-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Bitwallet
Bitwallet
Ia adalah satu servis dompet digital antarabangsa yang mendukung transaksi ke lebih 200 negara. Ia ditubuhkan pada tahun 2013 dan kini menampilkan e-pembayaran yang ringkas dengan servis OneCoin Remittance untuk pindahan wang. OneCoin Remittance menampilkan fi kadar rata untuk transaksi anda iaitu sebanyak 100 JPY/ 1USD/ 1 EUR.
Bitwallet membolehkan anda:
- Mengurup dana pada kadar yang munasabah
- Deposit menerusi kad debit, pindahan bank, servis dompet digital lain. Transaksi diproses serta merta, atau sehingga 15 minit sekiranya melibatkan pindahan telegrafik.
- Lakukan pengeluaran dalam masa 24 jam di seluruh dunia, dengan fi yang berpatutan.
E-dompet ini menampilkan pilihan beberapa matawang paling utama di dunia – USD, JPY, dan EUR.
Bitwallet ada di dalam senarai sistem pembayaran yang ditawarkan oleh FBS.
2023-04-27 • Dikemaskini