1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 5 Langkah Untuk Berdagang Bitcoin
2023-03-31 • Dikemaskini

5 Langkah Untuk Berdagang Bitcoin

Dewasa ini, matawang kripto telah menjadi item pop-culture. Setiap hari maklumat tentang bitcoin terselit di media. Jika anda salah seorang dari mereka yang musykil tentang siapa yang terkesan dengan trend ini tetapi tidak tahu di mana hendak bermula dan apa yang harus dipertimbangkan, artikel ini khusus untuk anda.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memulakan eksperimen matawang digital anda.

2_bitcion_640x360.jpg

Pelajari Asas-asas Bitcoin

Walaupun anda telah berada di bawah pengaruh media yang tidak henti-henti sekurang-kurangnya untuk 3-5 tahun dan tahu konsep umum bitcoin, jangan abaikan langkah untuk belajar mengenainya.

Matawang kripto adalah matawang perangkai padan (peer-to-peer) yang dicipta untuk beroperasi di dalam rangkaian blockchain. Blockchain adalah sistem lejar awam yang dikongsi di mana orang ramai melakukan transaksi, atau di dalam perkataan lain, pindahan matawang antara dompet bitcoin. Semua operasi ditandakan dengan tandatangan peribadi yang memastikan keselamatan data peribadi anda. Walaupun semua aksi di dalam blockchain adalah telus dan terlihat kepada orang lain, butiran ID anda tidak didedahkan. Sistem mengesahkan transaksi anda menerusi proses perlombongan. Matawang yang paling popular dan anda adalah bitcoin. Semua kripto lain termasuk dalam kategori altcoin.

Untuk menyelami lebih dalam tentang teknologi dan keistimewaan bitcoin, bacalah bahan-bahan di bitcoin.org atau majalah bitcoin.

Walaupun jika anda fikir anda sudah cukup arif dengan topik ini, jangan berhenti dari menerokai berita-berita matawang kripto dan pendapat pakar. Biasanya mereka adalah satu-satunya sumber yang boleh anda harpkan bila membuat ramalan untuk menjual atau membeli.

Menerokai Strategi Perdagangan

Bila berita terus-menerus heboh tentang kegagalan mutlak dan lonjakan luar jangka pada bitcoin, peratusan orang yang meletakkan kepercayaan kepada matawang ini masih secara relatifnya rendah. Namun, kita tahu bagaimana keadaannya dengan hype di matawang kripto. Ini memberikan mereka khalayak sasaran yang mengamalkan sekurang-kurangnya dua jenis tingkah laku pasaran.

Satu kumpulan cuba untuk tidak berspekulasi berdasarkan kemeruwapan harga, tetapi mereka melabur pada bitcoin untuk jangka masa panjang. Mereka memang bersedia untuk menghadapi semua turun naik harga dan dengan sabar menantikan kenaikan mutlak pada harga. Mereka yang bersikap begini melihat bitcoin sebagai satu cara untuk mendukung kemajuan teknologi, matawang digital masa hadapan, dan melabur untuk mendapatkan prestij, bukannya untuk membuat urusniaga yang boleh mendatangkan pendapatan.

Satu lagi kumpulan menganggap bitcoin seperti aset tradisional yang membolehkan mereka meraih keuntungan dalam jangka pendek. Orang-orang ini adalah pedagang bitcoin (pakar-pakar dengan latarbelakang analitikal yang kuat, pengetahuan teknologi wang digital yang kukuh, dan enthusiasts yang adventurous) yang bersedia untuk berdagang tanpa henti kerana tidak seperti di pasaran tradisional, perdagangan Bitcoin dibuka 24/7.

3_bitcion_640x360.jpg

Pertimbangkan Pro dan Kontra

Selain dari akses pasaran 24 jam lihat senarai kelebihannya yang lain.

Kekuatan Bitcoin

  • Persekitaran Yang Bebas

Bitcoin adalah satu-satunya mawatang yang tidak di kawal selia di dalam dunia ini yang menjadikannya terpencar dan telus. Kadar bitcoin tidak bergantung kepada peristiwa geopolitik, inflasi negara atau isu-isu mikroekonomi. Ia tidak melibatkan pihak ketiga yang boleh sahaja membekukan transaksi anda. Sunggupun begitu, sesiapa sahaja boleh melihat akaun-akaun di blockchain bitcoin tetapi tiada siapa yang boleh memanipulasi dana atau melihat data peribadi anda.

  • Permulaan Yang Mudah dan Mudah Diakses

Mana-mana orang di dunia ini, walaupun orang yang tiada akses kepada sistem tukaran tradisional boleh berdagang bitcoin. Mereka tidak perlu melalui prosedur verifikasi yang harus dilalui di pasaran lain. Apa yang mereka perlukan untuk bermula adalah dompet bitcoin dan alamat. Dengan mempunyai dua perkara ini, mereka dengan mudah boleh memindahkan dana mereka menggunakan kad memori! Tambahan lagi, dengan bitcoin para pedagang tidak terikat dengan kadar tukaran matawang.

  • Perlindungan Kecurian Identiti

Bila anda melakukan transaksi, ia disahkan dengan satu tandatangan digital yang unik yang menjamin keselamatan pergerakan matawang anda. Selain dari tu, tiada maklumat peribadi yang boleh bocor di mana-mana – pengguna dilindungi dari kecurian identiti secara automatik. Anda mempunyai pilihan untuk membuat simpanan sandaran dan menyulitkan (encrypt) bitcoin.

  • Pembayaran Yang Pantas

Penyelesaian pembayaran bitcoin biasanya berlaku dalam tempoh 2 hari dan tidak tertakluk kepada sebarang hari cuti bank atau hujung minggu. Tiada sesiapa yang boleh menarik balik transaksi.

Malang sekali, walaupun bitcoin tampak bersinar ia mempunyai sisi gelapnya.

Kelemahan Bitcoin

  • Belum Matang

Pakar-pakar berpendapat bahawa bitcoin memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun lagi untuk mengatasi keributan dalam pasaran dan menstabil. Pasaran perlu menjadi kurang emosional dan lebih dipercayai oleh para pelabur yang berpengaruh.

  • Swing Harga Yang Ekstrim

Sebagai instrumen perdagangan yang secara relatif masih baru bitcoin melibatkan pelbagai risiko. Kemeruwapan tinggi tidak mempromosikan kepercayaan kepada matawang ini sebagai instrumen perniagaan yang boleh diandalkan.

Roul Pal, ketua di Global Macro Investors berkata: "Sama ada akan ada kerugian total modal pokok atau pulangan yang sangat-sangat tinggi." Berdasarkan petikan ini, mereka yang skeptik terhadap matawang digital membayangkan perdagangan bitcoin seperti loteri yang mana hasilnya tidak boleh diramalkan kerana pola dan kaedah perdagangan biasa tidak berfungsi dengan efektif.

  • Tiada Insurans

Sifatnya yang terpencar bukan hanya memberikan kebebasan total tetapi juga beberapa kekurangan. Sebagai contoh, orang ramai tidak mempunyai insuran jika mereka kehilangan dana mereka atau terlupa kata laluan dan kunci persendirian (private keys).

  • Risiko Digodam

Perisian bitcoin masih belum dianggap ideal. Para pengaturcara masih mencipta perkakas dan fitur baru.

Mula berdagang

Kini bila anda sudah mempelajari asas teori dan mempertimbangkan semua pro dan kontra, tibalah masa untuk bermula.

Pertama sekali, anda perlu mencari sebuah broker yang andal dan berlesen yang menawarkan senarai pilihan matawang kripto yang banyak. Di FBS, kami menawarkan 100+ aset digital agar anda boleh merencamkan portfolio anda dengan mudah.

Buka akaun Crypto untuk bermula. Jika anda seorang pemula atau hanya mahu menguji kemahiran anda, cuba perdagangan demo dengan dana maya sebanyak $10,000. Anda juga boleh pilih platform perdagangan yang paling sesuai dengan anda. Dengan FBS, anda boleh berdagang menggunakan platform MT5 atau di platform yang dibangunkan sendiri oleh FBS: FBS Trader.

Bila anda sudah bersedia, lakukan urusniaga pertama anda. Akaun Crypto menyokong lebih dari 100 instrumen perdagangan:  koin,  koin-fiat,  koin-koin,  koin-logam. Anda boleh dagangkan mana-mana instrumen tersebut dengan spread yang rendah dan leveraj 1:5.

Anda tidak perlu memiliki atau menyimpan koin apabila berdagang, jadi anda tidak perlu gusar tentang penggodam dan keselamatan e-wallet anda. Satu lagi kelebihan memperdagangkan bitcoin berbanding melabur di dalamnya adalah betapa anda bebas untuk berspekulasi dengan kenaikan dan juga penurunan harga.

Matawang kripto salah satu kelas aset yang berprestasi terbaik. Terokai semua kelebihan memperdagangkannya!

Jangan Terlalu Yakin Diri

Sentiasa beringat bahawa matawang kripto adalah teknologi yang baru muncul, ia sentiasa dipromosikan dengan agresif. Walaupun kadar pertumbuhannya sepanjang sedekad lalu kelihatan meyakinkan tiada siapa yang boleh meramalkan apa-apa dalam jangka masa panjang. Jika anda tidak berasa yakin dengan penilaian dan kemahiran anatilitikal anda, jangan laburkan wang simpanan anda dalam matawang kripto kerana ia tidak mematuhi peraturan kewangan dan ekonomi yang sudah mantap.

Kesimpulan

Seberapa menggiurkan pun bitcoin, ia masih di dalam proses pematangan. Justeru jika anda mahu cuba berdagang matawang kripto, lakukannya dengan bijak, didik diri anda, berhubunglah dengan para pedagang yang berpengalaman, pertimbangkan risiko dan ikuti berita berkaitan.

Baca lebih lanjut

  • 8232

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera