1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berdagang pasca-krisis: prospek dan peluang
2023-12-21 • Dikemaskini

Berdagang pasca-krisis: prospek dan peluang

Cover.png

Bila pasaran diheret ke 'ground zero' oleh virus dan krisis di bulan Mac, anda berkata "Hari kiamat sudah tiba! Saya tidak boleh masuk sekarang! Mungkin dunia akan hancur esok!". Beberapa bulan kemudian, bila pasaran sudah pun masuk ke fasa pemulihan, anda kata "Terlalu banyak ketidaktentuan! Mungkin akan ada 'second bottom'! Trend hendak menyongsang tidak lama lagi!". Sedikit masa kemudian, bila pemulihan sudah hampir selesai, anda berkata "Ada gelombang kedua virus! Tidak munasabah untuk membuka posisi! ”. Sekarang, apabila S&P memperbaharui rekod paras tertingginya setiap minggu, anda berkata "Oh, sudah terlambat! Tiada siapa yang mahu masuk di paras tertinggi!”…

Crisis_ chronicles of procrastination.png

Peluang: sedekad cuma sekali

Pada setiap tahap bagi krisis ini, anda mungkin telah dan seharusnya telah masuk ke pasaran. Pertama, kerana krisis seperti itu bukanlah alasan untuk duduk diam dan berhenti dari meraih keuntungan. Kedua, anda mempunyai semua instrumen teknikal dan sokongan dari FBS untuk menggunakan downswing dan uptrend di pasaran. Matawang dan CFD berfungsi dalam kedua-dua arah - naik dan turun - dan dalam setiap kes, anda boleh mengatur perdagangan anda agar ia mengikuti gelombang yang sesuai. Itulah sebabnya mengapa, jangan cari alasan - ramai pemerhati mengulas bahawa peluang untuk berdagang dan melabur seperti sekarang sangat jarang sekali muncul, sejarang sekali dalam satu dekad. Dan anda ada semua yang anda perlukan untuk memanfaatkannya – yang penting ia dilakukan dengan bijak.

Emas: satu lagi El Dorado

Terdapat beberapa sebab mengapa perdagangan sekarang menawarkan peluang yang eksklusif untuk meraih keuntungan. Salah satunya ialah emas. Pada bulan Mei, harganya lebih dari $1600. Tiga bulan kemudian, ia mencapai $2000, yang mana ia telah mencatat rekod tertinggi baharu. Para pemerhati mengatakan harga emas bakal terus naik lebih tinggi kerana faktor-faktor fundamental tampaknya memberikan sebab yang cukup untuk menjangkakan keadaan yang tidak stabil – justeru itu, harga emas akan meningkat. Dunia tidak bipolar seperti di era AS-USSR; dan ia tidak pula bersifat unipolar seperti mana era dominasi ekonomi global secara mutlak oleh Amerika pada tahun-tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Sekarang, dunia beranjak menjadi sesuatu yang baru, dan itu membimbangkan orang ramai. Itu membimbangkan pelabur – jadi mereka beralih kepada emas. Itulah sebabnya jangan ragu-ragu – kita akan mendengar lebih banyak lagi berita tentang emas... dan ianya lebih baik jika anda turut berada di sana!

Gold_ another El Dorado.png

Saham: tiada batasan

S&P mencecah paras tertinggi baru dan ia sudah menjadi buah mulut ramai. Ia berlaku hampir setiap minggu. Tesla, Amazon, farmaseutikal, saham-saham lain – bukalah carta dan lihat bagaimana ia meroket. Anda tidak mahu membuat keuntungan dengan semua saham-saham tersebut? Pasti sekali anda mahu. Ya tentulah, tidak ada sesiapa pun yang mencadangkan agar anda masuk "all-in" dan mempertaruhkan keseluruhan deposit pada mana-mana satu saham. Ada cara yang bijak untuk melakukannya, dan itu kami ada ajarkan kepada anda di dalam webinar, panduan, analisis, dan banyak bahan pendidikan kami yang lain. "Terlalu berisiko" adalah jawapan dari seseorang yang tidak tahu menguruskan risiko dengan baik. Manakala pedagang yang berilmu tidak berdalih dan terus memilih instrumen beliau, dan mengira nisbah risiko. Dengan pendekatan seperti itu, S&P tidak akan terus mencatat rekod tertinggi baharu secara bersendirian: anda juga akan meraih bahagian anda.

Minyak: sedang memulih

Sekiranya anda berminat dengan geopolitik dan pasaran minyak – ini satu lagi lubuk yang sesuai untuk anda. Sebilangan besar pemerhati menyatakan bahawa pasaran minyak sedang dalam fasa pemulihan yang stabil, jadi prospek fundamental yang positif menanti WTI dan Brent. Ia boleh dilihat dengan mudah di carta – hampir tidak ada lonjakan pepaku dan hanya sedikit turun naik. Harga minyak terus meningkat secara beransur-ansur ke atas. Apakah ada situasi yang lebih selesa untuk perdagangan secara jangka sederhana dan jangka panjang berbanding aliran uptrend yang hampir terjamin ini?

Matawang: satu anjakan yang menarik

Di persada Forex juga ada terdapat perubahan menarik yang boleh memberikan peluang tambahan untuk meraih keuntungan. Para pemerhati kewangan sering menyatakan bahawa USD sedang lemah dan akan menjadi lebih lemah – itu boleh dilihat pada rangka masa sederhana dan jangka panjang. USD acap kali didapati tidak lagi bertindak seperti yang diharapkan sebagai matawang perlindungan utama. EUR kuat dan mempunyai alasan untuk jadi lebih kuat sementara GBP menghadapi ancaman Brexit tanpa perjanjian yang semakin meningkat. Semua itu memberi ruang yang cukup untuk maneuver perdagangan, dari scalping ke perdagangan posisi (position trading). Itulah sebabnya ini masa yang sangat menarik dan berprospek cerah untuk memasuki pasaran dan berdagang secara aktif.

Currencies_ interesting shifts2.png

Baca lebih lanjut

  • 3997

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera