Apakah yang akan terjadi kepada matawang kripto?
Pada hujung 2017, semua orang memperkatakan tentang matawang kripto, termasuk mereka yang tidak pernah berdagang di pasaran kewangan. Di bulan-bulan terakhir ini, minat ini telah surut.
Berapakah harga Bitcoin kelak?
Ke mana arah tujuan harganya?
Apakah berdagang matawang kripto ada faedahnya?
Inilah soalan-soalan yang anda tanyakan kepada kami dan kami akan menjawabnya di dalam artikel ini.
Berapakah harga Bitcoin di masa hadapan?
Anda mungkin telah mendengar banyak ramalan tentang harga masa hadapan Bitcoin. Realitinya, tiada pakar boleh meramalkan sama ada ia akan berharga $1,000,000 10 tahun lagi, atau hanya $0. Yang sebenarnya, mereka yang membuat ramalan ini hanya mahu masuk berita, tetapi mereka tidak – dan tidak akan mempunyai – sebarang ilmu pun.
Rahsia paling penting tentang Bitcoin dan matawang-matawang kripto lain adalah nasib mereka bergantung kepada kejayaan teknologi blockchain.
Secara ringkasnya, blockchain adalah apa yang membolehkan pemprosesan dan penyimpanan transaksi serta mengeluarkan matawang digital tanpa sebuah pihak berkuasa pusat – sebuah bank pusat. Ia boleh mencetus revolusi di dalam dunia kewangan. namun, sama ada revolusi ini benar-benar akan terjadi masih lagi menjadi tanda tanya yang besar. Mungkin semua orang akan bertukar kepada blockchain, mungkin juga tidak – bank-bank dan pemain-pemain besar lain agak berpuas hati dengan teknologi sedia ada. Jadi blockchain, dan justeru bitcoin, mungkin akan menjadi masa depan kita atau mungkin juga tidak. Ia masih terlalu awal untuk dikatakan sekarang.
Apakah ramalan untuk Bitcoin?
Masa depan masih belum jelas, tetapi itu bukan sebab untuk kita bermuram durja. Kita tahu bahawa Bitcoin akan terus berada di terminal perdagangan kita dan kita boleh membuat untung dengan membeli dan menjualnya.
Jadi, turun atau naik?
Mari kita lihat kepada fakta-fakta yang ada. Ramai pedagang-pedagang AS sedang menjual BTC sebelum 17 April, iaitu hari terakhir untuk memfailkan cukai di Amerika. Sekarang minat di Bitcoin akan meningkat sekali lagi. Tambahan pula, Bitcoin tampak berfungsi seperti "matawang krisis" dan menguat ketika geopolitik tidak menentu – dan kita ada banyak situasi seperti ini di bulan-bulan mendatang. Masih ada ramai HODlers – mereka yang membeli matawang kripto dan tidak akan menjualnya walau apa pun yang terjadi. In juga memberikan sokongan jangka panjang untuk BTC.
Secara teknikalnya BTC/USD cuba untuk mengukuh di atas garisan rintangan, yang menghadkan kenaikan sejak Disember. Aras sekitar $7,200 dan $6,600 bertindak seperti sokongan (support), tetapi jika harga mengukuh di bawah $8,000 aktiviti penjualan boleh menghenyak harga serendah $5,000. Manakala jika harga kekal di atas $8,000 sasaran berpotensi di sebelah atas termasuklah $9,600 dan $11,600.
Apakah berdagang matawang kripto ada faedahnya?
Di sini kami himpunkan beberapa sebab anda harus berdagang Bitcoin (Ethereum, DASH, Litecoin, dll.) dengan FBS:
1. Bitcoin terus membuat swing-swing besar. Bulan lalu, harga bitcoin jatuh sebanyak 35%. Dalam lain perkataan, matawang kripto tidak ada tandingannya dari segi seberapa pantas dan seberapa banyak harganya berubah. Ini, justeru dari itu, menawarkan peluang-peluang perdagangan yang tidak terhad.
2. Dagangkan BTC/USD seperti mana-mana pasangan matawang yang anda dagangkan di Forex. Anda tidak perlu memiliki Bitcoin untuk mendagangkannya. Membeli matawang kripto di pengurup-pengurup khas bukanlah mudah. Anda berisiko untuk digodam dan hujung-hujungnya mungkin semua koin anda dicuri. Dengan FBS, anda tidak akan menemui masalah seperti ini: anda boleh membuat taruhan jangka pendek ke atas Bitcoin dan raih keuntungan.
3. Analisis teknikal berfungsi dengan baik di Bitcoin, Ethereum, DASH dan Litecoin. Aksi harga dan indikator-indikator boleh memberikan idea perdagangan yang baik. Ini bererti anda mempunyai peluang besar untuk membuat wang berdagang matawang-matawang kripto jika anda menganalisa pasaran dan mematuhi peraturan-peraturan pengurusan risiko.
4. Berdagang matawang kripto walaupun pada hujung minggu. Perdagangan tanpa henti membolehkan anda membuat wang dengan lebih mapan.
Baca lebih lanjut
- 5 Langkah Untuk Berdagang Bitcoin
- Mengapa Perdagangan Matawang Kripto Adalah Yang Paling Progresif Di Era COVID-19?
- Apakah Koin Kripto Yang Akan Datang pada tahun 2022
- 10 Podcast Kripto Terbaik Yang Anda Perlu Dengar Sekarang
- Kenapa saya perlu Deposit dalam Kripto?
- Perdagangan Matawang Kripto di MetaTrader 5
- Apakah manfaat berdagang bitcoin di FOREX?