Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Fill or kill

Apakah itu Fill or Kill (FOK)?

Fill or Kill (FOK) ialah perintah masa bersyarat yang digunakan untuk berdagang saham, forex, logam dan tenaga. Apabila seorang pedagang/pelabur menggunakan pesanan jenis ini, broker perlulah melaksanakan semua pesanan atau membatalkannya dengan serta merta. Penutupan sebahagian atau pembukaan posisi pada pesanan FOK adalah tidak dibenarkan. Pesanan tersebut hanya boleh dilaksanakan hanya dengan volum yang dinyatakan sahaja. FOK pada asasnya ialah gabungan semua atau tiada (AON) dan pesanan segera atau batal (IOC).

Memahami Fill or Kill

Para pedagang menggunakan pesanan Fill or Kill (FOK) untuk memastikan semua pesanan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang paling singkat. Jika seorang pedagang itu menggunakan jenis pesanan yang lain, ia akan mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan kesemua pesanan. Jadi, pesanan bukan FOK yang banyak boleh mengakibatkan harga berubah atau gangguan pasaran oleh disebabkan pelaksanaan yang berpanjangan. Itulah sebabnya pemain pasaran yang berdagang dengan modal besar lebih gemar menggunakan jenis pesanan Fill or Kill.

Pesanan fill or kill vs. pesanan segera atau batal

Namun, dagangan jenis fill or kill ini tidak selalu berlaku. Sebaliknya, para pedagang lebih gemar menggunakan jenis pesanan "segera atau batal" (IOC) atau "baik sehingga dibatalkan" (GTC). IOC membenarkan pelaksanaan sebahagian daripada pesanan dengan serta merta. GTC akan mengekalkan pesanan terbuka sehinggalah pesanan tersebut dipenuhi pada harga yang khusus.

Contoh Fill or Kill

Andaikan seorang pedagang mahu membuka pesanan long trade pada XAU/USD di $1800 satu lot. Pesanan FOK akan diletakkan jika pedagang tersebut ingin membeli 1000 lot dengan serta merta, dan tidak kurang daripada itu, pada harga $1800 (atau lebih rendah). Jika broker boleh menjual 1000 lot XAU/USD untuk $1800 satu lot atau kurang, pesanan tersebut akan dipenuhi. Sebaliknya, jika broker tidak mempunyai 1000 lot XAU/USD atau tidak mahu menjualnya pada harga $1800 atau lebih murah, pesanan tersebut akan dihapuskan.

Dalam artikel ini
Apakah itu Fill or Kill (FOK)?Memahami Fill or KillPesanan fill or kill vs. pesanan segera atau batalContoh Fill or Kill

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership