Solana

Solana

Memandangkan permintaan untuk Ethereum, rangkaian blockchain yang paling banyak digunakan, telah melonjak pada tahun 2021, projek lain telah muncul untuk memberikan persaingan. Salah satu di antaranya ialah Solana, blockchain dengan matawang kripto natif yang dipanggil SOL, digunakan untuk membayar yuran transaksi dan staking. SOL juga memberi pemegangnya hak untuk mengundi dalam peningkatan dan kemaskini di masa hadapan.

Solana ialah platform pengkomputeran kripto yang mensasarkan untuk mencapai kelajuan transaksi yang tinggi tanpa menjejaskan desentralisasi. Ia menggunakan pendekatan baru, termasuk mekanisme "proof of history".

Sejarah Solana

Dicipta pada 2017 oleh Anatoly Yakovenko, bekas eksekutif di Qualcomm, Solana menerapkan model konsensus hibrid yang inovatif yang menggabungkan algoritma proof-of-history (PoH) yang unik dengan enjin penyegerakan sepantas kilat, iaitu suatu versi proof-of-stake (PoS). Oleh sebab itu, rangkaian Solana secara teorinya boleh memproses lebih 65 000 transaksi sesaat (TPS) tanpa memerlukan sebarang penyelesaian penskalaan.

Blockchain Solana telah dilancarkan semasa ledakan tawaran koin awal (ICO, initial coin offering) pada tahun 2017. Keputusan ujian dalaman projek itu diumumkan pada 2018, diikuti dengan beberapa fasa ujian yang membawa kepada pelancaran rasmi rangkaian utamanya pada tahun 2020.

Pada tahun 2021, SOL telah naik 12,000%. Kini Solana ialah matawang kripto yang keenam terbesar, dengan permodalan pasaran lebih $30 bilion dan harga tertinggi sepanjang masa sebanyak $250.

solana.png

Apakah yang menjadikan Solana unik?

Apabila Satoshi Nakamoto mencipta Bitcoin lebih sedekad yang lalu, ia menyelesaikan satu masalah yang rumit: bagaimana caranya untuk membolehkan orang-orang yang saling tidak mengenali di mana-mana sahaja di dunia membuat transaksi kewangan melalui internet tanpa melibatkan pemproses pembayaran seperti Visa atau PayPal sebagai orang tengah.

Teknologi yang membolehkan transaksi yang terdesentralisasi dan mewujudkan seluruh alam jagat matawang kripto yang kita kenali sekarang dipanggil blockchain. Tetapi blockchain biasanya mempunyai satu kelemahan utama berbanding rangkaian yang terpusat seperti yang digunakan oleh syarikat kad kredit: ia perlahan. Sehingga Mei 2022, Ethereum biasanya memproses kurang daripada 15 transaksi sesaat, berbanding dengan puluhan ribu untuk rangkaian Visa.

Solana salah satu daripada banyak penyelesaian kripto baharu yang cuba menjadikan rangkaian kripto lebih pantas dan boleh diskalakan. Ia menggunakan teknologi pintar, termasuk mekanisme "proof of history".

Mengapa menggunakan proof-of history?

Sistem ini merendahkan kependaman (latency) dan meningkatkan daya pemprosesan kerana pemimpin slot boleh menstrim transaksi kepada pengesah yang lain dalam masa nyata dan bukannya menunggu untuk mengisi keseluruhan blok dan menghantarnya sekali gus.

Memandangkan pengesah menyimpan kiraan masa, mereka boleh mengecop setiap transaksi yang masuk dengan nilai proof-of-history. Nod lain boleh menyusun urusniaga dengan betul di dalam blok walaupun ia tidak distrim dalam susunan kronologi. Nod lain kemudiannya boleh mengesahkan transaksi ini apabila ia masuk, bukannya menyemak keseluruhan blok transaksi sekaligus.

Ethereum vs. Solana

Seperti Ethereum, Solana ialah matawang kripto dan platform yang fleksibel untuk menjalankan aplikasi kripto. Selain dari itu, kedua-duanya mempunyai keupayaan kontrak pintar. Kontrak pintar, atau koleksi kod yang melaksanakan arahan di rantaian blok, adalah unsur utama dalam operasi kewangan yang terdesentralisasi, atau DeFi, aplikasi dan token tidak sepiawai, atau NFT.

Walau bagaimanapun, Solana mempunyai beberapa kelebihan berbanding Ethereum. Inovasi utamanya adalah kepantasan menerusi sekumpulan teknologi baharu, termasuk mekanisme konsensus yang dipanggil “proof of history”. Solana boleh memproses sekitar 65 000 transaksi sesaat — berbanding 15 atau kurang untuk Ethereum. Satu lagi kelebihan Solana ialah yuran yang jauh lebih rendah berbanding Ethereum, menjadikannya lebih menarik untuk pengguna biasa.

Kesimpulan

Solana ialah matawang kripto yang berpotensi besar kerana ia sesuai dengan pengguna biasa dan pencipta aplikasi terdesentralisasi. Lebih-lebih lagi, hari ini ia adalah projek yang sangat disyorkan yang akan kekal di pasaran untuk masa yang lama supaya pedagang boleh memastikan mereka tidak akan melihat keseluruhan deposit mereka hangus bila berdagang SOL.

FBS menawarkan perdagangan SOLUSD dengan leverage 1:2, membantu pedagang kami menguruskan risiko dan memperoleh matawang kripto yang terbaik.

Undur

2022-05-30 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Berapa banyak transaksi yang boleh dilakukan oleh Solana dalam masa sesaat?

    Solana mempunyai keupayaan pemprosesan teoretikal sebanyak 65 000.

  • Apakah mekanisme konsensus yang Solana gunakan?

    Solana menggunakan proof-of-stake serta protokol yang dikenali sebagai proof-of-history.

  • Berapakah purata yuran transaksi untuk Solana?

    Yuran purata untuk Solana hanyalah $0.00025.

  • Berapakah kos untuk mendapatkan SOL?

    $62 pada 11 Mei

  • Bolehkah seorang pemula menjana keuntungan apabila berdagang kripto?

    Terdapat risiko untuk berdagang kripto, tetapi ia juga berpotensi untuk memberikan keuntungan yang tinggi. Anda cuma perlukan menggunakan pendekatan yang tepat. Sebagai contoh, analisis matawang kripto akan banyak membantu anda. Anda boleh ikuti berita-berita kripto dan sentiasa mengikuti perkembangan peluang terbaru yang ada di pasaran. Dan juga, anda boleh mendapatkan strategi bagi perdagangan kripto di sini.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera