1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Top 10 Penipuan Pelaburan
2023-05-24 • Dikemaskini

Top 10 Penipuan Pelaburan

PRNEW-2539 TOP 10 INVESTMENT SCAMS _1_cover.png

Di dalam dunia pelaburan ada banyak tawaran skim yang berniat hendak mengelirukan atau – sekiranya kita memilih untuk tidak beralas dalam berkata-kata – menipu sesiapa sahaja yang tidak cukup berhati-hati. Zaman-berzaman sehingga kini, penipu sentiasa muncul dengan sesuatu yang baru untuk memisahkan orang ramai dari wang mereka.

Terimalah senarai sepuluh penipuan pelaburan teratas yang masih digunakan dengan meluas pada hari ini dan tidak akan lenyap dalam masa terdekat. Dengan mempelajari tentang skim ini, anda akan mempersiapkan diri anda untuk pengembaraan menempuh dunia pelaburan yang kejam dan sinis di mana penipu-penipu sentiasa melirik anda dari celah-celah gelap.

Skim piramid

Pilihan pertama kami boleh dikatakan jenis penipuan yang paling popular di dunia - piramid. Ada yang mengatakan bahawa skim piramid telah mencuri lebih banyak wang daripada mana-mana skim lain. Nama lain untuk penipuan skim piramid ialah skim Ponzi. Ia dinamakan sempena nama seseorang, Charles Ponzi, pencipta salah satu penipuan terbaik yang pernah ada.

Sekitar tahun 1920, Ponzi berjaya mencuri $20 juta daripada pelanggannya. Skim yang digunakan oleh Ponzi agak mudah. Dia menjanjikan pulangan yang mengagumkan kepada pelanggannya dalam masa yang singkat dan dengan itu, meminta orang ramai melabur dalam Syarikat Bursa Sekuriti beliau. Ponzi membayar pelabur awal dengan dana daripada para pelabur baharu, dan begitulah caranya bagaimana setiap piramid kewangan berfungsi.

Tempoh suatu skim piramid boleh menjangkau bertahun-tahun dan bahkan beberapa dekad selagi tidak ada permintaan yang berlebihan untuk pengeluaran. Kerana jika itu berlaku, skim itu akan runtuh dan menjadi sia-sia sehinggakan hanya pelabur yang paling bertuah dapat menerima kembali sebahagian kecil dari pelaburan mereka.

PRNEW-2539 TOP 10 INVESTMENT SCAMS _2.png

Nota janji hutang

Nota janji hutang (promisory notes) ialah instrumen hutang yang mengandungi janji bertulis oleh pengeluar atau pembuat nota untuk membayar penerima nota sejumlah wang apabila diminta atau pada tarikh tertentu pada masa hadapan.

Lazimnya, nota janji hutang dikeluarkan oleh syarikat yang kurang dikenali atau bahkan tidak wujud yang menjanjikan pulangan yang tinggi dengan sedikit atau tiada risiko sama sekali. Ini adalah penipuan yang popular untuk menipu wang simpanan orang-orang tua. Dengan melabur dalam nota janji hutang dengan harapan untuk membiayai masa depan mereka semasa persaraan, warga emas kerugian ratusan ribu dolar.

Penipuan kumpulan perkaitan

Penipuan kumpulan perkaitan (affinity group) adalah salah satu contoh penipuan pelaburan yang paling sinis. Penipuan sedemikian menyasarkan demografi tertentu, contohnya, komuniti etnik, jemaah agama atau kumpulan sosial. Bermula daripada apa yang dipanggil program pemberian hadiah sehinggalah kepada penipuan pelaburan Forex, penipuan kumpulan perkaitan meliputi semua jenis kumpulan di dalam masyarakat. Penipu memanipulasi hasrat murni mangsa mereka untuk mengaut keuntungan kewangan.

Pam dan buang

Dengan skim pam dan buang (pump and dump), penipu akan mula-mula menaikkan harga saham dengan memberikan maklumat yang palsu tentang syarikat itu, dan kemudian, apabila harganya sudah cukup tinggi, mereka akan membuang saham yang digembar-gemburkan itu ke pasaran. Itulah sebabnya mengapa nama skim itu begitu.

Pelabur biasanya akan menemui penipuan pasaran saham yang sedemikian di Internet melalui mesej yang menggesa pembaca untuk membeli saham dengan cepat. Tuduhan tentang beberapa jenis maklumat "dalaman" juga agak lazim. Akibatnya, pelabur kehilangan wang mereka kerana apabila gembar-gembur itu hilang, dan harga saham pun jatuh.

Penipuan pelaburan binari

Bayangkan pembayaran yang bergantung sepenuhnya pada kesudahan bagi cadangan ya/tidak dan bergantung sama ada harga aset naik atau turun dari aras yang sudah ditentukan. Juga, bayangkan bahawa anda, sebagai pemegang aset, tidak mempunyai kawalan ke atasnya, memandangkan aset tersebut berfungsi secara automatik. Itulah opsyen binari, secara ringkasnya.

Opsyen binari adalah sesuatu yang harus dielakkan oleh pelabur yang berhati-hati. Platform perdagangan opsyen binari sering kali terlibat dalam aktiviti haram dan mempunyai reputasi yang secara keseluruhannya negatif. Sebagai contoh, perkara seperti kecurian identiti, manipulasi perisian dan keengganan untuk mengkredit akaun pelanggan atau membayar balik dana pelanggan adalah antara isu yang paling biasa di platform sebegitu.

PRNEW-2539 TOP 10 INVESTMENT SCAMS _3.png

Penipuan bayaran pendahuluan

Skimnya begini: pelabur diminta membuat pembayaran terlebih dahulu kerana ini adalah satu-satunya cara mereka boleh menerima wang, saham, dsb., jika tidak, perjanjian itu terbatal. Begitulah cara penipuan yuran pendahuluan berfungsi.

Dalam penipuan ini, bayaran pendahuluan yang diminta mungkin diterangkan oleh penipu sebagai suatu bayaran, sejenis cukai atau komisen. Atau ia boleh dijelaskan sebagai perbelanjaan tertentu yang tidak dijangkakan tetapi pelabur perlu membuat pembayaran ini untuk memastikan perjanjian itu berjalan. Sudah tentu, perbelanjaan ini dijanjikan akan dibayar semula kemudian, iaitu, seperti yang anda boleh teka, satu pembohongan.

Satu lagi helah bayaran pendahuluan yang lazim ialah pelabur mungkin mendapat tawaran untuk menjual sekuriti mereka yang berprestasi rendah dengan syarat perlu membayar "yuran pendahuluan". Hasilnya adalah sama - pelabur yang mudah tertipu kehilangan lebih banyak wang.

Untuk menjadikan tawaran mereka kelihatan sah, penipu bayaran pendahuluan mungkin mengupah ejen eskrow atau peguam; mereka juga menipu pelabur dengan menggunakan laman web dan alamat e-mel yang bunyinya kedengaran rasmi.

Penipuan microcap

Istilah microcap menggambarkan saham syarikat yang lebih kecil dengan permodalan pasaran $50 juta hingga $300 juta. Saham microcap datang daripada syarikat dengan permodalan pasaran yang kecil, dan ia biasanya didagangkan di bursa saham yang tidak memerlukan standard minimum, seperti jumlah minimum aset bersih atau bilangan pemegang saham minimum.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah biasanya tidak banyak maklumat tentang syarikat mikrocap dan saham mereka, yang menjadikannya satu platform yang subur untuk pemanipulasian pasaran dan penipuan.

Penipuan microcap biasanya selari dengan skim pam-dan-buang, yang bermaksud harga saham dipam-pam dan kemudian saham tersebut dibuang, meninggalkan pelabur terpinga-pinga dengan tangan kosong.

Penipuan bank perdana

Penipuan bank perdana (prime bank fraud) ialah skim di mana pelabur menerima tawaran yang sangat menarik untuk membeli sejenis produk kewangan rahsia. Tawaran itu datang dengan diskaun yang menjadikannya lebih menarik lagi. Tetapi, sudah tentu, produk sedemikian sebenarnya tidak wujud di dalam dunia nyata. Ia hanya fiksyen yang digunakan untuk menarik perhatian pelabur dan memisahkan mereka daripada wang mereka.

Perkara utama tentang penipuan bank utama ialah mereka menggunakan kepercayaan umum bahawa golongan kaya raya mempunyai peluang pelaburan eksklusif yang tidak tersedia kepada orang awam. Idea ini membuat pelabur yang mudah tertipu terpedaya dengan janji pulangan jangka pendek yang luar biasa yang datang daripada seseorang yang mempunyai maklumat tentang urusniaga itu.

PRNEW-2539 TOP 10 INVESTMENT SCAMS _4.png

Penipuan internet

Selamat datang ke World Wide Web, alam semesta digital yang penuh dengan maklumat dan kemungkinan yang besar untuk… ditipu. Ya, penipu kewangan tidak asing lagi dengan Internet. Sebenarnya, sudah agak lama orang jahat menemui cara menggunakan internet untuk mendapatkan keuntungan mereka.

Risalah pelaburan, e-mel sampah, forum dalam talian, bilik sembang, platform media sosial dan, sudah tentu, penipuan pelaburan matawang kripto – penipu menggunakan kesemuanya untuk memikat mangsa mereka dan merompak mereka. Internet adalah benar-benar tempat yang berbahaya di mana anda mesti 100% cerdas apabila memutuskan untuk meletakkan wang anda.

Skim penipuan pelaburan dalam talian hampir tidak terkira banyaknya. Kami menasihatkan anda melakukan penyelidikan tentang teknik-teknik terbaharu penipuan pelaburan internet untuk mengetahui cara penipu melakukannya. Anda pasti akan menemui pelbagai penipuan yang menakjubkan, kami pasti.

Seminar pelaburan

Akhir sekali, inilah skim yang mungkin tidak menerima perhatian yang secukupnya dari orang ramai, walaupun ia agak popular. Walaupun ia bukan penipuan saham secara mutlak, seminar yang diatur oleh hos penipuan juga salah satu jenis penipuan pelaburan.

Penipu akan menarik minat anda dengan janji-janji untuk memberi anda wawasan tentang cara menjana lebih banyak wang, menjadi kaya raya dalam masa yang singkat, atau membina strategi yang akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dengan serta-merta. Malah, yang mendapat manfaat daripada seminar sebegini hanyalah mereka yang membentangkannya.

Walaupun terpesona dengan karisma dan kefasihan seorang penipu, anda memberi mereka wang anda untuk menghadiri program mereka, anda tidak mengendahkan soalan mudah yang berbunyi seperti ini: jika benar idea mereka sehebat itu, bersediakah mereka untuk kongsikannya dengan seluruh dunia ?

Bagaimana cara untuk mengelak penipuan pelaburan?

Penipuan saham, penipuan pelaburan Pertukaran Matawang Asing, penipuan pelaburan Bitcoin, penipuan pelaburan tidak terkawal – bilangan skim penipuan yang ada amat luar biasa. Dan ada lebih banyak lagi sedang dicipta semasa anda sedang membaca teks ini.

Jadi pilihan terbaik anda sebagai pelabur yang prihatin ialah belajar meniliti setiap tawaran dan dapat membezakan sama ada ia satu penipuan atau tidak. Dalam erti kata lain, anda harus tahu cara mengesan "reg flags" dan "green light".

Inilah perkara yang harus membuatkan anda cemas:

  • Tawaran datang daripada broker yang tidak berlesen.
  • Penjual terlalu agresif, memberikan maklumat yang melampau-lampau.
  • Tawaran terdengar terlalu bagus.
  • Penjual menawarkan peluang pelaburan 'bebas risiko'.
  • Anda dijanjikan pulangan besar yang terjamin dan keuntungan jangka pendek.
  • Dakwaan "Semua orang lain sudah membelinya".
  • Anda digesa untuk melabur sekarang atau anda akan terlepas peluang.
  • Anda diberitahu dakwaan yang sensasi dan maklumat 'orang dalam'.
  • Penjual berusaha untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
  • Anda diminta membayar pelaburan dengan kad kredit.
  • Bayaran mesti pergi ke akaun peribadi atau luar negara.
  • Permintaan bayaran pendahuluan.

PRNEW-2539 TOP 10 INVESTMENT SCAMS _6.png

Sesetengah tawaran mungkin termasuk lebih daripada satu red flag yang disenaraikan di atas, manakala sesetengahnya mungkin kelihatan baik pada mulanya, jadi berhati-hati dan cari umpan dan jerat dalam setiap peluang pelaburan yang datang kepada anda. Tanyakan soalan, lakukan penyelidikan anda sendiri dan jalankan penyelidikan latar belakang yang menyeluruh ke atas sebarang pelaburan.

Perkara lain yang perlu diingat ialah tawaran pelaburan yang hebat biasanya tidak datang kepada anda begitu sahaja - sebaliknya, tugas anda sebagai pelabur untuk mencari tawaran terbaik untuk wang anda.

Dan akhir sekali, cuba untuk tidak tamak, kerana dari situlah semua masalah datang.

Manakala untuk "green lights", tiada pilihan yang lebih selamat daripada bekerja dengan broker yang berlesen, syarikat yang mempunyai rekod jangka panjang yang boleh dijejak. Broker yang boleh dipercayai akan menyediakan pelbagai pilihan pelaburan yang sah dan alat bantuan untuk mengawal pelaburan anda.

Contohnya FBS. Kami sentiasa cuba untuk menyampaikan perkhidmatan broker kelas terbaik kepada pelanggan kami dengan menyediakan pilihan instrumen perdagangan yang meluas, aplikasi untuk melabur semasa sedang bergerak, berita terkini pasaran dan bahan pendidikan untuk mendalamkan pengetahuan mereka dan menguasai kemahiran mereka.

Kesimpulan

Menurut statistik, lebih 30 juta orang menjadi mangsa pelbagai penipuan pelaburan. Ini satu angka yang tak dapat diterima akal yang waras. Dan ia menjadi lebih gila jika kita pertimbangkan bahawa kebanyakan mangsa penipuan pelaburan adalah celik kewangan.

Ini memang tidak masuk akal, tetapi ia benar. Seperkara tentang mana-mana penipuan ialah ia dirancang untuk tampak sah dan tidak menimbulkan syak wasangka. Itulah sebabnya adalah lebih penting untuk tidak bergantung pada pengetahuan anda tentang pasaran dan kewangan tetapi lebih berhati-hati dan cukup inkuisitif semasa membuat keputusan pelaburan.

Baca lebih lanjut

  • 4135

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera