-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Spot Market
Pasaran Spot
Apa itu pasaran spot?
Pasaran spot, juga dikenali sebagai pasaran tunai, adalah pasaran kewangan awam di mana aset didagangkan serta-merta. Pembeli membeli aset daripada penjual untuk fiat atau aset lain, seperti komoditi, matawang, dan sekuriti. Penghantaran biasanya segera, tetapi ia bergantung kepada aset yang didagangkan dan boleh diselesaikan dalam masa T+2 hari. Kami akan terangkan secara terperinci di bawah.
Pasaran spot boleh dianggap sebagai asas untuk semua jenis perdagangan lain kerana ia mencerminkan sebut harga yang tepat, yang menjadi asas untuk jenis perdagangan yang lain.
Walaupun pasaran spot melibatkan transaksi segera dengan penghantaran yang hampir serta-merta, dalam pasaran hadapan dan niaga hadapan, kontrak dibayar kemudian. Pembeli dan penjual bersetuju untuk saling bertukar sejumlah aset pada harga yang telah ditentukan pada masa hadapan. Dalam kes-kes di mana kontrak tamat pada tarikh penyelesaian, pembeli dan penjual biasanya menyelesaikan dalam bentuk tunai, bukannya menyerahkan aset.
Apakah itu harga spot?
Harga pasaran semasa suatu aset dipanggil harga spot. Itulah harga aset yang didagangkan di bursa, tertakluk kepada pembayaran dan penghantaran segera. Harga ini sering digunakan sebagai indikator situasi di pasaran. Harga spot dikemas kini dalam masa nyata dan berubah apabila pesanan dipadankan.
Apakah aset yang didagangkan di pasaran spot?
Pelbagai instrumen kewangan tersedia untuk didagangkan di pasaran saham, bon, bil perbendaharaan, matawang dan komoditi. Pasaran pertukaran matawang asing adalah yang terbesar di dunia, dan matawang asing adalah aset yang paling aktif didagangkan di pasaran spot. Komoditi seperti tenaga, logam, pertanian, dan ternakan juga mendapat permintaan. Di kalangan komoditi, minyak mentah adalah yang paling aktif didagangkan.
Ciri-ciri pasaran spot
Berikut adalah ciri-ciri khusus yang paling menyerlah untuk pasaran spot:
Penggunaan harga spot
Dengan pesanan pasaran (market order) di bursa pasaran spot, anda boleh membeli atau menjual aset pada harga spot yang terbaik yang tersedia. Walau bagaimanapun, sentiasa wujud risiko bahawa harga pasaran akan berubah ketika pesanan dilaksanakan. Harga spot dikemas kini dalam masa nyata dan berubah apabila pesanan dipadankan.
Terma penghantaran aset
Bergantung pada aset, penghantaran sama ada segera atau dalam masa T+2 hari. T+2 bermaksud tarikh semasa ditambah dua hari bekerja.
Terma pemindahan dana
Dana dipindahkan serta-merta atau juga dalam masa T+2 hari.
Jenis-jenis pasaran spot
Perdagangan spot tidak terhad kepada mana-mana lokasi tertentu. Setiap pasaran spot mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Walaupun kebanyakan orang terlibat dalam perdagangan spot di bursa, seseorang juga boleh berdagang secara langsung dengan pedagang lain tanpa penglibatan pihak ketiga. Jual beli yang sedemikian dikenali sebagai urusniaga over-the-counter.
Over the Counter (OTC)
Apabila instrumen kewangan didagangkan secara langsung antara pembeli dan penjual, perdagangan sedemikian dipanggil over-the-counter (OTC). Harga aset adalah tetap, dan anda membayar amaun yang tetap kepada pihak satu lagi. Ciri khas pasaran spot adalah bahawa tiada kredit atau margin digunakan untuk perdagangan; semua orang berdagang hanya dengan dana yang mereka ada pada masa tersebut.
Bursa pasaran
Bursa pasaran spot mengawal selia perdagangan aset, bertindak sebagai perantara antara dealers dan pedagang.
Tanggungjawab bursa pasaran spot yang sebegitu terpusat termasuk memastikan transaksi tanpa gangguan, pematuhan undang-undang prosedur pembelian dan penjualan, mengawal selia harga, serta memastikan ekonomi penuh (full economy) dan sebarang keselamatan lain untuk pelanggan mereka semasa bertransaksi.
Bursa pasaran spot beroperasi dalam talian sepanjang masa, membolehkan pengguna dan pedagang membuat transaksi pada bila-bila masa dan mendapatkan aset mereka dengan lebih cepat berbanding dengan perdagangan OTC.
Bursa Saham New York (NYSE) adalah contoh utama bursa pasaran spot untuk membeli dan menjual saham.
Pasaran spot: contoh
Pasaran spot termasuk kedua-dua pasaran komoditi, di mana bahan mentah didagangkan untuk wang tunai, dan pasaran matawang, di mana mata wang asas ditukar secara fizikal selepas tarikh penyelesaian. Di samping itu, pasaran saham di mana saham didagangkan dalam masa nyata juga boleh dianggap sebagai pasaran spot.
Pro dan kontra pasaran spot
Pasaran spot mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang perlu anda ketahui.
Pro Pasaran Spot
- Persekitaran perdagangan yang telus. Harga dikawal selia hanya oleh bekalan dan permintaan di pasaran.
- Peluang untuk mencari peluang berurusniaga yang lebih baik. Cukup mudah untuk masuk dan keluar dari pelbagai urusniaga perdagangan.
- Aset mudah meruap yang membolehkan anda menjana lebih banyak pendapatan dengan membeli dan menjual.
- Perdagangan dibuat on-the-spot – anda boleh berdagang dalam masa nyata.
- Tiada keperluan modal minimum.
- Keuntungan operasi yang boleh diramalkan.
Kontra Pasaran Spot
- Kemungkinan berdagang dengan harga yang tinggi. Jika volatiliti aset adalah tinggi, pedagang mungkin tidak mencapai harga yang betul dan mengalami kerugian.
- Sekiranya anda rugi dalam pelaburan anda, anda bertanggungjawab di atas tindakan anda sendiri.
- Kekurangan perancangan. Biasanya tiada perancangan dalam urusniaga spot.
- Impak risiko lalai (default risk) pihak lawan.
- Risiko dalam perdagangan pertukaran matawang asing.
Kesimpulan
Perdagangan di pasaran spot salah satu cara yang paling biasa untuk berdagang. Walaupun perdagangan di pasaran spot mungkin kelihatan sukar, mengetahui kelebihan, kekurangan, dan strategi yang berpotensi akan membantu anda menghadapinya.
Di samping mengetahui asas-asas, anda harus mempertimbangkan untuk mengkaji analisis teknikal, fundamental, dan trend pasaran.
2023-05-08 • Dikemaskini