Indices

Indeks

Apakah itu indeks?

Terdapat ratusan ribu syarikat yang sekuritinya didagangkan di bursa saham. Indeks berguna apabila anda perlu menjejaki perubahan harga sekuriti yang tidak terkira banyaknya dan memahami sentimen pasaran. Indeks membolehkan kita menilai keadaan pasaran saham secara menyeluruh dan menentukan kedudukan semasa dalam kitaran ekonomi.

Pelabur menggunakan indeks saham untuk menganggar situasi di platform perdagangan dan untuk meramal keberhasilan perdagangan di masa hadapan. Indeks dikira untuk pelbagai negara, industri atau untuk sekumpulan sekuriti tertentu: saham, bon dan aset-aset lain.

Bagaimanakah indeks pasaran saham dikira?

Indeks dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kaedah pengiraan mereka. Antara yang paling lazim ialah:

  • Indeks aritmetik. Harga pasaran saham-saham yang termasuk di dalam indeks ini dijumlahkan dan jumlah yang terhasil dibahagikan dengan bilangan saham-saham tersebut.
  • Indeks purata berwajaran. Pengiraan melibatkan pendaraban setiap nombor dalam set data dengan pemberat (wajaran) yang telah ditetapkan. Dalam indeks wajaran harga, saham setiap syarikat diberikan pemberat berdasarkan dengan harga sesahamnya, dan indeks ini ialah purata harga saham semua syarikat yang terlibat. Hasilnya, saham dengan harga yang lebih tinggi mempunyai kesan yang lebih besar terhadap pergerakan indeks berbanding dengan saham yang harganya lebih rendah. Contoh indeks yang sedemikian ialah Dow Jones Industrial Average (DJIA). Dalam indeks berwajaran permodalan, juga dikenali sebagai indeks berwajaran nilai pasaran, pemberat suatu saham ditentukan oleh jumlah permodalan pasarannya. Dalam indeks yang sedemikian, saham dengan permodalan pasaran yang lebih besar mempunyai wajaran yang lebih tinggi dan sebarang pergerakan dalam harga saham mereka akan memberi kesan yang lebih besar kepada prestasi indeks. Contoh yang paling lazim bagi indeks sedemikian ialah Standard & Poor's 500 (S&P 500).
  • Indeks purata geometri. Ia dikira berdasarkan kadar pertumbuhan harga saham. Indeks jenis ini termasuklah Indeks FT 30 yang dicipta oleh Financial Times dan Value Line Composite Geometric Index.

Kelebihan perdagangan indeks

Secara umumnya, indeks mempunyai beberapa kegunaan.

  • Untuk mendapatkan idea tentang dinamik umum sebut harga saham bagi suatu kumpulan tertentu (syarikat, negara, industri, dll.). Selalunya data ini digunakan untuk perdagangan spekulatif.
  • Mendapatkan maklumat tentang sikap pelabur. Jika indeks meningkat bermakna pelabur mempunyai sikap yang positif terhadap pelaburan dalam saham tertentu.
  • Pemantauan indeks dalam satu jangka masa yang panjang memberi gambaran tentang iklim pelaburan di sesebuah negara.
  • Selalunya, selain daripada nilai indeks itu sendiri, maklumat tentang jumlah pusing ganti saham syarikat konstituennya juga turut disiarkan. Perubahan angka-angka ini memberi petunjuk tentang aktiviti keseluruhan para pedagang di pasaran tersebut dalam transaksi sekuriti jenis tertentu.

Apakah indeks yang paling banyak didagangkan?

Indeks antarabangsa yang paling terkenal yang boleh anda dagangkan di FBS termasuklah:

  • Indeks NASDAQ 100 (US100),
  • Indeks FTSE 100 (UK100),
  • Indeks Nikkei 225 (JP225),
  • Indeks Saham Australia (AU200).

Bagaimana untuk memilih indeks yang mahu didagangkan?

Untuk memilih indeks untuk didagangkan, pertama sekali, anda perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sebut harga. Iaitu:

  • Indikator makroekonomi. KDNK, tahap pengeluaran perindustrian, imbangan perdagangan. Malah tahap inflasi dan pengangguran juga boleh memberi kesan kepada sebut harga. Sebagai contoh, peningkatan pengangguran bersama dengan indikator-indikator lain mungkin menunjukkan penurunan dalam penggunaan, seterusnya diikuti dengan penurunan dalam hasil syarikat.
  • Peristiwa ekonomi dan politik. Pilihanraya AS, konflik ketenteraan, sekatan ekonomi, perang perdagangan, perjanjian perdagangan antarabangsa semuanya menjejaskan keuntungan masa depan syarikat, dan seterusnya, menjejaskan indeks.
  • Sentimen pedagang. Ini adalah tanggapan pedagang terhadap pasaran dan prospek ekonomi. Pendapat majoriti memainkan peranan yang besar.

Niaga hadapan indeks untuk lindung nilai

Niaga hadapan indeks ialah sejenis kontrak di mana indeks saham berfungsi sebagai aset pendasar. Dalam erti kata lain, ia menggabungkan kualiti kedua-dua kontrak niaga hadapan dan indeks saham.

Pelabur sering menggunakan niaga hadapan indeks untuk lindung nilai, membuka posisi short untuk saham-saham yang ada di dalam portfolio mereka. Aset-aset pendasar yang berkenaan bukanlah saham satu syarikat tunggal, tetapi sebilangan syarikat. Ini bermakna risiko kemeruduman sepenuhnya adalah minimum. Walaupun di waktu krisis, pelabur yang melindung nilai portfolio mereka dengan niaga hadapan indeks dapat bertahan dengan kerugian yang minimum atau tanpa kerugian langsung.

Menggunakan niaga hadapan indeks untuk berspekulasi

Selain lindung nilai, pedagang yang berpengalaman menggunakan niaga hadapan indeks untuk berspekulasi mengenai pergerakan harga indeks. Ini bermakna pedagang membeli atau menjual niaga hadapan indeks untuk bertaruh pada arah harga sekumpulan aset.

Kesimpulan

Indeks saham bukan sekadar maklumat analisis. Ini ialah alat kerja yang lengkap, yang dengannya anda boleh membuat transaksi bebas, menilai situasi industri dan membuat analisis fundamental pasaran. Selain daripada itu, risiko perdagangan indeks sentiasa lebih rendah daripada risiko melabur dalam saham individu.

Undur

2023-05-25 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu perdagangan indeks?

    Indeks mengukur perubahan harga sekumpulan saham tertentu dari masa ke semasa. Ia membolehkan pedagang memperdagangkan nilai banyak syarikat sebagai satu produk tunggal. Indeks pasaran saham juga digunakan untuk menjejak prestasi suatu industri, ekonomi, atau sektor secara umum.

    Berikut adalah beberapa indeks utama dunia:

    • Dow Jones (US30) – menjejak 30 syarikat gergasi AS yang diperdagangkan secara terbuka
    • S&P 500 (US500) – menjejak 500 syarikat AS berpermodalan besar
    • FTSE 100 (UK100) – menjejak 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham London
    • Australia 200 (AU200) – menjejak 200 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia
    • Nikkei 225 (JP225) – menjejak 225 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo

    Oleh kerana indeks pada dasarnya adalah angka yang mencerminkan kemantapan pasaran atau ekonomi, indeks tidak dapat dibeli atau dijual secara langsung. Oleh itu, anda boleh memperdagangkan indeks melalui CFD (Kontrak untuk Perbezaan), ETF (Exchange-Traded Funds), dana indeks, niaga hadapan indeks, atau opsyen.

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan indeks?

    Cara yang paling popular untuk bermula dalam perdagangan indeks adalah menerusi CFD. Instrumen kewangan ini membolehkan para pedagang meraih keuntungan dari perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan aset pendasar – dalam kes ini, aset pendasarnya adalah indeks. Anda boleh memperdagangkan indeks dalam kedua-dua arah, sama seperti senario apabila anda memperdagangkan pasangan matawang. Anda mampu meraih keuntungan dari kenaikan dan penurunan harga.

    Sebagai contoh, jika anda fikir indeks akan naik, buka posisi long (beli). Tetapi jika anda fikir indeks akan jatuh, buka posisi short (jual).

    Untuk berdagang indeks saham dengan berkesan, pertama anda perlu memahami apa yang mempengaruhi harganya. Secara umumnya iaa didorong oleh berita (cth. laporan perolehan), masalah politik, dan keadaan ekonomi global. Anda juga boleh menggunakan analisis teknikal.

    Ketahui lebih lanjut tentang cara berdagang indeks menerusi video yang disediakan oleh pakar-pakar pasaran FBS.

  • Apakah risiko-risiko yang terlibat dalam perdagangan indeks?

    Perdagangan indeks dianggap sebagai salah satu bentuk perdagangan yang agak selamat terutamanya untuk pelaburan jangka panjang kerana anda menyerakkan risiko anda ke seluruh segmen saham, berbanding hanya satu saham dalam perdagaangan biasa.

    Walau bagaimanapun, masih wujud beberapa risiko kemeruapan. Indeks saham boleh naik atau turun atas pelbagai sebab. Tetapi pergerakan harga yang tidak diingini boleh menyebabkan kerugian, terutama jika anda tidak dapat bertindak balas dengan segera terhadap perubahan harga.

    Mengumpulkan maklumat dan pendapat dari berita dan analisis akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik. Adalah idea yang baik untuk menggunakan alat pengurusan risiko. Memilih alat seperti Renti Rugi, Limit Order, dan Trailing Stops akan membantu anda melindungi diri anda daripada terbakar akibat bahang kemeruapan.

  • Indeks vs Forex: Apakah perbezaannya?

    Kemeruapan. Pasaran Forex sangat meruap. Anda perlu meramalkan pergerakan satu pasangan matawang tunggal, yang boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Sebaliknya, semasa memperdagangkan indeks, anda meramalkan pergerakan suatu pasaran saham tertentu, yang kemeruapan nilainya lebih rendah.

    Kecairan. Sesetengah indeks pasaran saham kurang cair berbanding pasaran Forex (iaitu pasaran yang terbesar dan paling cair di seluruh dunia).

    Strategi masa. Perdagangan indeks mungkin lebih sesuai untuk pedagang jangka panjang. Melihat dari satu sisi lain pula, perdagangan Forex cenderung lebih menyenangkan bagi pedagang jangka pendek yang lebih suka meraih keuntungan dari perubahan-perubahan kecil pada harga.

    Leveraj. Di FBS, perdagangan Forex menawarkan leveraj yang maksimum – 1: 3000. Indeks diperdagangkan dengan leveraj sehingga 1:33.

    Perlu diingat bahawa adalah lebih baik untuk memilih instrumen perdagangan bergantung pada strategi perdagangan, tahap pengetahuan, pemahaman tentang pasaran yang berkenaan, dan toleransi risiko anda.

  • Pada pukul berapakah saya boleh dagangkan indeks?

    Anda boleh dagangkan indeks pada masa aktif pasaran bagi indeks yang dipilih. Untuk indeks-indeks AS, waktu perdagangan bermula dari 15:00 hingga 00:00 masa MT. Lihat senarai penuh waktu pasaran untuk perdagangan indeks.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera