1. FBS broker  >
  2. Blog >
  3. 10 MataWang Paling Bernilai di Dunia untuk Didagangkan
2022-07-12 • Dikemaskini

10 MataWang Paling Bernilai di Dunia untuk Didagangkan

TRFNEW-1563-Most-valued-currencies-in-the-world.jpg

Para pedagang sentiasa mencari peluang yang baru. Memandangkan situasi dunia yang sentiasa berubah, termasuk juga situasi di dalam pasaran Forex, kadangkala mereka berhadapan dengan pilihan: pilih matawang yang meruap atau kekal dengan matawang yang stabil. Atau mungkin juga memilih matawang yang berharga di atas pariti berbanding dolar AS.

Hari ini kami mahu berkongsi dengan anda senarai 10 matawang terbaik untuk didagangkan. Penganalisis kami meneliti senarai itu dari pelbagai sudut, dengan mengambil kira latar belakang setiap matawang. Sebahagian daripadanya anda boleh berdagang dengan FBS sekarang.

Mari kita lihat 10 matawang teratas di dunia.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-10.png

10. Dolar Kanada – CAD

Dolar Kanada adalah matawang Kanada dan ia merupakan salah satu matawang paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex. Memandangkan negara ini terkenal dengan kestabilannya dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosial dan politik, institusi kewangan cenderung untuk memegang CAD sebagai matawang rizab.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-9.png

9. Dirham Emiriah Arab Bersatu – AED

Dirham UAE merupakan matawang domestik Emiriah Arab Bersatu. Ia dikategorikan sebagai salah satu daripada matawang yang stabil di dunia (dalam terma kadar pertukaran). Memandangkan negara ini banyak bergantung pada eksport minyak dan gas, mereka menambat AED kepada USD untuk mengawal potensi kemeruapan. Sehingga hari ini, kadar pertukaran USD ke AED kekal stabil.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-8.png

8. New Shekel Israel – ILS

New shekel Israel ialah matawang negara Israel. Bagi negara ini, ia dipercayai inovatif dan maju dalam hal teknologi. Sektor perbankan Israel yang berdaya tahan, yang pulih dengan cepat daripada krisis kewangan global tahun 2000-an, juga cukup meyakinkan.

Satu lagi perkara penting ialah matawang ini tidak ditambat kepada mana-mana matawang lain.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-7.png

7. Ruble Rusia – RUB

Anda mungkin terkejut kerana ruble Rusia berada dalam senarai 10 matawang teratas di seluruh dunia, tetapi jika anda beri peluang, anda akan melihat mengapa ia berada di sini.

Ruble Rusia adalah matawang rasmi Persekutuan Rusia. RUB mempunyai sejarah panjang hampir 500 tahun dan merupakan salah satu matawang tertua. Negara ini merupakan salah satu kuasa terbesar ekonomi dunia; eksport utamanya adalah sumber bahan semulajadi, terutamanya gas dan minyak.

Memandangkan dunia sedang bergelut dengan kekurangan sumber, harga yang melambung tinggi menyokong matawang ini, dan memberikan potensi pengukuhan.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-6.png

6. Pound British – GBP

Sudah tentu, ke mana kita pergi tanpa Pound British, matawang rasmi United Kingdom, salah satu pusat ekonomi dunia? Sama seperti RUB, GBP merupakan salah satu matawang tertua dan menjadi salah satu yang paling banyak didagangkan.

Walaupun masa depan ekonomi UK masih samar-samar selepas Brexit, ia masih kekal kukuh untuk memberikan peluang dalam pasaran.

Dengan cara ini, jika anda memutuskan untuk mencuba perdagangan, anda boleh membuka akaun di broker FBS sekarang. Walaupun anda seorang novis, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pasangan mata wang Forex dan mula berdagang.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-5.png

5. Euro – EUR

Seterusnya dalam senarai, euro. Ia merupakan matawang utama Kesatuan Eropah. Matawang ini masih muda: ia dihasilkan pada tahun 1999. EUR dikenali sebagai matawang rizab kedua dunia dan salah satu matawang yang paling banyak didagangkan dan juga ia matawang yang cair. Ia sangat popular sehinggakan terdapat strategi khas dicipta untuk berdagang pasangan EURUSD.

Terima kasih kepada euro, dagangan, dan pelancongan di Zon Eropah telah meningkat. Buat masa ini, matawang ini mungkin bergelut oleh disebabkan peristiwa yang menggoncangkan Eropah, tetapi ia masih kekal dipilih oleh para pedagang.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-4.png

4. Franc Swiss – CHF

Kami tidak boleh melepaskan franc Swiss dalam senarai 10 matawang teratas. Ia merupakan matawang rasmi untuk negara Switzerland dan Liechtenstein.

Switzerland dikenali sebagai salah satu negara terkaya di dunia, dengan dikuasai dua sektor utama: pelancongan dan perbankan. Perlu dimaklumkan bahawa negara ini mempunyai peratusan besar terhadap dana luar pesisir. Franc Swiss dikategorikan sebagai aset perlindungan untuk para pelabur bagi kestabilan dan inflasi yang rendah.

Pada permulaan bulan Jun, franc Swiss telah menguat berbanding USD. Dan para pedagang adalah agak aktif berdagang pasangan matawang CHF dalam pasaran Forex.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-3.png

3. Yen Jepun – JPY

Yen Jepun mempunyai semua peluang untuk mencapai kedudukan teratas matawang paling bernilai untuk para pedagang.

Menjadi salah satu matawang utama, Yen Jepun, matawang rasmi negara Jepun, merupakan salah satu daripada tujuh matawang rizab di dunia. Ia juga merupakan salah satu matawang yang paling banyak didagangkan.

Sebagai salah satu pengimport dan pengeksport terbesar dunia, Jepun mungkin berbangga dengan asas teknologinya, dengan menggunakan inovasi termaju. Sebaliknya, yen Jepun sering dianggap sebagai aset perlindungan untuk para pelabur semasa ketidaktentuan berlaku.

Oleh itu, jika anda rasa anda perlu mendapatkan kadar matawang sebenar, anda sentiasa boleh menggunakan FBS Currency Converter.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-2.png

2. Yuan China – CNY

Yuan China adalah matawang rasmi Republik Rakyat China. Anda mungkin pernah mendengar perkataan "renminbi" apabila belajar berkenaan CNY. Adalah baik untuk mengetahui bahawa "renminbi" merujuk kepada nama matawang tersebut. Dan hasilnya, yuan ialah unit asas matawang. Dan masih, kod rasmi matawang untuk matawang China ialah CNY.

China merupakan ekonomi kedua terbesar dunia berdasarkan KDNK. Ia juga merupakan ekonomi yang paling pesat berkembang, hasilnya ia menjadi pengeluar dan pengeksport terbesar. China menduduki kedudukan teratas dalam banyak segi, seperti memiliki tiga bursa saham terbesar, menjadi peneraju global dari segi tenaga kerja, dan mendaki tempat pertama oleh disebabkan pembaharuan ekonomi yang berkesan.

TRFNEW-1563-Most_valued_currencies_in_the_world-1.png

1. Dolar AS – USD

Kita tidak akan melupakan matawang paling berkuasa di dunia. Icing pada kek adalah dolar AS, yang merupakan matawang rasmi Amerika Syarikat.

USD merupakan matawang yang paling terkenal di serata dunia. Matawang ini dipercayai sebagai matawang rizab dunia, serta ia merupakan matawang paling banyak didagangkan. Kebanyakan rizab matawang terdiri daripada USD sebagai sebahagian besar daripadanya. Tidak syak lagi, USD ialah matawang paling bernilai di dunia, dan buktinya adalah ia menjadi pilihan #1 untuk perdagangan antarabangsa di seluruh dunia.

Ringkasan

Kini anda sudah tahu dengan lebih lanjut berkenaan matawang paling bernilai. Senarai 10 teratas ini perlu diberi perhatian sekiranya anda mahu mula berdagang. Dan kebanyakan matawang daripada senarai ini boleh didagangkan di FBS. Jadi jika anda bersedia untuk selami dunia perdagangan sekarang, marilah sertai kami.

Mula berdagang

  • 206

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera