Perdagangan Matawang Kripto di MetaTrader 5

Berjuta-juta pedagang di seluruh dunia menggunakan platform perdagangan MetaTrader 5 untuk berdagang Forex, saham, dan niaga hadapan. Dari masa ke masa, ia telah turut menjadi popular di kalangan peminat perdagangan matawang kripto. Mari kita selidiki mengapa MT5 sangat disukai dan bagaimana cara menggunakannya untuk berdagang kripto.
Apakah itu MetaTrader 5
Sebagai permulaan, MetaTrader 5 atau MT5 adalah antara platform perdagangan yang paling popular di seluruh dunia, yang digunakan oleh berjuta-juta pedagang. Ia menyediakan banyak peluang: analisis teknikal dan fundamental, perdagangan algoritma, meniru urusniaga pedagang yang berjaya, serta prasarana untuk membina indikator teknikal anda sendiri. Siap sedia, kita akan membincangkan semua manfaatnya secara terperinci dalam artikel ini. Secara asasnya, ia memenuhi semua syarat untuk erdagangan matawang kripto yang selesa.
Di sini anda boleh berdagang Forex, saham, logam, indeks saham, komoditi, niaga hadapan, dan, pasti sekali, matawang kripto. Terdapat pelbagai kripto untuk didagangkan: Bitcoin dan Ethereum, Solana, Cardano, Dogecoin, Shiba Inu... Anda sebutkan sahaja, MT5 ada semuanya!
Menerokai matawang kripto di MT5
Terdapat banyak sebab mengapa MetaTrader 5 popular di kalangan pedagang kripto. Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Ia satu alat yang mudah, boleh diakses, dan boleh dipercayai. Tetapi mari kita lihat dengan lebih terperinci.
Pertama sekali, ia mematuhi FIX dan tersedia untuk semua peranti anda, sama ada pada PC atau peranti mudah alih anda (di kedua-dua iOS dan Android). Ia mampu menguruskan pelbagai kelas aset. Dan jika anda menggunakan algoritma perdagangan dan bot automatik, anda boleh menjana lebih banyak pendapatan dengan usaha yang minimum. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma, yang memudahkan pedagang pemula untuk menceburi dunia perdagangan kripto dan mempelajari selok-beloknya.
Kelebihan perdagangan matawang kripto di MT5
Anda masih ingat janji kami untuk merungkai tentang manfaat MetaTrader 5 untuk perdagangan matawang kripto dengan lebih terperinci? Ini dia! Terimalah.
Lesen yang percuma
Anda boleh memuat turun MT5 secara percuma dan menggunakannya dalam perdagangan kripto anda. Platform MT5 tersedia di dalam versi desktop, mudah alih, dan web.
Keupayaan untuk menunjukkan semua posisi
MT5 memaparkan semua posisi, berbanding dengan MT4, yang menunjukkannya hanya secara individu.
Empat mod pelaksanaan pesanan
Platform perdagangan MT5 mendukung empat mod pelaksanaan pesanan untuk menyokong pelbagai opsyen perdagangan: Pelaksanaan Segera (Instant Execution), Pelaksanaan Pasaran (Market Execution), Pelaksanaan Permintaan (Request Execution), dan Pelaksanaan Pertukaran (Exchange Execution).
Set lengkap jenis-jenis pesanan perdagangan
Dan ini penting jika pedagang mahu melaksanakan strategi yang agak rumit dan melaksanakannya dengan jayanya.
MT5 menawarkan perdagangan untuk kebanyakan kelas aset
Tidak lupa juga pasaran niaga hadapan. Selain daripada perdagangan matawang dan perdagangan CFD, anda boleh membeli atau menjual sekuriti (saham, bon, niaga hadapan) di bursa saham. Anda hanya perlu membuka pesanan beli atau jual, dan broker akan membuat transaksi bagi pihak anda di bursa.
Menggunakan algoritma dan robot untuk berdagang dengan MQL5
Terima kasih kepada teknologi ini, peniaga boleh mengautomasikan sepenuhnya proses membuat urusniaga perdagangan dan analisis dengan mencipta Expert Advisors.
Membuat ujian menggunakan data silam di MT5
Selepas mencipta Expert Advisors anda sendiri, atau membeli Expert Advisors yang baharu, anda boleh mengujinya menggunakan data silam sebelum menggunakannya dengan akaun sebenar.
100 carta sebut harga kelas aset
Carta diperlukan untuk menjalankan analisis teknikal. Ia membolehkan anda memantau perubahan sebut harga dalam talian dan bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan situasi pasaran. Di MT5, anda boleh membuka sehingga 100 carta secara serentak dan menukar paparan mereka kepada garis putus-putus, bar, atau candlestick Jepun.
80 indikator teknikal dan alat analisis
Untuk menentukan dengan betul bila posisi harus ditutup atau dibuka, anda mesti menganalisis pasaran. Terminal ini menyediakan berpuluh-puluh alat untuk analisis. Dinamik pasaran bukan lagi satu misteri kepada anda jika anda menggunakan dua puluh alat linear dan tiga dozen indikator teknikal.
Keupayaan untuk mencipta indikator anda sendiri dengan karakteristik unik
Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan yang asas tentang pengaturcaraan, anda boleh membangunkan indikator dan Expert Advisor untuk MT5 anda sendiri menggunakan MetaEditor.
Meramalkan dinamik harga instrumen kewangan
Terminal perdagangan MT5 mempunyai puluhan indikator yang terbina dalam yang dibangunkan oleh para pedagang profesional.
Signal perdagangan
Jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang baik untuk berdagang Forex dengan sukses, anda boleh melanggan signal daripada pedagang yang berjaya. Untuk melakukannya, pergi ke tab MQL5 Signals, pilih pembekal signal yang anda minati, dan langgan. Selepas itu, perdagangan pedagang yang berjaya akan ditiru secara automatik ke terminal perdagangan anda.
Bagaimana untuk berdagang matawang kripto di MT5
Proses cara menggunakan MetaTrader 5 cukup mudah.
- Langkah pertama adalah untuk membuka akaun dengan broker matawang kripto, contohnya seperti kami, FBS. Pergi ke laman web FBS, klik butang Buka akaun, dan lengkapkan borang pendaftaran yang mudah dan ringkas. Kemudian, buka akaun Crypto di Laman Peribadi anda.
- Kemudian, anda boleh memuat turun platform perdagangan MT5.
- Skrin log masuk akan muncul apabila anda mula-mula melancarkan MT5, masukkan maklumat akaun FBS anda di sini.
- Semua sudah selesai, anda sudah bersedia untuk berdagang matawang kripto di MetaTrader 5!
Prinsip asas perdagangan matawang kripto di MT5
Anda sudah tahu semua yang perlu diketahui tentang kelebihan berdagang kripto dengan MetaTrader 5. Jom kita tinjau apa lagi yang menarik di sana.
MetaTrader membolehkan anda menetapkan aras Renti Rugi (Stop Loss) and Ambilan Untung (Take Profit) untuk setiap posisi secara serentak, yang sangat membantu dalam mengurangkan risiko pedagang dan meningkatkan peluangnya untuk menjana wang.
Kerja dengan carta dengan lebih yakin kerana MT5 menawarkan banyak sekali fungsi yang berkaitan! Anda boleh menukar antara pelbagai pilihan paparan harga, rangka masa, membuka beberapa carta dalam satu tetingkap, menukar skim warna, menggunakan semua indikator standard atau menambah indikator anda sendiri, dan sebagainya.
Di samping itu, MetaTrader seksyen maklumat yang besar di mana aliran maklumat penting - seperti berita, peristiwa utama, dan segala-galanya yang boleh memberi kesan kepada pasaran. Ia alat bantuan yang sangat diperlukan oleh para pedagang!
Kesimpulan
Platform perdagangan MetaTrader 5 mempunyai keperluan sistem (system requirement) yang rendah dan boleh dijalankan pada mana-mana sistem operasi. Perdagangan kripto melalui terminal perdagangan MT5 tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau kebolehan khas. Memahami asas pasaran matawang kripto dan mempunyai strategi yang menguntungkan sudah mencukupi untuk membolehkan anda berdagang dengan jayanya.
Baca lebih lanjut
- 5 Langkah Untuk Berdagang Bitcoin
- Mengapa Perdagangan Matawang Kripto Adalah Yang Paling Progresif Di Era COVID-19?
- Apakah yang akan terjadi kepada matawang kripto?
- Apakah Koin Kripto Yang Akan Datang pada tahun 2022
- 10 Podcast Kripto Terbaik Yang Anda Perlu Dengar Sekarang
- Kenapa saya perlu Deposit dalam Kripto?
- Apakah manfaat berdagang bitcoin di FOREX?