Trailing Stop

Trailing Stop

Pesanan Trailing Stop (Rentian Mengekor) atau menetapkan harga renti rugi pada jarak sekian peratusan atau sekian bilangan poin yang malar di bawah atau di atas harga semasa aset. Artikel ini akan memberitahu cara-cara menggunakan Trailing Stop Loss harga (trailing stop loss) dan bagaimana strategi ini boleh mempengaruhi strategi perdagangan anda.

Apakah itu trailing stop?

Trailing Stop (Rentian Mengekor) ialah varian bagi pesanan renti rugi biasa yang boleh ditetapkan agar terletak sejauh sebanyak sekian peratusan atau sejumlah wang tertentu daripada harga pasaran semasa aset. Untuk posisi long, pedagang meletakkan Trailing Stop di bawah harga pasaran semasa, dan untuk posisi short, peniaga meletakkan Trailing Stop di atas harga pasaran semasa.

Trailing Stop direka untuk melindungi keuntungan dengan membenarkan urusniaga kekal terbuka dan terus membuat keuntungan selagi harga bergerak memihak kepada pelabur. Pesanan ditutup jika urusniaga berkenaan jika harga berubah arah dan bergerak songsang sebanyak sekian peratusan atau sekian jumlah wang yang telah ditetapkan.

Trailing Stop Loss biasanya diletakkan pada masa yang sama ketika urusniaga dibuka, walaupun ia juga boleh diletakkan setelah itu.

Bagaimana Trailing Stop Loss berfungsi?

Trailing Stop Loss hanya bergerak ke satu arah kerana ia direka untuk mengunci keuntungan atau mengehadkan kerugian. Jika Trailing Stop Loss 10% ditambah ke posisi long, urusniaga beli akan ditutup jika harga turun 10% daripada harga puncak selepas pembelian. Trailing Stop Loss menganjak ke atas hanya selepas paras tinggi baru telah terbentuk. Sebaik sahaja Trailing Stop telah menganjak ke atas, ia tidak lagi boleh mengundur ke bawah.

Rentian mengekor adalah lebih fleksibel berbanding pesanan renti rugi statik kerana ia menjejaki arah harga aset secara automatik dan tidak perlu ditetapkan semula secara manual seperti renti rugi statik.

Pelabur boleh menggunakan Trailing Stop Loss untuk mana-mana kelas aset jika broker menyediakan pesanan jenis ini untuk pasaran yang didagangkan. Trailing Stop Loss boleh ditetapkan sebagai limit order atau market order.

Bagaimana untuk menetapkan Trailing Stop Loss dalam MetaTrader 5

Untuk menetapkan Trailing Stop dalam MT5, anda perlu membuat beberapa langkah:

  • Pergi ke dashboard dan pilih urusniaga yang anda ingin laras tetapan Trailing Stopnya.
  • Klik kanan pada urusniaga untuk membuka menu pilihan.
  • Dalam menu klik pada "trailing stop".
  • Menu baru akan muncul di mana anda boleh memilih preset bilangan poin renti rugi atau masukkan nilai anda sendiri.
  • Untuk memasukkan nilai anda sendiri, pilih pilihan 'custom'.
  • Tetingkap baru akan muncul di mana anda boleh memasukkan nilai Trailing Stop anda sendiri.
  • Masukkan nilai Trailing Stop dan klik OK.

trailing stop in MetaTrader 5 settings.png

Kelebihan dan kekurangan Trailing Stop

Kelebihan Trailing Stop

Salah satu manfaat terbesar Trailing Stop adalah fleksibiliti, kerana anda tidak perlu menggerakkan renti rugi anda secara manual jika harga bergerak memihak kepada posisi anda dan anda ingin menyesuaikan dedahan risiko anda dengan sewajarnya.

Jika anda mempunyai renti rugi statik pada posisi aktif/terbuka yang anda biarkan tidak dilaraskan secara manual setelah posisi anda menguntungkan, posisi anda hanya akan ditutup secara automatik jika ia kembali ke aras asal renti rugi statiknya itu. Sebarang keuntungan yang anda boleh dapat daripada posisi ini jika anda telah menutupnya lebih awal akan hilang begitu sahaja.

Rentian mengekor membantu mengelakkan perkara ini dengan melindungi keuntungan urusniaga yang sukses sambil meminimumkan kerugian.

Kelemahan Rentian Mengekor

Apabila anda menetapkan Trailing Stop, anda mesti berhati-hati untuk tidak menetapkan jarak Trailing Stop terlalu jauh dari atau terlalu dekat dengan harga pasaran. Jika anda menetapkan terlalu jauh, anda mengambil risiko menanggung kerugian yang tidak perlu, tetapi jika anda menetapkannya terlalu dekat dengan harga pasaran, pesanan anda mungkin ditutup sebelum urusniaga anda berpeluang untuk membuat keuntungan.

Contoh Rentian Mengekor

Katakan anda fikir XAUUSD sedang memasuki fasa bullish, jadi anda memutuskan untuk membelinya pada harga 1650 dengan Trailing Stop dipasang di aras 1600.

Oleh kerana ini adalah Trailing Stop, anda juga perlu memasukkan jarak pengekoran (trailing step). Langkah pengekoran memutuskan berapa banyak XAUUSD perlu bergerak ke hadapan sebelum Trailing Stop anda berganjak mengekorinya. Jadi, jika anda mahu rentian anda untuk berganjak setiap kali XAUUSD bergerak lima poin, maka ia akan bergerak ke 1605 apabila XAUUSD mencecah 1655, dan seterusnya.

Mari kita andaikan emas melonjak ke paras tinggi 1700 sebelum mengundur balik - renti rugi anda akan naik ke 1650 dan akan dicetuskan jika pasaran jatuh di bawah harga itu. Posisi anda dalam kes ini akan ditutup pada aras titik pulang modal, iaitu tanpa kerugian.

Kesimpulan

Rentian mengekor adalah alat yang baik untuk mengunci keuntungan yang telah anda raih semasa perdagangan. Mengamalkan penggunaannya akan meningkatkan kemahiran perdagangan anda.

Undur

2022-12-14 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera