1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Trend Teknologi Terhangat Untuk Perdagangan Di Masa Hadapan
2023-03-30 • Dikemaskini

Trend Teknologi Terhangat Untuk Perdagangan Di Masa Hadapan

1_642x361_cover.png

Perkembangan teknologi memberi kesan kepada kehidupan harian kita serta keuntungan pedagang. Teknologi berubah dengan cepat, mewujudkan peluang baru dalam kehidupan harian dan pasaran saham. Untuk memastikan agar tidak ketinggalan zaman dan sentiasa mampu meraih manfaat, pedagang perlu peka tentang trend teknologi semasa dan yang akan datang. Perdagangan adalah salah satu industri yang paling cepat berevolusi, dan sektor teknologi sentiasa berubah pantas. Tetapi kita tahu tentang kepentingan ramalan teknologi dan telah menyediakan senarai saham baru yang menyerlah.

Selain dari itu, pedagang yang kaya sentiasa membaca dan menganalisis pasaran yang paling relevan dan berpengaruh. Untuk membantu pedagang melakukan analisis teknikal dan yang mendalam, kami telah kumpulkan berita tentang teknologi terkini pasaran saham.

Walau bagaimanapun, selain daripada trend masa kini, meramalkan trend masa depan membantu pedagang mengenali potensi kesan masa lalu pada peristiwa masa depan, dan ini kunci untuk perdagangan yang berjaya. Artikel ini akan memberikan trend teknologi masa depan yang paling berpotensi dan menjawab soalan tentang apa yang perlu didagangkan dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

2_642x361_Blockchain.png

Blockchain

Blockchain adalah teknologi pendasar yang menyediakan keselamatan dan ketelusan dalam pasaran matawang kripto. Kebanyakan kripto, seperti Bitcoin, Ethereum, dan token tidak sepiawai (NFT) beroperasi di blockchain, tetapi kaedah unik untuk merekod dan memindahkan maklumat dengan selamat ini turut digunakan di luar dunia matawang kripto. Sebagai contoh, dalam pengurusan logistik dan rantaian atau insurans dan rekod perubatan.

Disebabkan oleh kemeruapan yang tinggi dan populariti kripto di seluruh dunia, anda mungkin berminat dengan panduan mengenai cara-cara berdagang kripto dengan bijak pada tahun 2022 yang disediakan oleh penganalisis kewangan FBS.

Angka-angka ini menunjukkan potensi pasaran blockchain, yang dijangka berkembang dari $7.18 bilion pada tahun 2022 kepada $163.83 bilion pada tahun 2029 dengan CAGR 56.3% dalam tempoh ramalan. Teknologi ini digunakan oleh 2.8% penduduk dunia, dan terdapat hampir 83.5 juta pengguna dompet blockchain. Perbelanjaan di seluruh dunia untuk penyelesaian blockchain mencecah $6.6 bilion pada tahun 2021, manakala Amerika Syarikat akan membelanjakan $2.5 bilion.

Jelas sekali, inovasi blockchain akan berkembang dengan lebih pantas, mendorong lebih banyak syarikat untuk melabur dalam teknologi ini. Jadi dalam sepuluh tahun yang akan datang, saham yang berkaitan dengan teknologi blockchain akan menjanjikan potensi yang besar.

Saham untuk didagangkan: COIN, ALIBABA, TWTR

3_642x361_Metaverse.png

Metaverse

Metaverse ialah ruang digital yang membolehkan pengguna bertemu antara satu sama lain dalam realiti maya atau realiti terimbuh untuk bersosial, berniaga, bermain, bertransaksi dan banyak lagi. Disebabkan oleh peningkatan fokus terhadap operasi fizikal dan digital yang tertumpu di Internet, semakin banyak syarikat terlibat dalam pembangunan metaverse yang merangsang pertumbuhan pasaran saham.

Pasaran metaverse global adalah sekitar $47.48 bilion pada tahun 2022 dan dijangka bernilai kira-kira $678.80 bilion pada tahun 2030 dengan CAGR (kadar pertumbuhan tahunan kompaun) sebanyak 39.4% dalam tempoh ini. Ia bukan sekadar ceramah. Wabak COVID-19 mempercepatkan lagi potensi metaverse, dan tahun 2021 menunjukkan syarikat-syarikat berkaitan metaverse meraih pemodalan sehingga $10 bilion, lebih daripada dua kali pada tahun sebelumnya.

Walaupun metaverse masih di peringkat awal, syarikat-syarikat seperti Meta sedang membangunkan teknologi masa depan ini, dan ramai pedagang sudah mempunyai saham yang berkaitan dengannya di dalam portfolio mereka.

Saham untuk didagangkan: FACEBOOK, DISNEY, NVIDIA

4_642x361_Biotechnology.png

Bioteknologi

Biotech juga menawarkan peluang yang baik untuk pedagang. Industri bioteknologi termasuk syarikat-syarikat yang membangunkan ubat-ubatan dan teknologi diagnostik untuk merawat dan mencegah penyakit. Dengan biologi molekul yang termaju, muncul disiplin saintifik baru, merangsang syarikat-syarikat untuk membangunkan industri ini.

Pandemik dan keperluan untuk membangunkan vaksin untuk koronavirus juga telah merangsang sektor teknologi ini. Pasaran bioteknologi global bernilai $793.87 bilion pada tahun 2021 dan dijangka melebihi $1,683.52 bilion pada tahun 2030, mengembangkan pertumbuhannya dengan CAGR 8.7% selama sembilan tahun.

Dengan impaknya yang signifikan terhadap pelbagai industri, termasuk perubatan dan farmaseutikal, genomik, pembuatan makanan dan kimia, teknologi bioteknologi sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan menjadikan saham-saham berkaitan benar-benar berpotensi.

Saham untuk didagangkan: INO, MRNA, EBS

5_642x361_IOT.png

Internet of Things (IOT)

Internet of Things, atau IoT, telah menjadi salah satu inovasi teknologi yang utama pada abad ke-21. Trend teknologi ini menerangkan rangkaian yang terdiri dari pelbagai benda - objek-objek fizikal - yang dikamirkan dengan perisian, sensor, keupayaan pemprosesan, dan teknologi lain yang menghubungkan dan bertukar-tukar data dengan peranti lain. Ini termasuk sejumlah besar objek dalam pelbagai bentuk dan saiz, daripada rumah pintar hingga kereta pandu sendiri. Secara ringkasnya, IoT membolehkan kita melakukan perkara yang berbeza tanpa penyertaan manusia.

Pasaran IoT dianggarkan meningkat daripada $478.36 bilion pada tahun 2022 kepada $2465.26 bilion pada tahun 2029 dengan CAGR 26.4% dalam tempoh ramalan tersebut. Kuasa saham berkaitan IoT yang semakin meningkat tidak diragukan lagi kerana trend teknologi ini digunakan dalam skala besar dalam sektor seperti tenaga, pembuatan, penjagaan kesihatan, dan banyak lagi.

Syarikat-syarikat saham utama sudah mendapat manfaat daripada teknologi IoT, dan dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang, trend ini akan menjadi lebih menguntungkan.

Mencari pendekatan yang betul untuk memperdagangkan saham teknologi AS? Berikut kami bentangkan satu panduan yang ringkas.

Saham untuk didagangkan: GOOGLE, QCOM, CISCO  

6_642x361_AI.png

Kecerdasan Buatan (AI)

Kecerdasan Buatan, atau AI, mensimulasikan proses kecerdasan manusia dengan mesin dan sistem komputer. Jangan terkeliru antara AI dengan IoT. AI adalah tentang menambah ciri kecerdasan minda manusia kepada mesin, manakala IoT bermaksud menyambungkan semua peranti elektronik ke satu rangkaian yang saling terhubung.

AI telah menerima perhatian yang semakin meningkat dalam pelbagai sektor kerana ia mengecualikan faktor ralat manusia dan mempercepatkan proses. Selain itu, kemalasan telah menjadi pendorong kemajuan yang hebat, menjadikan hidup kita lebih mudah. Oleh itu, AI digunakan dalam industri seperti robotik, rawatan kesihatan, pembuatan, perlindungan alam sekitar dan pembinaan rangkaian. Pada tahun 2021, pasaran AI bernilai $59.67 bilion dan dijangka berkembang dengan CAGR 39.4% untuk mencapai $422.37 bilion pada tahun 2028.

Walaupun sesetengah syarikat baru sahaja memulakan penerokaan AI mereka dan yang lain adalah peneroka veteran - perjalanan kedua-dua golongan syarikat ini masih jauh. Apa pun, AI telah menjadi trend utama dalam hampir setiap industri, bukan sahaja syarikat teknologi global. Dengan pembangunan sains dan teknologi, AI akan terus muncul dan merangsang harga saham yang berkaitan untuk naik.

Jika anda ingin memahami AI dan kesannya terhadap perdagangan, baca artikel terdahulu dari kami.

Saham untuk didagangkan: NVIDIA, AMAZON, GOOGLE

7_642x361_Cybersecurity.png

Keselamatan siber

Dengan pembangunan teknologi dan Internet, penjenayah siber muncul dengan lebih kerap, memotivasi industri keselamatan siber. Keselamatan siber menyediakan perlindungan terhadap pelbagai jenayah siber seperti perisian hasad, kecurian identiti, penipuan dan serangan siber, ransomware, phishing, dan banyak lagi.

Pasaran keselamatan siber global dijangka berkembang daripada $155.83 bilion pada tahun 2022 kepada hampir $478.68 bilion pada tahun 2030, menunjukkan CAGR sebanyak 13.4% dalam tempoh tinjauan. Semua trend teknologi di atas yang diterangkan dalam artikel ini mendorong industri keselamatan siber.

Teknologi masa depan ini sentiasa mendapat permintaan kerana penggodam sentiasa menyesuaikan diri dengan kawalan siber yang termoden, menjadikannya lapuk. Memandangkan ancaman siber terus bertambah, muncul dalam pelbagai jenis yang baharu dan kekerapan yang semakin meningkat, begitu juga dengan perbelanjaan keselamatan siber. Kebanyakan syarikat, dari perniagaan kecil hingga syarikat global, menerapkan dan meningkatkan keselamatan siber. Selain itu, peristiwa geopolitik juga merangsang dan menggerakkan perkembangan teknologi ini. Oleh itu, saham syarikat yang bergerak ke sektor ini mempunyai potensi yang tinggi untuk didagangkan dalam masa terdekat.

Saham untuk didagangkan: GOOGLE, INTEL

8_642x361_Quantum_computing.png

Pengkomputeran kuantum

Satu lagi teknologi yang muncul pesat yang menggunakan hukum mekanik kuantum untuk menyelesaikan masalah yang terlalu kompleks untuk komputer klasik adalah pengkomputeran kuantum. Bidang pengkomputeran ini memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi komputer berdasarkan prinsip teori kuantum. Secara teori, pengkomputeran kuantum membolehkan kita menyimpan lebih banyak "keadaan" (state) bagi setiap unit maklumat dan mengendalikan algoritma yang jauh lebih cekap pada peringkat numerikal.

Pasaran pengkomputeran kuantum dianggarkan meningkat daripada $325.4 juta pada tahun 2022 kepada $1987.6 juta pada tahun 2028, dengan CAGR sebanyak 35.2% dalam tempoh ramalan. Pasaran ini meliputi perisian, perkakasan, perkhidmatan awan, dll.

Dengan kemajuan pengkomputeran kuantum, lebih banyak industri, termasuk tenaga, kewangan, farmasi, telekom, dan pertanian, akan menerapkan teknologi ini. Salah satu syarikat yang membangunkan trend teknologi ini ialah Alphabet, dengan Google sebagai salah satu segmennya. Berdasarkan laporan, syarikat itu menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pendapatan dan pendapatan bersih. Syarikat itu juga mengumumkan pemecahan saham 20-untuk-1, memberi lebih banyak peluang kepada pedagang. Selami lebih mendalam tentang pemecahan saham Google dengan membaca artikel kami.

Saham untuk didagangkan: INTEL, MICROSOFT, IBM

Kemajuan teknologi dan inovasi telah banyak mempengaruhi pasaran saham. Menurut McKinsey, kita akan mengalami lebih banyak kemajuan dan revolusi teknologi dalam dekad yang akan datang berbanding 100 tahun yang lalu, dan beberapa trend teknologi akan mendominasi bidang yang sentiasa berubah ini.

Kesedaran dan pemahaman tentang perubahan ini dan potensi teknologi membantu membuat keputusan yang betul semasa berdagang. Syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri teknologi akan lebih berkuasa pada masa akan datang, menjadikan saham mereka instrumen yang kuat untuk perdagangan.

Anda boleh dagangkan saham masa depan sekarang dengan FBS. Semua saham di atas di dalam artikel ini boleh ditemui di MT5 FBS atau FBS Trader.

Baca lebih lanjut

  • 936

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera