Ethereum

Ethereum (ETH)

Apakah itu Ethereum?

Ethereum ialah sebuah platform blockchain yang terpencar (terdesentralisasi) yang menyokong rangkaian peer-to-peer yang melaksanakan dan mengesahkan kod aplikasi yang dipanggil kontrak pintar (smart contracts). Ether ialah matawang kripto natif blockchain Ethereum.

Kontrak pintar membolehkan para pesertanya berurusniaga dengan satu sama lain tanpa memerlukan keterlibatan satu pihak berkuasa pusat yang dipercayai. Rekod urus niaga tidak boleh diubah, boleh disahkan dan disebarkan dengan selamat ke serata rangkaian, memberikan para pesertanya pemilikan penuh dan ketelusan data transaksi. Transaksi dihantar dan diterima oleh akaun Ethereum yang dicipta sendiri oleh pengguna. Pengirim mesti menandatangani transaksi dan membelanjakan Ether, matawang kripto natif Ethereum, sebagai kos pemprosesan transaksi di rangkaian.

Vitalik Buterin, yang diberikan kredit di atas idea Ethereum, memperkenalkannya pada tahun 2014. Platform Ethereum telah dilancarkan pada 2015 oleh Buterin dan Joe Lubin, pengasas ConsenSys, sebuah syarikat pembangunan perisian blockchain.

Para pengasas Ethereum ini antara yang pertama mempertimbangkan potensi penuh teknologi blockchain selain daripada menyediakan kaedah pembayaran maya yang selamat. Sejak pelancarannya, Ethereum sebagai matawang kripto telah menjadi matawang kripto yang kedua terbesar berdasarkan nilai pasaran selepas Bitcoin.

Ethereum 2.0

Bagaimana Ethereum berfungsi?

Ethereum membolehkan anda melasanakan kod di sistem yang terpencar. Ini menghalang pihak ketiga daripada membuat perubahan pada program tersebut. Kod dijana di pangkalan data Ethereum, yang tersedia, dan boleh dikonfigurasikan untuk disimpan. Di samping itu, pangkalan data boleh dilihat oleh semua pengguna dan mereka boleh menyemak kod berkaitan sebelum bekerja dengannya.

Ini bermakna mana-mana pengguna boleh menjalankan aplikasi, yang tidak boleh dibawa ke luar talian. Di samping itu, kerana terdapat kemungkinan untuk menggunakan rangkaian secara over-the-air, iaitu secara tanpa wayar, aplikasi-aplikasi ini boleh menggunakan matawang kripto. Kontrak pintar menggunakan program untuk mencipta aplikasi dan boleh dikonfigurasikan untuk berfungsi secara mandiri tanpa campur tangan manusia.

Kelebihan Ethereum

Selain dari desentralisasi dan anonimiti, Ethereum mempunyai beberapa kelebihan lain, seperti ketiadaan penapisan (censorship). Contohnya, jika seseorang menciap sesuatu yang melampaui batas, Twitter boleh memadamnya dan menghukum pengguna tersebut. Walau bagaimanapun, di platform media sosial berasaskan Ethereum ini hanya boleh berlaku jika komuniti mengundi untuk melakukan perkara tersebut. Oleh itu, pengguna yang berbeza pendapat boleh membincangkan apa yang mereka fikirkan, dan orang ramai boleh memutuskan perkara yang patut dan tidak patut dikatakan.

Tuntutan masyarakat (community demands) juga menghalang mereka yang berniat jahat daripada membolot kawalan. Seseorang yang berniat buruk perlu mengawal 51% rangkaian ini untuk membuat perubahan, suatu yang hampir mustahil dalam kebanyakan kes. Ini jauh lebih selamat daripada pelayan yang ringkas yang boleh digodam.

Di samping itu, kontrak pintar mengautomasikan banyak tindakan yang lazimnya dilakukan oleh pihak berkuasa pusat di rangkaian tradisional. Seorang profesional bebas (freelancer), sebagai contoh di Upwork, mesti menggunakan platform ini untuk mencari pelanggan dan menyertai kontrak pembayaran. Di Web 3.0, pelanggan hanya boleh menulis kontrak pintar yang mengatakan "Jika kerja diserahkan X kali, dana yang berkenaan akan diserahkan." Peraturan-peraturan ini diprogramkan terus ke dalam kontrak berkenaan dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak setelah ia ditulis.

Tambahan lagi, mendapatkan Ether lebih mudah pada waktu ini berbanding dahulu. Syarikat seperti PayPal dan anak syarikatnya Venmo menyokong pembelian matawang kripto menggunakan matawang fiat, secara terus di dalam aplikasi. Dengan berjuta-juta pelanggan di setiap platform, lambat laun ia pasti akan diterima ramai.

Kekurangan Ethereum

Walaupun ia kelihatan seperti satu platform yang sempurna, Ethereum berhadapan dengan beberapa isu utama yang perlu ditangani.

Pertama, ia adalah kebolehskalaan. Ethereum seadanya ia sekarang adalah tepat seperti yang dibayangkan oleh Buterin, dengan jutaan pengguna berinteraksi pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh algoritma konsensus PoW, interaksi tersebut dihadkan oleh masa yang diperlukan untuk pengesahan blok serta fi gas. Di samping itu, desentralisasi juga menjadi satu halangan. Pihak berkuasa yang terpusat seperti Visa menguruskan segala-galanya dan menyempurnakan proses transaksi.

Masalah lain ialah kebolehcapaian. Ethereum menelan kos yang mahal untuk dibangunkan dan sukar untuk berinteraksi dengan pengguna yang tidak biasa dengan teknologinya. Sesetengah platform memerlukan dompet tertentu, yang bermakna anda perlu memindahkan ETH daripada dompet semasa anda ke dompet yang menepati kehendak mereka. Ini adalah langkah yang menyusahkan untuk pengguna yang sudah berakar umbi dalam ekosistem kewangan arus perdana dan tidak sesuai untuk pemula.

Akhir sekali, platform ini mempunyai dokumentasi yang ditulis dengan baik mengenai subjek tersebut. Walau bagaimanapun, mempelajari blockchain ini adalah suatu perkara yang sangat berbeza, tidak seperti menggunakannya. Jadi, apa yang Ethereum perlukan sekarang adalah pengoptimuman.

Bagaimana cara membeli ETH?

Ethereum boleh dibeli dan dijual di bursa tukaran. Untuk membeli ETH, anda perlu memilih bursa tukaran matawang kripto, membiayai akaun anda dan membuat pesanan untuk membeli ETH.

1080_1080px_Steps to buy Eutherium_14-07-2022_EN.png

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat duit dari kenaikan dan penurunan harga dengan berdagang menerusi sebuah broker. Untuk melakukan ini, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut:

  1. Buka akaun kripto.
  2. Depositkan wang.
  3. Pilih instrumen. Dalam kes kita ia adalah Ether.
  4. Analisis pasaran.
  5. Pilih saiz posisi dan buka urusniaga.

FBS menyediakan pelbagai instrumen yang berbeza untuk ETH, klik di sini untuk maklumat terperinci.

Ethereum lwn. Bitcoin

Ethereum sering dibandingkan dengan bitcoin. Walaupun ETH dan BTC mempunyai banyak persamaan, terdapat beberapa perbezaan yang penting di antara mereka.

Ethereum digambarkan oleh organisasi tersebut sebagai "blockchain yang boleh diprogramkan oleh seluruh dunia", memposisikan dirinya sebagai rangkaian elektronik yang boleh diprogram dengan pelbagai aplikasi. Blockchain Bitcoin, sebaliknya, hanya dicipta untuk menyokong matawang kripto Bitcoin.

Bilangan maksimum Bitcoin yang boleh berada di dalam edaran ialah 21 juta. Tiada had bagi jumlah ETH yang boleh ditempa, walaupun masa yang diperlukan untuk memproses blok ETH mengehadkan jumlah Ether yang boleh ditempa setiap tahun. Bilangan koin Ethereum di dalam edaran kini lebih 120 juta. Selain itu, EIP-1559 yang dinaik taraf memperkenalkan yuran asas yang dikira hangus dengan setiap transaksi Ethereum. Mekanisme ini menghapus kira 1.3 juta ETH daripada peredaran di rangkaian tersebut pada tahun 2021. Menurut CryptoRank, ETH yang telah dihanguskan bernilai $4.85 bilion.

Satu lagi perbezaan yang ketara di antara Ethereum dan Bitcoin ialah cara setiap rangkaian mengendalikan yuran pemprosesan transaksi. Yuran-yuran ini, yang dikenali sebagai gas di rangkaian Ethereum, dibayar oleh peserta yang terlibat dalam transaksi Ethereum. Rangkaian Bitcoin yang lebih meluas menyerap yuran yang berkaitan dengan transaksi Bitcoin.

Satu persamaan yang ketara antara Ethereum dan Bitcoin ialah kedua-dua rangkaian blockchain ini menggunakan jumlah tenaga yang besar. Ini kerana setiap blok blok ini dioperasikan menggunakan protokol bukti kerja (proof of work). Bukti kepentingan (proof of stake) menggunakan tenaga yang lebih sedikit. Ethereum merancang untuk berpindah ke sistem PoST – itulah yang dimaksudkan dengan istilah Ethereum 2.0. Walau bagaimanapun, perpindahan tersebut mengambil masa dan belum ada tarikh yang tepat lagi.

Kesimpulan

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, populariti blockchain Ethereum telah meroket apabila pengaturcara sistem tersebut telah menggunakannya untuk membina banyak projek kewangan dan NFT yang terdesentralisasi. Kemunculan aplikasi baharu seperti ini — antara yang pertama dijalankan pada blockchain awam — telah menyebabkan kesan rangkaian yang besar, kerana peningkatan aktiviti menarik lebih ramai pengaturcara ke Ethereum.

Walau bagaimanapun, persoalan utama kekal mengenai sama ada Ethereum, yang kini terlewat menepati jadual lantaran dari beberapa peningkatan teknologi yang kompleks, boleh bersaing dengan pesaing yang lebih fleksibel dan sama ada sebarang konsensus akan muncul mengenai fungsi jangka panjangnya apabila dunia kripto semakin berkembang.

Undur

2022-09-15 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto?

    Di FBS, anda boleh dagangkan 100+ aset kripto 24/7. Bila berdagang matawang kripto anda sebenarnya tidak memiliki koin, jadi anda bebas membuat spekulasi mengenai pergerakan harga. Anda boleh bertindak long (beli) jika anda fikir harga matawang kripto akan naik, atau short (jual) jika anda fikir ia akan jatuh. Baca analisis harian pasaran matawang kripto dari kami untuk membuat urusniaga yang menguntungkan.

  • Adakah terdapat demo perdagangan kripto?

    Jika anda mahu mencuba perdagangan kripto, pilihan terbaik adalah menggunakan demo. Broker FBS mempunyai akaun Demo Crypto dengan dana sebanyak 10K USDT untuk berlatih dan mencuba strategi perdagangan. Akaun tersebut menawarkan lebih daripada 100 aset kripto, dan ia bebas risiko. Demo perdagangan adalah peluang terbaik untuk para pemula dan juga profesional untuk meningkatkan kemahiran dan juga memutuskan jika perdagangan kripto sesuai untuk anda.

  • Platform manakah yang bagus untuk perdagangan matawang kripto?

    Salah satu kunci kejayaan dalam perdagangan kripto ialah platform yang baik. Dengan broker FBS, anda boleh memilih platform perdagangan untuk kripto: platform MT5 atau platform ciptaan FBS sendiri, aplikasi FBS Trader.

    Sudah tentu, apa yang anda pilih untuk perdagangan mata wang kripto bergantung pada keperluan anda. Kedua-dua platform menawarkan pelbagai jenis instrumen kripto: 100+ koin dan pasangan kripto. Walau bagaimanapun, FBS Trader lebih mesra pengguna dan, oleh itu, lebih baik untuk pemula yang baru mula menerokai dunia matawang kripto.

    Platform MT5 mungkin lebih lazim bagi sesetengah pedagang yang ingin dagangkan matawang kripto. MetaTrader 5 lebih maju dan mempunyai tetapan carta yang lebih terperinci.

    Jadi pilih platform yang anda suka dan cuba berdagang matawang kripto dengan FBS!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera