1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Tip-tip terbaik untuk pendatang baru Forex tentang bagaimana cara-caranya anda boleh berdagang dengan selamat
2023-05-29 • Dikemaskini

Tip-tip terbaik untuk pendatang baru Forex tentang bagaimana cara-caranya anda boleh berdagang dengan selamat

Pelajari bagaimana cara-cara untuk mula berdagang Forex dan seterusnya melangkah ke arah kejayaan.

Pasaran tukaran matawang asing menarik lebih ramai pedagang baru dari seluruh dunia, menawarkan peluang besar dan manfaat yang realistik. Tetapi keuntungan yang terhasil dari perdagangan hanya boleh diraih menerusi pengalaman yang signifikan, disiplin diri yang teguh, dan kerja keras. 

Sedikit tips berguna untuk mengelak perangkap di pasaran tukaran matawang asing dan untuk menyingkap potensi pedagang novis dinyatakan di bawah.  

1. Pelajari ilmu asas Forex

Pertama sekali, adalah sangat penting untuk mempunyai kefahaman asas tentang pasaran matawang dan pembolehubah makroekonomi yang memacu turun naik pasaran. Seseorang pedagang mencapai kejayaan mutlak dengan mempelajari cara-cara untuk kekal berjaya bagi tempoh yang panjang. Pengalaman berdagang Forex terhasil dari masa yang dilaburkan, pengetahuan, dan pemahaman seseorang terhadap pasaran matawang. Pastinya matlamat muktamad adalah untuk mencapai keuntungan, tetapi untuk sampai ke tahap itu seorang pemula perlu rajin belajar. Untungnya, sesiapa yang mencari ilmu yang bermanfaat tersebut boleh menemuinya di dalam Buku Panduan Forex.

2. Set sasaran perdagangan yang mampu dicapai

Selepas anda sudah mempunyai ilmu asas Forex, adalah wajib untuk anda tetapkan sasaran perdagangan yang realistik. Bila anda sudah mengetahui apa yang anda mahukan dari perdagangan, anda mesti menggariskan satu rangka masa dan pelan tindakan untuk karier perdagangan anda, secara sistematik. Mempunyai sasaran yang jelas akan memudahkan anda menggugurkan sepenuhnya rancangan seandainya analisis risiko/pulangan tidak menjamin potensi keberhasilan yang menguntungkan.

3. Takrifkan strategi yang jelas

Langkah penting yang seterusnya adalah untuk menetapkan satu strategi perdagangan yang berkesan untuk anda, suatu yang sesuai dengan anda. Ia tidak penting jika anda seorang pedagang teknikal atau pedagang fundamental, atau kombinasi kedua-duanya. Yang paling penting, usahakan satu strategi yang tidak memerlukan sepanjang hari dan malam untuk dilaksanakan. Apa gunanya mempunyai sistem yang bagus dan menghasilkan banyak wang untuk anda tetapi anda duduk di pejabat sepanjang masa di mana muka anda terlekat kepada carta? Pastikan anda cari apakah yang berkesan untuk anda, apakah yang sesuai dengan gaya dan personaliti anda sebagai seorang insan dan juga seorang pedagang.

4. Gunakan renti rugi

Jika anda tidak mempunyai cukup masa untuk memantau pasaran sepanjang masa, lebih baik anda uruskan risiko dan lindungi keuntungan yang terhasil menerusi pesanan stop dan limit, menutup posisi anda pada harga yang nada sudah tetapkan. Trailing Stop adalah sangat berguna kerana ia mengekori posisi anda sambil pasaran bergerak, pada satu jarak yang anda tetapkan, membantu melindungi keuntungan sekiranya pasaran berpatah balik.

5. Jangan risikokan semua wang yang anda ada

Belajar bagaimana cara menguruskan risiko anda. Deposit anda adalah kerbau sawah anda, dan jika anda kehilangannya, anda sudah tidak boleh mencari makan lagi. Inilah sebabnya anda tidak boleh merisikokan lebih dari 5% nilai deposit anda bagi setiap dagangan walau apa pun yang terjadi. Sentiasa ingat nisbah pengurusan wang anda atau nisbah risiko/ganjaran untuk setiap dagangan yang dilakukan. Jika suatu dagangan mempunyai potensi 100 pip dan anda memasuki dagangan dengan renti rugi 20 pip, maka nisbah pengurusan wang adalah 100/30 atau 3.3 kepada 1 positif. Lebih tinggi nisbah pengurusan wang, lebih baik untuk anda. Semua orang pernah rugi, ia perkara biasa. Namun walaupun dengan kadar kejayaan 50%, dengan nisbah pengurusan wang yang betul akaun anda akan berkembang.

6. Kawal emosi anda

Realitinya, para pedagang pemula cenderung emosional. Mereka boleh berasa yakin dengan suatu dagangan, sehinggakan mereka akan taruhkan semua dana dan terlupa tentang kawalan risiko. Para pedagang emosional anggap wang sebagai sumber keselamatan-dan-kuasa, dan bila mereka kerugian mereka sering terburu-buru dan celaru. Para pemula sering jadi lumpuh kerana kegagalan, bila mereka sepatutnya menghadkan kerugian dan keluar dari dagangan dengan cepat dan teruskan dengan dagangan yang seterusnya. Untuk memisahkan diri dari emosi bila berdagang, mulakan berdagang dengan jumlah wang yang kecil. Setelah sekian waktu anda boleh tinggikan jumlah wang yang anda dagangkan, memperluaskan zon selesa anda sedikit demi sedikit. 

7. Nilai prestasi anda secara bulanan

Nilai kemahiran perdagangan anda di penghujung setiap bulan atau tahun. Jangan nilai kejayaan atau kegagalan perdagangan anda berdasarkan satu dagangan. Anda perlu buktikan kebolehan anda sepanjang satu tempoh masa yang lama. Jangan fikirkan tentang keputusan akhir bila anda tutup posisi. Lakukan beberapa dagangan, kemudian baru analisa keputusan akhirnya. Sebuah strategi yang handal boleh sahaja memberikan anda 10 dagangan yang rugi -15 pip berturut-turut, dan satu perdagangan menguntungkan +300 pip sebulan, dan bagi tempoh setahun strategi ini boleh menghasilkan +2000 pip untung bersih. Namun jika anda nilaikan ia hanya pada hari-hari teruknya, anda mungkin putus asa dengannya terlalu awal.

8. Pilih broker Forex yang utuh

Memilih broker yang betul adalah separuh dari perjuangan. Tidak wujud istilah terlebih cerewet dalam hal ini. Jadi apa yang perlu anda berikan tumpuan adalah:

- Luangkan masa anda untuk memeriksa ulasan dan cadangan pengguna lain. - Pastikan broker pilihan anda boleh dipercayai dan sesuai dengan personaliti perdagangan anda. - Ingatlah broker yang palsu atau tidak boleh diharapkan boleh menghapuskan keuntungan anda. Tetapi, tidak kurang pentingnya juga kemahiran dan sasaran perdagangan anda haruslah setara dengan tawaran yang diberi oleh broker tersebut. - Profil pelanggan bagaimanakah yang broker ini sasarkan? - Adakah perisian perdagangan mereka memenuhi jangkaan anda? - Seberapa efisien pasukan khidmat pelanggan mereka? - Semua butiran ini mestilah disiasat dengan cermat sebelum menghubungi broker itu lagi.

9. Analisa dan bertindak berdasarkan diari perdagangan

Salah satu dari tip paling efektif untuk perdagangan yang lebih baik adalah untuk tidak hanya menyimpan diari perdagangan, tetapi juga untuk membaca dan bertindak berdasarkannya. Tujuan diari perdagangan adalah untuk membina keyakinan di dalam sistem perdagangan anda. Bila anda berdagang dengan keyakinan anda boleh berdagang dengan objektif. Dengan mencatat tentang setup perdagangan anda, emosi bila masuk, urus dan keluar posisi, berserta dengan cerapan aktiviti pasaran serta untung/rugi, anda mampu untuk merungkai apakah yang berkesan dan apa yang tidak.

10. Teruskan berdagang pada rangka masa yang lebih besar

Satu lagi perkara yang mana-mana pedagang boleh lakukan untuk memperbaiki perdagangan mereka tanpa perlu banyak usaha adalah bertukar dari berdagang pada rangka masa kecil kepada yang lebih besar. Ramai pedagang mempunyai konsep yang salah bahawa kononnya mereka akan menemui lebih banyak peluang berdagang di rangka masa lebih kecil dan boleh mendapatkan lebih banyak wang. Tetapi realitinya adalah sebaliknya. Dengan "rangka masa yang lebih besar" kami maksudkan rangka masa 4 jam dan lebih, sebarang carta kurang dari 4 jam dianggap "rangka masa lebih rendah". Carta 1 jam berguna untuk pedagang yang lebih berpengalaman untuk memperhalusi titik masuk dan keluar, namun ia masih dianggap rangka masa lebih rendah dan harus dielakkan oleh pedagang pemula. 

11. Peningkatan berterusan

Nasihat yang terakhir, tapi tidak kurang pentingnya kepada semua pedagang adalah untuk terus meningkatkan prestasi dagangan dan menimba ilmu, secara berterusan. Ingat, tiada siapa pun yang dilahirkan berjaya, tetapi dengan belajar dan berlatih anda akan lebih dekat dengan keuntungan besar dalam perdagangan Forex.

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

  • 6825

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera