1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. VPS kini kembali: apakah ia dan bagaimana ia boleh membantu para pedagang?
2023-03-17 • Dikemaskini

VPS kini kembali: apakah ia dan bagaimana ia boleh membantu para pedagang?

cover.png

Kami ada berita baik untuk anda! FBS telah mengumumkan bahawa VPS mereka yang popular itu kini tersedia kembali. Dengan pelayan ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang isu-isu sambungan atau keselamatan dan membawa perdagangan anda ke tahap yang benar-benar baharu.

Tetapi jika anda tidak biasa dengan istilah ‘VPS’, artikel ini akan membantu anda memahami apa itu VPS, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana sebenarnya VPS boleh membantu anda dalam perdagangan Forex.

Apakah itu VPS?

VPS, atau Virtual Private Server (Pelayan Persendirian Maya), adalah sistem hosting maya yang membolehkan penggunanya mencipta salinan sistem operasi mereka sendiri dan mengendalikan aplikasi dan program mereka dalam persekitaran milik mereka sendiri walaupun mereka tidak mempunyai akses fizikal kepada komputer peribadi mereka.

Apabila anda berdagang Forex dari komputer anda atau peranti lain secara langsung, anda perlu bergantung pada perkakasan dan sambungan Internet anda sendiri untuk melaksanakan pesanan anda. Walau bagaimanapun, komputer peribadi menjadi "kejang" (freeze) akibat beban kerja yang berat atau sambungan Internet yang terputus bukanlah suatu perkara yang asing, yang boleh menyebabkan kerugian yang tinggi apabila ia melibatkan perdagangan.

Sistem VPS, sebaliknya, menyediakan persekitaran terpencil yang tidak akan terjejas akibat gangguan-gangguan yang berlaku di persekitaran anda. Ia terus berfungsi walaupun anda kehilangan sambungan Internet atau mengalami gangguan bekalan elektrik. Ia boleh memainkan peranan yang penting dalam strategi pengurusan risiko anda dan membantu melindungi perdagangan anda daripada beberapa kemungkinan yang tidak dijangka.

1023-02.png

Bagaimana VPS berfungsi?

Teknologi di sebalik VPS adalah berdasarkan satu pelayan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa pelayan maya yang berasingan. Secara asasnya, ia berfungsi hampir sama seperti perkhidmatan awan (cloud services), tetapi bukannya untuk menyimpan gambar dan video, VPS menyimpan semua data komputer anda dan membolehkan anda mengawal program-program anda dari jarak jauh pada mana-mana peranti.

Sebagai perkhidmatan pengehosan, VPS adalah gabungan antara pengehosan kongsi yang lebih murah ("shared hosting", sistem pengehosan di mana anda berkongsi ruang fizikal dan juga maya dengan pengguna-pengguna yang lain) dan pengehosan khusus yang lebih mahal ("dedicated hosting", sistem yang membenarkan penggunanya memiliki ruang maya dan fizikal yang berasingan). Sekiranya anda menggunakan VPS, anda berkongsi pelayan fizikal dengan orang lain, tetapi persekitaran maya anda adalah milik anda sendiri dan jauh lebih selamat daripada pengehosan kongsi.

Mengapakah anda perlu menggunakan VPS untuk perdagangan Forex?

Sekarang anda sudah tahu apa itu VPS dan bagaimana ia berfungsi, anda mungkin tertanya-tanya apa kaitannya dengan perdagangan Forex.

VPS sememangnya satu sistem yang serba boleh. Ia boleh digunakan dalam banyak situasi dan seringkali digunakan apabila pemilik laman web ingin mengembangkan laman web mereka, tetapi tidak berkemampuan untuk membeli pelayan khusus berasingan. VPS dikenali sebagai pelayan pengehosan yang sangat boleh dipercayai, fleksibel dan selamat yang dapat memastikan operasi laman web yang stabil dan sambungan Internet yang laju.

Tetapi ciri-ciri ini boleh juga digunakan dalam perdagangan Forex. Perdagangan Forex adalah aktiviti yang sangat mencabar yang memerlukan komputer peribadi yang sangat andal (reliable) dan sambungan Internet yang stabil. Harga-harga Forex dikemas kini pada setiap saat. Jadi, kelewatan sesaat pun boleh menyebabkan anda terlepas peluang perdagangan yang baik. Inilah sebabnya mengapa VPS berguna.

VPS membolehkan para pedagang Forex mengakses platform perdagangan mereka 24/7. Ini amat berguna jika anda menggunakan perisian perdagangan automatik (contohnya, Expert Advisors). Jika anda menggunakan VPS untuk berdagang, anda tidak perlu menghidupkan komputer anda selama beberapa hari tanpa rehat atau takut terputus bekalan elektrik. VPS mempunyai akses tanpa gangguan yang berterusan kepada platform dan juga boleh mengakses beberapa platform perdagangan pada masa yang sama.

1023-03.png

Kelebihan VPS dalam perdagangan Forex

Jika anda masih tidak mahu menggunakan VPS dalam perdagangan anda, mari kita lihat kelebihan-kelebihan paling relevan bagi pelayan jenis ini secara lebih dekat.

  1. Kestabilan. VPS menyediakan akses yang stabil kepada platform perdagangan. Tidak seperti komputer peribadi anda, VPS tidak terdedah dengan risiko gangguan bekalan elektrik atau sambungan Internet yang lemah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang gangguan luar jangkaan yang merosakkan peluang perdagangan anda dan merugikan anda.
  2. Keselamatan. Walaupun suatu pelayan itu mengehoskan beberapa VPS, setiap pelayan maya dipisahkan daripada yang lain, yang bermaksud tiada orang lain yang boleh mengakses data anda. Apabila anda menggunakan VPS, ia seperti memiliki sebuah komputer lain yang dikhususkan sepenuhnya untuk perdagangan Forex. VPS juga alat yang hebat untuk membuat salinan sandaran untuk semua maklumat dan data anda yang membolehkan anda memulihkan semula semua kemajuan anda jika berlaku masalah pada komputer peribadi anda.
  3. Ketersediaan. Banyak broker, dan FBS adalah salah satu daripadanya, memberi pelanggan-pelanggan mereka peluang untuk menggunakan VPS supaya anda boleh berdagang pada bila-bila masa yang anda mahu atau apabila rasa bersedia. VPS juga lebih mudah (dan lebih murah) untuk disediakan berbanding pelayan-pelayan khusus (dedicated server)
  4. Kebolehcapaian. Dengan adanya VPS, anda boleh mengakses platform perdagangan anda dari mana-mana peranti dan di mana-mana lokasi di dunia (jika anda mempunyai sambungan Internet). Ini boleh membantu anda menjadikan perdagangan aktiviti yang lebih menyenangkan dan membolehkan anda menumpukan lebih banyak masa kepadanya walaupun anda tidak boleh mengakses komputer peribadi anda pada masa itu.
  5. Kelajuan. Jika anda berdagang tanpa pelayan maya, anda perlu bergantung pada perkakasan dan sambungan Internet anda sendiri. Walau bagaimanapun, walaupun anda mempunyai komputer atau sambungan yang terpantas di dunia, masih terdapat kemungkinan besar pesanan perdagangan anda ditangguhkan akibat gangguan sambungan atau ralat komputer. VPS menghapuskan masalah ini kerana ia bersambung ke platform perdagangan secara langsung tanpa mengira kelajuan Internet anda.

Seperti yang anda lihat, VPS boleh berfungsi sebagai penyelesaian yang andal bagi banyak masalah yang sering menghalang kemajuan perdagangan anda dan membantu anda untuk menjimatkan masa dan wang anda.

Kesimpulan

Dalam perdagangan Forex, setiap saat boleh memberi anda peluang-peluang baharu tetapi juga meniadakannya. Itulah sebabnya penting untuk melindungi strategi perdagangan anda daripada sebarang gangguan yang mungkin menjejaskan perdagangan anda. VPS adalah satu sistem hebat yang membolehkan anda mengatur proses perdagangan anda tanpa bergantung pada sumber fizikal terhad yang tersedia untuk anda di rumah anda.

Ingin menggunakan VPS? Anda tidak perlu mencari terlalu jauh. FBS kini membawakan kembali VPS mereka sendiri yang akan memberikan anda akses tanpa had kepada platform perdagangan kami dan memastikan operasi 24/7 walaupun berada dalam mod luar talian. Anda boleh berasa yakin bahawa perdagangan anda tidak akan diganggu oleh sebarang isu sambungan. Tambahan lagi, VPS Forex kami membolehkan pengguna memasang mana-mana Expert Advisor untuk memastikan perdagangan yang automatik dan berterusan. Jadi jangan lepaskan peluang baik ini dan mula berdagang dengan VPS baharu sekarang juga!

  • 1412

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera