1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Matawang Terkuat di Dunia
2023-06-21 • Dikemaskini

Matawang Terkuat di Dunia

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_1.png

Kami sudah pun menceritakan kepada anda berkenaan 10 MataWang Paling Bernilai di Dunia untuk Didagangkan. Namun, pernahkah anda terfikir tentang apakah matawang yang termahal di dunia? Adakah ia dolar AS, euro, atau pound Britain? Bukan. Bukan salah satu dari matawang tersebut. Semua itu adalah matawang yang paling popular, paling banyak didagangkan, dan matawang yang digunakan secara meluas. Sesetengah matawang lain lebih hebat daripada tiga matawang tersebut. Anehnya, walaupun dolar AS adalah matawang yang paling banyak didagangkan, ia malah tidak berada di posisi tengah senarai top 10 sekali pun.

Jadi, bagaimana untuk menentukan matawang yang paling mahal? Kekuatan sesebuah matawang diukur daripada pelbagai faktor, seperti kadar matawang, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang nominal, kadar inflasi, dan lain-lain isu berkenaan ekonomi dan politik.

Untuk menentukan matawang mana yang paling mahal di dunia, kami telah membandingkannya dengan dolar AS sebagai matawang asas. Itulah sebabnya matawang yang paling bernilai adalah yang paling mahal berbanding USD.

Matawang terkuat di dunia

Koin-koin asing didagangkan secara berpasangan. Oleh itu, harga matawang sentiasa disebut relatif kepada matawang lain, dan ini dikenali sebagai "kadar pertukaran."

Berikut adalah ringkasan koin-koin yang paling mahal di dunia:

#

Matawang

Kadar USD

Kod

1

Dinar Kuwait

3.25 USD

KWD

2

Dinar Bahrain

2.65 USD

BHD

3

Rial Oman

2.60 USD

OMR

4

Dinar Jordan

1.41 USD

JOD

5

Pound Sterling Britain

1.25 USD

GBP

6

Dolar Kepulauan Cayman

1.21 USD

KYD

7

Franc Switzerland

1.11 USD

CHF

8

Euro Eropah

1.08 USD

EUR

9

Dolar AS

1 USD

USD

10

Dolar Kanada

0.74 USD

CAD

*Data adalah data terkini sehingga 15 Mei 2023.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_2.png

Dinar Kuwait

  • Negara pengeluar: Kuwait
  • Kod matawang: KWD
  • Kadar pertukaran: 1 KWD = 3.25 USD

Dinar Kuwait adalah matawang rasmi Kuwait dan matawang yang paling berharga di dunia.

Kuwait adalah sebuah negara kecil yang terletak di antara Arab Saudi dan Iraq. Memiliki rizab minyak yang besar dan eksport minyak yang besar ke pasaran global, Kuwait adalah salah satu daerah yang paling kaya di bumi. Selain itu, Kuwait adalah sebuah negara bebas cukai dengan kadar pengangguran yang sangat rendah.

Sebelum ini, dinar Kuwait ditambat kepada dolar AS. Pada tahun 2007, kerajaan memutuskan untuk menambat Dinar Kuwait kepada sebakul matawang yang berwajaran.

Fakta menarik:

Ada satu matawang yang boleh dianggap sebagai lebih mahal daripada dinar Kuwait jika ia diiktiraf secara rasmi. Ia adalah luigino Seborga (SPL). Ia digunakan dalam negara mikro Prinsipaliti Seborga, di sempadan Itali dan Perancis. Luigino Seborga diiktiraf oleh bank-bank serantau tetapi tidak mempunyai nilai di luar Seborga. Jadi, kadar tempatan 1 SPL ialah 6 USD.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_3.png

Dinar Bahrain

  • Negara pengeluar: Bahrain
  • Kod matawang: BHD
  • Kadar pertukaran: 1 BHD = 2.65 USD

Dinar Bahrain adalah matawang rasmi Bahrain, sebuah lagi negara yang terkenal dengan eksport minyaknya, berbanding saiznya.

Bahrain ialah sebuah negara pulau di Teluk Parsi. Kekayaan negara ini datang daripada industri minyak dan gas yang menyokong lebih daripada 85% pendapatan kerajaan tersebut.

Dinar Bahrain diperkenalkan pada tahun 1965 untuk menggantikan Rupee Teluk. Kini, ia ditambatkan kepada dolar AS bagi menggalakkan pelaburan asing.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_4.png

Rial Oman

  • Negara pengeluar: Oman
  • Kod matawang: OMR
  • Kadar pertukaran: 1 OMR = 2.60 USD

Rial Omani pertama kali diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai matawang rasmi Oman dan telah ditambat kepada dolar AS sejak dari itu. 

Terletak di Semenanjung Arab, Kesultanan Oman mempunyai ekonomi yang kukuh disebabkan oleh eksport minyak ke pelbagai negara di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pendapatan negara itu juga mendapat manfaat daripada pelancongan dan pertanian.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_5.png

Dinar Jordan

  • Negara pengeluar: Jordan
  • Kod matawang: JOD
  • Kadar pertukaran: 1 JOD = 1.41 USD

Dinar Jordan telah menjadi matawang rasmi Jordan sejak tahun 1950.

Tidak seperti negara-negara lain yang disebutkan di atas, Jordan tidak mempunyai minyak. Namun, dinar Jordan kukuh disebabkan oleh kepelbagaian ekonomi negara itu — daripada perdagangan dan kewangan kepada pembuatan dan perlombongan.

Dinar Jordan ditambat kepada dolar AS.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_7.png

Pound Sterling

  • Negara pengeluar: United Kingdom
  • Kod matawang: GBP
  • Kadar pertukaran: 1 GBP = 1.25 USD

Pound sterling adalah matawang rasmi United Kingdom, wilayah naungan Kerajaan British dan Wilayah Luar Negeri British. Ia matawang termahal yang tidak berasal dari Timur Tengah.

Ia bukan sahaja matawang yang tertua tetapi antara yang paling berpengaruh dalam perdagangan dan kewangan global. Ia sebahagian daripada bakul Hak Pengeluaran Khas IMF.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_6.png

Dolar Kepulauan Cayman

  • Negara pengeluar: Kepulauan Cayman
  • Kod matawang: KYD
  • Kadar pertukaran: 1 KYD = 1.21 USD

Dolar Kepulauan Cayman adalah matawang rasmi Kepulauan Cayman.

Kepulauan Cayman dikenali sebagai ‘syurga cukai’ kerana ia menawarkan perkhidmatan bank luar pesisir untuk syarikat-syarikat kewangan dan individu-individu yang kaya.

Dolar Kepulauan Cayman telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan ditambat kepada dolar AS pada kadar tetap.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_8.png

Franc Switzerland

  • Negara pengeluar: Switzerland
  • Kod matawang: CHF
  • Kadar pertukaran: 1 CHF = 1.11 USD

Franc Swiss adalah matawang rasmi Switzerland dan Liechtenstein, negara terkaya di dunia.

Franc Switzerland dikenali sebagai matawang ‘selamat’ kerana ekonomi negara tersebut yang stabil, dasar monetari yang paling ketat, dan paras hutang yang paling rendah.

Diperkenalkan pada tahun 1850, wang kertas Switzerland satu-satunya wang kertas di dunia dengan rupa menegak.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_9.png

Euro

  • Negara pengeluar: Zon Eropah
  • Kod matawang: EUR
  • Kadar pertukaran: 1 EUR = 1.08 USD

Euro adalah matawang rasmi bagi 19 negara Eropah. Sebagai matawang termuda, euro ialah matawang ke-2 paling banyak digunakan dan didagangkan di seluruh dunia, dalam rizab mahupun edaran.

Euro tidak ditambat kepada mana-mana matawang lain, tetapi terdapat kira-kira 25 negara yang telah menambat matawang negara mereka kepada euro.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_10.png

Dolar AS

  • Negara pengeluar: Amerika Syarikat
  • Kod matawang: USD
  • Kadar pertukaran: 1 USD

Dolar AS ialah matawang rasmi Amerika Syarikat dan wilayah-wilayahnya. Dolar AS mula diperkenalkan pada tahun 1792 dan telah menjadi matawang paling banyak digunakan dan didagangkan di dunia. Dolar AS digelar sebagai ‘Matawang Rizab Dunia.’

Fakta menarik:

Daripada semua USD yang ada dalam edaran, hanya 30% berada di dalam Amerika Syarikat, yang bermaksud 70% daripada semua wang kertas dan syiling USD digunakan di luar Amerika Syarikat.

PRNEW-3561 The Highest Currencies in the World_11.png

Dolar Kanada

  • Negara pengeluar: Kanada
  • Kod matawang: CAD
  • Kadar pertukaran: 1 CAD = 0.74 USD

Dolar Kanada adalah matawang rasmi Kanada. Oleh kerana Kanada dihubungkan dengan AS melalui perdagangan, dolar Kanada turun naik dengan ketara berdasarkan nilai berterusan dolar AS.

Dolar Kanada dianggap kukuh kerana Kanada ialah pengeluar uranium dan minyak mentah kedua terbesar dunia. Oleh itu, dolar Kanada bergantung pada turun naik harga minyak global.

Disebabkan kestabilan politik negara tersebut, dolar Kanada menyumbang 5% daripada dagangan harian pasaran Forex.

Fakta menarik:

Rial Iran (IRR) adalah matawang yang paling murah di dunia. Iran pernah menjadi pengeksport minyak utama, tetapi disebabkan sekatan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, akses Iran kepada pasaran dunia telah dilucutkan. Oleh itu, ekonomi Iran, bersama-sama dengan rial Iran, telah merosot. Pada masa kini, 1 IRR bersamaan 0.00002357 USD.

Kata-kata Akhir

Peristiwa politik dan perkembangan-perkembangan lain membawa perubahan mendadak kepada ekonomi sesebuah negara. Itulah sebabnya senarai khas kedudukan matawang tertinggi mungkin juga akan mengalami perubahan. Naik turun harga pada matawang akan memberikan manfaat kepada para pedagang. Anda tidak akan terlepas walaupun perubahan harga yang kecil apabila anda berdagang dengan FBS. 

FBS menyediakan untuk para pelanggannya lebih daripada 30 pasangan matawang untuk didagangkan, termasuk yang terkuat. Semua matawang, pelbagai pasangannya dan syarat-syarat perdagangan boleh didapati di laman web, cth., Spesifikasi kontrak EURUSD, spesifikasi kontrak GBPCHF, dsb.

Sekiranya anda seorang pemula dan tahu sedikit tentang perdagangan Forex, FBS telah menyediakan Akaun Demo untuk perdagangan Forex. Ini akan membantu anda belajar berdagang di pasaran sebenar dengan menggunakan wang maya. Jadi, anda tidak mengalami apa-apa kerugian.

Soalan Lazim

Apakah 10 matawang yang paling mahal?

Berikut adalah matawang-matawang terkuat dunia:

  1. Dinar Kuwait (KWD)
  2. Dinar Bahrain (BHD)
  3. Rial Oman (OMR)
  4. Dinar Jordan (JOD)
  5. Pound Sterling Britain (GBP)
  6. Dolar Kepulauan Cayman (KYD)
  7. Franc Swiss (CHF)
  8. Euro Eropah (EUR)
  9. Dolar AS (USD)
  10. Dolar Kanada (CAD)

Matawang apakah yang lebih kuat berbanding dolar AS?

Dinar Kuwait (KWD) ialah mata wang paling kuat berbanding USD dan yang paling bernilai di dunia kerana ekonomi negara tersebut yang kukuh. 1 KWD = $3.25. Data adalah yang terkini sehingga 15 Mei 2023.

Apa yang membuatkan dolar AS sangat berkuasa?

Matawang rizab dunia ialah dolar AS. Semasa ketidakstabilan dan ketidaktentuan kewangan, para pelabur melihat ia sebagai aset selamat. Selain itu, keputusan Fed untuk menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi menjadikan dolar kukuh kerana kenaikan kadar faedah meningkatkan permintaan terhadap matawang tersebut daripada pelabur asing yang mencari hasil.

Matawang manakah yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia?

Dolar AS adalah matawang yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia. Lebih daripada 70% wang kertas AS digunakan di luar AS. Dolar AS juga merupakan mata wang rizab bagi kebanyakan negara.

Baca lebih lanjut

  • 42390

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera