1. FBS broker  >
  2. Blog >
  3. Koin-koin NFT Terbaik
2022-11-11 • Dikemaskini

Koin-koin NFT Terbaik

Creative-42_Top_NFT_Coins_Cover_1200x675.png

Mustahil anda belum pernah dengar tentang NFT. Artis-artis menjual lukisan mereka dalam format NFT, pemuzik mengeluarkan album NFT, dan bahkan karya Banksy "Morons (White)" telah menjadi aset maya. Ia ibarat syurga untuk penggemar seni digital dan mereka yang suka memiliki aset unik.

Tidak hairanlah, populariti NFT semakin berkembang. Tapi selain daripada NFT sendiri, ada apa yang disebut sebagai koin NFT. Mari kita fikirkan apakah ia dan koin manakah yang lebih baik untuk pelaburan anda.

Bagaimana NFT berfungsi?

Token diperlukan untuk setiap entri di dalam blockchain. Dalam blockchain terbuka, semua token adalah sama antara satu sama lain dan boleh saling ditukar ganti. Ini bermakna anda boleh menggantikan satu token dengan token yang lain, dan tiada apa yang akan berubah. Walau bagaimanapun, teknologi token tidak sepiawai (non-fungible token) berfungsi dengan cara yang berbeza. Setiap token yang tidak boleh ditukar ganti (non-interchangeable) adalah unik dan tidak boleh dipalsukan, dipecah, atau diganti tanpa dikesan.

Teknologi sedemikian sesuai untuk menjamin hak anda ke atas mana-mana objek unik, sama ada karya seni dalam satu salinan, suatu objek dalam permainan komputer, atau malah hartanah.

Apabila pengguna membeli token NFT, mereka memperoleh sijil untuk karya tersebut. Pada masa yang sama, karya itu sendiri tidak bergerak ke mana-mana. Ia terletak di storan kekal yang dipanggil IPFS, InterPlanetary File System. Sijil ini adalah baris-baris kod yang mengesahkan bahawa pemilik token tersebut adalah pemilik salinan asal objek. Token NFT boleh diibaratkan seperti lukisan yang mungkin dimiliki oleh sebuah galeri, muzium, atau orang persendirian, tetapi penonton boleh melihatnya dalam katalog atau di pameran.

Malah anda juga boleh mencipta token NFT anda sendiri. Proses ini dipanggil penempaan (minting). Untuk melakukannya, anda perlu mengambil suatu objek digital (gambar, runut lagu, gambar, dll.), daftarkannya di pasaran (contohnya, di Rarible atau OpenSea), dan memuat naik objek tersebut bersekali dengan keterangan dan harganya. Kebanyakan perkhidmatan mengenakan bayaran komisen untuk mencipta token unik.

Apa itu koin NFT?

Koin kripto nft adalah aset maya yang dicipta berdasarkan platform yang sedia ada (tidak berkaitan dengan platform perdagangan). Ia digunakan untuk membeli NFT di dalam sistem itu sendiri. Agar ia lebih mudah difahami, mari kita buat analogi dengan sijil hadiah (gift certificate) yang boleh digunakan di kedai. Anda tidak boleh masuk ke dalam wayang gambar dengan sijil ini, contohnya. Kerana ia direka untuk tempat dan tujuan tertentu — membeli barang di kedai tertentu. Begitu juga dengan token yang digunakan untuk NFT tertentu.

Sebagai contoh, untuk membeli NFT di pasaran OpenSea yang berasaskan Ethereum, anda akan memerlukan kripto koin NFT jenis ETH. Untuk membeli di Decentraland, anda memerlukan koin MANA.

Adakah koin NFT berbeza daripada NFT?

Ya, koin NFT tidak sama dengan NFT. Yang paling penting di sini ialah jangan terkeliru.

Koin NFT berbeza daripada NFT itu sendiri lantaran kerana sifatnya yang tidak sepiawai. Seperti yang disebutkan di atas, NFT mencerminkan pemilikan suatu aset yang unik. Walau bagaimanapun, kripto koin NFT boleh ditukar dengan koin NFT lain dengan nilai yang sama, dan ekonomi projek NFT tertentu bergantung padanya. Dari segi ini, koin NFT secara dasarnya lebih mirip dengan matawang kripto dan ia boleh didagangkan atau dilaburkan.

NFT dan matawang kripto: apakah perbezaannya?

Di satu sisi lain, adalah penting untuk tidak terkeliru antara NFT dan matawang kripto.

Terdapat perbezaan yang besar antara NFT dan matawang kripto, dan perbezaan yang paling utama adalah sifat tidak sepiawainya. Blockchain terbuka, seperti yang digunakan dalam NFT, mempunyai token-token yang mewakili rekod-rekod di dalam blockchain. Walau bagaimanapun, jika semua token boleh saling digantikan antara satu sama lain dalam blockchain terbuka, dan satu bitcoin pengguna adalah sama dengan bitcoin pengguna lain, maka dalam kerangka kerja teknologi NFT, token tidak mempunyai sifat tidak sepiawai. Dalam kes ini, setiap token yang tidak sepiawai tidak boleh ditukar dengan token lain atau disalin, dibahagikan, atau diganti.

Jika anda berminat dalam perdagangan pasangan matawang kripto atau cara-cara berdagang kripto secara umum, anda boleh membuka akaun perdagangan kripto di FBS.

Token NFT terbaik tahun 2022

Jika anda berminat untuk berdagang atau melabur dalam kripto koin NFT, berikut adalah senarai token NFT terbaik yang perlu anda berikan perhatian terlebih dahulu.

Creative-42_Top_NFT_Coins_mana_1.png

Koin MANA – Decentraland

Decentraland adalah dunia maya dan komuniti yang berasaskan teknologi blockchain. Di sini, pengguna mencipta tanah, hartanah, dan avatar NFT, memiliki dan menjualnya, dan mengambil bahagian dalam organisasi autonomi terdesentralisasi (DAO) platform tersebut.

MANA, matawang kripto Decentraland, dan semua aset dalam permainan tersebut beroperasi di blockchain Ethereum.

Statistik Decentraland:

  • Permodalan pasaran: $1,222,253,164
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $1,445,249,778
  • Volum / Permodalan pasaran: 0.09016
  • Bekalan dalam edaran: 1.86B MANA

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri Decentraland:

  • Asas Decentraland adalah matawang kripto MANA, yang boleh digunakan untuk membeli lot-lot tanah.
  • Pemain berpeluang untuk menjual dan menjual semula (sell and resell) tanah untuk mendapatkan wang.
  • Anda boleh menerima pendapatan pasif daripada pajakan tanah tersebut.
  • Anda boleh membina sebarang objek mengikut imaginasi anda dan meletakkan sepanduk pengiklanan atau bilik pameran untuk suatu produk.
  • Oleh kerana Decentraland bersambung terus ke NFT, anda boleh bekerjasama dengan artis digital, contohnya, untuk membuka galeri dengan lukisan NFT.
  • Pemain bukan sahaja boleh menyewa tanah atau terlibat dalam pembinaan tetapi juga menganjurkan seminar, berjudi, atau membuka ruang sembang.

Creative-42_Top_NFT_Coins_orica_2.png

Koin ORI — Orica

Orica direka untuk pengguna matawang kripto pemula. Ia dicipta untuk mereka yang menghargai kreativiti dan mencari seni yang hebat.

Orica menyasarkan untuk merevolusikan ekosistem NFT dengan memastikan idea-idea yang kecil sekali pun boleh diiktiraf oleh ramai orang, dan setiap orang yang mengambil bahagian akan menerima royalti daripada NFT ini. Orica adalah pasaran pertama yang menetapkan matlamat seperti sedemikian.

Statistik Orica:

  • Permodalan pasaran: $16,004
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $16,004
  • Bekalan dalam edaran: 83,999,900.00 ORI

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri Orica:

  • Orica adalah pasaran NFT yang membolehkan setiap artis membayar komisen untuk penempaan (minting) selepas membuat jualan.
  • Ini adalah pasaran yang menerapkan pengesahan Bukti Seni (PoA, Proof of Art) untuk melindungi pengumpul (collector) daripada membeli karya yang dicuri.
  • Dengan cadangan awal NFT (initial NFT proposal), mana-mana artis boleh mengumpul dana yang diperlukan sebelum mula mencipta karya mereka.

Creative-42_Top_NFT_Coins_sand_3.png

Koin SAND – The Sandbox

Sandbox Game adalah permainan dalam talian berbilang pemain yang menggunakan teknologi blockchain dengan unsur kewangan terdesentralisasi (DeFi) dan token tidak sepiawai (NFT). Sandbox adalah permainan metaverse di mana pemain boleh membeli dan menjual tanah, mencipta dan menjual aset mereka – token NFT, dan mengambil bahagian dalam pengurusan projek, menentukan hala tuju pembangunan selanjutnya.

Statistik Sandbox:

  • Permodalan pasaran: $1,186,583,423
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $2,374,005,490
  • Volum / Permodalan pasaran: 0.1267
  • Bekalan dalam edaran: 1.50B SAND

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri The Sandbox:

  • Ekosistem projek The Sandbox berlandaskan pada tiga produk: VoxEdit, Marketplace, dan Game Maker.
  • VoxEdit ialah perisian untuk mencipta dan menganimasikan objek dari piksel kubik 3D.
  • Marketplace adalah platform untuk membeli dan menjual aset dalam permainan.
  • Game Maker adalah perisian untuk mencipta senario permainan yang dihoskan di tanah projek.

Creative-42_Top_NFT_Coins_tezos_4.png

Koin XTZ – Tezos

Tezos adalah projek blockchain, yang mana kelebihan istimewanya adalah mekanisme pengurusan yang terbina dalam untuk mengemas kini rangkaian. Perubahan pada blockchain Tezos diterapkan menerusi cadangan berkod daripada pemilik sebilangan token Tez (XTZ), selepas proses undian diadakan di dalam komuniti. Protokol Tezos mempunyai keupayaan pembangunan kendiri, jadi rangkaian tersebut mudah untuk dikemas kini.

Statistik Tezos:

  • Permodalan pasaran: $1,243,204,795
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $1,272,503,518
  • Volum / Permodalan pasaran: 0.0158
  • Bekalan dalam edaran: 911,943,778.48 XTZ

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri Tezos:

  • Kontrak pintar di Tezos menggunakan bahasa pengaturcaraan Michelson yang unik dan biasanya ditulis menggunakan gabungan bahasa yang lebih kompleks dengan Michelson.
  • Tezos menggunakan varian PoS yang dinamakan Liquid Proof of Stake (LPoS), pelaksanaan unik yang hanya digunakan di Tezos.
  • Ahli rangkaian yang memiliki lebih daripada 6000 koin Tez boleh menjadi wakil dan mencipta, menandatangani dan meletakkan blok baru dalam blockchain Tezos.

Creative-42_Top_NFT_Coins_theta_5.png

Koin THETA – Theta Network

Theta adalah platform untuk pengehosan, mengedar, dan mempromosikan kandungan video. Ia dibina dengan teknologi blockchain dan berfungsi berdasarkan kontrak pintar. Platform ini membawakan idea di mana kuasa pengkomputeran untuk menonton video tidak disediakan oleh beberapa platform dan pelayan yang terpusat (seperti YouTube, misalnya) tetapi oleh pengguna itu sendiri. Platform video yang mengehos video, pencipta kandungan dan pengguna boleh mengakses Rangkaian Theta.

Statistik Rangkaian Theta:

  • Permodalan pasaran: $1,026,992,896
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $1,026,992,896
  • Volum / Permodalan pasaran: 0.02311
  • Bekalan dalam edaran: 1.00B THETA

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri Theta Network:

  • Platform video boleh mengurangkan kos peralatan pengehosan video yang mahal, menarik pengguna baru ke perkhidmatan mereka dan memperoleh token.
  • Pengguna juga memperoleh token kerana berkongsi kapasiti mereka kepada peserta rangkaian lain.
  • Streamer boleh menerima pendapatan tambahan kerana keuntungan tidak perlu dikongsi dengan mana-mana pihak lain.
  • Theta Network bekerjasama dengan syarikat global terkemuka seperti Google, Sony, Samsung, dan Binance.

Creative-42_Top_NFT_Coins_axie_6.png

Koin AXS – Axie Infinity

Axie Infinity adalah permainan kripto seperti Pokemon di mana peserta membela, berlawan dan saling bertukar-tukar haiwan peliharaan NFT yang comel yang dipanggil Axies. Permainan ini mempunyai dua matawang kripto: Axie Infinity Shards (AXS), yang boleh dibeli dan dijual di bursa matawang kripto, dan Smooth Love Potion (SLP), yang dikreditkan kepada pemain untuk digunakan ketika berada di dalam permainan. Pemilik AXS boleh menerima ganjaran kerana meletakkan token mereka, bermain, dan mengundi tentang isu penting pengurusan.

Statistik Axie Infinity:

  • Permodalan pasaran: $969,698,753
  • Permodalan pasaran yang dicairkan sepenuhnya: $3,152,307,777
  • Volum / Permodalan pasaran: 0.05048
  • Bekalan dalam edaran: 83,056,186.67 AXS

*Semua data adalah terkini setakat Oktober 2022.

Ciri-ciri Axie Infinity:

  • Pemain boleh mengubah penampilan dan data genetik Axies, membolehkan pembina (developer) dari komuniti permainan memperkenalkan idea mereka ke dalam alam permainan.
  • Anda boleh mengambil bahagian dalam pertempuran PVP dan menerima hadiah kerana tersenarai di papan pendahulu.
  • Anda boleh mengumpul dan menjual Axies yang jarang ditemui.

Kesimpulan

Memahami pasaran NFT bukanlah satu tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, mempelajari perbezaan asas antara pelbagai jenis aset kripto akan membantu anda mengurangkan risiko dan membuat keputusan yang betul dalam ekosistem yang mudah berubah ini.

Oleh itu, sentiasa awas dan berhati-hati, dan mendekati aset yang dipilih untuk pelaburan hanya selepas melakukan penyelidikan yang mendalam.

  • 72

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera