West Texas Intermediate (WTI) dan juga UK Oil (Minyak UK) atau Brent Blend. Dua minyak ini dikarakterkan sebagai minyak mentah "light" dan "sweet", bermakna ia mempunyai ketumpatan yang rendah dan lebih mudah ditapis dan diangkut. Justeru, dua jenis minyak ini cenderung lebih mahal harganya dari minyak lain yang "heavy" atau "sour" kerana ia lebih hampir dengan produk akhir yang diinginkan di atas.

• Dianggarkan bahawa 90 juta tong minyak mentah digunakan secara global setiap hari.

petroleum_3.jpg

Ada beberapa medan kewangan untuk memperdagangkan minyak termasuk pasaran Saham dan Forex:

1. Satu cara anda boleh melabur pada minyak adalah dengan membeli saham syarikat-syarikat yang terbabit di dalam industri minyak. Yang paling terkenal dan menarik untuk dibeli adalah Exxon Mobil (XOM), PetroChina (NYSE: PTR) dan Royal Dutch Shell (NYSE: RDS.B).

Adalah penting untuk sentiasa ingat bahawa walaupun biasanya wujud korelasi antara harga minyak mentah dan kadar keberuntungan syarikat minyak, ini bukanlah keadaannya di setiap masa, dan malapetaka seperti tumpahan minyak boleh mendatangkan ancaman kepada pelaburan yang mulanya kukuh. Risiko minyak lebih tinggi daripada apa yang sanggup ditanggung oleh kebanyakan pelabur. Ia bukan pelaburan untuk orang yang tidak gemar dengan risiko.

2. Satu cara lain adalah menerusi perdagangan Forex Minyak, yang telah menjadi cara pelaburan yang paling lumayan berikutan malapetaka kewangan yang melanda pasaran saham global. Minyak mentah adalah sumber penting untuk mencapai kepelbagaian portfolio yang para pedagang Forex boleh gunakan.

petroleum_1.jpg

Ciri-ciri utama perdagangan Minyak Forex:

• Kedua-dua minyak mentah WTI dan Brent boleh didagangkan di platform-platform Forex yang berbeza. Brent membentuk lebih dari separuh bekalan Minyak Mentah yang didagangkan di seluruh dunia. FBS menawarkan peluang untuk mendagangkan [Minyak Mentah Brent (BRN)] dengan terma-terma terbaik, sejajar dengan impian anda untuk berjaya dalam perdagangan dan mencapai kekayaan.

• Sesetengah platform membolehkan dagangan CFD minyak mentah, di mana anda dagangkan kontrak tersebut seperti mana anda dagangkan pasangan matawang. CFD bermaksud «contracts for difference» (kontrak untuk perbezaan). Ia adalah instrumen kewangan OTC yang melibatkan pembayaran tunai dan mempunyai tarikh luput. Kontrak-kontrak ini didagangkan sebagai pasangan matawang tetapi mempunyai leveraj dan margin yang berbeza. Satu kontrak penghantaran minyak setara dengan nilai 100 tong minyak mentah di dalam dolar. 

• Minyak secara amnya didagangkan melawan dolar AS, kerana harga Minyak Mentah disebut di dalam Dolar AS setakat ini. Disebabkan oleh sebutan harga Minyak Mentah dalam Dolar AS, maka kadar tukaran Dolar AS memainkan peranan penting dalam penentuan harga Minyak Mentah sehari-hari. Di peringkat yang paling asas sekali, Dolar AS yang lemah cenderung menyaksikan peningkatan pada harga Minyak Mentah, manakala Dolar AS yang lebih kuat mendorong kejatuhan harga Minyak Mentah.

• Pasaran tersebut dihadkan dari segi masa pada sesetengah platform. Waktu perdagangan minyak dihadkan daripada 02:00 sehingga 21:00 waktu London di sesetengah platform, kerana platform ini menawarkan akses kepada kontrak pembeli/penjual tertentu.

Jika anda sudah menetapkan untuk melibatkan diri dalam pasaran Minyak Mentah, anda harus fahami bahawa ia sangat-sangat meruwap. Harga boleh terkesan dengan banyak faktor, dan ia boleh melonjak atau menjunam dengan pantas. Pasti sekali, instrumen yang meruwap berisiko tinggi, tetapi Minyak Mentah menawarkan kecairan yang tinggi dan peluang yang amat bagus sekali untuk membuat keuntungan di dalam hampir semua keadaan pasaran kerana kedudukan uniknya di dalam sistem ekonomi dan politik dunia. 

Dengan pemahaman yang jelas tentang bagaimana pasaran komoditi Minyak berfungsi, dan lebih penting lagi fundamental-fundamental yang membentuk harga minyak sehari-hari, para pedagang mempunyai lebih kelebihan untuk mendagangkan Minyak dengan berjaya!

Dagangkan Minyak Mentah sekarang!

Baca lebih lanjut

  • 13172

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera