1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah itu Blockchain dan Bagaimana Ia Berfungsi?
2023-07-10 • Dikemaskini

Apakah itu Blockchain dan Bagaimana Ia Berfungsi?

cover.png

Memandangkan semakin ramai mula melibatkan diri sebagai pedagang dalam talian (terutamanya pedagang matawang kripto), persoalan tentang apakah itu blockchain menjadi salah satu pertanyaan paling popular dalam komuniti perdagangan tersebut. Perkara ini tidak menghairankan memandangkan teknologi blockchain adalah ciptaan mutakhir yang semakin tersebar luas di kalangan orang awam. Jadi bagaimana blockchain berfungsi? Mengapa kita memerlukannya? Dan bolehkah kita menggunakannya untuk fungsi selain daripada perdagangan? Di dalam artikel ini, anda akan menemui jawapan kepada soalan-soalan ini.

Apakah itu blockchain?

Pertama sekali, mari kita tentukan apakah sebenarnya blockchain. Blockchain ialah teknologi yang agak baharu yang merekodkan maklumat dalam sebuah pangkalan data yang dikongsikan dalam suatu rangkaian pengguna, atau rangkaian rakan ke rakan (peer-to-peer network). Maklumat tersebut biasanya berkaitan dengan transaksi-transaksi kewangan, seperti pembelian dan penjualan aset-aset tertentu.

Dalam erti kata lain, blockchain berfungsi seperti lejar perakaunan digital. Walau bagaimanapun, apa yang menjadikan ia lebih menyerlah berbanding sistem pangkalan data dan storan yang lain ialah, di dalam blockchain, data tidak disimpan dalam satu tempat. Sebaliknya, ia disalin dan diedarkan merentasi rangkaian sistem komputer yang terdiri daripada blockchain.

Oleh kerana sistem yang terpencar sedemikian cara, tidak ada pentadbir atau pengurus tunggal yang mempunyai kawalan ke atas keseluruhan blockchain itu. Setiap peserta dalam rantaian boleh mengakses dan mengemas kini lejar. Pada masa yang sama, mereka tidak boleh mengubah atau memadam data yang telah dimasukkan tanpa meninggalkan sebarang kesan. Sistem ini yang dipanggil Teknologi Lejar Teragih (DLT), menjadikan blockchain tahan pengubahan dan gangguan.

Bagaimana blockchain berfungsi?

Idea teknologi blockchain kelihatan agak mudah, tetapi bagaimanakah ia sebenarnya dilaksanakan?

Seperti namanya, blockchain terdiri dari apa yang dipanggil "blok", yang membentuk asas kepada rangkaian blockchain. Blok ini ialah struktur data yang merekodkan maklumat tentang transaksi kewangan antara dua nod (peserta) semasa ia berlaku. Setiap rekod mengandungi maklumat tentang penjual dan pembeli, aset yang dijual, masa dan syarat-syarat transaksi, dsb.

Sebaik sahaja satu blok penuh, data tersebut akan disulitkan. Setiap blok melalui proses yang dipanggil "hashing", yang menukarkan data yang direkodkan pada blok menjadi rentetan aksara unik — "hash". Fungsi ini memustahilkan data yang disulitkan daripada hash dibina semula, yang bermakna mengubah rekod transaksi tanpa dikesan adalah suatu yang hampir mustahil.

Blok yang terbentuk sepenuhnya kemudian bersambung dengan blok sebelumnya, mewujudkan rantaian data transaksi yang panjang. Sebab itulah teknologi ini dipanggil "blockchain". Setiap blok juga mengandungi hash blok sebelumnya, memastikan urutan blok-blok dalam satu blockchain tidak akan bercampur aduk.

Adakah blockchain selamat?

Kerana sifatnya yang terpencar dan sangat disulitkan, teknologi blockchain dikenali sebagai storan data yang sangat selamat. Untuk melindungi maklumat tentang urus niaga yang direkodkan, blockchain menggunakan langkah-langkah keselamatan yang kukuh.

Apabila transaksi dimasukkan ke dalam blockchain, sistem tersebut mesti mengesahkan kesahihannya terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan mengagih-agihkan transaksi merentasi rangkaian komputer untuk menyemak semua parameter yang berkaitan dengan transaksi untuk menentukan sama ada ia sah. Jika urus niaga tersebut disahkan sebagai benar, ia direkodkan dalam sebuah blok bersama dengan transaksi-transaksi lain. Inilah cara teknologi blockchain menapis maklumat yang tidak sahih.

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi hashing melindungi data daripada capaian yang tidak dibenarkan dan membantu menjamin urutan blok yang betul. Untuk mengakses maklumat yang disulitkan, para pengguna mestilah menggunakan kunci rahsia untuk menyahsulit rentetan aksara. Sesetengah rantaian blok memerlukan dua kekunci — awam dan peribadi — untuk menyahsulitkan maklumat. Dalam kes ini, setiap kunci bertanggungjawab untuk penyulitan dan penyahsulitan data secara berasingan, menjadikan blokchain lebih selamat dan tidak dapat diubah.

CREATIVE-2148_Blockchain_1200x675 (1).png

Apakah perbezaan antara blockchain peribadi dan blockchain awam?

Sambil kita memperkatakan tentang keselamatan, mari kita ketahui bagaimana sebenarnya blockchain peribadi dan blockchain awam berbeza.

Blockchain awam ialah teknologi asal yang diperkenalkan oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto. Blockchain awam mempunyai semua ciri-ciri tipikal DLT: terpencar, ketelusan, keselamatan dan kaedah-kaedah pengesahan. Ia tersedia untuk sesiapa sahaja yang log masuk dan menjadi ahli lejar yang diagihkan kerana lebih banyak nod blok sebuah blockchain awam, maka ia lebih selamat.

Walau bagaimanapun, blockchain awam menggunakan banyak tenaga untuk mengesahkan transaksi. Ia lebih lemah dalam hal perlindungan privasi seseorang kerana rekod transaksi adalah umum.

Sebaliknya, blockchain peribadi hanya tersedia untuk pengguna yang menerima jemputan. Mereka dikehendaki mendedahkan identiti mereka dan memberikan ID yang berkaitan untuk mengesahkannya. Hanya pemilik blockchain peribadi yang boleh mengubah lejar, mengedit atau memadam rekod. Proses pengesahan diautomasikan melalui kontrak pintar atau kaedah-kaedah lain yang dipacu oleh mesin dan ia lebih pantas kerana bilangan nod yang terhad. Teknologi ini boleh digunakan oleh perniagaan swasta atau dalam sesebuah organisasi.

Namun, bertentangan dengan apa yang mungkin anda fikirkan, blockchain peribadi adalah kurang selamat. Memandangkan terdapat lebih sedikit peserta dalam blockchain peribadi, lebih mudah untuk memecahkan sistem dan menggodam data yang disulitkan. Ia juga lebih terpusat dan tidak sama sekali tanpa nama, yang boleh dijelaskan oleh fitrah pengaplikasiannya.

Blockchain awam dan peribadi mempunyai sedikit perbezaan. Walaupun ia digunakan untuk tujuan yang berbeza, ia masih penting untuk mengetahui kelemahannya dan cara bagaimana menghalang orang yang tidak berkenaan daripada mengeksploitasinya.

Bitcoin dan blockchain

Walaupun kedua-dua istilah itu sering digunakan bersama dalam konteks yang sama, mereka yang tidak biasa dengan perdagangan kripto hanya mempunyai pemahaman yang samar-samar tentang bagaimana Bitcoin dan blockchain berkait.

Bitcoin adalah matawang kripto yang paling terkenal di dunia. Jumlah nilai pasarannya melebihi $1 trilion dan ia terus berkembang. Ia benar-benar mengagumkan, memandangkan konsep Bitcoin mula diperkenalkan hanya kira-kira 15 tahun yang lalu.

Dahulu, pada tahun 2008, seorang pengaturcara tanpa nama yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto menerbitkan kertas kerja yang dipanggil “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System.” Dalam kertas kerja ini, ia menggariskan konsep blockchain buat pertama kalinya sebagai sistem yang selamat untuk transaksi elektronik tanpa kehadiran pihak ketiga (institusi kewangan). Nakamoto mencadangkan untuk menggunakan blockchain sebagai teknologi asas untuk matawang kripto. Dan tidak lama kemudian, pada Januari 2009, Nakamoto akhirnya melancarkan Bitcoin, matawang kripto yang pertama di dunia.

Secara ringkas, Bitcoin ialah matawang kripto dengan protokol yang dibina pada blockchain, teknologi lejar teragih yang berfungsi tanpa perantara dan memastikan keselamatan transaksi.

Berapa banyak blockchain yang ada sekarang?

Dalam masa 15 tahun, bilangan matawang kripto dan blockchain telah melonjak. Pada masa ini, terdapat kira-kira 23,000 matawang kripto. Walau bagaimanapun, sangat sedikit daripadanya yang mempunyai blockchain (natif) yang berasingan. Anggaran jumlah blockchain yang aktif adalah melebihi 1,000. Senarai blockchain terbesar termasuk Bitcoin, Ethereum, NEO, Waves, dsb.

Blockchain vs. bank: mana yang lebih baik?

Salah satu fungsi utama teknologi blockchain adalah untuk menghapuskan perantara dalam transaksi kewangan antara dua pihak. Sememangnya, ini bermaksud terdapat sedikit perbezaan dalam cara bank dan blockchain berfungsi.

Bank sebagai fasilitator urus niaga

Ketersediaan. Secara amnya, bank dan institusi kewangan lain mengikut jadual kerja standard 9 hingga 5, dengan majoritinya ditutup pada hujung minggu dan waktu cuti. Jadi ia boleh mengambil masa beberapa hari untuk transaksi anda diproses.

Fi. Bank mengenakan fi kepada pelanggan mereka untuk akaun atau kad yang aktif. Memindahkan wang kepada orang lain juga memerlukan kos. Ini terutamanya melibatkan pindahan kawat antarabangsa, yang mungkin menelan kos sehingga $50 atau lebih.

Keselamatan. Bagi keselamatan, bank dan juga pelanggannya bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan dana pelanggan. Jika pelanggan tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi akaun mereka (menetapkan kata laluan yang andal, tidak memberi orang lain akses kepada kad mereka, dsb.), bank tidak boleh menghalang penggunaan akaun mereka tanpa kebenaran.

Privasi. Untuk membuka akaun di bank, anda mesti memberikan ID, nombor telefon, alamat dan data-data peribadi yang lain. Semua yang berkaitan dengan maklumat akaun bank anda disimpan pada pelayan peribadi bank. Maklumat sulit dan perbankan anda akan selamat jika pelayan bank dilindungi dengan baik. Jika tidak, data anda boleh terjejas. Perlu diperhatikan juga bahawa memandangkan bank mengetahui data peribadi anda, kerajaan anda boleh mengakses akaun anda dan juga merampas dana anda sepenuhnya.

Blockchain sebagai lejar transaksi

Ketersediaan. Blockchain tidak ditadbir oleh mana-mana pihak berkuasa dan tidak mematuhi jadual kerja standard. Oleh sebab itu, blockchain dibuka 24/7 sepanjang tahun.

Fi. Untuk pemprosesan transaksi, pengguna blockchain juga mesti membayar fi. Secara amnya, fi ini tidak ditetapkan dan jumlah wang yang dicaj terhadap anda bergantung pada pelbagai faktor seperti kelajuan pengesahan urus niaga yang dipilih, unit data yang digunakan oleh transaksi anda pada blockchain, dsb. Sebagai pengguna, anda juga boleh memilih jumlah yang anda sanggup bayar, tetapi jika tawaran anda terlalu rendah, ia mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk transaksi anda diproses dan disahkan.

Keselamatan. Seperti yang kita sedia maklum, blockchain adalah sangat selamat dan hampir mustahil untuk digodam. Walau bagaimanapun, blockchain yang lebih besar dengan sejumlah besar nod dalam sistemnya adalah lebih selamat daripada yang lebih kecil.

Privasi. Blockchain lebih santai dalam pengenalpastian identiti penggunanya. Anda boleh menggunakannya secara tanpa nama, iaitu tanpa memasukkan data peribadi anda. Dalam kes ini, tiada siapa pun yang boleh mengesan transaksi anda kembali kepada anda atau merampas akaun anda.

Seperti yang anda lihat, teknologi blockchain menangani kelemahan-kelemahan bank yang paling ketara. Walaupun blockchain mempunyai kelemahan, ia memberikan alternatif yang kukuh kepada sistem perbankan yang mendominasi sebelum ini.

Kebaikan dan keburukan blockchain

Mari kita ringkaskan kelebihan-kelebihan blockchain dan mengetahui masalah-masalah yang mungkin anda dihadapi apabila menggunakan teknologi ini.

Kelebihan

Kekurangan

Kecekapan. Teknologi Blockchain mengikuti algoritma yang mantap dan cekap untuk menyimpan dan menyulitkan rekod transaksi.

Kos. Sesetengah rantaian blok mungkin besar kosnya, jadi anda perlu membayar fi yang lebih tinggi untuk memproses transaksi anda dengan lebih cepat.

Keselamatan. Adalah hampir mustahil untuk mengusik rekod blockchain kerana ia terpencar.

Kelajuan. Jika blockchain mengalami aktiviti yang tinggi, ia boleh mengambil sedikit masa untuk merekodkan transaksi anda.

Ketanpanamaan. Jika anda menggunakan blockchain secara tanpa nama, sejarah transaksi anda tidak dapat dikesan kembali kepada anda.

Kawal selia. Blockchain tidak diterima di mana-mana sahaja kerana sekatan undang-undang.

Alternatif yang baik. Blockchain adalah satu alternatif yang hebat kepada bank dan institusi-institusi kewangan yang lain.

Reputasi. Teknologi blockchain telah digunakan untuk memudahkan transaksi yang menyalahi undang-undang kerana ia boleh digunakan tanpa menyatakan nama.

Ketepatan. Blockchain berfungsi tanpa penglibatan manusia, oleh itu kemungkinan kesilapan untuk berlaku adalah rendah.

Seperti yang anda lihat, kelebihan dan kekurangan blokchain adalah cukup ketara. Adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kebaikan dan keburukannya sebelum menggunakan teknologi ini.

Bagaimanakah blockchain digunakan?

Walaupun cara penggunaan blockchain yang paling ketara dan terkenal ialah matawang kripto, teknologi unik ini telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Mari lihat di mana lagi anda boleh menemui penggunaan blockchain.

Matawang Kripto

Berbanding dengan matawang standard, nilai matawang kripto tidak terikat dengan mana-mana institusi tunggal, seperti bank pusat. Banyak faktor yang mempengaruhi nilai matawang biasa (kesukaran ekonomi, peristiwa geopolitik, kerajaan yang tidak stabil) tidak mempunyai kesan yang sama ke atas matawang kripto kerana sifat blockchain yang terpencar. Oleh sebab itu, ramai pelabur menganggap ia sebagai aset selamat dan memilih matawang kripto untuk pelaburan jangka panjang.

Kontrak pintar

Blockchain boleh digunakan untuk membuat dan melaksanakan apa yang dipanggil sebagai kontrak pintar. Kontrak pintar ialah perjanjian yang dilaksanakan secara automatik setelah semua syarat dipenuhi. Teknologi ini sering digunakan dalam perdagangan kripto automatik untuk memastikan pelaksanaan yang pantas.

Perlindungan data

Agensi kerajaan, penyedia penjagaan kesihatan dan institusi-institusi lain yang berurusan dengan maklumat sensitif boleh menggunakan blockchain untuk menyimpan data peribadi pelanggan mereka. Dengan mencatatnya ke dalam blockchain dan menyulitkannya, akses tanpa kebenaran kepada data peribadi boleh dihalang seterusnya memastikan privasi maklumat.

Penyimpanan rekod

Rekod urus niaga bukan satu-satunya rekod yang boleh disimpan pada blockchain. Surat ikatan rumah, kontrak, dokumen-dokumen pentadbiran dan kertas-kertas lain yang sebaliknya akan hilang dalam mesin birokrasi boleh disimpan dalam blockchain. Ini boleh melindungi dokumentasi tersebut daripada campur tangan yang tidak dibenarkan dan menjadikan ia lebih mudah untuk mencari rekod penuh dalam masa yang singkat.

Pilihanraya

Blockchain juga boleh digabungkan ke dalam sistem pengundian. Teknologi lejar yang diedarkan menjadikan ia mustahil untuk mengubah keputusan, yang menghalang penipuan dalam pilihan raya. Ia juga akan menjadi lebih mudah bagi para pengundi kerana mereka boleh membuang undi dari mana-mana sahaja jika mereka mempunyai akses Internet.

Kesimpulan

Teknologi blockchain telah merambat ke seluruh pelusuk Internet seperti api yang marak. Sebagai sesuatu yang serba guna, ia telah banyak diaplikasikan dalam pelbagai bidang dan juga turut bertindak sebagai alternatif yang berdaya maju kepada sistem perbankan.

Pada masa ini, blockchain digunakan terutamanya untuk perdagangan matawang kripto, tetapi kita boleh menjangkakan bahawa tidak lama lagi teknologi yang telus dan selamat ini akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

  • 1484

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera