1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Matawang Kripto?
2023-05-26 • Dikemaskini

Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Matawang Kripto?

cover.png

Adakah anda mahu dagangkan matawang kripto tetapi perlu tahu bila masa terbaik untuk menjual atau membelinya? Apakah yang berlaku pada harga dalam pasaran kripto dan apakah yang anda harus pertimbangkan? Perdagangan matawang kripto adalah salah satu cara yang paling progresif dan menarik untuk menjana keuntungan. Perkara pertama yang berbaloi untuk diterokai oleh pedagang novis ialah faktor yang mempengaruhi harga matawang kripto. Bukan rahsia lagi bahawa pasaran matawang kripto adalah sangat tidak menentu, dan matawang kripto tertakluk pada turun naik jangka panjang dan jangka pendek, yang menyukarkan kita meramal keberkesanan transaksi dagangan. 

Panduan ini akan menjelaskan tentang faktor-faktor paling kritikal yang mempengaruhi harga matawang kripto dan membantu anda menjadi pedagang yang lebih mantap.

Peraturan-peraturan Pasaran

Dalam perdagangan, nilai matawang kripto berkait secara langsung dengan situasi pasaran. Bersama dengan aset lain, aset kripto sentiasa tertakluk pada hukum pasaran yang fundamental iaitu penawaran dan permintaan. Ini bermakna permintaan semakin meningkat kerana semakin ramai memilih untuk menggunakan matawang kripto untuk pembayaran. Untuk memenuhi permintaan yang meningkat, pelombong mula mencipta koin baharu pada kadar yang lebih pantas menggunakan kuasa pengkomputeran yang sangat tinggi untuk mendapatkan suatu matawang. Akan tetapi, disebabkan permintaan tinggi ini, semakin kurang matawang kripto berada dalam aliran pertukaran dan semakin tinggi harganya.

Dalam situasi sebaliknya, bilamana permintaan rendah dan penawaran tinggi, nilai matawang kripto akan merosot.

Untuk berjaya dalam perdagangan, anda juga harus ingat bahawa tidak seperti mata wang tradisional dan banyak sekuriti yang lain, bekalan kebanyakan matawang kripto adalah terhad. Sebagai contoh, untuk Bitcoin, jumlah maksimum ialah 21,000,000 BTC.

Kawalan Selia Matawang Kripto Di Seluruh Dunia

"Harus dikawal selia atau tidak dikawal selia?" Persoalan ini pasti pernah bermain di fikiran Shakespeare jika beliau hidup dalam era kripto. Tetapi di sinilah kita, pada tahun 2023, membahaskan sama ada kawal selia matawang kripto memberi kesan yang positif terhadap perdagangan kripto.

Status undang-undang dan pengawalseliaan matawang kripto sangat berbeza dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa lain. Sesetengah negara dengan cepat menerima pakai matawang kripto sebagai kaedah pembayaran rasmi, manakala negara lain memutuskan untuk tidak memperkenalkan alat ini kepada sistem kewangan dan perundangan mereka. Sebagai contoh, pihak kerajaan Jepun mengisytiharkan matawang kripto sebagai instrumen pembayaran rasmi, sekaligus meningkatkan pelaburan dan jumlah transaksi kripto. Manakala, kerajaan Kesatuan Eropah masih menggubal dasar mengenai aktiviti matawang kripto. Dan lebih-lebih lagi, matawang kripto kini diharamkan di China! Pengharaman itu membawa kepada penurunan jangka pendek dalam nilai Bitcoin sebanyak 8% di seluruh dunia.

Pengawalseliaan kripto menjaminkan keselamatan aset anda. Undang-undang menyediakan kestabilan dan kesedaran tentang hak, kewajipan dan liabiliti anda dan ini akan menarik sesiapa yang munasabah untuk menyertai pasaran matawang kripto. Namun demikian, kawalan pihak kerajaan boleh menyebabkan ketidakstabilan matawang kripto. Sebagai contoh, baru-baru ini, ketua pengawal selia kewangan New York menghentikan penempaan Binance USD oleh Paxos Trust Company yang, menurut para pakar, akan menyebabkan pengurangan permodalan pasaran token tidak lama lagi.

Menerima Pakai Matawang Kripto

Untuk menjadi pedagang yang berjaya, adalah penting untuk mempelajari statistik pemilikan matawang kripto kerana ini akan membantu anda membangunkan perniagaan anda dan melaksanakan aktiviti perdagangan dengan betul. Kesedaran tentang matawang kripto dan aktiviti perdagangan semakin meningkat di seluruh dunia.

2022 telah menyaksikan peningkatan pemilikan matawang kripto global pada purata 4.2%, dengan lebih 420 juta pengguna matawang kripto di seluruh dunia. Pada tahun yang sama, kadar pemilikan kripto di Eropah, Amerika Utara dan Afrika telah mencapai purata 5.7%. Manakala, Amerika Syarikat muncul sebagai negara yang paling progresif-kripto, dengan 13.7% daripada populasinya memiliki matawang kripto. Pemilik-pemilik perniagaan terbesar di Amerika menentukan rentak penerimaan penggunaan matawang kripto. Berdasarkan pelbagai kaji selidik, orang ramai semakin berminat dalam kripto, berhasrat untuk belajar tentang matawang kripto dan mencuba aktiviti perdagangan.

Realitinya, penerimaan penggunaan kripto dalam kalangan perniagaan bergantung pada pengiktirafan rasmi matawang kripto sebagai kaedah pembayaran di sesebuah negara. Pengiktirafan rasmi membolehkan pedagang memperdagangkan matawang kripto dengan lebih baik.

1607-2.png

Mengapa Ekonomi dan Geopolitik Penting?

Perlukah anda pertimbangkan faktor ekonomi global dan geopolitik apabila memperdagangkan matawang kripto? Sudah tentu!

Keadaan ekonomi dunia boleh mempengaruhi perdagangan matawang kripto. Faktor ekonomi seperti inflasi, pengangguran atau kadar faedah boleh mengaruh tingkah laku yang dalam kalangan pedagang. Contohnya, semasa kenaikan inflasi, orang ramai lebih cenderung untuk melabur dalam matawang kripto. Walau bagaimanapun, semasa ekonomi pesat, orang ramai lebih gemar untuk melabur dalam aset lain, yang membayangkan penurunan harga matawang kripto.

Selain itu, kestabilan matawang kripto bergantung pada pelbagai peristiwa yang tidak semestinya berkaitan dengan kewangan. Dalam mengejar kejayaan, pedagang mesti bergantung pada latar belakang bersejarah, dimensi politik, perang dan konflik antarabangsa atau dalam negeri, bencana alam, demografik dan beberapa faktor lain yang mempengaruhi perdagangan matawang kripto.

Untuk menggambarkan kesan geopolitik, kita harus mengingat kembali ketegangan situasi di Korea Selatan pada penghujung tahun 2017, apabila Kim Jong-un dengan lantang mengisytiharkan kejayaan program nuklear ketenteraannya. Pada masa itu, Korea Selatan menjadi peserta yang paling menonjol dalam pasaran kripto. Tidak sukar untuk kita bayangkan bagaimana rakyat Korea Selatan dengan pantas memindahkan wang mereka daripada won kepada bitcoin apabila keadaan memanas dan perang dijangka tercetus pada bila-bila masa.

Penggodaman Bursa Matawang Kripto

Serangan siber ke atas keselamatan ialah serangan meluas yang dilakukan oleh penjahat siber. Akar umbi kesalahan jenis ini boleh dijejak ke permulaan Internet lagi. Bursa matawang kripto mungkin melupakan penggodam, tetapi penggodam tidak pernah lupa tentang bursa matawang kripto. Kewujudan bursa kripto telah berkurangan disebabkan serangan siber besar-besaran yang menjejaskan sekurang-kurangnya 47 bursa Bitcoin sejak 2012. Bencana bursa kripto sebegini menyebabkan kerugian besar yang tidak dapat dielakkan oleh pedagang dan mengurangkan nilai matawang kripto yang berkenaan.

Pengaruh Media Sosial

Secara purata, seorang pengguna meluangkan kira-kira 915 jam di media sosial setiap tahun!

Media sosial adalah faktor fundamental yang mempengaruhi nilai, penggunaan dan kestabilan matawang kripto. Populariti dan kepercayaan dalam media sosial menentukan harga matawang kripto lebih daripada volum bekalan atau harga minyak dan emas. Mengikuti 'groups', jumlah 'like' dan 'repost' di pelbagai platform media sosial yang berkaitan dengan kripto mempengaruhi pasaran matawang kripto tersebut dengan drastik. Jumlah 'like' dan 'repost' menunjukkan tahap kepercayaan pengguna. Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Reddit dan Twitter banyak membantu pedagang dalam aktiviti mereka dan menyediakan maklumat tentang segala perubahan yang berlaku, sepantas kilat. Contoh yang paling jelas ialah tweet Elon Musk mengenai Bitcoin, yang menyatakan bahawa Tesla Inc. tidak lagi akan menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Tweet berkenaan menyebabkan kejatuhan mendadak harga Bitcoin, yang sedang meningkat ketika itu. Kes ini menggambarkan dengan sempurna kuasa media sosial dan pengaruhnya yang luar biasa terhadap harga matawang kripto.

Kesimpulan

Harga matawang kripto sentiasa naik turun kerana pelbagai perkara. Berdasarkan pengalaman silam dan penyelidikan, matawang kripto sangat tidak menentu dan tertakluk pada perubahan harga yang mendadak.

Untuk berjaya dalam perdagangan matawang kripto, anda harus mengkaji semua faktor yang dibincangkan dalam artikel ini secara teliti. Namun demikian, pedagang mesti ingat bahawa salah satu elemen paling penting yang mempengaruhi harga matawang kripto ialah tingkah laku mereka. Ia adalah tingkah laku pedagang yang terbentuk daripada kombinasi penawaran, permintaan, persaingan, perkembangan terkini kawal selia, liputan media, dsb.

Untuk mengelak kerugian di bursa matawang kripto, anda harus membina strategi yang kukuh dan sentiasa menepatinya. Panduan dan syor-syor kami akan membantu anda. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.

  • 30

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera