1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Syiling "Quarter" Yang Manakah Tinggi Harganya?
2023-09-18 • Dikemaskini

Syiling "Quarter" Yang Manakah Tinggi Harganya?

cover.png

Syiling 25 sen. Biasanya, ramai yang menganggap ia sebagai syiling kecil berkilat yang boleh kita buang ke dalam mesin layan diri atau meter tempat letak kereta. Walau bagaimanapun, pembantu harian yang kecil ini memainkan peranan yang jauh lebih penting dalam dunia numismatik, mengandungi nilai tersembunyi dan nilai yang lebih tinggi berbanding nilai mukanya.

Memahami nilai sesetengah syiling 25 sen adalah lebih daripada sekadar rasa ingin tahu atau minat para kolektor. Ia membawa kepentingan yang praktikal untuk semua individu. Bagi kolektor, mengiktiraf nilai syiling 25 sen tertentu boleh membantu membina koleksi berharga yang berpotensi menjadikan hobi tersebut sebagai pelaburan yang menguntungkan. Tetapi bagi orang kebanyakan, mendapat tahu tentang nilai sebenar yang tidak disangka-sangka bagi syiling 25 sen langka mungkin menjadi satu penemuan luar biasa yang boleh mengubah situasi kewangan mereka.

Sama ada anda seorang kolektor yang bertujuan atau berhasrat untuk menambah syiling anda atau membeli syiling 25 sen yang jarang ditemui sebagai pelaburan, artikel ini akan membantu anda.

Sejarah Syiling Quarter AS

Quarter ialah syiling dalam sistem matawang Amerika Syarikat yang bernilai 25 sen, bersamaan dengan seperempat daripada satu dolar. Salah satu denominasi syiling terbesar, syiling-syiling 25 sen mula dikeluarkan pada tahun 1796. Pada mulanya ia diperkenalkan pada penghujung abad ke-18, syiling 25 sen telah mengalami perubahan yang ketara selama bertahun-tahun.

Daripada rambut mengurai di bahagian hadapan dan helang kecil di belakang, syiling 25 sen berubah rupanya menjadi legenda Liberty Seated dan Standing Liberty pada abad ke-19 dan ke-20 dengan helang-helang besar dan petunjuk nilai. Pada tahun 1932, rekaan George Washington yang terkenal oleh John Flanagan menjadi standard, dan ia terus kekal semenjak itu.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1965 komposisi bahan syiling 25 sen A.S. telah berubah dengan ketara, daripada komposisi tradisional 90% perak kepada aloi tembaga dan nikel dengan teras kuprum. Keputusan untuk beralih daripada perak pada mulanya didorong oleh faktor ekonomi. Kenaikan harga perak, dengan permintaan yang semakin meningkat untuk syiling perak, menjadikan ia sangat mahal untuk dikeluarkan oleh U.S. Mint dengan komposisi perak. Itulah sebabnya pihak berkuasa mengguna pakai komposisi baharu salutan tembaga dan nikel yang lebih murah.

Sejak itu, komposisi bahannya agak konsisten. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat syiling 25 sen edisi khas yang diperbuat daripada pelbagai bahan yang berbeza dari yang standard. Edisi eksklusif seperti itu biasanya memperingati peristiwa dan individu tertentu atau meraikan tema yang unik. Ramai kolektor berusaha untuk membeli syiling 25 sen edisi terhad kerana syiling ini menunjukkan ketukangan dan kreativiti U.S. Mint yang luar biasa.

Faktor-faktor yang menentukan nilai syiling 25 sen

Nilai syiling 25 sen boleh berbeza-beza, bergantung kepada beberapa faktor. Sama ada anda ingin membeli syiling 25 sen berharga untuk koleksi anda atau berhasrat untuk melabur, memahami faktor ini dan menggunakannya dalam penilaian syiling anda adalah penting. Berikut kami nyatakan beberapa daripadanya:

  1. Kelangkaan. Quarter yang jarang-jarang ditemui, terutamanya yang mempunyai nombor tempaan terhad, cenderung mempunyai nilai yang lebih tinggi di pasaran numismatik. Kelangkaan ini merujuk pada edisi tertentu, kuantiti pengeluaran yang rendah atau ralat dalam pengeluaran. Ya, ralat seperti acuan berganda, pertembungan acuan atau hentakan tidak sejajar menjadikan syiling 25 sen unik dan menaikkan nilainya!
  2. Keadaan. Keadaan syiling 25 sen adalah aspek penting dalam menentukan nilainya. Syiling tanpa kerosakan dan kurang hausnya pasti akan mempunyai nilai yang lebih tinggi dan permintaannya meningkat.
  3. Tanda Mint. Quarter yang dihasilkan oleh U.S. Mint berbeza mempunyai nilai yang berbeza. Syiling yang ditempa oleh fasiliti dengan volum pengeluaran yang lebih rendah lebih laku di pasaran.
  4. Populariti dan permintaan. Quarter yang paling popular dalam kalangan kolektor mempunyai permintaan yang meningkat dan nilai yang lebih tinggi. Trend mengumpul memfokus kepada ciri-ciri yang berbeza seperti kepentingan sejarah, elemen reka bentuk unik atau tema tertentu.

Individu harus merujuk panduan harga dan rekod lelongan untuk menentukan nilai syiling 25 sen. Sumber-sumber ini menyediakan maklumat berharga tentang jualan dan trend pasaran terkini, yang membantu para kolektor memahami nilai semasa dan potensi nilai syiling 25 sen mereka.

Melibatkan diri dengan pedagang atau kolektor yang berpengetahuan juga memberi manfaat. Kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberikan pandangan berharga tentang nilai syiling 25 sen.

Quarter paling bernilai

Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa syiling 25 sen paling bernilai yang diketahui pada tahun 2023.

Quarter Draped Bust Small Eagle 1796

Quarter yang pertama ialah Draped Bust dengan helang kecil pada muka belakang. Bahagian hadapan menampilkan 15 bintang yang mewakili negeri-negeri yang telah meratifikasikan Perlembagaan A.S. pada masa itu. Di tepi syiling tersebut ada gerigi tebal pada kedua-dua belah muka syiling. Tiada tanda nilai atau denominasi pada syiling tersebut. Kira-kira 6,000 keping syiling 25 sen ini telah dicetak, dan kurang daripada 10% daripada jumlah ini masih wujud sehingga hari ini.

Quarter ini dianggap sebagai salah satu syiling yang paling langka dalam numismatik Amerika. Pada tahun 2022, quarter Draped Bust 1796 dalam keadaan MS-66 telah dijual dengan harga lebih $1,740,000, membuktikan nilai dan keinginan yang besar dalam kalangan kolektor.

Bergantung pada keadaannya, quarter Draped Bust 1796 mungkin mempunyai nilai sekurang-kurangnya $1,000. Walau bagaimanapun, nilai syiling dalam keadaan yang lebih baik meningkat dengan ketara. Sebagai contoh, syiling berkeadaan Fine (F) atau Very Fine (VF) boleh bernilai beberapa ribu dolar. Sementara itu, nilai quarter yang digredkan lebih tinggi, seperti Extremely Fine (EF) atau About Uncirculated (AU), mungkin mencecah puluhan ribu dolar. Bagaimanapun, quarter bergred Mint State (MS) boleh mencapai ratusan ribu atau sehingga jutaan dolar, seperti yang berlaku pada tahun 2022.

What Quarters Are Worth Money__1200x675_2.png

Quarter Draped Bust Heraldic Eagle 1804

Quarter yang digelar Draped Bust 1804 ialah syiling yang sangat bernilai dan penting dari segi sejarah. Walaupun reka bentuk pada bahagian hadapan syiling adalah serupa dengan Quarter Draped Bust 1796, perbezaan utama terletak pada ilustrasi di bahagian belakang kerana terdapat helang heraldik dengan sayapnya yang terkuak luas, menggenggam seikat anak panah dan ranting zaitun pada cakarnya. Di atas helang tersebut terdapat perisai yang memaparkan bintang dan jalur.

Nilai quarter Draped Bust 1804 dalam keadaan Average Condition (AC) dianggarkan sekitar $1,600. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang lebih baik, seperti MS, harga syiling ini mungkin dalam sekitar $157,700.

What Quarters Are Worth Money__1200x675_3.png

Quarter Seated Liberty 1838

Quarter Seated Liberty 1838 merupakan salah satu tahun pengeluaran terawal untuk siri ini. Bahagian hadapan syiling itu menggambarkan Lady Liberty duduk di atas sebuah batu, memegang tongkat dengan topi kebebasan di atasnya. Syiling itu memaparkan seekor helang Amerika dengan sayap terbentang yang menggenggam anak panah dan dahan zaitun, yang melambangkan kekuatan dan keamanan.

Quarter Seated Liberty ini telah ditempa semasa tempoh peralihan apabila United States Mint telah mula berubah ke arah teknologi penempaan syiling yang lebih maju. Edisi 1838 amat menarik kerana kaitannya dengan tempoh perkembangan ini.

Nilai quarter Seated Liberty 1838 boleh berbeza dengan ketara bergantung pada keadaannya. Quarter ini mungkin bernilai sekitar $100 atau kurang dalam keadaan buruk atau biasa-biasa akibat lusuh atau rosak. Walau bagaimanapun, nilainya boleh melonjak mencecah ribuan dolar apabila ia digredkan sebagai sempurna.

Semasa lelongan, quarter Liberty Seated 1838 dalam keadaan hampir sempurna boleh mencapai nilai yang mengagumkan: syiling sedemikian boleh terjual dengan harga sehingga $285,000.

What Quarters Are Worth Money__1200x675_4.png

Quarter Standing Liberty 1916

Quarter yang pertama tanpa bintang ialah quarter Standing Liberty 1916. Reka bentuk awal menunjukkan liberty yang terdedah dadanya. Pada tahun 1916, sejurus selepas penempaan, fakta ini menimbulkan kontroversi kerana imej yang dianggap tidak sopan. Akibatnya, reka bentuk telah diubah suai pada tahun 1917 untuk menutup payudara Liberty dengan baju berantai.

Jumlah tempaan Quarter Standing Liberty 1916 adalah kira-kira 52,000 keping. Jumlah yang kecil ini adalah salah satu sebab mengapa para kolektor menganggap syiling tesrebut terhad.

Nilai quarter Standing Liberty 1916 dengan status Average Condition (AC) adalah sekitar $2,800; dalam keadaan yang lebih baik ia boleh meningkat sehingga $18,000 atau lebih.

What Quarters Are Worth Money__1200x675_5.png

Quarter 1901-S Barber

Quarter 1901-S Barber ialah syiling yang sangat jarang dan berharga yang ditempa di San Francisco. Ia adalah sebahagian daripada siri Barber yang luar biasa, yang terkenal dengan reka bentuknya yang menggambarkan potret Liberty yang dikelilingi oleh 13 bintang pada bahagian hadapan syiling.

Dengan hanya kira-kira 72,664 keping quarter 1901-S Barber pernah ditempa, dan kelangkaannya menyumbang kepada nilai tinggi syiling tersebut di pasaran numismatik. Walaupun dalam keadaan buruk, syiling 25 sen ini boleh bernilai setinggi ribuan dolar. Dalam keadaan biasa, pemegang syiling boleh menjualnya kira-kira $20,000 – $50,000. Walau bagaimanapun, harganya meningkat dengan ketara apabila keadaan syiling tersebut bertambah baik.

Salah satu syiling Quarter 1901-S Barber yang paling terawet keadaannya yang pernah ditemui telah dijual pada Mei 1990 dalam lelongan Superior Galleries. Digredkan sebagai NGC MS-68, syiling ini mencapai harga jualan tertinggi iaitu $550,000.

What Quarters Are Worth Money__1200x675_6.png

Quarter 1932-D and 1932-S Washington

Quarter 1932-D and 1932-S Washington ialah syiling yang langka dan penting dari segi sejarah yang kadangkala boleh bernilai tinggi. Quarter itu mula memasuki edaran pada tahun 1932, sempena jubli kelahiran George Washington yang ke-200. Tahun penempaan syiling 25 sen ini menjadi tahun pertama siri quarter Washington, yang menggantikan quarter Standing Liberty.

Bahagian hadapan syiling 25 sen ini menampilkan profil legenda George Washington, dan terdapat Helang yang menjadi simbol kebangsaan di bahagian belakang. Anda boleh menemui tanda tempaan seperti "S" atau "D" di bawah Helang pada bahagian belakang syiling.

Quarter 1932-D Washington menonjol sebagai salah satu syiling utama dalam siri ini. Tanda tempaan "D" menunjukkan bahawa syiling ini ditempa di Denver, Colorado, dalam jumlah dianggarkan sekitar 436,800 keping.

Quarter 1932-S Washington mempunyai tanda tempaan "S," yang menunjukkan ia dikeluarkan di San Francisco Mint. Seperti Quarter 1932-D Washington, versi 1932-S mempunyai tempaan terhad, dengan 408,000 syiling telah ditempa.

Nilai syiling 25 sen ini boleh berbeza-beza. Dalam keadaan yang buruk, syiling tersebut boleh bernilai sekitar $200, manakala nilainya boleh mencecah ribuan dolar dalam keadaan sempurna. Para pemilik syiling harus ingat bahawa pada tahun 2008, syiling 25 sen tahun 1932-D yang digredkan sebagai MS-66 telah dijual pada harga $143,750!

What Quarters Are Worth Money__1200x675_7.png

What Quarters Are Worth Money__1200x675_8.png

Quarter ini tidak dinafikan mempunyai nilai sejarah dan numismatik yang ketara. Amatlah bertuah jika ia ditemui. Benar, saiz keuntungan yang anda boleh buat dengan menjual syiling ini bergantung pada keadaannya. Walau bagaimanapun, walaupun telah rosak atau lusuh, syiling 25 sen-syiling 25 sen ini membawa secebis sejarah menarik Amerika Syarikat ke masa kini, dan mungkin kekal sebagai warisan budaya yang tidak boleh ditukar ganti di tangan anda.

Tempat di mana anda boleh menjual syiling 25 sen anda

Apabila anda merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk menjual syiling yang telah anda kumpulkan, adalah penting untuk mencari tempat yang boleh dipercayai dan sesuai untuk berbuat demikian. Pertimbangkan beberapa pilihan berikut:

Penjual syiling

Peniaga syiling adalah pakar dalam membeli dan menjual syiling, menjadikan mereka sebagai pilihan yang munasabah apabila anda mempunyai banyak syiling untuk dijual dan ingin menyingkirkan keseluruhan koleksi anda sekaligus. Walau bagaimanapun, apabila berurusan dengan peniaga syiling, anda mungkin menerima harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar syiling anda. Para peniaga syiling mengendalikan perniagaan dengan matlamat untuk mengaut keuntungan dengan membeli syiling sekitar 20% hingga 40% di bawah nilai sebenar.

Lelongan

Lelongan syiling menyediakan platform untuk menjual syiling anda kepada para kolektor dan peminat. Lelongan adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang sanggup menunggu, bersedia untuk menjual syiling mereka satu demi satu. Dalam lelongan syiling, bakal pembeli membida untuk syiling 25 sen anda. Kaedah ini biasanya boleh memberikan harga yang lebih tinggi untuk syiling langka dan berharga. Penjual harus maklum bahawa penganjur lelongan syiling mengenakan fi malar atau sekain peratusan daripada setiap transaksi.

Platform dalam talian

Kadangkala, adalah sesuai untuk menjual koleksi syiling anda melalui platform dalam talian yang bereputasi dan teruji oleh masa, yang memudahkan pembelian dan penjualan syiling. Kami amat mengesyorkan anda tidak menggunakan pasaran popular secara membuta tuli tetapi meneroka topik tersebut dan cari laman-laman terbaik untuk menjual syiling anda.

Pameran numismatik

Pameran syiling ini membolehkan anda mempamerkan syiling 25 sen anda kepada khalayak yang disasarkan. Hadirkan diri sebagai penjual, terutama sekali untuk menempah meja atau gerai tempat di mana anda dapat mempamerkan dan menjual syiling anda terus kepada kolektor.

Forum dan komuniti dalam talian

Sertai forum dan komuniti syiling dalam talian untuk berhubung dengan rakan kolektor yang mungkin berminat untuk memperolehi syiling 25 sen anda. Platform ini membolehkan para peserta untuk membina rangkaian, berkongsi maklumat dan mencari pembeli.

Ringkasan

Quarter adalah warisan sejarah Amerika yang mampu membuat para kolektor dan peminat membayar beribu-ribu atau bahkan berjuta-juta dolar untuk membelinya. Sejarah syiling yang nilai mukanya hanya 25 sen mengagumkan dan mempesonakan ramai orang yang mendedikasikan masa mereka untuk belajar mengenai syiling 25 sen A.S. dengan terperinci. Bukan sahaja kolektor, tetapi semua orang harus tahu bahawa sesetengah quarter boleh mencapai harga yang amat mahal; mungkin suatu hari nanti, ia mampu mengubah hidup anda secara drastik.

Nilai syiling 25 sen boleh berbeza-beza bergantung pada faktor seperti kelangkaan, keadaan, tanda tempaan, populariti dan permintaan. Untuk mengaut keuntungan, bakal penjual harus memberi perhatian khusus kepada aspek yang mempengaruhi harga ini dan memantau pasaran. Selain itu, adalah penting untuk menentukan tempat yang sesuai untuk menjual syiling anda berdasarkan keperluan dan jangkaan anda.

  • 1725

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera