Impak Media Sosial Pada Perdagangan
Artikel ini memberikan pencerahan tentang kebaikan dan keburukan pengaruh media sosial kepada perdagangan dan betapa pentingnya seseorang pedagang itu celik dalam hal kewangan.
Bagaimana pedagang boleh memanfaatkan media sosial?
Kekal dengan agenda anda
Media sosial adalah suatu cara yang hebat untuk mengembangkan pengetahuan perniagaan perdagangan anda dan untuk kekal terkini dengan acara dan trend di semua industri.
Temui mereka yang berfikiran seperti anda
Anda akan berasa lebih senang apabila berada dalam kalangan mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti anda di media sosial. Anda semua boleh mencari komuniti perdagangan dan pelaburan yang bersesuaian di mana-mana platform media sosial dan sentiasa terhubung dengan mereka yang berfikiran sama seperti anda.
Mantapkan diri sendiri
Dahulu, semua orang menganggap bahawa pedagang forex adalah kelas sosial terpilih yang mendapat kemahiran dan pengetahuan daripada kelas perdagangan forex istimewa atau mempunyai hubungan istimewa dengan pakar-pakar forex. Walau bagaimanapun, pedagang moden kebanyakannya ialah mereka yang berusaha sendiri dengan menggunakan platfom media sosial untuk belajar tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan perdagangan dan mempertingkatkan diri sebagai pedagang. Apa tidaknya, pedagang pemula mempunyai akses kepada komuniti pedagang global, di mana mereka boleh menerokai apa sahaja maklumat berkaitan perdagangan untuk kejayaan perjalanan perdagangan mereka.
Belajar daripada pedagang berpengalaman
Dengan menjadi ahli dalam komuniti media sosial yang berkaitan, anda dengan mudah boleh menemui strategi perdagangan yang menarik dan menguntungkan atau memilih broker Forex terbaik untuk digunakan. Media sosial membenarkan pedagang amatur untuk mendapat manfaat daripada pengalaman, kebijaksanaan dan nasihat pakar.
Yakin diri
Melalui media sosial, anda boleh membina keyakinan diri untuk berdagang. Dengan selalu melihat jatuh bangun pedagang berpengalaman akan menunjukkan kepada pedagang baharu betapa untung dan rugi itu adalah suatu perkara yang biasa.
Selain daripada media sosial klasik seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, atau Reddit, anda juga boleh menyertai komuniti sosial platform perdagangan. Platform ini adalah servis dalam talian yang khusus untuk perdagangan dan pelaburan di mana anda boleh "meniru" atau mengikuti perdagangan atau strategi pelabur atau pedagang yang lebih berpengalaman.
Walaupun media sosial mempunyai banyak kelebihan, kadang-kala ia juga boleh membinasakan. Anda harus selalu berfikir secara kritis kerana bukan semua nasihat yang anda terima di media sosial daripada orang yang dikatakan pakar itu akan memberi pengaruh positif pada amalan perdagangan anda.
Bagaimanakah media sosial boleh menggugat kejayaan dalam perdagangan?
Kurangnya pengetahuan
Untuk seseorang mewujudkan imej sebagai seorang pedagang yang profesional di media sosial bukanlah suatu yang susah, walaupun beliau mempunyai pengetahuan yang cetek dalam pelaburan dan perdagangan. Pedagang perlu berupaya mengenal pasti kekurangan pengalaman ini dan mengelak daripada mengambil nasihat pempengaruh tanpa analisis yang wajar.
Maklumat palsu
Penyebaran berita palsu juga suatu yang menonjol tentang media sosial, dan ia mendorong kepada pemanipulasian pasaran. Contohnya, pada 2015 di AS, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah mendakwa seorang pedagang Scotland atas dakwaan fraud apabila dia telah membuat hantaran twitter bagi pihak firma penyelidikan terkenal dengan menggunakan akaun palsu yang hampir sama seperti akaun sebenar. Ciapan atau tweetnya telah mengakibatkan harga saham syarikat jatuh sebanyak 28 peratus, jadi dia boleh mendapat manfaat daripada kejatuhan ini. Manakala, pemegang syer terpaksa menanggung kerugian besar.
Naluri kelompok
Selain daripada penilaian pasaran mereka sendiri, pedagang biasanya bersandar pada keputusan khalayak ramai. Mengikuti khalayak ramai bermaksud seseorang pedagang itu menggunakan strategi yang sama dan urusniaga yang sama seperti mana pedagang lain. Akhirnya, ini mengakibatkan gelembung aset atau kejatuhan dalam pasaran akibat pembelian panik dan jualan panik secara kolektif.
Terlebih yakin
Ramai pedagang amatur menjebak diri mereka sendiri apabila terlalu bergantung pada pedagang berpengalaman. Namun para pemula perlu membuktikan keandalan (reliability) tindakan yang mereka tiru daripada mentor mereka itu, sambil beringat bahawa peningkatan diri secara berterusan dan analisis pasaran adalah aspek-aspek yang sangat kritikal untuk mencapai kejayaan. Ingatlah bahawa perdagangan Forex memerlukan banyak usaha bagi meraih hasil yang tinggi, dan perdagangan dengan meniru tanpa usul periksa akan mengakibatkan kerugian yang ketara.
Kemeruapan dan pergerakan harga yang tidak dijangka
Pengaruh media sosial terhadap kestabilan pasaran sangat jelas dalam satu contoh yang terkenal: ciapan Twitter daripada Elon Musk tentang Bitcoin. Dalam tweet berkenaan, Musk telah mengumumkan bahawa Tesla Inc. tidak akan menerima lagi Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Pengumuman yang tidak dijangka-jangka ini telah menyebabkan harga Bitcoin menyusut dengan mendadak, yang sebelum itu menikmati trend menaik. Situasi ini jelas menunjukkan kuasa media sosial dan kebolehannya mempengaruhi kemeruapan pasaran yang luar biasa.
Celik kewangan adalah faktor penting dalam kesejahteraan perdagangan
Media sosial tidak syak lagi ialah alat yang penting untuk mengembangkan perniagaan anda dan menambah baik diri anda sebagai seorang pedagang. Walau bagaimanapun, anda harus menjadi seorang pedagang yang sentiasa memahami bahawa pembangunan diri yang berterusan adalah kunci kejayaan. Anda hanya akan mencapai hasil yang tinggi dalam perdagangan atau pelaburan dengan celik kewangan. Mekanisme permainan ini harus dipelajari dan difahami. Menurut Robert Kiyosaki, seorang pelabur terkenal, anda mesti memahami teras aset dan liabiliti, membezakan aliran tunai daripada keuntungan modal, mempertimbangkan hutang dan cukai untuk membina kekayaan, dan sentiasa membuat keputusan kewangan anda sendiri untuk berjaya.
Kesimpulannya, media sosial tidak seharusnya menjadi aspek yang fundamental dalam kerjaya perdagangan anda. Sebagai seorang pedagang, anda juga harus menganggarkan semua kemungkinan risiko, mencipta pelan perdagangan anda, menganalisis pasaran dan berhati-hati dengan perangkap perdagangan.
Tidak kira apakah tahap pengalaman perdagangan anda, media sosial FBS akan membantu anda meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda. Instagram FBS dan saluran telegram FBS Analytics akan memberikan maklumat terkini tentang acara masa depan, alat perdagangan dan strategi. Anda akan terus mendapat kemas kini bagi semua acara akan datang dan berita harian bersama kami.
Kesimpulan
Walaupun media sosial adalah sumber yang hebat untuk mendapatkan tinjauan dan nasihat atau mengikuti perkembangan terkini tentang semua perubahan pasaran, anda masih perlu untuk memantau situasi dalam perdagangan itu sendiri. Beri perhatian yang cukup untuk membangunkan pengetahuan kewangan anda bagi mengelakkan perangkap atau kerugian perdagangan, dan berhati-hati terhadap sisi lemah media sosial. Panduan dan syor-syor kami akan membantu anda. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.