1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Koin Kripto Yang Akan Datang pada tahun 2022
2023-03-31 • Dikemaskini

Apakah Koin Kripto Yang Akan Datang pada tahun 2022

Cover_642х361.png

Industri kripto telah melalui pelbagai peristiwa pada tahun 2021. Dana pelaburan terbesar dunia juga sedang aktif melabur di dalam beberapa aset kripto. Sudah beberapa tahun semenjak Bitcoin memasuki arena ini. Dengan status lagendanya, ia bukanlah yang terakhir untuk koin kripto. Industri ini berada dalam trend menaik, dan trend ini mungkin akan berterusan untuk masa yang lama sehingga munculnya syiling kripto terbaru.

Kini terdapat lebih daripada 7 000 matawang kripto untuk dipilih, dan koin-koin kripto terbaru juga sedang menanti. Kami mengetahui apa yang perlu diharapkan pada tahun yang baru dan apakah matawang kripto terbaru yang boleh memberikan lebih banyak keuntungan.

Bimbingan berguna untuk berdagang dengan FBS akan membantu menambahkan pendapatan anda.

Altcoin terbaru untuk dibeli pada tahun 2022

Pertama sekali, token kripto hanya perlu ringkas dan mudah difahami. Mekanisma pertukaran dan penge;uaran tidak mengambil masa yang lama. Matawang kripto bukan sahaja memberikan peluang yang cerah tetapi juga ia perlulah dilaksanakan dengan teknologi yang unik dan penyelesaian yang inovatif. Semestinya, matawang kripto tersebut perlulah mempunyai prospek yang anda tidak ragui.

Ini merupakan altcoin paling popular untuk diberi perhatian oleh para pelabur pada tahun 2022.

1_642х70_ETH.png

1.   Ethereum (ETH)

Matawang kripto terbaik, yang telah menunjukkan bahawa ia boleh menguruskan pesaingnya. Untuk jangka masa panjang, ia kelihatan mantap. Tiada apa pun dapat memindahkan koin ini daripada 3 matawang kripto terbaik. Para pengguna gembira dengan peralihan Ethereum kepada algoritma Proof-of-Stake (Bukti Pemilikan). Ini telah membantu untuk mempercepatkan transaksi Ethereum bagi aplikasi terpencar yang lebih lancar. Token ini adalah aset pelaburan yang baik.

2_642х70_XRP.png

2.   Ripple (XRP)

Matawang kripto yang berkembang secara dinamik dari China. Pasukan pembangunannya bekerja keras untuk memodenkan dan mempromosikan projek mereka. Krisis bulan Mac tidak memberikan kesan yang ketara kepadanya berbanding yang lain. Ia menunjukkan kestabilan dan potensinya.

3_642х70_XLM.png

3.   Stellar (XLM)

Sebuah platform bagi pelaksanaan transaksi matawang kripto. Ramai pengguna menyukai Stellar oleh disebabkan kepantasan transaksinya. Sepanjang tiga tahun lepas, ia telah menjadi platform yang berkembang dengan pantas.

4_642х70_DOGE.png

4.   Dogecoin (DOGE)

Ia bermula sebagai satu jenaka, tetapi dengan sokongan Elon Musk, ia telah menjadi projek yang serius. Token ini mempunyai pemodalan sebanyak $18 bilion berbanding $726 juta pada awal tahun 2021. Para pemaju sedang memberi tumpuan untuk mencipta produk baru untuk penggunaan matawang kripto ini secara besar-besaran.

5_642х70_ADA.png

5.   Cardano (ADA)

Matawang kripto yang agak baru tetapi telah membangun dengan pesat sekali. Walaupun kemunculannya yang baru dalam pasaran aset digital, ia sudah menunjukkan hasil yang cemerlang. Ia adalah salah satu daripada lima matawang kripto teratas mengikut permodalan. Pelaksanaan pelan hala tuju yang berterusan adalah jaminan untuk mengekalkan trend menaik bagi jangka masa panjang. Pembangun memberikan tumpuan kepada pengoptimuman prestasi dan penskalaan blokchain.

Matawang kripto terbaru tahun 2022

Tahun 2020 merupakan tahun DeFi. Tahun 2021 merupakan tahun untuk NFT. Dan tahun 2022 adalah tahun unutk DAO. Kini DAO popular dalam kalangan pakar kripto yang kecil, tetapi potensinya sangat besar. Kebanyakan daripada kita akan bekerja dengan DAO kelak. Adalah masuk akal untuk memberi perhatian kepada model ini sekarang.

Para penganalisis mengesyorkan agar anda memberi perhatian kepada koin kripto baru atau akan datang seperti Curve Dao Token (CRV), Polygon (MATIC), Terra (LUNA), Stacks (STX), dan THORChain (RUNE). Didik diri anda untuk strategi perdagangan dan akaun perdagangan bagi persediaan terbitan baru tahun 2022.

Kemaskini matawang kripto tahun 2022

Dengan pembangunan teknologi blockchain dan matawang kripto, penggunaan matawang kripto akan menjadi semakin meluas.

Permintaan keseluruhan terhadap matawang kripto akan semakin meningkat dengan situasi terkini dunia. Jumlah pemodalan pasaran matawang kripto telah melepasi tahap tertingginya ketika tahun 2021. Pembangunan koin kripto baru merupakan sektor yang menunjukkan kenaikan tertinggi. Justeru, berbaloi jika perhatian diberikan kepada altcoin.

Pembelian terbaik musim altcoin

Kini merupakan waktu terbaik untuk melabur dalam wang digital. Prospek pasaran matawang kripto semakin meningkat hari demi hari. Matawang kripto telah menemui "niche"nya di pasaran dunia dan semakin popular.

Namun, anda perlu memahami keperluan anda sebelum membuat keputusan. Adakah anda memerlukan matawang kripto untuk perdagangan pantas dan mendapatkan wang dengan pantas? Atau anda menyasarkan untuk jangka masa panjang? Kaji dengan teliti pasaran aset elektronik dan kadarnya, dan cuba beberapa platform digital untuk membeli dan menjual wang elektronik.

Sebagai contoh, FBS menawarkan perdagangan matawang kripto dengan syarat yang menguntungkan. Mari kita lihat.

Buka akaun

Dan sentiasa beri perhatian kepada terbitan matawang kripto terbaru!

Baca lebih lanjut

  • 1301

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera