Bitcoin Mining

Perlombongan Bitcoin

Apakah itu 'Perlombongan Bitcoin'

Bitcoin dihasilkan menerusi satu proses yang kompetetif dan terpencar yang dipanggil "perlombongan". Ia adalah proses perkomputeran sesama pengguna yang digunakan untuk mendapatkan dan mengesahkan transaksi Bitcoin – pembayaran dari satu pengguna kepada pengguna lain di dalam jariangan terpencar. Setiap kumpulan transaksi dipanggil blok. Apabila satu blok transaksi tercipta, pelombong-pelombong berusaha untuk menyelesaikan masalah kriptografi yang membolehkan blok tersebut ditambah kepada Blockchain Bitcoin yang tugasnya adalah untuk mengesahkan kepada seluruh rangkaian bahawa suatu transaksi telah berlaku. Untuk melakukan ini, pelombong mengambil maklumat daripada blok, dan melakukan operasi matematik ke atasnya. Formula yang digunakan menukarkan maklumat daripada blok itu kepada satu jujukan huruf dan angka yang pendek dan rawak. Ini dikenali sebagai cincangan kriptografi (cryptographic hash). Cincangan dari setiap blok mestilah menepati beberapa syarat: cincangan itu jika dianggap sebagai integer haruslah kurang atau sama dengan sasaran kesukaran jaringan semasa.

Proses ini melibatkan individu-individu yang diberikan ganjaran oleh jaringan atas perkhidmatan mereka. Pelombong Bitcoin memproses transaksi dan memperkasa keselamatan rangkaian menggunakan perkakas khusus dan mengutip Bitcoin dan fi transaksi sebagai balasan.

Mencerakinkan 'Perlombongan Bitcoin'

Protokol Bitcoin direkabentuk supaya Bitcoin baru dihasilkan pada kadar tetap. Ini menjadikan pelombongan Bitcoin satu perusahaan yang sangat kompetetif. Lebih ramai pelombong yang menyertai jaringan, lebih sukar untuk mereka membuat keuntungan dan para pelombong harus mengejar efisiensi untuk mencantas kos operasi.

Bitcoin dihasilkan pada satu kadar yang semakin mengecil dan boleh dijangka. Bilangan Bitcoin baru yang terhasil setiap tahun berkurangan separuh secara automatik setiap tahun, sehinggalah pengeluaran Bitcoin dihentikan secara sepenuhnya apabila telah wujud 21 juta Bitcoin. Pada waktu tersebut, para pelombong Bitcoin mungkin akan disokong sepenuhnya menerusi yuran transaksi yang kecil.

Seberapa sukarkah masalah kriptografi yang diselesaikan oleh para pelombong? Nah, itu bergantung kepada seberapa banyak usaha yang sedang dilakukan di dalam jaringan. Kadar kesukaran ini akan terlaras sendiri dengan tujuan untuk mengekalkan kadar penemuan blok agar malar. Justeru jika kuasa pengiraan lebih besar digunakan untuk melombong, kesukaran akan meningkat untuk menjadikan perlombongan lebih sukar. Jika kuasa pengiraan dikeluarkan dari jaringan, perkara sebaliknya akan berlaku. Kadar kesukaran akan terlaras menjadi lebih rendah untuk menjadikan perlombongan lebih mudah.

Di hari-hari awal Bitcoin, perlombongan boleh sahaja dilakukan menggunakan CPU dari komputer peribadi. Kad grafik atau unit pemprosesan grafik (GPU) lebih efektif dalam melombong berbanding CPU dan bila Bitcoin melonjak popular, GPU menjadi dominan. Akhirnya perkakas dikenali sebagai ASIC, yang bermaksud Litar Terkamir Aplikasi Khas (Application-Specific Integrated Circuit) telah direka khas untuk melombong Bitcoin. Unit yang pertama telah dikeluarkan pada 2013 dan telah banyak dipertingkatkan sejak dari itu, dengan desain yang lebih efisien diperkenal ke pasaran. Perlombongan adalah kompetetif dan hari ini hanya boleh dibuat dengan menguntungkan dengan menggunakan ASIC terkini. Bila menggunakan CPU, GPU atau ASIC yang sudah lapuk, kos penggunaan tenaga lebih tinggi dari hasil yang diperoleh.

Undur

2021-12-20 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera