1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berdagang Saham Secara Online
2023-12-21 • Dikemaskini

Berdagang Saham Secara Online

GM-3467 блог trading-stocks-online-120.jpg

Wang harus bekerja. Anda bersetuju? Pada hari ini, ia sudah menjadi pengetahuan umum bahawa melabur dalam saham membolehkan anda menggandakan dana anda. Untuk memulakannya, anda perlu belajar sedikit asas. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan berkenaan sedikit isu dalam dagangan saham dan tip-tip bagaimana untuk melakukannya dengan efektif. 

Bagaimana untuk mula melabur dalam saham?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mula berdagang saham secara online

1. Buka akaun perbrokeran

Muat turun aplikasi FBS Trader di telefon bimbit anda untuk sentiasa memantau carta dan MetaTrader 5 di komputer peribadi anda untuk membuat analisis teknikal yang lebih rumit.

2. Pilih saham anda

Buka senarai saham FBS dan lihat katalog syarikat yang didagangkan secara umum yang ditawarkan FBS. Senarai itu panjang, jadi jangan terkeliru atau patah semangat: kekal tenang dan gunakan senarai saham dalam prestasi terbaik seperti di bawah – ia akan memudahkan anda untuk membuat pilihan di pasaran.

Selepas anda menimba pengalaman, luangkan lebih masa untuk memajukan diri. Pelajari strategi memilih saham, membaca blog kewangan, dan beri perhatian terhadap petunjuk daripada pemerhati-pemerhati pasaran. Selepas anda memilih strategi untuk memilih saham, pelajari selok belok, ikuti perkembangan secara teliti, dan anda akan berada di jalan menuju kejayaan.

3. Bina portfolio

Lebih baik untuk bermula dengan modal yang kecil. Pertama sekali, beli satu saham untuk mendapatkan idea secara keseluruhan bagaimana menguruskan saham tersebut. Kemudian, anda boleh mengembangkan portfolio anda. Jangan lupa untuk mempelbagaikannya melalui pelbagai sektor pasaran dan cuba banding dan nilaikan unjuran risiko dan pulangan syarikat-syarikat untuk membuat pemilihan aset yang baik.

Dengan FBS, anda mudah membeli dan menjual saham tanpa perlu membayar pendaftaran tawaran atau untuk menyimpan saham anda. Skema dagangannya sama dengan berdagang matawang.

4. Jangan kalah pada emosi yang negatif

Dan jika pada suatu hari nanti, pasaran tidak menyebelahi anda, harus diingat bahawa cara terbaik membeli saham adalah untuk jangka masa panjang. Belajar daripada kesilapan anda dan beri tumpuan terhadap isu yang anda boleh kendalikan, dan jangan terlalu tertekan terhadap sesuatu yang di luar kawalan anda!

 

10 saham terbaik untuk dibeli

Coinbase – pertukaran matawang kripto pertama yang menjadi umum, dan fakta ini sangat menarik: jika penyenaraian ini terbukti menguntungkan syarikat, ia mungkin membuka pintu untuk syarikat permulaan baru di sektor ini.

PayPal (PYPL) – sebuah syarikat AS yang memproses pembayaran digital dan mudah alih. Ia merupakan syarikat pertama yang membenarkan pelanggan untuk membeli, menjual dan menyimpan matawang kripto.

ALIBABA - sebuah syarikat China yang mempunyai pengkhususan di dalam e-dagang dan peruncitan.

Microsoft – gergasi teknologi AS, pencipta Windows, Microsoft Office, Xbox, dan lain-lain lagi.

Nvidia – pembuat chip terkemuka dan pengeluar GPU untuk permainan dan pasaran kecil dan terhad.

Tesla – pengeluar kenderaan elektrik terkemuka yang diasaskan oleh Elon Musk. Perancangan Biden untuk menjadikan AS bebas karbon menjelang tahun 2025 dan program perubahan cuaca akan memberikan kelebihan kepada syarikat ini.

Amazon - sebuah syarikat teknologi Amerika yang memfokus pada e-dagang, pengkomputeran awan, dan penstriman digital.

Google – syarikat enjin pencarian terbesar di dunia.

Apple - sebuah syarikat teknologi Amerika, pencipta iPhone, iMac, dan iProducts yang lain.

Disney - sebuah syarikat media massa dan hiburan Amerika, terkenal dengan kartunnya, taman tema, kapal pelayaran, dan platform streaming mereka Disney+.

GM-3467_внутренняя.jpg

Bagaimana cara berdagang saham?

Kepelbagaian dan mengurangkan risiko. Bagaimana? Melabur dalam pelbagai sektor. Beli saham yang terkurang nilai (undervalued) dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan gergasi yang sudah terbukti mantap selama beberapa dekad seperti Amazon atau Google. Pelbagaikan saiz dan jenis syarikat.

Baca artikel kami “Cara mencari dan memperdagangkan saham pertumbuhan”.

Ikuti berita. Sentiasa peka dengan peristiwa-peristiwa penting ekonomi. Sentimen pasaran keseluruhan cenderung memberikan impak terhadap kesemua saham.

Baca berita saham di laman kami untuk sentiasa peka.

Berdagang pada laporan perolehan. Musim perolehan menawarkan peluang yang unik untuk para pedagang. Ini adalah masa di mana syarikat-syarikat terbesar Amerika menerbitkan laporan perolehan mereka untuk suku tahun sebelumnya. Harga boleh melonjak atau merudum puluhan peratus selepas pengumuman, jadi pedagang boleh meraih keuntungan dalam jangka waktu yang sangat singkat. Pedagang FBS boleh melakukan kedua-dua pesanan membeli dan menjual. Oleh itu, para pedagang berpeluang meraih keuntungan tidak kira apa yang sedang berlaku!

Baca artikel kami: “Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?

Bagaimana memilih saham untuk dilabur?

  1. Pilih saham yang anda percaya memberikan nilai berbaloi.
  2. Buat penyelidikan, lihat apa pandangan pakar terhadap saham yang dipilih itu.
  3. Perhatikan carta harian dan mingguannya. Adakah ia dalam trend menaik secara keseluruhan? Ya? Bagus! Kekuatan jangka masa panjang dan juga kestabilan adalah sangat mustahak!
  4. Semak prestasi saham tersebut untuk mengkaji potensinya – buat carian terhadap kenaikan perolehan yang stabil.
  5. Buat perbandingan saham tersebut dengan pesaingnya yang berada di dalam industri sama. Ia harus lebih baik daripada kadar purata atau lebih berpotensi untuk meningkat dengan sebab tertentu.
  6. Lihat sama ada syarikat tersebut membayar dividen. Jika ia meningkatkan dividennya setiap tahun – ia merupakan indikator yang baik. Selain dari itu, saham yang memberikan dividen tinggi akan meningkatkan keuntungan anda.

Cara-cara berdagang saham online?

Selepas membuat analisis yang rapi terhadap pasaran saham, anda boleh berdagang saham secara online dengan mudah dengan platform semua dalam satu kami aplikasi FBS Trader. Selain dari itu, anda boleh menggunakan Meta Trader 5 pada komputer peribadi anda untuk analisis yang lebih rumit. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membeli saham di laman sesawang kami.

Baca lebih lanjut

  • 11949

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera