Blockchain

Blockchain

Apakah itu Blockchain

Hari ini Blockchain dianggan sebagai satu ciptaan genius oleh seorang individu atau sekumpulan orang yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto. Teknologi blockchain adalah salah satu konsep paling fundamental di kebanyakan sistem matawang kripto. Apa yang blockchain lakukan adalah merekodkan satu set butiran yang merangkumi masa, tandatangan kriptografi pengirim dan sedikit data yang boleh menjadi apa sahaja. Di dalam kes Bitcoin, ia adalah jumlah bitcoin yang dihantar tetapi boleh juga berupa tanda kriptografi yang digelar "hash", atau sebarang dokumen elektronik. Baca berita mengenai Teknologi Blockchain

Blockchain sentiasa berkembang kerana setiap kali sesebuah blok lengkap, sebuah blok baru terhasil. Blok-blok dijalin antara satu sama lain (seperti rantai) secara linear dan kronologikal, di mana setiap blok mengandungi hash blok sebelumnya. Setiap komputer yang tersambung ke jaringan Bitcoin menggunakan perisian pelanggan yang melaksanakan rutin mengesahkan dan menghantar transaksi menerima satu salinan blockchain yang di muat turun secara automatik bila menyertai jaringan Bitcoin. Salinan penuh blockchain mengandungi rekod setiap transaksi Bitcoin yang pernah berlaku.

MENCERAKINKAN Bitcoin

Blockchain dilihat sebagai inovasi paling utama Bitcoin, kerana ia adalah bukti kepada semua transaksi di rangkaian. Teknologi ini boleh diaplikasikan untuk hampir semua jenis transaksi yang melibatkan nilai, wang, barangan dan harta benda. Potensi penggunaannya hampir tidak terhad, dari pengutipan cukai sehinggalah pindahan wang oleh pekerja asing kepada keluarga di kampung halaman yang tidak mempunyai akses perbankan yang mudah. 

Agar lebih jelas lagi, mari kita bandingkan transaksi perbankan biasa dengan transaksi di jaringan Bitcoin. Bank-bank dan sistem perakaunan menggunakan lejar untuk mengesan dan memberikan cop waktu kepada transaksi. Perbezaannya adalah blokchain terpencar (decentralized) sepenuhnya dan sumbernya terbuka. Ini bererti orang ramai tidak perlu bergantung atau mempercayai bank pusat untuk mengesan transaksi. Teknologi antara sesama pengguna blockchain boleh mengesan semua transaksi tanpa khuatir ia akan terpadam atau hilang.   

Tidak syak lagi, teknologi blockchain akan menjadi teknologi arus perdana. Tahap minat yang tinggi yang ditunjukkan kepada teknologi ini membuktikan potensinya untuk memudah cara pembangunan aplikasi yang akan membawa pendekatan baru kepada masalah lama bisnes. Ternyata masalah yang lebih sukar diselesaikan sebenarnya adalah cabaran sosial, perundangan dan kewangan.

Undur

2022-09-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera