1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Psikologi Perdagangan Ketika Beraksi
2024-06-04 • Dikemaskini

Psikologi Perdagangan Ketika Beraksi

001-cover-90.jpg

Kami pasti anda mahu selamat dan terlindung dari masalah dunia ini. Mungkin anda lebih gemar mengerekot di kerusi malas yang selesa di rumah dan ada seseorang di samping anda memberitahu:

"Anda melakukannya dengan baik sekali! Anda akan berjaya. Anda kuat dan berkeupayaan. Seluruh alam tahu itu dan sedang bersedia untuk menyambut anda."

Gelak tawa sarkastik mungkin menampar anda bila realiti berkasar dengan anda. Orang boleh jadi biadab, kata-kata boleh menyakitkan kita, makanan boleh jadi beracun, dan cuaca di langit boleh mengacah-acah anda, semuanya di luar kawalan kita. Anda pula seorang pedagang. Ancaman ada di sekeliling kita:

  • Pasaran sifatnya meruwap, dan ia akan kekal begitu selamanya
  • Anda bukanlah seorang pakar, dan terlalu banyak carta di skrin akan membuat otak anda mendidih
  • Wang yang diraih semalam hari ini boleh bertukar jadi asap

Perdagangan bukanlah dunia yang terbaik untuk keselesaan psikologi. Ada banyak kisah-kisah menakutkan, namun berita baiknya adalah — anda akan "survive" dan berjaya walau apa pun! Kita akan ketahui caranya.

Diagnosa Masalah Anda

Emosi anda boleh menguasai tindakan-tindakan anda. Bila anda menerima kenyatan, anda bersedia untuk belajar cara-cara menenangkan diri dan berdagang dengan berhemah.

Berikut adalah senarai isu-isu psikologi yang mungkin anda hadapi. Jangan terburu-buru menemui doktor psikologi berbayar, kami mungkin boleh membantu.

002-90.jpg

Keresahan pasaran

Anda telah cuba berdagang di sana dan sini, mendapat keuntungan yang lumayan dan mengalami kerugian. Anda suka bila untung, dan benci bila rugi. Namun, selepas satu ketika ia menjadi biasa-biasa sahaja, dan anda pun menerima realiti. Kemudian anda rugi lagi dan lagi. Itulah bagaimana keresahan prestasi menjangkiti anda. Ketakutan akan kerugian kini menguasai dan melumpuhkan anda. Perasaan seolah-olah kerugian pasti datang membuatkan anda berpeluh ketika makan malam bersama keluarga dan terjaga dari tidur di malam buta.

Bertenang, dan terima keadaan

Anda harus faham bahawa kerugian itu sendiri bukanlah satu ancaman — masalahnya adalah pada cara anda mentafsirnya. Berhenti mengaitkan kerugian dengan emosi yang negatif dan gantikannya dengan motivasi yang positif. Sebagai contoh, dalam kes kerugian yang mendatangkan trauma, luangkan sedikit masa untuk mengkaji strategi-strategi dan pasaran baru. Rasa ingin tahu anda akan mengatasi ketakutan anda, dan anda akan kembali ke pasaran dengan wawasan baru dan solusi yang kreatif.

Satu lagi fakta menarik tentang kegagalan yang barangkali tidak begitu jelas — ia menunjukkan kepada anda jalan ke arah kemajuan. Dengan mengatasi trauma kerugian dan keresahan yang berakibat darinya, kita meninggalkan zon selesa dan mencabar had keupayaan kita. Lihat kegagalan anda bukan seperti aksi maut melompat dari Air Terjun Niagara tetapi lebih seperti pengalaman mengujakan menaiki rollercoaster tertinggi di dunia. Belajar lebih lanjut tentang "Cara-cara pulih dari kerugian dalam perdagangan Forex"

003-90.jpg

Perfeksionisme

Perfeksionisme sebenarnya satu paradoks kerana kita mahu pastikan semua perkara sempurna, tetapi matlamat ini mustahil dicapai. Bolehkah anda bayangkan diri anda mempelajari banyak sekali strategi, cuba meramalkan kerugian tak kira apa juga kos yang perlu ditanggung, berkerja keras sehingga hampir putus urat saraf, namun masih jauh dari mencapai cita-cita idealistik di fikiran anda? Jika ya, tahniah, anda seorang perfeksionis. Walaupun anda boleh gunakan ini untuk memperihalkan karektor anda dalam temuduga pekerjaan, dalam dunia sebenar ia tidak akan membantu anda. Ia hanya akan membuatkan anda lelah dan lemas dalam penyesalan.

Sasarkan untuk yang lebih baik, bukan yang terbaik

Fokus kepada penambahbaikan, bukan tentang kesilapan anda. Kenal pasti kekuatan yang boleh membantu anda merancang masa depan. Bila berdialog dengan diri sendiri, jangan terlalu kritis. Anda tidak mungkin menyeksa orang sekeliling anda seperti mana anda menyeksa diri sendiri. Jadi hentikan dengan kata-kata "Aku boleh buat lebih baik dari tadi", dan beranjaklah kepada fikiran yang lebih konstruktif. Jangan halakan kemarahan anda mengenai kerugian atau dagangan yang kurang berjaya ke dalam diri. Kasihanilah pedagang yang terperangkap di dalam minda perfesionis anda. Seharusnya mantra anda adalah "Okay, itu satu kesilapan. Saya akan kaji semula semua tindakan saya dan rancang bagaimana saya boleh gunakan pengetahuan ini dalam tindakan-tindakan saya di masa depan. Anda pedagang yang baik, dan mari kita jadi lebih baik bersama-sama!"

004-90.jpg

Terlebih berdagang (Overtrading)

'Cuba dan 'rasai' pasaran, praktis lebih lagi!' — Anda sering terbaca ayat ini di dalam buku-buku dan mendengarkannya di seminar-seminar online, dari pakar-pakar pasaran dan tunang anda yang mengimpikan pelancongan mengelilingi dunia yang anda akan tanggung sepenuhnya. Anda seorang yang gigih, tekun, dan bersemangat, anda boleh lakukannya! Anda memeriksa skrin komputer lagi dan lagi kerana kebosanan atau kerana anda didorong oleh impian menjadi kaya raya. Selepas seketika, anda dapati anda berdagang hanya kerana mahu berdagang. Dengan mata yang merah, kepenatan, tetapi gigih berjuang untuk masa depan — inilah diri anda yang sebenar. Risiko yang anda ambil bermotivasikan emosi, tindakan anda di pasaran adalah impulsif.

Disiplinkan diri anda

Ia semuanya tentang kawalan diri dan kebolehan anda melawan ketamakan. Anda harus perlahan sedikit, ambil nafas dalam-dalam, lihat gambaran yang lebih besar, dan fokus. Jika anda masih tak dapat jaga satu jarak selesa antara emosi dan perdagangan anda, adakan satu senarai JANGAN BUAT yang akan menghalang anda bila anda terpancing untuk terlebih berdagang. Bayangkan anda boleh bercuti hanya sekali setahun. Kami pasti anda anda akan memerah segala kreativiti anda dalam kajian anda mengenai tempat yang anda akan lawati. Sekarang, rancang perdagangan anda untuk hanya memakan 40% sahaja dari hari berkerja anda. Setelah sekian waktu anda akan lihat bagaimana pasaran kewangan akan ngam dengan kehiduoan anda tanpa ia menguasai hidup anda. Dagangan anda akan lebih terancang dan efektif, strategi-strategi yang anda akan gunakan pula lebih inovatif.

005-90.jpg

Kekecewaan

Berdagang secara harian (day trading) boleh membawakan banyak kekecewaan. Kerugian, penutupan awal suatu posisi, kemeruwapan pasaran — semuanya menggugah jiwa dan membuat emosi mendidih. Emosi ini biasanya melanda mereka yang kompetitif, aktif, dan berpencapaian. Anda pastinya ingat perasaan marah bila ada halangan yang melintang perjalanan menuju hasil yang sudah lama ditunggu-tunggu. Kekecewaan memicu kemarahan yang menghalang fungsi kognitif, kebolehan untuk menenangkan diri, dan fokus. Namun ia tidak menghalang anda dari mengambil tindakan, dan itu yang anda lakukan. Nah, sekarang bayangkan tindakan yang bagaimanakah yang anda boleh lakukan bila ia tidak disokong oleh sebarang penaakulan. Pasti sekali ia impulsif dan menjuruskan kepada natijah yang anda tidak diingini.

Kenal pasti "trigger" anda

Anda kenal diri anda. Luangkan sedikit masa merenung kembali dan cuba cari apakah peristiwa yang membuatkan anda merasai gelombang amarah yang tidak dapat dikawal dan bagaimana situasi ini berakhir. Kebarangkaliannya besar anda tahu jawapannya. Pengalaman tersebut pasti mengecewakan dan memalukan. Namun oleh kerana anda tahu kerugian merengsakan dan menukar anda menjadi "jahat", maka setiap kali ia terjadi ingatkan kepada diri anda tentang kos akibat dari kemarahan anda. Bila anda sudah mengenal pasti trigger tersebut, ia harus disusuli dengan fasa menenangkan diri. Ia memang sukar dan perlukan latihan, namun inilah cara anda dapat mengawal diri anda. Anda cuba tenangkan minda anda, bernafas, dan terima keadaan. Jika anda mampu melakukannya sekali, anda akan berasa seperti sudah menjadi seorang juara kerana memang tidak mudah untuk melawan nafsu dalam diri.

006-final-90.jpg

Syabas

Menyelami arus pasang surut pola tingkah laku dan ribut elektron di sistem neuron anda memang suatu yang mencabar. Kita telah pelajari betapa perdagangan bukan untuk mereka yang lemah. Tapi anda, anda insan yang luar biasa dengan semangat waja yang mendambakan kejayaan dan ingin jadi lebih baik setiap hari. Tolong jangan putus asa. Pupuk kesedaran diri di dalam dan luar perdagangan anda. Belajar untuk melihat kesilapan-kesilapan anda di pasaran sebagai pengajaran untuk keuntungan di masa hadapan. Baiki kelemahan diri dan terapkan disiplin.

Kami berharap nasihat kami akan memudahkan perdagangan anda sehari-hari, tenangkan fikiran anda, dan membolehkan sedikit masa diluangkan untuk hobi dan kehidupan peribadi anda.

Baca lebih lanjut

  • 4597

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera