VPS

VPS (Virtual Private Server)

Apakah itu VPS?

Virtual Private Server, atau VPS, adalah sejenis perkhidmatan hosting. Teknologi ini menggunakan pelayan fizikal biasa yang dibahagikan kepada beberapa pelayan maya yang berasingan. Pemilik pelayan tersebut boleh membina sistem operasi dan aplikasi mereka sendiri.

VPS hosting boleh digambarkan sebagai sesuatu di antara hosting yang dikongsi dan hosting khusus. Hosting yang dikongsi bermaksud anda berkongsi ruangan fizikal dan virtual dengan pengguna yang lain. Hosting khusus, sebaliknya, membenarkan anda untuk mempunyai ruangan fizikal dan maya anda sendiri tanpa perlu berkongsi dengan pengguna yang lain, tetapi kosnya agak tinggi. VPS menggabungkan kelebihan hosting yang dikongsi dan khusus, dan memberikan lebih privasi kepada penggunanya dengan pelayan maya yang diasingkan dan mengekalkan kos yang rendah dengan menggunakan satu pelayan fizikal biasa.

Untuk siapakah VPS hosting ini?

Secara amnya, pengguna beralih kepada perkhidmatan VPS hosting daripada perkongsian pelayan apabila mereka ingin mengembangkan tapak laman web mereka tetapi tidak mempunyai bajet untuk hosting khusus. Anda perlu mempertimbangkan untuk beralih kepada VPS hosting sekiranya anda memerlukan:

  • kestabilan: menggunakan perkongsian hosting bermaksud anda perlu berkongsi ruangan maya anda dengan pengguna yang lain. Ini akan mengakibatkan isu prestasi kepada laman web anda. VPS hosting memisahkan penggunanya, jadi jika terdapat isu pada salah satu daripadanya, ia tidak akan memberikan kesan kepada yang lain;
  • fleksibel: VPS hosting membolehkan anda untuk membina sistem operasi dan aplikasi anda sendiri dan juga mengawal persekitaran kerja anda;
  • kesediaan: Sistem-sistem VPS adalah mudah untuk diurus berbanding pelayan khusus, jadi anda boleh mengaksesnya dalam masa yang singkat selepas pertukaran;
  • perlindungan: anda mempunyai keyakinan bahawa tiada sesiapa yang boleh mendapat akses kepada data anda kerana pelayan anda dipisahkan secara maya daripada pengguna lain.

VPS dalam perdagangan

Selain daripada kegunaan biasa untuk perniagaan, sistem VPS boleh digunakan dalam perdagangan Forex.

Untuk membuat keuntungan yang tinggi daripada perdagangan, anda perlu sentiasa memantau harga dan membuka posisi di pasaran. Kelewatan sesaat boleh menyebabkan urusniaga gagal atau tidak menguntungkan yang boleh merugikan anda dalam jangka masa panjang. Pada masa inilah perdagangan VPS menjadi berguna.

Perdagangan VPS memberikan akses 24/7 kepada platform perdagangan, dan ia membolehkan mereka mengimbas setiap perubahan pasaran dan menggunakan strategi perdagangan automatik. Sistem ini membolehkan anda membuka dan menutup posisi tanpa perlu risau bahawa sambungan atau kelajuan Internet anda boleh menghalang kemajuan dagangan anda. Tambahan lagi, perdagangan VPS melindungi anda daripada gangguan bekalan elektrik dan ralat sistem serta memastikan pemulihan data yang hilang dengan pantas.

Pelayan VPS secara percuma

Terdapat pelbagai VPS Forex yang boleh digunakan untuk tujuan perdagangan. Tetapi di FBS, anda boleh mendapatakan Pelayan VPS anda sendiri secara percuma.

VPS Forex ini memberikan anda akses tanpa had kepada platform perdagangan kami dan memastikan operasi 24/7 walaupun dalam mod offline. Anda akan merasa yakin bahawa perdagangan anda tidak akan terganggu oleh isu sambungan. Tambahan lagi, VPS Forex kami membolehkan pengguna memasang mana-mana expert advisor untuk memastikan perdagangan automatik dan berterusan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat deposit dan berdagang sejumlah set lot untuk mendapatkan VPS kami secara percuma pada bulan seterusnya.

Undur

2023-10-18 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera