Futures Contract

Kontrak Hadapan

Apakah itu kontrak hadapan?

Kontrak hadapan (futures contract) ialah kontrak untuk pembelian atau penjualan instrumen utama dengan pelaksanaan yang tertangguh. Instrumen utama atau instrumen yang mendasarinya boleh terdiri dari hampir apa sahaja: saham, komoditi, matawang.

Harga hadapan berbeza-beza bergantung pada situasi pasaran. Pembeli dan penjual kontrak hadapan menerima kewajipan untuk memenuhi kontrak pada tarikh yang dipersetujui. Nilai aset itu sendiri mungkin sudah berbeza pada masa itu, tetapi ia tidak boleh menjejaskan terma perjanjian.

Bagaimana kontrak hadapan berfungsi?

Apabila pedagang memasuki suatu kontrak hadapan, mereka menentukan nilai aset yang didagangkan di bursa dan tarikh tamat tempoh pada mana kontrak akan dilaksanakan. Jika pada masa tamat tempoh kontrak harga aset yang dibeli adalah lebih tinggi daripada apa yang dinyatakan oleh pedagang semasa kontrak dicipta, maka mereka akan menerima keuntungan.

Oleh kerana kontrak hadapan adalah sejenis derivatif, pedagang bukan sahaja boleh membeli aset, tetapi juga menjualnya. Dalam kes ini, pedagang akan mendapat keuntungan jika harga jualan lebih tinggi daripada harga aset pada masa tamat tempoh kontrak hadapan.

Kontrak hadapan adalah kontrak antara dua pihak, tetapi dengan penyertaan bursa. Bursa, yang bertindak sebagai penganjur perdagangan, menetapkan syarat untuk kontrak dan memastikan setiap pihak yang terlibat mematuhi spesifikasi.

Jenis-jenis kontrak hadapan

  • Kontrak hadapan kewangan ialah kontrak yang berkaitan dengan pembelian dan penjualan sekuriti atau indeks. Contoh instrumen kewangan yang boleh didagangkan dengan kontrak hadapan kewangan adalah indeks S&P 500 dan NASDAQ, bon perbendaharaan jangka panjang dan jangka pendek, sekuriti. Untuk menggunakan kontrak hadapan kewangan dalam perdagangan, anda mesti memahami terlebih dahulu bagaimana cara untuk berdagang saham.
  • Kontrak hadapan matawang ialah kontrak di mana matawang dibeli atau dijual pada kadar tetap tertentu dengan penghantaran selepas satu tempoh masa tertentu.
  • Kontrak hadapan tenaga adalah kontrak untuk memperoleh pendapatan apabila membeli dan menjual bahan api dan produk tenaga seperti minyak mentah dan gas.
  • Kontrak hadapan logam adalah kontrak yang memberikan pedagang akses pasaran untuk logam berharga seperti emas, perak, platinum dan paladium.
  • Kontrak hadapan bijian adalah kontrak antara pembeli dan penjual untuk pembelian atau penjualan bijian seperti jagung, oat, kacang soya, dan gandum. Kontrak hadapan bijirin didagangkan di Chicago Mercantile Exchange (CME).
  • Kontrak hadapan ternakan juga didagangkan di CME dan ia melibatkan lembu, babi, ayam pedaging, ayam belanda dll.
  • Kontrak hadapan makanan & serat juga didagangkan di CME dan ia meliputi koko, kopi, kapas, jus oren, gula, dll.

Pro dan kontra kontrak hadapan

Prospek kontrak hadapan

  • Pelabur boleh menggunakan kontrak hadapan untuk berspekulasi mengenai arah harga aset pendasar.
  • Syarikat boleh melindungi harga matawang yang mereka jual untuk melindungi diri mereka daripada turun naik harga yang mampu menjejaskannya.
  • Penjimatan pada bayaran pendahuluan. Kontrak hadapan mungkin hanya memerlukan sebahagian daripada amaun kontrak dibayar.
  • Kontrak hadapan memberikan peluang untuk meningkatkan leveraj untuk instrumen tertentu, seperti matawang kripto.

Kontra kontrak hadapan

  • Kontrak hadapan adalah instrumen yang sangat berisiko tinggi kerana ia biasanya hanya didagangkan dengan leveraj lebih besar dari 100, dan lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan harga hadapan bertukar menjadi negatif.
  • Ada potensi terlepas kelebihan harga (price advantage) yang menguntungkan. Terdapat terlalu banyak faktor yang mempengaruhi harga hadapan: dari keadaan ekonomi asing dan domestik sehinggalah kepada situasi dalaman syarikat yang menerbitkan sekuriti dan juga cuaca.
  • Wujud potensi kerugian yang besar. Pertama, kerana kontrak mempunyai tempoh berlaku yang terhad, dan kedua, kerana penghapusan margin variasi: anda sama ada perlu menambah modal ke akaun anda atau menutup posisi anda. Itulah sebabnya mengapa anda perlu sentiasa menentukan dengan jelas amaun wang yang perlu diperuntukkan untuk perdagangan, yang anda sedia untuk belanjakan.

Bagaimana kontrak hadapan didagangkan?

Kontrak hadapan boleh didagangkan oleh peserta pasaran profesional dan pelabur swasta dengan menghubungi broker. Terdapat beberapa strategi perdagangan untuk kontrak hadapan; ia bergantung pada matlamat yang ingin dicapai oleh pedagang.

  • Lindung Nilai Risiko (Risk Hedging). Kontrak hadapan boleh membantu menginsuranskan pemilik aset daripada perubahan harga yang menjejaskan kerana ia menjadikan harga tetap dan tidak memerlukan amaun penuh transaksi dibayar dengan segera. Selain itu, lindung nilai digunakan bukan sahaja dengan sekuriti, tetapi juga dengan aset sebenar, seperti bekalan bahan mentah, atau pasangan matawang.
  • Strategi perdagangan kontrak hadapan ini melibatkan pembukaan urusniaga kontrak hadapan dalam pelbagai arah dengan cara yang mendatangkan keuntungan berdasarkan perbezaan harga beli dan jual. Arbitraj boleh berlaku pada masa yang berbeza atau pada platform yang berbeza.

Dalam setiap kes, pedagang boleh membuka posisi long atau short.

  • Posisi jangka panjang tertumpu pada prospek pertumbuhan nilai aset kontrak hadapan dan, yang lebih penting, kontrak hadapan itu sendiri. Pedagang tersebut membeli kontrak hadapan untuk penghantaran aset dan, apabila nilai kontrak hadapan meningkat, beliau boleh menjualnya tanpa menunggu kontrak tamat.
  • Posisi short melibatkan spekulasi bagi situasi sebaliknya. Pada saat ramalan yang tidak menguntungkan, pedagang menjual kontrak hadapannya dan menunggu nilainya jatuh lebih rendah, kemudian dia membelinya kembali pada harga yang lebih rendah, mendapat manfaat daripada perbezaan antara harga jual dan harga beli.

Untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang strategi pedagang untuk kontrak hadapan dan kontrak hadapan, adalah berbaloi untuk membiasakan diri dengan rollover dan swap.

Bursa kontrak hadapan dunia terletak di Chicago (Chicago Mercantile Exchange, Chicago Board Of Trade), New York (New York Mercantile Exchange), London (London International Financial Futures and Options Exchange, LME). Bursa hadapan utama yang lain ialah Eurex, Bursa Kewangan Antarabangsa Perancis (MATIF), Bursa Singapura (SGX) dan Bursa Saham Australia (ASX). 

Bursa hadapan asing boleh diakses dengan bantuan broker.

Kontrak hadapan (futures) vs kontrak hadapan (forwards)

Forward ialah kontrak tertangguh dengan kewajipan yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa perbezaan asas antara Futures dan Forwards:

  • Forwards sentiasa dimeterai untuk aset sebenar: bahan mentah, mata wang, sekuriti. Futures boleh dimeterai untuk indeks atau kadar faedah.
  • Forwards bukan sahaja menentukan terma penghantaran dan nilai kontrak, tetapi juga syarat-syarat lain, termasuk aset itu sendiri. Ertinya, futures lebih terpiawai.
  • Forward adalah urus niaga over-the-counter, manakala kontrak futures hanya boleh disimpulkan di bursa saham.
  • Forwards tidak diinsuranskan untuk kegagalan penghantaran, manakala futures dikawal selia oleh rumah penjelasan bursa (exchange clearing house).

Contoh kontrak hadapan futures

Kontrak terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada fitrah pemenuhan kewajipan.

  • Futures yang boleh dihantar (deliverable futures) membawa maksud tersirat bahawa kontrak tersebut adalah berlandaskan aset yang mesti dihantar dan dibayar pada akhir kontrak. Iaitu, jika futures tersebut bermaksud penghantaran 1,000 tong minyak pada satu tarikh tertentu, jenis kontrak ini dipanggil kontrak hadapan (futures) yang boleh dihantar.
  • Futuresyang diselesaikan secara tunai boleh dimeterai untuk sebarang aset, termasuk indeks, kadar faedah dan apa-apa lagi yang tidak boleh dihantar atau disentuh. Dalam kes sedemikian, terdapat pengiraan semula keuntungan dan kerugian pada akhir kontrak. Sifat tidak nyata futures membolehkan ia digunakan untuk menginsuranskan risiko di pasaran saham.

Kesimpulan

Kontrak hadapan memberikan pedagang alat yang canggih untuk berdagang di pelbagai pasaran yang berbeza. Alat-alat ini berguna untuk pengurusan risiko. Walau bagaimanapun, bagi pemula yang tidak memahami struktur pasaran, kontrak hadapan futures boleh kelihatan rumit. Jika anda ingin belajar cara berdagang dari awal, adalah lebih baik untuk bermula dengan instrumen yang mudah dan mudah difahami, dan beralih ke derivatif hanya apabila anda menunjukkan hasil perdagangan yang positif. Potensi untuk meningkatkan pendapatan anda melalui penggunaan leveraj mungkin tampak menari menarik tetapi ia juga boleh menjadi malapetaka bagi pedagang yang tidak berpengalaman.

Undur

2022-12-07 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara menggunakan kalendar perolehan dalam perdagangan saham?

    Kalendar perolehan saham FBS akan membantu anda menjangkakan pergerakan harga di musim perolehan. Jadi, anda boleh mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari kemeruapan pasaran saham.

    Adalah mustahil untuk mengikuti laporan perolehan setiap syarikat, jadi pilih hanya beberapa syarikat kegemaran anda di kalendar. Anda boleh saring berdasarkan tarikh, simbol, dan negara. Sesudah anda pilih sebuah syarikat, buka Kalendar Ekonomi dan bandingkan data sebenar dengan data unjuran:

    • jika syarikat berkenaan berjaya mengatasi unjuran, sahamnya berupaya naik;
    • jika syarikat berkenaan tersasar dari mengenai unjuran, harga sahamnya boleh jatuh.

    Namun anda boleh meraih keuntungan dari kedua-dua senario dengan bertindak long (beli) dan short (jual).

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera