Spread

Spread

Untuk membincangkan takrifan spread, mari kita mulakan dengan harga bid dan harga ask.

Anda pasti pernah temui istilah ini bila menukarkan wang di bank. Pernahkah anda perasan betapa satu harga lebih tinggi dan satu lagi lebih rendah? Harga yang lebih rendah adalah harga pada mana bank membeli matawang dari anda, dan harga yang lebih tinggi adalah harga pada mana ia menjualkan matawang berkenaan kepada anda. Perbezaan antara dua harga ini dipanggil spread. Spread adalah pendapatan yang diperolehi bank dari operasi tukaran matawang yang ia lakukan untuk seseorang pelanggan.

Spread FX juga serupa dengan contoh tadi. Untuk bergiat di forex, anda perlukan broker yang akan melaksanakan operasi anda. Adakah mereka akan lakukannya secara percuma? Pasti sekali tidak. Komisen yang anda akan bayar kepada broker dipanggil spread.

Cara mengira spread forex. Ada dua harga di carta: bid (lebih rendah) dan ask (lebih tinggi). Baca lebih lanjut tentang dua harga ini di dalam artikel kami. Perbezaan di antara kedua-dua harga tersebut dipanggil spread. Untuk mengira spread dengan lebih pantas, cuba kalkulator FBS.

Bila berdagang dengan FBS, anda boleh pilih beberapa jenis spread: terapung (floating), tetap (fixed), atau tiada spread. Jenis-jenis ini bergantung kepada jenis akaun perdagangan yang anda pilih.

Spread tetap adalah pilihan yang terbaik untuk para pedagang kerana mereka sentiasa tahu seberapa banyak yang mereka akan bayar bagi suatu dagangan.

Spread terapung adalah spread yang berubah-ubah sepanjang masa bergantung kepada keadaan pasaran dan isu penawaran-permintaan.

Tiada spread atau spread 0 pip adalah pilihan untuk berdagang tanpa spread. Sebaliknya, anda akan membayar komisen.

Undur

2022-07-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu spread dalam perdagangan saham?

    Spread dalam urusniaga saham ialah perbezaan di antara harga tertinggi yang pembeli sanggup bayar (bid) dan harga terendah yang penjual sudi terima (ask). Sebagai contoh, kadar bid/ask untuk saham Tesla ialah $673.30/$673.58. Anda akan membeli saham pada harga ask yang lebih tinggi sebanyak $673.58 dan menjualnya pada harga bid yang lebih rendah sebanyak $673.30. Di dalam contoh ini spread adalah sebanyak 0.28 poin. FBS menawarkan spread yang kompetitif di pasaran saham.

  • Bagaimanakah spread berfungsi dalam kripto?

    Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.

    Spread salah satu kos yang paling utama dalam perdagangan, termasuk dalam perdagangan matawang kripto. Broker FBS menawarkan spread kripto yang kompetitif dan pelaksanaan pesanan yang pantas untuk perdagangan kripto yang lebih mudah. Jadi jika anda sedang mencari broker matawang kripto, pertimbangkan untuk mencuba FBS.

  • Apakah pasangan eksotik yang mempunyai spread yang terbaik di FBS?

    Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.

    Broker FBS menawarkan spread yang kompetitif untuk Forex eksotik. Untuk memastikan perkara ini, anda boleh menyemak USDZAR, USDMXN, dan USDTRY dan lihat pada spreadnya. Anda boleh memilih pasangan Forex eksotik anda dan mula berdagang dengan FBS.

  • Apakah yang menentukan spread di dalam perdagangan Forex?

    Spread boleh menjadi lebih kecil (tipis) atau lebih besar bergantung pada pasangan matawang, waktu anda berdagang Forex dan situasi di pasaran. Di FBS, anda boleh memilih instrumen perdagangan dengan spread yang paling sesuai untuk keperluan anda: spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar (tetap) daripada 3 poin, dan sifar spread.

  • Apakah yang menyebabkan spread yang tinggi dalam Forex?

    Spread biasanya menjadi lebih besar dengan meningkatnya kemeruapan atau dengan kecairan yang rendah disebabkan oleh perdagangan di luar waktu puncak. FBS menawarkan senarai spread yang kompetitif dengan spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar/tetap daripada 3 poin dan sifar spread. Mula berdagang Forex dengan syarat yang menguntungkan sekarang.

  • Bagaimanakah cara untuk mengurangkan spread bila berdagang Forex?

    Spread biasanya menunjukkan tahap kemeruapan. Semakin tinggi kemeruapan di pasaran Forex, spread semakin besar, terutamanya apabila tersiarnya berita yang mempengaruhi matawang. Walau bagaimanapun, urusniaga yang menawarkan potensi yang paling besar berlaku semasa kemeruapan sedang tinggi.

    Di FBS, anda boleh membuka akaun perdagangan yang menawarkan spread terapung, spread malar/tetap dan sifar spread. Pilih pasangan matawang yang paling sesuai untuk strategi perdagangan anda dan manfaatkan kemeruapan sepenuhnya.

  • Pasangan matawang Forex manakah yang menampilkan spread yang terendah?

    Secara amnya, spread pasangan matawang EURUSD adalah yang terendah. Di FBS, anda boleh dagangkan EURUSD bermula dari 0 pip dengan akaun ECN.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera