1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kenapa Inflasi Begitu Tinggi? Bicara Pakar FBS
2024-06-11 • Dikemaskini

Kenapa Inflasi Begitu Tinggi? Bicara Pakar FBS

cover.png

Anda mungkin perasan bahawa harga produk-produk kegemaran anda baru-baru ini meningkat dengan agak banyak. Sebabnya ialah kadar inflasi yang sangat tinggi yang memberi kesan kepada ekonomi negara-negara di seluruh dunia.

Dalam artikel ini, kita akan mempelajari apa itu inflasi, mengapa ia berlaku, apakah akibatnya kepada para pengguna biasa, dan apa yang telah menyebabkan inflasi pada tahun 2022.

Poin-poin utama

  • Inflasi merujuk pada kenaikan harga barang yang menyebabkan populasi kurang membeli.
  • Inflasi boleh disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk produk-produk tertentu, kenaikan harga bahan, penurunan nilai matawang, dasar-dasar sesebuah negara dan keadaan-keadaan lain.
  • Inflasi yang rendah boleh membantu ekonomi berkembang manakala inflasi yang tinggi mengurangkan kuasa beli pengguna dan boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi.
  • Inflasi global semasa 2022 berlaku akibat daripada pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik di Ukraine.

Apakah itu Inflasi?

Inflasi ialah istilah ekonomi yang digunakan untuk menggambarkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyebabkan kuasa beli menyusut dari semasa ke semasa. Inflasi ialah satu indikator yang penting kerana ia menunjukkan berapa banyak ekonomi sesebuah negara sudah berubah dalam satu tempoh masa tertentu dan sama ada perubahan tersebut menjejaskan kesejahteraan kewangan penduduk negara itu atau tidak.

Biasanya, inflasi dinyatakan dalam peratusan yang menunjukkan kadar kenaikan harga dalam tempoh setahun. Secara amnya, inflasi dikira oleh agensi kerajaan yang mengumpul data tentang harga semasa bagi sebakul barangan dan perkhidmatan tertentu. Bakul ini biasanya termasuk makanan, gas, pakaian, ubat, tenaga, bayaran gadai janji dll., tetapi kandungannya mungkin berbeza-beza bergantung pada turun naik harga produk tertentu. Agensi tersebut mengumpul maklumat tentang harga pada setiap bulan dan kemudian membahagikan kos purata bakul barangan tersebut dengan kos bakul yang sama dari bulan yang sebelumnya.

Statistik tahun ini menunjukkan bahawa pada Oktober 2022 $100 di AS boleh membeli sebakul produk yang sama seperti $92.81 pada Oktober 2021, yang menunjukkan bahawa inflasi telah meningkat secara mendadak sejak tahun lepas.

CREATIVE-784-3.png

Punca-Punca Utama Inflasi

Terdapat beberapa punca utama yang boleh mempengaruhi kadar inflasi.

  • Permintaan yang tinggi, bekalan yang rendah. Apabila permintaan penduduk untuk barangan dan perkhidmatan tertentu meningkat dengan terlalu banyak, ekonomi mungkin tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Ini memberi tekanan ke atas harga dan menyebabkan inflasi. Salah satu contohnya adalah kekurangan susu formula bayi di AS pada tahun 2022 apabila kenaikan umum harga dan isu rantaian bekalan telah menyebabkan harga produk penting ini naik dengan mendadak.
  • Kos yang tinggi, harga yang tinggi. Apabila kos bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan barangan meningkat, harga barangan ini turut meningkat. Sebagai contoh, kenaikan 400% pada kos kayu gergaji menyebabkan harga rumah juga meningkat, mengakibatkan krisis perumahan semasa mendominasi pasaran hartanah di AS.
  • Penurunan nilai matawang. Apabila sesebuah negara mengalami penurunan nilai matawang, kadar pertukarannya turun, yang menyebabkan nilai matawang tersebut menjadi lebih rendah. Ini berita yang baik untuk negara-negara lain kerana kos untuk membeli eksport dari negara ini sudah menjadi lebih murah. Tetapi penduduk tidak lagi mampu membeli barangan yang diimport dari luar negara, yang mendorong rakyat membeli produk dalam negeri.
  • Peningkatan bekalan wang. Apabila kami bercakap tentang bekalan wang, apa yang kami maksudkan ialah jumlah wang yang ada dalam edaran di negara tersebut, termasuk wang tunai, baki dan akaun bank. Jika bekalan wang meningkat, ia boleh menyebabkan kekurangan produk kerana permintaan mungkin mengatasi bekalan barangan.
  • Kenaikan gaji. Apabila gaji meningkat, kos buruh turut meningkat, bermakna perniagaan perlu menyesuaikan harga produk untuk mengekalkan pendapatan mereka pada paras yang sama. Selain itu, kenaikan gaji bermakna kuasa beli penduduk juga meningkat, yang menyebabkan permintaan terhadap barangan tertentu melambung tinggi dan harga meningkat kerana kekurangan bekalan.
  • Dasar-dasar negara. Kadangkala kerajaan meluluskan dasar-dasar dan peraturan-peaturan yang boleh menyebabkan harga produk meningkat. Dasar-dasar sedemikian termasuk subsidi cukai dan kadar-kadar faedah yang rendah, yang menyebabkan para pengguna membeli lebih banyak barangan dan menaikkan harga.

Inflasi: Faedah dan Kelemahan

Inflasi tidak selalunya buruk. Kadar inflasi yang rendah (~2%) sebenarnya perkara yang sangat baik kerana ia menggalakkan orang ramai untuk membeli lebih banyak. Terdapat beberapa faedah inflasi:

  • Perkembangan ekonomi. Inflasi sentiasa berlaku apabila ekonomi sesebuah negara sedang meningkat. Kenaikan harga dan gaji membantu perniagaan-pernigaan untuk membuat lebih banyak wang, yang memacu ekonomi ke hadapan dan memanjangkan tempoh kemakmuran ekonomi.
  • Pelarasan gaji. Apabila harga barangan naik, para pekerja mula mengharapkan kenaikan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan baru. Perniagaan-perniagaan perlu melaraskan gaji kakitangan mereka untuk memastikan mereka tidak berhenti untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Ini juga membantu para majikan untuk memberi galakan kepada pekerja-pekerja yang berprestasi baik, yang mewujudkan persekitaran yang sangat produktif di tempat kerja mereka.
  • Pelarasan harga. Apabila orang ramai mendapat lebih banyak pendapatan boleh guna (disposable income), mereka cenderung untuk membeli lebih banyak. Ini memberi peluang kepada perniagaan-perniagaan untuk melaraskan harga barangan mereka untuk mengatasi permintaan yang meningkat dan membolehkan mereka menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi untuk para pengguna.
  • Mengurangkan nilai sebenar hutang. Apabila harga dan gaji naik, hutang yang sedang dipunyai oleh orang ramai mengecil nilainya. Kerajaan juga sering meluluskan insentif untuk menurunkan kadar faedah, yang membantu rakyat mereka menangani hutang.
  • Lebih baik daripada deflasi. Deflasi boleh berlaku apabila nilai matawang jatuh. Ini membawa kepada penurunan harga produk-produk kerana para pengguna mungkin tidak mampu membelinya jika senarionya tidak begitu. Akhirnya, menghasilkan barangan mungkin tidak lagi menguntungkan, yang membawa kepada kebuntuan ekonomi.

Namun, apabila inflasi tinggi, seperti sekarang, ia menimbulkan banyak masalah.

  1. Apabila gaji tidak diselaraskan dengan kenaikan harga, orang ramai terpaksa menggunakan pendapatan boleh guna dan simpanan mereka untuk membeli produk-produk keperluan. Ini mengurangkan potensi mereka untuk menyimpan dan melabur, yang melambatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
  2. Inflasi yang lebih tinggi menyebabkan harga barangan meningkat. Ini menjadikan produk negara tersebut tidak berdaya saing di pasaran global, yang membawa kepada kurangnya eksport sementara penduduk negara itu mengalami kesukaran untuk membeli barangan yang sama.
  3. Inflasi boleh mengurangkan nilai bon kerajaan, yang menyebabkan para pelabur menuntut lebih banyak pampasan. Satu-satunya cara untuk melakukannya adalah dengan meningkatkan faedah hutang untuk rakyat, yang mengurangkan kuasa beli mereka dengan lebih banyak lagi.
  4. Inflasi yang tinggi mengurangkan pendapatan sebenar isi rumah, yang hanya memburukkan lagi kesenjangan pendapatan dan mewujudkan jurang yang lebih besar antara kelas berpendapatan tinggi dan rendah.
  5. Inflasi sukar untuk ditangani, dan langkah-langkah yang diputuskan oleh kerajaan boleh membawa kepada pengangguran jangka pendek dan juga kemelesetan ekonomi.

CREATIVE-784-2-1.png

Mengapakah Inflasi Begitu Tinggi Sekarang?

Australia

7.3% (tertinggi sejak 1990)

Perancis

5.8% (tertinggi sejak 1985)

Jerman

7.9% (tertinggi sejak 1990)

Itali

8% (tertinggi sejak 1986)

UK

9.4% (tertinggi sejak 1982)

AS

9.1% (tertinggi sejak 1981)

Data dari seluruh dunia menunjukkan bahawa inflasi tahun ini telah mencapai rekod tertinggi baru buat kali pertama sejak 1980-an. Seperti yang anda boleh lihat daripada jadual tersebut, kali ini ia merentasi pelbagai negara di seluruh dunia. Terdapat pelbagai sebab untuk ini.

COVID-19

Pandemik menyebabkan kekacauan yang teruk pada tahun 2020 dan sebahagian tahun 2021, dan kini dunia cuba menangani akibat-akibat ekonominya. Permintaan yang tidak menentu, penutupan kilang, gangguan dalam rantaian bekalan, peningkatan bekalan wang akibat simpanan terkumpul penduduk kini menyebabkan harga barangan keperluan dan bukan keperluan meningkat secara mendadak. Industri-industri mengalami kekurangan bahan mentah yang teruk, yang menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran barangan.

Pertumbuhan aktiviti ekonomi

Selepas COVID-19, sektor ekonomi akhirnya mula berkembang semula. Sekatan-sekatan telah dilonggarkan, jadi perniagaan-perniagaan telah mula bekerja semula, yang mendorong permintaan dan harga bahan lebih tinggi.

Perang Rusia-Ukraine

Konflik yang berterusan ini telah menggemparkan seluruh dunia, menyebabkan masalah pada ekonomi kebanyakan negara. Sebabnya adalah kerana Rusia salah satu pengeksport minyak dan gas yang terbesar, dan sekatan Eropah dan AS semasa telah menyebabkan bekalan sumber-sumber asli global berkurangan secara mendadak. Tambahan lagi, kedua-dua negara adalah pengeksport bijirin terbesar di dunia. Peperangan ini menyebabkan gangguan dalam bekalan makanan dan kenaikan harga walaupun terdapat banyak percubaan untuk meredakan keadaan.

Kesimpulan

Walaupun inflasi boleh memberikan kesan yang positif pada ekonomi, inflasi semasa adalah fenomena yang sangat membimbangkan kerana ia disebabkan oleh pelbagai faktor di luar kawalan kerajaan. Untuk menstabilkan ekonomi, bank pusat boleh untuk cuba menaikkan kadar-kadar utama. Ini secara teorinya boleh menyebabkan orang ramai dan syarikat-syarikat kurang meminjam dan membelanjakan wang, yang secara perlahan-lahan menurunkan harga barang. Tetapi tanpa penyelesaian kepada krisis sumber asli, ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan yang lain.

SOALAN LAZIM

Seberapa burukkah situasi inflasi pada masa ini?

Pada 2022, inflasi telah mencatat rekod baru sejak 1980-an. Di AS, kadar inflasi semasa ialah 9.1%, yang tertinggi sejak 1981.

Mengapakah inflasi berlaku?

Sebab-sebab mengapa inflasi berlaku sekarang adalah masalah pengeluaran dan bekalan barangan selepas wabak COVID-19, permintaan yang tinggi untuk produk-produk pasca wabak dan perang yang berterusan antara Rusia dan Ukraine.

Apakah yang menyebabkan inflasi?

Inflasi berlaku apabila harga barang dan perkhidmatan meningkat, yang menyukarkan para pengguna untuk membeli produk sebanyak dahulu. Pada masa ini, inflasi berlaku disebabkan oleh kelewatan dalam pengeluaran barangan dan kekurangan sumber-sumber asli di pasaran global.

  • 4733

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera