1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Syarat-Syarat Untuk Penyenaraian NASDAQ? Panduan Terperinci
2023-03-31 • Dikemaskini

Apakah Syarat-Syarat Untuk Penyenaraian NASDAQ? Panduan Terperinci

cover 642x361.png

Pedagang sentiasa mengaitkan bursa-bursa saham Amerika dengan kecairan yang maksimum. Mereka menjadi simbol kuasa industri kewangan dan pasaran saham. Apabila bercakap mengenai pasaran saham AS, ramai orang segera memikirkan tentang NYSE, AMEX, dan, sudah tentu, The National Association of Securities Dealers Automated Quotations, yang lebih dikenali sebagai NASDAQ. Di dalam artikel ini, mari kita selami perkara ini dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk disenaraikan di NASDAQ.

Apakah itu NASDAQ?

NASDAQ ialah bursa saham yang kedua terbesar di dunia dan peneraju dari segi volum saham yang didagangkan. Ia sebuah divisyen di bawah National Association of Securities Dealers (NASD) dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Saham gergasi-gergasi teknologi terkemuka, seperti Google dan Microsoft, didagangkan di sana, dan ada lebih daripada 3,000 syarikat disenaraikan di situ.

NASDAQ sebuah bursa yang sangat menarik untuk perdagangan. Ia bukan sahaja salah satu yang terbesar di dunia, tetapi ia juga berkembang dengan sangat pesat. Ketahui sebab-sebab mengapa pedagang memilih NASDAQ.

Tahap-tahap syarikat yang tersenarai di NASDAQ

Untuk membolehkan syarikat anda disenaraikan di NASDAQ, anda mesti melalui prosedur penyenaraian. Kemudian adalah perlu untuk mendaftar dengan SEC, dan memenuhi keperluan minimum untuk bilangan pemegang saham, sekuriti dalam edaran, dan jumlah modal.

NASDAQ menerapkan pendekatan yang praktikal dan tersendiri (individualized) untuk setiap syarikat. Bursa itu sendiri terbahagi kepada tiga tahap:

  • NASDAQ Capital Market untuk syarikat-syarikat bermodal kecil,
  • NASDAQ Global Market untuk syarikat-syarikat bermodal sederhana,
  • dan NASDAQ Global Select Market untuk syarikat-syarikat bermodal besar.

Setiap daripada tahap yang disebutkan di atas mempunyai kriteria penyenaraian sendiri.

Kriteria penyenaraian NASDAQ

Syarikat yang ingin disenaraikan di NASDAQ mesti memenuhi kriteria kuantitatif dan kualitatif serta piawaian tadbir urus. Bagi mereka yang ingin memastikan mereka layak untuk memohon, terdapat satu opsyen penyenaraian awal (preliminary listing option). Ia akan menentukan sama ada penerbit memenuhi kriteria dan piawaian yang diperlukan.

Proses itu sendiri agak mudah dan selamat, memandangkan NASDAQ Listing Center menyediakan bantuan dan tips berguna di setiap langkah.

Permohonan melibatkan langkah-langkah berikut:

  • Mengumpul maklumat syarikat. Lihat pratonton borang permohonan di laman web NASDAQ dan sediakan segala-galanya awal-awal agar proses lebih cepat dan lebih mudah.
  • Membuka akaun. Tanpanya, anda tidak akan dapat melengkapkan dan menyerahkan permohonan anda.
  • Melengkapkan permohonan. Anda boleh menyerahkan permohonan itu sekali gus atau menyimpannya dan menyambungnya di lain masa.
  • Berhubungan dengan penganalisis penyenaraian anda. Selepas penyerahan, anda akan menerima emel pengesahan. Beberapa hari kemudian, anda akan menerima emel kedua dengan maklumat kontak pakar yang ditugaskan membantu anda.

Pemprosesan permohonan biasanya mengambil masa empat hingga enam minggu.

Lihat di bawah untuk senarai penuh syarat-syarat untuk NASDAQ Capital Market, NASDAQ Global Market, dan NASDAQ Global Select Market.

Syarat Kewangan dan Kecairan untuk NASDAQ Capital Market

Penerbit mesti memenuhi semua kriteria bagi sekurang-kurangnya satu daripada piawaian berikut.

Syarat-syarat

Piawaian Ekuiti

Piawaian Nilai Pasaran Sekuriti Tersenarai

Piawaian Pendapatan Bersih

Ekuiti Pemegang Saham

$5 juta

$4 juta

$4 juta

Nilai Pasaran Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

$15 juta

$15 juta

$5 juta

Sejarah Operasi

2 tahun

Nilai Pasaran Sekuriti Tersenarai

$50 juta

Pendapatan Bersih daripada Operasi Berterusan (dalam tahun fiskal terkini atau dalam dua daripada tiga tahun fiskal yang terakhir)

$750,000

Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

1 juta

1 juta

1 juta

Pemegang Saham Lot Genap Tidak Terhad

300

300

300

Penggerak Pasaran

3

3

3

Harga Bid

atau

Harga Penutupan

$4

$3

$4

$2

$4

$3

Syarat Kewangan dan Kecairan untuk NASDAQ Global Market

Penerbit mesti memenuhi semua kriteria bagi sekurang-kurangnya satu daripada piawaian berikut.

Syarat-syarat

Piawaian Pendapatan

Piawaian Ekuiti

Piawaian Nilai Pasaran

Piawaian Total Aset/ Total Hasil

Pendapatan daripada Meneruskan Operasi sebelum Cukai Pendapatan (dalam satu atau dua tahun fiskal terkini daripada tiga tahun fiskal yang terakhir)

$1 juta

Ekuiti Pemegang saham

$15 juta

$30 juta

Nilai Pasaran Sekuriti Tersenarai

$75 juta

Total Aset

dan

Total Hasil (dalam satu atau dua tahun fiskal terkini daripada tiga tahun fiskal terakhir)

$75 juta

dan

$75 juta

Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

1.1 juta

1.1 juta

1.1 juta

1.1 juta

Nilai Pasaran Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

$8 juta

$18 juta

$20 juta

$20 juta

Harga Bid

$4

$4

$4

$4

Pemegang Saham Lot Genap Tidak Terhad

400

400

400

400

Penggerak Pasaran

3

3

4

4

Sejarah Operasi

2 tahun

Syarat Kewangan NASDAQ Global Select Market

Penerbit mesti memenuhi semua kriteria sekurang-kurangnya satu daripada empat piawaian kewangan dan memenuhi syarat-syarat kecairan.

Keperluan Kewangan

Piawaian 1: Perolehan

Piawaian 2: Permodalan dengan Aliran Tunai

Piawaian 3: Permodalan dengan Hasil

Piawaian 4: Aset dengan Ekuiti

Perolehan Sebelum Cukai (pendapatan daripada meneruskan operasi sebelum cukai pendapatan)

Agregat dalam tiga tahun fiskal sebelumnya ≥ $11 juta dan Setiap tiga tahun fiskal sebelumnya ≥ $0 dan Setiap satu daripada dua tahun fiskal terkini ≥ $2.2 juta

Aliran Tunai

Agregat dalam tiga tahun fiskal sebelumnya ≥ $27.5 juta dan Setiap tiga tahun fiskal sebelumnya ≥ $0

Permodalan Pasaran

Purata ≥ $550 juta bagi tempoh 12 bulan sebelumnya

Purata ≥ $850 juta bagi tempoh 12 bulan sebelumnya

$160 juta

Hasil

Tahun fiskal sebelumnya ≥ $110 juta

Tahun fiskal sebelumnya ≥ $90 juta

Jumlah aset

$80 juta

Ekuiti Pemegang Saham

$55 juta

Harga Bid

$4

$4

$4

$4

Syarat Kecairan NASDAQ Global Select Market

Penerbit mesti memenuhi syarat kecairan berikut.

Syarat Kecairan

Tawaran Awam Awal dan Syarikat Spin-Off

Penyenaraian Langsung dengan Pertambahan Modal atau Syarikat Berpengalaman: Pada Masa Ini Berdagang Saham Biasa atau Yang Setara

Penyenaraian Langsung

Syarikat Gabungan

Pemegang Saham Lot Genap Tidak Terhad

atau Total Pemegang Saham

atau Total Pemegang Saham dan Purata Volum Perdagangan Bulanan sepanjang Dua Belas Bulan Lalu

450

atau 2,200

450

atau 2,200

atau 550

dan 1.1 juta

450

atau 2,200

atau 550

dan 1.1 juta

450

atau 2,200

atau 550

dan 1.1 juta

Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

1,250,000

1,250,000

1,250,000

1,250,000

Nilai Pasaran Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

atau Nilai Pasaran Saham Pegangan Awam Tidak Terhad

dan Ekuiti Pemegang Saham

$45 juta

$110 juta

atau $100 juta

dan $110 juta

$110 juta

atau $100 juta

dan $110 juta

$45 juta

Penilaian oleh Pihak Ketiga Bebas

$250 juta Nilai Pasaran Saham Pegangan Awam

Yuran penyenaraian NASDAQ

Bilangan agregat saham tertunggak pada masa penyenaraian awal menentukan yuran penyertaan. Berikut adalah senarai yuran untuk tiga tahap tersebut.

Yuran penyertaan untuk NASDAQ Global Select Market dan NASDAQ Global Market

Jumlah Saham Terkumpul

Yuran Penyertaan

Sehingga 30 juta

$150,000, termasuk yuran permohonan $25,000

30+ hingga 40 juta

$170,000, termasuk yuran permohonan $25,000

40+ hingga 50 juta

$210,000, termasuk yuran permohonan $25,000

50+ hingga 60 juta

$250,000, termasuk yuran permohonan $25,000

60+ hingga 70 juta

$290,000, termasuk yuran permohonan $25,000

Lebih 70 juta

$295,000, termasuk yuran permohonan $25,000

Yuran penyertaan untuk NASDAQ Capital Market

Jumlah Saham Terkumpul

Yuran Penyertaan

Sehingga 15 juta

$50,000, termasuk yuran permohonan $5,000

Lebih 15 juta

$75,000, termasuk yuran permohonan $5,000

Peraturan pembiasaan untuk NASDAQ

Bagi syarikat yang telah membuat penggabungan terbalik dengan syarikat awam, permohonan penyenaraian juga memerlukan pematuhan Peraturan Pembiasaan. Peraturan ini telah diterima pakai pada tahun 2011 dan termasuk perkara-perkara berikut:

  • Permohonan dihadkan sehingga syarikat telah didagangkan di pasaran OTC atau sehingga satu tahun berlalu sejak maklumat dan semua laporan tentang penggabungan difailkan.
  • Harga penutupan saham mesti dikekalkan pada tahap standard penyenaraian awal selama sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum memohon.
  • SEC berhak untuk mengenakan syarat-syarat tambahan yang difikirkan perlu.

Syarat-syarat tadbir urus korporat

Ketiga-tiga tahap syarikat yang disenaraikan di bursa NASDAQ perlu mematuhi syarat tadbir urus korporat yang serupa. Berikut senarai umumnya:

Pengagihan laporan tahunan atau interim

Laporan tahunan dan interim syarikat mesti tersedia untuk para pemegang saham, sama ada dalam talian di laman web syarikat atau dihantar melalui pos.

Pengarah bebas

Pengarah bebas harus membentuk majoriti lembaga pengarah.

Jawatankuasa Audit

Syarikat mesti mempunyai jawatankuasa audit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pengarah bebas.

Jawatankuasa pampasan

Syarikat mesti mempunyai jawatankuasa pampasan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pengarah bebas.

Pencalonan pengarah

Pengarah bebas mesti memilih atau mengesyorkan calon-calon untuk pengarah.

Tatakelakuan

Syarikat harus mempunyai kod kelakuan yang terpakai kepada semua pekerja.

Mesyuarat tahunan

Syarikat mesti mengadakan mesyuarat tahunan selewat-lewatnya satu tahun selepas tahun fiskalnya berakhir.

Penggunaan proksi

Di mana-mana mesyuarat pemegang saham, syarikat harus menggunakan proksi.

Kuorum

Kuorum tidak kurang daripada ⅓ saham mengundi syarikat pada mana-mana mesyuarat pemegang saham biasa.

Konflik kepentingan

Syarikat mesti mengawasi semua transaksi untuk kemungkinan wujudnya konflik kepentingan.

Kelulusan pemegang saham

Pemegang saham mesti meluluskan pemerolehan termasuk terbitan yang menyamai 20% atau lebih saham diterbitkan pra-transaksi, terbitan yang mengakibatkan perubahan kawalan, dan pampasan ekuiti.

Hak mengundi

Hak mengundi pemegang saham tidak boleh disekat oleh sebarang tindakan korporat.

Kesimpulan

Hari ini, NASDAQ termasuk bukan sahaja saham syarikat teknologi tinggi tetapi juga organisasi tersenarai lain. Bursa itu secara aktif menarik syarikat untuk IPO dan bersaing dengan NYSE dari segi bilangan syarikat yang didagangkan di bursa. Walau bagaimanapun, hanya pematuhan semua peraturan dan syarat sahaja yang mampu memastikan tempat yang sah bagi para penerbit NASDAQ.

Baca lebih lanjut

  • 1435

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera