1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 10 Pedagang Terhebat Sepanjang Zaman
2024-05-22 • Dikemaskini

10 Pedagang Terhebat Sepanjang Zaman

cover.png

Mari berehat sebentar daripada menelaah carta dan jom baca tentang pedagang-pedagang terhebat dunia yang telah mempengaruhi pasaran dan meninggalkan kesan yang besar dalam sejarah perdagangan.

Kejayaan para pedagang tidak semuanya mudah, dan begitu jugalah tentang ratusan kerugian yang telah dialami pada masa lalu. Kehidupan mereka diwarnai oleh kejayaan dan drama serta dikelilingi oleh wang, spekulasi, dan kekayaan.

Kami telah menyediakan senarai nama penggerak pasaran yang paling terkenal, termasuk pedagang-pedagang legenda dalam sejarah dan pedagang-pedagang moden pada masa kini. Belajar dari kesilapan, berfikir ke hadapan dan bersikap fleksibel telah membantu mereka menjadi pedagang yang berjaya. Oleh itu, baca artikel ini untuk menginspirasikan diri anda agar bersemangat mencapai sesuatu yang besar.

1067_01_soros_1200x675.png

1. George Soros

George Soros, juga dikenali sebagai "orang yang memecahkan Bank of England," adalah seorang Yahudi yang dilahirkan di Hungary pada tahun 1930, terselamat daripada Holocaust, dan kemudian melarikan diri dari negara tersebut. Dia adalah salah seorang pedagang yang paling popular dan terkenal di seluruh dunia. Di England, Soros bekerja sebagai seorang pelayan atau pengangkat barang sebelum menamatkan pengajian beliau dari London School of Economics. Ini akhirnya membawa beliau ke dunia perbankan apabila beliau menjadi seorang jurubank di Singer dan Friedlander.

Dengan bantuan bapanya, beliau berpindah ke Amerika untuk bekerja di sebuah firma Pembrokeran Wall Street. Selepas berjaya di pelbagai firma, George telah menubuhkan dana lindung nilai pada tahun 1970 iaitu "Quantum." Di sinilah beliau menjadi terkenal.

Pada tahun 1992, Soros membuat pertaruhan besar terhadap pound British dan memperolehi $1 bilion dalam masa 24 jam sahaja.

Quantum telah mengumpul sejumlah 3.9 bilion paun, dan Soros meminjam lebih banyak lagi untuk mengumpulkan 5.5 bilion paun. Tetapi pound British mula jatuh. Dan Soros mengambil posisi short dengan kesemua 5.5 bilion pound melawan Mark Jerman pada 16 September, hari yang juga dikenali sebagai Black Wednesday (Rabu Hitam). Ini telah membantu menakan harga matawang itu dan memaksa UK untuk keluar daripada Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah.

Ia antara sebilion dolar terpantas yang pernah dijana oleh seseorang dan salah satu urusniaga yang paling terkenal yang pernah dilakukan, yang kemudiannya dikenali sebagai “memecahkan Bank of England” (“breaking the Bank of England.”).

1067_02_livermore_1200x675.png

2. Jesse Livermore

Kehidupan Jesse Livermore mungkin boleh menjadi inspirasi untuk sebuah filem. Dilahirkan pada tahun 1877, dia ditakdirkan untuk menjadi seorang petani tetapi melarikan diri dari rumah untuk menjadi seorang jutawan. Kisahnya dipenuhi oleh wang, perempuan simpanan, muflis, dan skandal.

Pada usia muda, Jesse Livermore belajar membaca dan menulis, berminat dengan berita dan ekonomi, dan juga boleh menganalisis harga. Dengan pengalamannya, beliau menguasai cara untuk mengenal pasti penyongsangan trend dan mempopularkan analisis teknikal moden. Livermore adalah salah seorang orang yang pertama menggunakan renti rugi, alat pengurusan risiko yang masih digunakan oleh para pedagang pada hari ini.

Jesse meraih $250,000 yang pertama beliau dengan urusniaga short di pasaran saham sebelum terjadinya gempa bumi San Francisco. Pada tahun 1925, beliau memperolehi $3 juta dengan urusniaga short komoditi gandum. Kemudian, beliau memperolehi keuntungan sekitar $100,000 dengan menjual saham-saham AS sebelum ia jatuh pada tahun 1929. Beliau adalah salah seorang pedagang yang terkaya dan paling berjaya pada masa itu. Jesse mendapat julukan “the boy plunger.”

Walau bagaimanapun, Jesse mengalami beberapa kebankrapan. Beliau berjaya memperolehi keuntungan di pasaran dalam dua kes pertama, tetapi kebankrapan ketiga telah membawa maut. Beliau melakukan kesilapan dan kehilangan semua wangnya pada tahun 1929.

Dengan tragedi keluarga, tekanan dan kegagalan lain pada masa yang sama, Jesse Livermore menyedari bahawa beliau mungkin tidak akan berdagang dengan cara yang sama seperti sebelumnya. Pada tahun 1940, beliau membunuh diri dengan menembak diri sendiri.

Anaknya, Jesse Livermore Jr., yang mewarisi tabiat ibunya, seorang kaki botol, juga telah membunuh diri pada tahun 1975 selepas menembak anjing kesayangannya semasa mabuk dan cuba menembak seorang pegawai polis.

1067_03_gann_1200x675.png

3. William Delbert Gann

Jika anda seorang pedagang yang mengamalkan analisis teknikal, anda pasti pernah mendengar nama W.D. Gann dan teori perdagangannya. William Delbert Gann dilahirkan pada tahun 1878 di Texas, anak sulung daripada 11 adik-beradik dalam keluarga penanam kapas yang miskin. Dia tidak menghabiskan pembelajaran di sekolah bahasa dan tidak menghadiri sekolah menengah kerana ibu bapanya mengharapkan agar beliau bekerja di ladang.

Gann percaya bahawa Bible adalah buku yang paling hebat dan mendapat sebahagian besar pendidikan daripada buku tersebut. Gaya penulisannya penuh dengan gaya misteri, esoterik dan tidak langsung, yang membuatkan ia sukar difahami oleh ramai orang.

Walau bagaimanapun, Gann mencipta alat-alat analisis teknikal yang hebat, termasuk Gann Angles, Hexagon, Circle of 360, Square of 9, dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah berdasarkan matematik purba, geometri, astronomi, dan astrologi dan digunakan secara meluas oleh para pedagang pada masa kini.

Para pengkritik mendakwa bahawa tidak ada bukti sebenar yang menyatakan bahawa Gann tidak mendapat keuntungan daripada pelaburan dalam pasaran tetapi memperolehi wang dengan menjual buku dan kursus-kursus pelaburan. Ia tidak jelas berapa jumlah kekayaan W.D. Gann datang dari analisis perdagangannya, tetapi apabila dia meninggal dunia pada dekad 1950-an, harta pusakanya bernilai sedikit lebih dari $100,000.

Tetapi apa yang mengagumkan ialah Gann mencipta peraturan-peraturan perdagangan yang terdiri daripada prinsip pengurusan wang asas sehinggalah permainan mental seratus tahun yang lalu, yang masih digunakan pada hari ini.

1067_04_tudor_jones_1200x675.png

4. Paul Tudor Jones

Paul Tudor Jones ialah salah seorang pedagang saham dalaman yang terbesar di dunia dalam sejarah, dengan anggaran nilai bersih kira-kira $7.5 bilion.

Selepas menamatkan pengajian dari University of Virginia pada tahun 1976, Paul mula berdagang niaga hadapan kapas di Bursa Kapas New York. Fakta lucu: beliau kehilangan pekerjaan kerana dia tertidur di mejanya selepas pesta malam bersama rakan-rakannya. Kemudian, Paul bekerja sebagai broker komoditi dan, pada tahun 1980, mengasaskan firma perdagangan dan pelaburannya, Tudor Investment Corporation. Dana ini berjaya memperolehi pulangan 100% dalam tempoh lima tahun pertamanya – fakta yang menakjubkan pada masa kini.

Ramalan terbesar Paul ialah kejatuhan pasaran 1987, yang dikenali sebagai Black Monday. Disebabkan ramalan yang tepat, Jones menjana keuntungan sekitar $100,000 dan tidak mengalami kerugian.

Paul Tudor Jones membangunkan strategi perdagangannya sendiri yang membantu kejayaan beliau. Peraturan utamanya adalah untuk kekal konsisten dan tidak mengharapkan wang yang cepat. Dengan kemahiran pengurusan risiko yang tinggi dan jangkaan yang realistik terhadap potensi urusniaga beliau, beliau dapat meraih pendapatan yang stabil.

1067_05_rogers_1200x675.png

5. Jim Rogers

Sejak dari usia muda, Jim Rogers mempunyai kepintaran berniaga dengan menjual kacang dan plastik terpakai yang dibuang oleh peminat-peminat besbol. Beliau mendapat ijazah sarjana muda cum laude dalam sejarah dan ijazah kedua dari Universiti Oxford dalam bidang ekonomi. Kini anggaran kekayaan bersih Rogers bernilai lebih daripada $300 juta.

Pada tahun 1964, Rogers menyertai Dominick & Dominick, LLC di Wall Street, berdagang saham dan bon. Tetapi dari 1966 hingga 1968, Jim menjadi anggota tentera semasa Perang Vietnam.

Dua tahun selepas perkhidmatannya dalam Perang Vietnam, Jim menyertai sebuah bank pelaburan di mana beliau bertemu dengan George Soros, rakan perniagaannya. Pada awal 1970-an, mereka mengasaskan Quantum Fund, yang berkembang 4,200% dalam tempoh sepuluh tahun, suatu pencapaian yang besar.

Kemahiran tertinggi yang membantu Rogers menjadi seorang pedagang yang berjaya ialah keupayaannya untuk membuat ramalan yang jelas. Pada tahun 1990-an, beliau membuat keputusan bullish yang betul ke atas komoditi. Jim juga telah mengkritik ketidakupayaan Bank of England dan Rizab Persekutuan AS untuk melawan inflasi yang melambung tinggi, memberi amaran bahawa ia mungkin menjadi lebih teruk sebelum menjadi stabil.

Selepas bersara, Rogers memulakan perjalanan selama tiga tahun merentasi 116 negara dengan menaiki Mercedes yang dibuat khas. Perjalanan tersebut menetapkan rekod dunia untuk perjalanan kereta berterusan yang paling lama. Beliau juga menulis buku yang menceritakan tentang pengembaraannya.

1067_06_dennis_1200x675.png

6. Richard Dennis

Richard Dennis, yang juga dikenali sebagai “the prince of the pit,” adalah salah seorang daripada beberapa pedagang yang berjaya menukar wang yang sedikit menjadi berjuta-juta.

Ketika Dennis berumur 23 tahun, beliau meminjam $1,600 dan mengubahnya menjadi $200 juta dengan berdagang komoditi selama sepuluh tahun. Lebih menakjubkan, beliau dagangkan hanya $400 daripada $1,600 itu.

Kemudian, pada tahun 1973, Richard Dennis memperolehi keuntungan $100,000. Pada tahun berikutnya, beliau memperolehi $500,000 lagi dengan berdagang dalam pasaran kacang soya dan menjadi jutawan dan pedagang yang terkenal pada akhir tahun 1974.

Tetapi Denis juga mengalami kerugian dana semasa kejatuhan pasaran saham yang dinamakan Black Monday pada tahun 1987 dan gelembung dot-com yang pecah pada tahun 2000.

Pada tahun 1983, Richard Dennis dan Bill Eckhardt menjalankan eksperimen yang dipanggil “Turtle Traders Group.” untuk menyelidik sama ada perdagangan adalah kemahiran semula jadi atau sesuatu yang boleh dipelajari. Dennis percaya bahawa, seperti penyu yang dibesarkan di ladang, pedagang yang mampu memperoleh untung boleh belajar dan mendapatkan kemahiran. Bertentangan dengannya, Eckhardt menganggap pembelajaran yang berkesan memerlukan kemahiran semula jadi; jika tidak, mereka tidak boleh diajar.

Semasa eksperimen, mereka mencipta sistem perdagangan yang membawa kepada hasil yang positif dalam kalangan kumpulan tersebut. Pada masa kini, para pedagang terus menggunakan sistem mereka atau salah satu variannya. Menurut seorang bekas pelajar, sebahagian daripada pedagang penyu ini mengaut keuntungan sebanyak $175 juta dalam masa 4 tahun.

1067_07_paulson_1200x675.png

7. John Paulson

Forbes, the Guardian, New York Times, dan banyak lagi media lain telah menulis tentang John Paulson, “pedagang terhebat dalam sejarah,” yang dilahirkan pada tahun 1955.

Paulson memulakan kerjayanya di Boston Consulting Group pada tahun 1988 dengan memberikan nasihat kepada beberapa syarikat. Selepas menukar beberapa kerja, beliau mengasaskan dana lindung nilai, Paulson & Co., dengan modal $2 juta dan seorang pekerja pada tahun 1994. Menjelang tahun 2003, dananya telah meningkat kepada $300 juta dalam aset.

Kemasyhuran dan kekayaan John Paulson muncul semasa krisis kewangan global 2007–2008 apabila dia memperolehi hampir $4 bilion dan “berubah daripada pengurus wang yang tidak dikenali kepada legenda kewangan.” Sebelum kejatuhan tersebut, beliau membeli swap default kredit terpakai dan menggunakannya untuk bertaruh terhadap pasaran gadai janji subprima AS dengan berkesan. Ada yang menyebutnya sebagai urusniaga terbesar dalam sejarah.

Pada tahun 2010, Paulson memperolehi $4.9 bilion, terutama sekali pelaburan dalam emas. Forbes menganggarkan kekayaan bersih beliau ialah $3 bilion pada Januari 2023.

Walau bagaimanapun, John mengalami kerugian dalam pelaburan beberapa saham yang menyebabkan para pelabur meninggalkan dana lindung nilainya, Paulson & Co, mengurangkan aset di bawah pengurusan beliau kepada $10 bilion pada Januari 2020 daripada paras tertinggi $36 bilion pada 2011.

Jutawan itu menunjukkan keupayaan untuk mempelbagaikan bukan sahaja aset tetapi juga strategi, menggabungkan strategi arbitraj konservatif dan idea spekulatif nyata dengan pembahagian dana mandatori.

1067_08_cohen_1200x675.png

8. Steven Cohen

Steven Cohen dilahirkan pada tahun 1956 di New York. Sebagai seorang pemain poker, Stephen membelanjakan semua wang yang diperolehinya daripada permainan kad itu untuk berspekulasi saham semasa beliau masih belajar di Universiti, ponteng ketika waktu rehat ke pejabat bank Merrill Lynch yang terdekat.

Dengan nilai kekayaan bersih semasa sekitar $16 bilion, Cohen memulakan kerjayanya di firma perbankan pelaburan Gruntal dan memasuki pasaran saham pada tahun 1978.

Cohen bermula dengan memperolehi $8,000 pada hari pertama beliau dan kemudian menjana $100,000 sehari untuk firma tersebut. Pada tahun 1992, beliau berhenti dari Gruntal dan mengasaskan salah satu dana lindung nilai yang paling berjaya, iaitu SAC Capital Partners. Menjelang tahun 2013, purata keuntungan tahunan untuk SAC telah mencapai 25%.

Walaupun Steven mencapai kejayaan dan menjadi kaya, perjalanan beliau bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga tentang beberapa kerugian. Pada tahun 2010, SAC telah disiasat kerana perdagangan orang dalam yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission, SEC). Walaupun Cohen tidak didakwa, syarikat itu mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak $1.8 bilion. Kemudian, beliau terpaksa menutup dana tersebut.

Tetapi Steven Cohen terkenal dengan kebolehan beliau untuk berjaya dan memperolehi pendapatan dalam apa juga keadaan. Beliau juga adalah seorang pedagang saham terkenal yang lebih sukakan risiko dan menang besar. Kini beliau ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Point72 Asset Management, sebuah pejabat keluarga di Stamford, Connecticut.

1067_09_tepper_1200x675.png

9. David Tepper

Orang terkaya, pengurus dana lindung nilai yang berjaya, dan dermawan, David Tepper, dilahirkan pada tahun 1957 dalam keluarga berbangsa Yahudi. David memasuki pasaran ketika masih di dalam kolej. Beliau lulus dengan BA dalam bidang ekonomi dari University of Pittsburgh dan memperoleh MS dari Carnegie Mellon University pada tahun 1982.

Selepas tamat pengajian, Tepper mendapat pekerjaan di Equibank sebagai penganalisis kredit dan terlibat dalam industri kewangan. Kemudian, beliau bertukar ke beberapa syarikat, termasuk Keystone, dan direkrut ke Goldman Sachs selama lapan tahun dengan tumpuan utama pada kebankrapan dan situasi-situasi istimewa. David memainkan peranan utama dalam kelangsungan Goldman Sachs selepas kejatuhan pasaran saham 1987. Beliau membeli bon-bon asas dalam institusi kewangan yang runtuh, yang nilainya melonjak apabila pasaran pulih.

Tetapi Tepper berusaha untuk menjalankan dananya sendiri dan berdagang secara agresif untuk mengumpul wang yang mencukupi untuk perkara tersebut. Pada awal tahun 1993, beliau mengasaskan Appaloosa Management. Ia salah satu keuntungan terawal dan terbesar yang diperolehi dengan melabur dalam Conseco dan Marconi. Selepas itu, Appaloosa menjadi semakin mantap sebagai dana lindung nilai yang mengkhusus dalam hutang bermasalah, yang berkaitan dengan pelaburan dalam ekuiti awam global dan pasaran pendapatan tetap.

Pada tahun 2009, Appaloosa meraih kira-kira $7 bilion dengan membeli saham-saham bermasalah yang diperolehi semula pada tahun itu. $4 bilion daripada keuntungan tersebut disalurkan secara peribadi kepada Tepper, menjadikan beliau pengurus dana lindung nilai berpendapatan tertinggi pada tahun 2009.

Nilai kekayaan bersih David Tepper ialah $16.7 bilion, menurut Forbes. Pada tahun 2020, bahagian terbesar portfolionya ialah syarikat Alibaba sebanyak 13% dan Amazon sebanyak 11%.

1067_10_leeson_1200x675.png

10. Nick Leeson

Terkenal kerana memufliskan Barings Bank, Nick Leeson dilahirkan pada tahun 1967. Tanpa pendidikan tinggi, beliau mendapat kerja pejabat di bank Coutts yang tidak memerlukan kemahiran khusus.

Tetapi Nik terus mengembangkan ilmu kewangan beliau dan tidak lama kemudian berpindah ke Morgan Stanley, di mana beliau belajar cara mengira niaga hadapan dan opsyen dengan pantas. Kemudian, beliau diambil bekerja oleh Barings Bank dan seterusnya berpindah ke Asia, di Bursa Monetari Antarabangsa Singapura (SIMEX).

Di sini kisah beliau yang masyhur itu bermula. Pada April 1992, Barings telah membuka pejabat Niaga Hadapan Dan Opsyen di Singapura, melaksanakan dan melunaskan transaksi di SIMEX. Berusia 26 tahun, Nick Leeson, di samping aktiviti perdagangan beliau, mengetuai operasi niaga hadapan dan opsyen di Singapura dan mula melakukan urusniaga spekulatif secara gelap.

Pada mulanya, urusniaga-urusniaga ini mencatat keuntungan yang besar untuk Barings, menambah 10 juta, 10% daripada keuntungan tahunan syarikat itu. Nick malah menerima bonus £130,000 sebagai tambahan kepada gaji beliau sebanyak £50,000. Tetapi kemudian semua kisah baik ini berakhir, dan Leeson mula menggunakan wang bank tersebut dengan akaun ralat khas untuk menutup urusniaga rugi yang dilakukan beliau dan rakan-rakannya yang lain.

Pada tahun 1995, kerugian terbesar dan yang terakhir untuk Nick Leeson dan Barings telah berlaku. Leeson telah membeli sejumlah besar kontrak hadapan untuk menekan pasaran, tetapi gempa bumi yang kuat bermagnitud 7.2 di Jepun telah membawa kepada kemerosotan teruk aset-aset ini. Sebagai kesan daripada scam yang besar ini, Barings Bank, dengan sejarahnya selama 233 tahun, telah mengalami kerugian sebanyak $1.4 bilion dan dijual kepada konglomerat Belanda, ING, dengan harga £1.

Leeson cuba melarikan diri daripada bank tersebut, meninggalkan nota pendek “I’m sorry.” Beliau berharap dapat mengelakkan daripada hukuman penjara di Singapura tetapi ditahan dan diekstradisi oleh pihak berkuasa Jerman ke Singapura, di mana beliau meringkuk di dalam penjara selama empat tahun. Total hukuman beliau adalah untuk 6.5 tahun. Leeson disahkan menghidap kanser ketika di dalam penjara, tetapi doktor-doktor terbaik Singapura telah merawat banduan terkenal ini, dan beliau telah sembuh.

Hari ini Nick tidak boleh membuka apa-apa posisi di bursa saham, tetapi masih lagi meraih lebih 100,000 dolar sebulan daripada konferens-konferens beliau.

Hasil tunjuk ajar pedagang yang berjaya ini, ramai pedagang lain telah menjadi kaya raya. Kisah mereka mungkin penuh dengan kontroversi, tetapi mereka masih lagi mengkagumkan dan menjadi buah mulut. Dan setiap pedagang di dalam senarai kami telah berjaya menundukkan pasaran dan meraih wang yang banyak. Jadi sesiapa sahaja yang mempunyai idea boleh menerapkannya secara praktis dalam aplikasi FBS, manakala golongan pemula pula boleh menggunakan produk-produk kami untuk membangunkan kemahiran mereka dan belajar cara-cara berdagang.

SOALAN LAZIM

Siapakah Pedagang Intrahari Yang Terkaya di Dunia?

Kebanyakan pedagang yang kaya memilih untuk tidak dikenali. Itulah sebabnya kita mungkin tidak akan tahu jawapannya. Walau bagaimanapun, semua pedagang yang disebut dalam senarai kami memperolehi jumlah wang yang sangat besar.

Siapakah Yang Telah Menjana Bilion Dolar Terpantas?

George Soros membuat pertaruhan besar terhadap pound British dan memperolehi $1 bilion dalam masa 24 jam sahaja pada tahun 1992. Beliau telah membuka posisi short sebanyak 5.5 bilion pound pada Black Wednesday dan meranapkan Bank of England.

Siapakah Pedagang Intrahari Yang Berjaya Memperolehi Pendapatan Melalui Penipuan?

Nick Leeson telah menyebabkan kebankrapan Barings Bank dan membuat perdagangan tanpa kebenaran menggunakan wang bank tersebut. Beliau telah dihukum penjara.

  • 1369

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera