1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 7 Pedagang Forex Yang Terkaya Di Dunia
2023-07-07 • Dikemaskini

7 Pedagang Forex Yang Terkaya Di Dunia

cover.png

Jika anda berhasrat untuk mencapai puncak tertinggi dalam bidang tertentu, adalah penting untuk mengenali sejarahnya kerana ianya pengetahuan asas. Ini bukan sahaja satu hakikat tetapi nasihat yang berharga. Artikel ini menyorot pedagang-pedagang yang paling berjaya bagi tahun 2023 setakat ini; golongan yang telah mencapai puncak kejayaan dan menjadi profesional hasil usaha keras mereka. Kami telah mengumpul beberapa persamaan antara pedagang-pedagang Forex yang terunggul dan kami akan menginspirasikan anda untuk menjadi seorang pedagang yang lebih baik. Bak kata pepatah: kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Mari kita mulakan!

Berapa besarkah penghasilan pedagang Forex terbaik?

Soalan mengenai pendapatan sering kali menimbulkan rasa kurang selesa dan boleh dianggap tidak beretika. Walau bagaimanapun, sukar untuk menahan perasaan ingin mengetahui seberapa banyakkah pendapatan para pedagang terunggul Forex, kerana sebelum ini, perdagangan suatu yang kurang diterokai. Jadi, pedagang novis ingin tahu adakah ia benar-benar mungkin untuk mencapai tahap yang sama seperti mereka yang telah terbukti pencapaiannya dalam Forex. Pedagang berpengalaman pula ingin meninjau titik fokus keuntungan mereka.

Pedagang unggul Forex biasanya dianggap sebagai golongan kaya tanpa sebarang keperluan yang tidak dipenuhi. Nah, bunyinya seperti benar kerana jika kita bercakap tentang pedagang Forex terbaik dari yang terbaik, keuntungan yang mereka peroleh setiap tahun bahkan setiap bulan adalah menakjubkan. Mereka ini menghasilkan berbilion dolar.

Hakikatnya, pulangan pedagang Forex bergantung pada jumlah pelaburan mereka. Statistik menunjukkan bahawa dana pedagang profesional meningkat antara 5% dan 15% setiap bulan! Katakanlah purata keuntungan tersebut 10%, sebagai contoh. Akhirnya, pedagang tersebut akan menghasilkan 120% menjelang hujung tahun! Ini bermaksud dengan modal $100 ribu, pedagang unggul akan menukarkannya kepada $220 ribu. Kami hanya menggunakan angka ini sebagai contoh. Bukan rahsia lagi, pedagang unggul Forex boleh menghasilkan enam angka atau lebih setiap tahun! Apa kata kita bincangkan beberapa biografi pedagang yang menginsipirasikan kita semua ini?

2161-01.png

George Soros

Pedagang mana yang tidak kenal dengan George Soros, pedagang Forex paling berjaya yang telah mencapai impian setiap seorang yang mencari nasib di Amerika. Segala nasihat berkaitan perdagangan yang dikemukakan oleh beliau pasti diambil dan digunakan oleh semua pedagang tanpa ragu-ragu. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang suka melakukan kebajikan.

George Soros dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan biasa Hungary pada tahun 1930. Pada awalnya, perdagangan bukan sesuatu yang biasa untuk Soros, dan beliau mempelajari ekonomi melalui permainan papan kanak-kanak sahaja. Kemudian, apabila berlaku peperangan pada usia mudanya, George dan keluarganya berpindah ke Great Britain. Di UK, bakal jutawan ini bekerja sebagai pelayan dan makan sisa lebihan makanan untuk kelangsungan hidupnya. Beliau juga bekerja sebagai tukang cat dan penuai epal di ladang-ladang sebelum memasuki London School of Economics.

Walau bagaimanapun, setelah tamat pengajian, George Soros menganggur dan menghadapi kesusahan akibat kurangnya pengalaman dalam bidang pengajiannya. Beliau melakukan apa sahaja pekerjaan yang beliau mampu. Lama-kelamaan, nasib beliau berubah lebih baik selepas beliau berjaya mendapat jawatan sebagai pelatih di bank, dan di sinilah bermulanya titik kejayaan legenda beliau.

Pada tahun 1956, ahli ekonomi muda itu berpindah ke Amerika Syarikat dan bekerja sebagai pedagang arbitraj untuk F.M. Mayer sebagai pakar saham untuk Persatuan Arang Batu dan Keluli Eropah, yang semakin popular di kalangan pelabur institusi Amerika Syarikat. Pada tahun 1969, George Soros menjadi pengasas dana lindung nilai pertamanya, Double Eagle (kemudian, Quantum Fund). Pada tahun 1970, Soros mengasaskan satu lagi dana lindung nilai, iaitu Soros Fund Management.

Ada satu hari yang telah merubah hidup beliau selama-lamanya. Dan hari tersebut merupakan "Black Wednesday". Pada suatu hari Rabu, 1992, Soros membuka posisi short yang sangat besar dengan British paun dan berjaya membuat keuntungan sebanyak $1 bilion! Pada tahun 1993, George Soros menjana keuntungan yang paling besar di Wall Street. Soros menggunakan pendekatan makroekonomi yang mengambil kira semua faktor untuk menganalisis dan menentukan waktu yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran.

Selain terkenal dengan spekulasi kewangan, Soros juga terkenal dengan sikapnya yang dermawan di mata dunia yang mana sumbangan amalnya dianggarkan sekurang-kurangnya $32 bilion di lebih 25 buah negara.

Pada 2023, kekayaan peribadi George Soros dianggarkan berjumlah $6.7 bilion.

2161-02.png

Stanley Druckenmiller

Stanley Druckenmiller adalah seorang yang fenomenal dalam dunia kewangan. Beliau juga seorang billioinaire Amerika, pelabur, pedagang dan pengasas Duquesne Capital. Druckenmiller salah seorang ahli ekonomi yang termuka dan paling berjaya di Wall Street.

Stanely Druckenmiller membesar dalam sebuah keluarga Amerika yang sederhana. Pada tahun 1975, beliau mendapat BA dalam Bahasa Inggeris dan ekonomi daripada kolej Bowdoin. Kemudian, beliau memasuki Universiti Michigan untuk program Ph.D. dalam bidang ekonomi. Walau bagaimanapun, beliau tidak menamatkan program itu dan memilih untuk bekerja sebagai penganalisis minyak di Pittsburgh National Bank. Pada tahun 1977, ahli ekonomi yang baru ini telah menjadi ketua jabatan penyelidikan bank dan mengasaskan syarikatnya sendiri, Duquesne Capital, empat tahun kemudian.

Pada tahun 1988, seperti yang telah disebut sebelum ini, George Soros melihat potensi dalam Stanley Druckenmiller dan mengambilnya bekerja di Quantum Fund. Tidak lama kemudian, Druckenmiller dan Soros “memufliskan Bank of England” dengan membuat penjualan short sebanyak lima bilion paun British dan sekaligus membuat keuntungan sebanyak $1 bilion.

Selepas meninggalkan Quantum Fund pada tahun 2000, Stanley Druckenmiller mula membangunkan dananya iaitu Duquesne Capital yang telah meraih keuntungan yang luar biasa.

Stanley Druckenmiller ialah seorang pedagang Forex yang sangat berbakat dan mengkagumkan dengan keupayaannya meramalkan pasaran dan meraih manfaat daripada pergerakannya sepantas kilat. Druckenmiller menyatakan bahawa pedagang harus segera keluar dari urusniaga yang rugi dan menggunakan peluang baik dengan semaksimumnya. Beliau juga percaya bahawa fleksibiliti dan kepelbagaian portfolio adalah penting untuk kejayaan dan kestabilan.

Buat masa sekarang, kekayaan bersih Stanely Druckenmiller adalah kira-kira $6.4 bilioin.

2161-03.png

Joe Lewis

Joe Lewis ialah seorang pedagang Forex British dengan sejarah yang menarik. Kini, beliau antara orang terkaya di United Kingdom, dengan anggaran kekayaan bersihnya sebanyak $5.6 bilion.

Joe Lewis mula bekerja pada usia 15 tahun, membantu menjalankan perniagaan katering keluarganya. Sejak itu, beliau cuba memajukan perniagaan tersebut dengan segala macam cara dan akhirnya berjaya menjualnya dengan harga £30 juta, dan sekaligus menjadikan beliau sebagai seorang jutawan sebelum memulakan kerjaya Forexnya.

Lewis turut mencapai kejayaan pada “Black Wednesday” di tahun 1992, bersama-sama dengan pedagang legenda yang telah kami sebutkan dalam artikel ini. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, dan tiga tahun kemudian, beliau mendapat keuntungan yang luar biasa daripada penjualan short peso Mexico pada tahun 1995. Tidak dinafikan, strategi kemenangan beliau adalah dengan melakukan penjualan short mata wang sewaktu ia berada pada tahap yang terendah sekali.

Joe Lewis berkata bahawa pedagang harus mengembangkan toleransi risiko mereka dan memberikan perhatian kepada saiz posisi dan bertaruh kepada mata wang yang cair. Beliau menegaskan bahawa bersederhana adalah kunci kejayaan.

2161-04.png

Steven Cohen

Steven Cohen ialah antara orang terkaya di dunia dan menduduki tempat ke-92 dalam senarai billionaire dunia Forbes setakat 30 Mei 2023. Nilai kekayaan bersih Cohen adalah kira-kira $17.5 bilion.

Bakal jutawan itu dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga berbilang adik-beradik yang mana ayahnya seorang pengilang pakaian dan ibunya seorang guru piano. Steven Cohen mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Pennsylvania pada tahun 1978. Semasa dalam pengajiannya, beliau berminat dengan poker, di mana beliau belajar tentang toleransi risiko, kepantasan berfikir, dan keupayaan untuk menumpukan perhatian.

Sejurus selepas tamat pengajian, Cohen menjadi pedagang muda di jabatan arbitraj opsyen di Gruntal & Co., di mana beliau serta-merta menghasilkan keuntungan $8,000 untuk syarikat itu. Keuntungan yang diperolehnya untuk syarikat itu berkembang dengan cepat. Tidak lama kemudian, pedagang muda tersebut mendapat jawatan untuk menguruskan portfolio $75 juta dan enam pedagang.

Pada tahun 1992, apabila Steven Cohen berumur 35 tahun, beliau mengasaskan dana lindung nilainya, S.A.C. Capital Advisors. Menjelang tahun 2009, syarikat itu berjaya memperolehi $14 bilion.

Sejak 2008, Cohen berhadapan dengan masalah kewangan dan undang-undang. Walaupun berhadapan dengan larangan undang-undang dan denda, beliau masih melipatgandakan kekayaannya dan diiktiraf sebagai salah satu pedagang Forex terkemuka di dunia.

Apakah rahsia kejayaan Cohen? Tidak dinafikan, beliau memiliki naluri yang tajam dalam membaca pasaran dan berpendapat bahawa kerja berpasukan yang diselaraskan dengan baik adalah penting dalam perdagangan. Proses kerja di S.A.C. dilakukan secara terperinci dengan bertujuan mengekalkan kerja berpasukan yang berkesan. Selain itu, Cohen percaya bahawa mempelajari ekonomi perdagangan dengan terperinci adalah tidak perlu. Beliau berdagang dengan cepat dan memastikan cartanya mampu merajai pasaran.

2161-05.png

Bill Lipschutz

Setiap pedagang mengenali Bill Lipschutz sebagai seorang pedagang yang telah mencapai kemuncak Forex. Lipschutz ialah pengarah Pengurusan Portfolio untuk Hathersage Capital Management. Pendapatan bersih semasanya dianggarkan sebanyak $2 bilion.

Bill Lipschutz dibesarkan di Amerika Syarikat, New York. Beliau seorang kanak-kanak genius yang mempunyai bakat dalam Matematik. Sewaktu dalam pengajian peringkat ijazah beliau di Universiti Cornell, beliau memulakan perjalanan perdagangan beliau dengan saham yang diwariskan bernilai $12 ribu yang kemudiannya menjadi portfolio bernilai $250 ribu. Walaupun bermula dengan permulaan yang bernasib baik, pedagang muda itu menghadapi pasang surut tersendiri. Disebabkan kurang berpengalaman serta kekurangan pengurusan risiko yang betul dan terlalu yakin, Lipschutz mengalami kerugian berturut-turut dan hampir kehilangan segala-galanya. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan berusaha memajukan diri beliau sebagai seorang pedagang.

Pada tahun 1982, Bill Lipschutz menjadi ahli pasukan Salomon Brothers dan tidak lama kemudian mendapat jawatan dalam Jabatan Forex yang baru dibuka. Tidak lama kemudian, Lipschutz berjaya membawa keuntungan kepada firmanya kira-kira $300 juta setiap tahun.

Pada tahun 1990, Lipschutz meninggalkan Salomon Brothers dan sehingga 1995, beliau bekerja di pelbagai syarikat dalam jawatan penyeliaan.

Pada tahun 1995, beliau mengasaskan syarikat pelaburannya sendiri, Hathersage Capital Management LLC, di mana beliau adalah ketua dan pengarah Pengurusan Portfolio. Lipschutz dan pasukannya bekerja dengan mata wang G10 dan secara konsisten memperoleh keuntungan yang besar. Khabar angin mengatakan pendapatan harian syarikat tersebut adalah sebanyak $250 ribu.

Bill Lipschutz percaya bahawa nisbah risiko-ganjaran adalah penting dalam perdagangan. Beliau menyatakan bahawa nisbah risiko-ganjaran yang sempurna ialah 3:1, di mana bagi setiap $1 risiko, pedagang harus membuat keuntungan $3. Beliau memberikan nasihat tentang pentingnya menentukan had renti rugi dan ambilan untung, membangunkan disiplin perdagangan serta sentiasa menajamkan minda.

2161-06.png

Andy Krieger

Semua orang yang ingin belajar tentang pedagang Forex terkemuka dunia harus membaca tentang Andy Krieger. Beliau terkenal dengan keagresifan beliau dalam berdagang dan memufliskan Bank Pusat New Zealand, di mana beliau membuat keuntungan $300 juta untuk firma tempat beliau bekerja, Bankers Trust.

Secara khususnya, pada tahun 1987, Krieger membuka posisi short yang besar melawan NZD yang meranapkan keseluruhan rizab tunai New Zealand. Akhirnya, ketidakkukuhan mata wang kebangsaan New Zealand menyebabkan kejatuhan merundum dalam nilai NZD, dan sekaligus membolehkan Andy Krieger membuat keuntungan yang begitu besar untuk Bankers Trust.

Andy Krieger berkata bahawa analisis pasaran yang komprehensif tidak dapat ditukar ganti dalam menentukan potensi pergerakan dan membuat dagangan yang menguntungkan.

Kekayaan bersih Andy Krieger tidak didedahkan secara terbuka.

2161-07.png

Bruce Kovner

Bruce Kovner dilahirkan dalam keluarga yang berhijrah dari Rusia ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Beliau seorang remaja berbakat yang tamat sekolah menengah dengan cemerlang. Semasa belajar di Universiti Harvard, Kovner terus menunjukkan fleksibilitinya dengan bekerja pelbagai bidang dan belajar banyak perkara daripada bermain hapsikod sehinggalah kepada kegiatan politik.

Pada tahun 1977, Bruce Kovner memulakan kerjaya perdagangannya dengan menggandakan dananya sehingga $20 ribu dengan perdagangan niaga hadapan kacang soya.

Kemudian, Kovner mendapat pekerjaan di Commodities Corporation, di mana beliau berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta untuk firma itu di bawah pimpinan Michael Markus.

Pada tahun 1983, Bruce Kovner mengasaskan dana lindung nilai makro globalnya sendiri iaitu Caxton Associates. Syarikat itu berkembang maju, dan berada pada tahap terbaiknya apabila jumlah pelaburan mencapai kira-kira $14 bilion. Itulah sebabnya mereka menggantung penerimaan deposit baru, yang merupakan satu tindakan yang mengejutkan.

Pada awalnya, Kovner dan pasukannya telah mendagangkan minyak komuditi, garam dan niaga hadapan tembaga. Namun demikian, disebabkan perkembangan dana syarikat yang semakin meningkat, beliau membuat keputusan untuk berdagang pada pasaran yang lebih cair iaitu Forex. Menjelang akhir tahun 80-an, perdagangan mata wang menyumbang lebih daripada 50% keuntungan syarikat itu.

Sebagai salah seorang pedagang yang legenda, Bruce Kovner berpendapat bahawa kunci kejayaan adalah dengan membina pelan pengurusan risiko yang boleh dipercayai dan mengetahui titik keluar anda sebelum membuka posisi.

Menurut Forbes, kekayaan bersih semasa Bruce Kovner ialah $6.6 bilion.

Apakah yang menjadikan mereka pedagang Forex terbaik?

Kini anda telah mengenali serba sedikit tentang biografi pedagang-pedagang Forex yang paling berjaya. Ketika membaca, anda mungkin menyedari beberapa ciri-ciri persamaan antara para pedagang ini yang membantu mereka mencapai mercu perdagangan:

Disiplin perdagangan

Semua pedagang unggul membuktikan kepentingan disiplin dalam perdagangan. Pedagang Forex mesti kekal disiplin dalam apa sahaja yang dilakukan kerana hanya apabila mereka dapat mengawal dan menguruskan diri, mereka mampu bertahan untuk jangka panjang dan melihat pulangan yang stabil. Sebagai sebahagian daripada disiplin perdagangan, setiap pedagang menyerlahkan kepentingan pelan pengurusan risiko yang kukuh.

Toleransi risiko

Seperti kata Joe Lewis, toleransi risiko adalah kritikal. Pedagang yang berajaya adalah mereka yang boleh mengambil risiko dan menerima kemungkinan berlakunya kerugian.

Keyakinan

Pedagang Forex yang terbaik sentiasa berasa yakin apabila mereka menghadapi tekanan dan ketidakpastian pasaran. Keyakinan seperti ini serta kebergantungan pada analisis sendiri tanpa menghiraukan gelagat orang umum, membolehkan pedagang Forex mencapai matlamat mereka dan menjadi semakin berjaya.

Komitmen

Pedagang unggul sentiasa meluaskan capaian perdagangan mereka dengan melaburkan masa dan usaha. Untuk berjaya dalam bidang ini, anda mesti menyukai apa yang anda lakukan dan menunjukkan tahap dedikasi tertentu.

Mengawal emosi

Sifat emas seorang pedagang unggul ialah kebolehan untuk mengawal emosi dan mengekalkan minda yang tenang dan tidak bias ketika minda diselubungi rasa takut terlepas peluang (FOMO) dan peneguhan rawak (random reinforcement).

Kesabaran

Memandangkan pasaran Forex tidak mudah untuk diramal, mungkin tidak terdapat titik masuk yang bernas. Pedagang yang terbaik menantikan detik yang sempurna, walaupun ia mengambil masa beberapa jam, hari atau minggu.

Kerja Berpasukan

Setiap pedagang yang berjaya mengetahui tentang kepentingan sebuah pasukan. Ia lebih mudah untuk berdagang dengan jayanya dan berkembang sebagai seorang pedagang jika anda mempunyai penyokong yang boleh anda berkongsi idea, meminta bantuan dan menyelesaikan masalah melalui usaha bersama.

Kesimpulan

Pendek kata, hasil yang dijana oleh pedagang-pedagang Forex terbaik menyebabkan ramai terkesima dan menjadi sumber inspirasi. Lazimnya, mereka ini datang daripada keluarga kelas pertengahan biasa dan sudah biasa bekerja keras sejak kecil lagi. Golongan profesional yang luar biasa ini berulang kali mempamerkan ketangkasan minda, kesabaran, kebolehan untuk mengambil risiko dan mengawal emosi mereka. Beberapa daripada pedagang ini mempunyai hati yang mulia dan mendermakan jumlah dana yang besar demi manfaat masyarakat. Jika anda seorang pedagang Forex yang ingin mencapai peringkat tertinggi ini, belajarlah daripada mereka yang telah membuktikan kejayaan dan menakluki dunia. Belajar lebih banyak tentang perdagangan bersama FBS. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Instagram dan saluran Telegram kami.

  • 388

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera