Collateralized Mortgage Obligation

Obligasi Gadai Janji Bercagar (CMO)

Apakah itu Obligasi Gadai Janji Bercagar?

Obligasi gadai janji bercagar (CMO, сollateralized mortgage obligations) merujuk kepada sejenis sekuriti bersandarkan gadai janji yang mengandungi sebilangan gadai janji dan menjualnya sebagai satu pelaburan. Disusun atur berdasarkan kematangan dan tahap risiko, CMO menerima aliran tunai apabila peminjam membayar balik gadai janji sebagai cagaran untuk sekuriti ini. CMO memperuntukkan pembayaran pokok dan faedah kepada pelabur mereka berdasarkan peraturan dan perjanjian yang telah ditetapkan.

Ketika ia pertama kali dikeluarkan oleh Salomon Brothers dan First Boston pada tahun 1983, CMO rumit dan mengandungi pelbagai gadai janji yang berbeza. Di atas pelbagai sebab, para pelabur lebih cenderung untuk memberikan tumpuan mereka kepada aliran pendapatan yang ditawarkan oleh CMO berbanding kemantapan gadai janji itu sendiri. Akibatnya, ramai pelabur telah membeli CMO yang penuh dengan gadai janji subprima, gadai janji kadar boleh laras (adjustable-rate mortgages), gadai janji yang dimiliki oleh peminjam yang pendapatannya tidak disahkan semasa proses permohonan, dan gadai janji berisiko lain dengan risiko mungkir yang tinggi.

Penggunaan ECL telah dikritik sebagai faktor yang mencetuskan krisis kewangan 2007–2008. Kenaikan harga rumah membuatkan gadai janji tampak seperti satu pelaburan yang selamat, menggalakkan pelabur membeli CMO dan MBS lain. Namun, keadaan pasaran dan ekonomi membawa kepada peningkatan perampasan dan risiko pembayaran yang tidak dapat diramalkan dengan tepat oleh model kewangan. Kesan dari krisis kewangan global telah membawa kepada peningkatan pengawalseliaan sekuriti bersandarkan gadai janji. Pada Disember 2016, SEC dan FINRA memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang mengurangkan risiko sekuriti ini dengan menetapkan keperluan margin untuk transaksi agensi yang dilindungi, termasuk obligasi gadai janji bercagar.

Memahami Obligasi Gadai Janji Bercagar

Obligasi gadai janji terjamin terdiri daripada beberapa tranche atau kumpulan gadai janji yang disusun mengikut profil risiko mereka. Tranche biasanya mempunyai baki prinsipal, kadar faedah, kematangan dan kadar lalai yang berbeza-beza dan ia adalah instrumen kewangan yang kompleks. Obligasi gadai janji terjamin sensitif terhadap perubahan pada kadar faedah dan perubahan keadaan ekonomi seperti kadar perampasan, kadar pembiayaan semula dan kadar pada mana hartanah dijual. Setiap tranche mempunyai tarikh matang dan saiz yang berbeza, dan bon dikeluarkan terhadapnya dengan kupon bulanan. Kupon menyediakan bayaran bulanan prinsipal dan faedah.

Untuk gambaran yang lebih baik, mari kita lihat mekanisme di dalam gambar. Katakan sebuah bank mengeluarkan pinjaman gadai janji untuk pangsapuri berjumlah $100,000,000 dan sejurus selepas itu mengeluarkan CMO untuk jumlah yang sama. Kumpulan bon itu dibuka untuk lelongan. Para pelabur menerima pendapatan terjamin jangka panjang dengan risiko yang rendah dengan membeli bon. Bank menggunakan wang yang diterima daripada para pelabur untuk mengeluarkan pinjaman baru. Sebahagian dari faedah ke atas gadai janji disalurkan ke pembayaran pendapatan kupon, dan selebihnya adalah keuntungan bank.

1080_1080px_Collateralized Mortgage Obligations_20-03-2022_EN.png

CMO vs. CDO

Seperti CMO, obligasi hutang bercagar (CDO) terdiri daripada sekumpulan pinjaman yang dikumpulkan bersama dan dijual sebagai kenderaan pelaburan (investment vehicle). Walau bagaimanapun, CMO hanya mengandungi gadai janji, dan CDO pula mengandungi pelbagai pinjaman seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman komersial dan juga gadai janji. Kedua-dua CDO dan CMO memuncak pada tahun 2007, sejurus sebelum krisis kewangan global, dan nilainya menjunam selepas itu. Sebagai contoh, pada kemuncaknya pada tahun 2007, pasaran CDO bernilai $1.3 trilion. Sebagai perbandingan, pada tahun 2013 ia sudah menelan belanja $850 juta.

CMO vs, MBS

Sekuriti Bersandarkan Gadai Janji (Mortgage-Backed Securities), atau MBS, ialah sebarang instrumen pelaburan yang mengandungi pakej gadai janji kediaman. Organisasi yang menawarkan sekuriti bersandarkan gadai janji membeli pinjaman ini daripada bank atau institusi kewangan.

Apabila peminjam membayar gadai janji mereka, MBS menerima wang tunai. Pelabur MBS menerima bayaran mengikut jadual tertentu. Pendapatan pelabur adalah berdasarkan kepada peratusan yang dipersetujui antara pelabur dan MBS yang menawarkan entiti di atas faedah dan bayaran prinsipal yang dibuat di atas pinjaman dalam MBS.

CMO ialah sejenis MBS. Apa yang menjadikan CMO berbeza daripada MBS tradisional ialah gadai janji dalam CMO dibahagikan kepada beberapa kategori atau tranche berdasarkan risiko dan tempoh matang.

Kepentingan tahap risiko bagi CMO

Apabila ia berkaitan dengan obligasi gadai janji bercagar, penentuan tahap risiko adalah penting.

Oleh kerana CMO sering dimasukkan ke dalam kumpulan tranche berdasarkan risiko, adalah penting untuk memberi perhatian kepada mereka. Memandangkan CMO terkait dengan gadai janji, terdapat beberapa sebab mengapa sesetengah tranche dianggap berisiko rendah, seperti penarafan kredit peminjam atau jumlah hutang bulanan yang mereka miliki.

Begitu juga sebaliknya, tranche yang berisiko lebih tinggi akan mengandungi peminjam dengan kredit yang lebih tinggi, kadar perampasan yang lebih tinggi dan kadar faedah. Lebih rendah risiko, lebih besar kemungkinan wang anda akan dikembalikan secara keseluruhan, walaupun pembayaran anda mungkin lebih rendah. Sekali lagi, ini semua berkaitan tentang apa yang pelabur cari secara khusus dalam satu-satu kenderaan pelaburan. Mungkin para pelabur sanggup mengambil risiko jika itu bermakna mereka boleh meraih lebih banyak dalam jangka pendek.

Undur

2022-03-25 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera