Currency Trading

Perdagangan Matawang

Apakah itu perdagangan matawang?

Perdagangan matawang, juga dikenali sebagai perdagangan Forex, membolehkan pedagang meraih keuntungan daripada kenaikan atau penurunan nilai matawang. Pedagang matawang membeli dan menjual pasangan matawang, menggunakan broker Forex sebagai perantara antara pembeli dan penjual. Di samping itu, broker yang dipercayai menyediakan pelbagai perkhidmatan, seperti lindung nilai matawang (currency hedging), yang membantu pedagang membuat keputusan perdagangan dengan bermaklumat.

Apakah itu pasaran matawang?

Pasaran matawang (Forex, atau secara ringkasnya FX) adalah pasaran atas kaunter antarabangsa (OTC, over-the-counter market) di mana pedagang matawang dalam talian, pelabur, institusi kewangan, dan bank membeli dan menjual matawang dari seluruh dunia, serta mengurup dan berspekulasi dengan nilainya.

Pasaran Forex beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Pada hujung minggu dan cuti umum, perdagangan terhenti. Secara praktikal perdagangan secara tanpa henti boleh dilakukan lantaran pembahagian kepada empat sesi perdagangan:

  • Asia (sesi Tokyo), dengan pusat kewangan di Tokyo, Hong Kong, dan Singapura;
  • Eropah (sesi London), dengan pusat-pusat kewangan di Frankfurt, Zurich, Paris, dan London;
  • Amerika Syarikat (sesi New York), dengan pusat-pusat di New York dan Chicago;
  • Pasifik (sesi Sydney), dengan pusat-pusat di Sydney dan Wellington.

Sesi

Waktu pembukaan (masa EET)

Pasifik (Sydney)

00:00 - 09:00

Asia (Tokyo)

02:00 - 11:00

Eropah (London)

10:00 - 19:00

Amerika (New York)

15:00 - 00:00

Bagaimana perdagangan matawang berfungsi?

Dalam bahasa yang mudah, intipati perdagangan matawang adalah untuk berspekulasi dengan kesenjangan harga pasangan matawang. Pertumbuhan dan kejatuhan nilai suatu matawang memberikan kita peluang untuk membuat wang.

Matawang sentiasa didagangkan secara berpasangan, dengan matawang pertama dalam suatu pasangan dipanggil sebagai matawang asas dan yang kedua dipanggil matawang sebutharga. Pedagang Forex membeli satu matawang dalam suatu pasangan dan menjual yang lain secara serentak, bergantung pada unjuran dan jangkaan mereka dan bagaimana mereka meramalkan nilai matawang relatif antara satu sama lain.

Dalam perdagangan matawang, pasangan terbahagi kepada tiga kategori.

  • Pasangan major sentiasa menampilkan dolar A.S. (USD): EURUSD, USDJPY, GBPUSD, USDCHF, AUDUSD, USDCAD, NZDUSD. Ia pasangan yang paling cair dan didagangkan secara meluas di pasaran Forex.
  • Pasangan minor terdiri daripada dua matawang popular tetapi tidak mengandungi dolar A.S.: EURGBP, EURJPY, GBPJPY, EURAUD, dll.
  • Pasangan eksotik mengandungi matawang major (biasanya USD) dan matawang dari pasaran membangun atau baru muncul: USDBRL, USDCNH, USDTRY, GBPPLN, HKDJPY, dll.

Matlamat mana-mana pedagang adalah untuk menjual aset seberapa mahal yang mungkin dan membelinya semurah yang mungkin. Pedagang menggunakan kaedah analisis teknikal & fundamental, dan menggunakan indikator & robot perdagangan untuk meningkatkan efisiensi.

Faktor politik, ekonomi, alam sekitar, dan psikologi mempengaruhi kadar matawang. Berdasarkan aliran berita pasaran matawang, berdasarkan indikator tertentu, pedagang meramalkan matawang mana yang akan naik nilainya dan yang mana yang akan turun. Jika ramalan itu betul, pedagang mendapat keuntungan. Jika tidak, beliau menanggung kerugian.

Adakah perdagangan matawang sah di sisi undang-undang?

Pasaran perdagangan matawang adalah yang terbesar dan paling cair di dunia. Di kebanyakan negara, terdapat pelbagai organisasi kawal selia yang bertanggungjawab untuk pengawalan perdagangan matawang.

Sebagai contoh, di A.S., broker dan pedagang Forex mesti mempunyai lesen FCM (untuk broker) atau RFED (untuk pedagang), yang kemudiannya menjawab kepada Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC), yang mengeluarkan lesen kepada mereka, serta Persatuan Niaga Hadapan Kebangsaan (NFA).

Di EU, Forex dikawal selia oleh perintah kewangan MiFID. MiFID sah di 27 daripada 28 negara Kesatuan Eropah.

Oleh itu, perdagangan matawang adalah bentuk penjanaan keuntungan kewangan yang sah dan dikawal selia.

Apakah yang mempengaruhi matawang?

Nilai matawang dipengaruhi oleh pelbagai faktor asas, seperti inflasi dan kadar faedah, tahap hutang kerajaan, dan kestabilan politik. Biasanya, pedagang Forex mengalami kadar kemeruapan yang terbesar sebelum dan selepas pengumuman ekonomi atau politik penting kerana pedagang membuat spekulasi tentang kesan-kesannya.

Berikut beberapa faktor utama yang memberi kesan kepada matawang.

Permintaan dan penawaran

Kadar pertukaran dipengaruhi secara langsung oleh keseimbangan permintaan-penawaran. Sebagai contoh, jika majoriti pemain dalam bursa pertukaran matawang untuk satu sebab atau yang lain mahu membeli euro, nilai matawang ini akan meningkat. Pedagang yang berpengalaman harus bijak menjangkakan pergerakan matawang dunia. Untuk tujuan ini, mereka menggunakan analisis teknikal dan menjejaki pengaruh indikator makroekonomi.

Kadar faedah

Bank pusat pelbagai negara boleh mempengaruhi kadar pertukaran matawang nasional dengan signifikan menerusi pelarasan kadar pembiayaan semula. Kenaikkan kadar faedah biasanya dilakukan dengan tujuan untuk menurunkan inflasi dan memperlahankan ekonomi. Oleh itu, matawang menjadi lebih mahal dan kadar pertukaran pun meningkat.

Ketegangan geopolitik

Peristiwa geopolitik global mempunyai impak yang ketara terhadap pasaran matawang, terutamanya apabila ia berkaitan dengan matawang major. Seringkali apabila konflik ketenteraan atau perang perdagangan timbul, pedagang menyingkirkan aset berisiko dan berpusu-pusu ke aset perlindungan (safe-haven).

Bagaimana cara untuk dagangkan matawang?

Untuk memasuki pasaran matawang, mendapatkan sebutharga, dan mula berdagang, ikuti langkah-langkah ini.

Buka akaun

Pertama, anda perlu memilih broker yang dikawal selia dan andal, seperti FBS, dan kemudian membuka akaun dengan mereka. Anda boleh melakukannya di laman web FBS dan di aplikasi mudah alih FBS. Hanya isi borang pendaftaran mudah dan pilih jenis akaun (Standard, Micro, Cent, Zero Spread, ECN, atau Crypto). Setiap akaun mempunyai ciri-ciri yang berbeza, seperti spread, leverage, atau deposit minimum. Jika anda ingin menikmati terma dan syarat yang umum, mulakan dengan akaun Standard.

Pilih platform perdagangan

Sekarang anda boleh beralih ke topik pemilihan platform perdagangan. Di FBS, anda boleh memilih salah satu dari tiga platform:

  • MetaTrader 4;
  • MetaTrader 5;
  • FBS Trader.

Muat turun platform pilihan anda hanya di laman web broker dan bukan daripada sebarang sumber pihak ketiga. Pertama, mungkin terdapat Trojan, dan kedua, ia tidak akan berfungsi dengan betul kerana setiap syarikat menawarkan senarai aset mereka sendiri, penyedia sebutharga sendiri, data akaun, dll.

Membangunkan strategi perdagangan

Perdagangan matawang Forex adalah mustahil tanpa pensisteman dan pembentukan strategi yang jelas, menggunakan pola-pola pasaran yang dikenali. Setiap strategi mempunyai ciri tersendiri dan sesuai untuk gaya perdagangan tertentu.

Ada banyak strategi, dan ia berbeza dari segi masa dan jenis analisis, tempoh transaksi, saiz modal, dan sebagainya.

Kuasai kemahiran

Kunci kejayaan dalam perdagangan matawang asing ialah pembangunan dan penajaman kemahiran secara berterusan. Pemula lazimnya disyorkan untuk bermula dengan akaun Demo, di mana mereka boleh berlatih tanpa mempertaruhkan wang sebenar mereka sendiri.

Tahap seterusnya adalah bahan latihan, analisis pasaran daripada pakar terkemuka, dan mempelajari strategi baru. Banyak program khas telah dicipta untuk membantu pedagang Forex mempelajari asas-asas Forex, menganalisis trend pasaran, dan menguruskan perdagangan secara automatik. Sistem perdagangan elektronik membolehkan anda:

  • untuk mengambil bahagian dalam perdagangan sepanjang masa;
  • untuk memilih keputusan yang optimum dalam situasi yang sukar melalui pelbagai indikator dan expert advisor;
  • untuk mematuhi strategi yang telah dirancang.

Apa yang perlu anda perhatikan jika anda berdagang matawang?

Terdapat beberapa faktor yang menentukan kejayaan perdagangan matawang. Berikut beberapa perkara utama yang perlu anda berikan perhatian sejak dari awal lagi.

  • Leveraj perdagangan. Leveraj membolehkan pedagang membuat perdagangan yang bernilai lebih besar daripada modal yang ada di dalam akaun mereka sendiri. Pada peringkat permulaan, leveraj memberikan keuntungan yang signifikan dengan modal yang kecil. Pedagang yang berpengalaman menggandakan pendapatan mereka daripada perdagangan aktif menggunakannya. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan saiz leveraj yang anda pilih supaya anda tidak mendapat panggilan margin.
  • Konvensyen sebut harga yang tidak standard. Tiada sistem bersepadu yang boleh digunakan dalam menamakan pasangan matawang di pasaran Forex. Oleh itu, anda perlu memberikan perhatian kepada bagaimana harga pasangan disebut dan apa kesan pergerakan sebutharga tersebut ke atas urusniaga perdagangan anda.
  • Kos transaksi. Syarikat-syarikat broker tidak boleh bekerja secara percuma. Oleh itu, apabila membina strategi Forex, anda juga harus mengambil kira kos komisen yang dikenakan oleh broker.
  • Malangnya, fraud sentiasa ada di mana-mana bidang komersial. Jika anda ditawarkan terma yang terlalu menguntungkan, ia berkemungkinan besar satu penipuan. Jadi berhati-hati selalu dan periksa kepada siapa anda amanahkan wang anda.
  • Risiko geografi. Di negara-negara dengan matawang yang tidak stabil, sentiasa ada risiko keruntuhan atau kemeruapan yang besar. Berhati-hati apabila berurusan dengan matawang tersebut, terutamanya untuk pedagang novis.

Pasangan matawang yang paling didagangkan

Forex salah satu pasaran yang paling cair di dunia. Ia melibatkan perdagangan pelbagai pasangan matawang. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian sahaja darinya yang mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi yang paling banyak didagangkan. Berikut ialah matawang yang tertinggi di dunia:

  • EURUSD
  • USDJPY
  • GBPUSD
  • AUDUSD
  • USDCAD
  • USDCNY

Kesimpulan

Berdagang Forex sangat menarik dan mudah, kerana ia pasaran kewangan yang besar di mana anda perlu sentiasa peka dan cakna.

Anda boleh membeli dan menjual matawang dengan stabil dan menguntungkan jika anda sudah masak dengan pola-pola perdagangan di bursa, mengikuti peraturan perdagangan dan melakukan semua persediaan untuk urusniaga tersebut secara menyeluruh. Belajar teori, amalkan, latih disiplin diri dan tangani emosi anda. Dan semoga perdagangan anda menjadi satu bisnes yang menguntungkan dan berjaya.

Undur

2022-09-14 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu perdagangan Forex?

    Forex, atau dikenali juga sebagai pasaran pertukaran matawang asing atau pasaran FX, adalah pasaran paling didagangkan di dunia, dengan pusing ganti sebanyak $5.1 trilion sehari. Dalam perkataan yang mudah, perdagangan Forex adalah proses menukar matawang suatu negara menjadi matawang negara lain, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dari perubahan nilainya.

  • Apakah yang menentukan spread di dalam perdagangan Forex?

    Spread boleh menjadi lebih kecil (tipis) atau lebih besar bergantung pada pasangan matawang, waktu anda berdagang Forex dan situasi di pasaran. Di FBS, anda boleh memilih instrumen perdagangan dengan spread yang paling sesuai untuk keperluan anda: spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar (tetap) daripada 3 poin, dan sifar spread.

  • Bagaimanakah cara untuk mengurangkan spread bila berdagang Forex?

    Spread biasanya menunjukkan tahap kemeruapan. Semakin tinggi kemeruapan di pasaran Forex, spread semakin besar, terutamanya apabila tersiarnya berita yang mempengaruhi matawang. Walau bagaimanapun, urusniaga yang menawarkan potensi yang paling besar berlaku semasa kemeruapan sedang tinggi.

    Di FBS, anda boleh membuka akaun perdagangan yang menawarkan spread terapung, spread malar/tetap dan sifar spread. Pilih pasangan matawang yang paling sesuai untuk strategi perdagangan anda dan manfaatkan kemeruapan sepenuhnya.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang Forex dengan sesebuah broker?

    Langkah pertama ialah memilih broker Forex yang bereputasi. Anda boleh menyertai FBS, broker dalam talian yang sah yang dikawal selia oleh IFSC, CySEC, ASIC dan FSCA. Pelajari hal-hal asas dan tonton video tentang Forex daripada pakar pasaran FBS, uji kemahiran anda di akaun Demo, dan ceburi dunia perdagangan dengan mudah.

  • Mengapa gunakan kalkulator Pedagang?

    Kalkulator Pedagang akan membantu anda membuat keputusan perdagangan yang terbaik sebelum membuka posisi bagi instrumen yang dipilih. Ini penting kerana parameter perdagangan yang berbeza boleh menjurus kepada perubahan yang besar pada spread, diukur dalam unit pips, serta swap panjang atau pendek, dan margin. Jadi, setiap pedagang harus mengira terlebih dahulu parameter perdagangan mereka menggunakan kalkulator Forex dan pilih parameter perdagangan yang optimum.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera