XAUUSD

Apakah itu XAUUSD?

Perdagangan Forex merangkumi pelbagai jenis pasangan mata wang. Untuk memudahkan anda mengemudi pelbagai pasaran, platform-platform perdagangan telah menetapkan singkatan-singkatan khusus untuk setiap pasangan. Salah satu singkatan tersebut ialah XAUUSD.

Singkatan XAUUSD mewakili kadar pertukaran dolar AS kepada harga emas. Tidak seperti singkatan-singkatan lain yang menunjukkan kadar pertukaran pasangan mata wang negara, XAUUSD menunjukkan perbandingan antara harga logam berharga dan kadar dolar AS.

Dalam artikel ini anda akan belajar mengapa XAUUSD dimasukkan ke dalam perdagangan Forex, sejarah emas dalam sistem kewangan di seluruh dunia dan mengapa pasangan ini ditulis sebagai XAUUSD.

PENGAJARAN PENTING

  • XAUUSD ialah simbol yang digunakan dalam perdagangan Forex untuk menunjukkan berapa banyak dolar AS yang diperlukan untuk membeli satu auns emas.
  • Emas pernah digunakan untuk menentukan nilai matawang sesebuah negara. Kini, emas masih dianggap sebagai aset yang amat berharga dan digunakan oleh para pedagang sebagai satu peluang pelaburan.
  • XAUUSD ialah pasangan mata wang digital dan didagangkan secara eksklusif melalui platform perdagangan Forex.
  • Emas boleh dibeli sebagai komoditi fizikal di bank atau daripada peniaga.
  • Emas sering digunakan oleh kerajaan yang mempunyai rizab emas yang besar untuk melindungi nilai matawang mereka, dan itulah sebabnya emas didagangkan di pasaran Forex.

CREATIVE-313_gold_1200x657.png

Apakah itu XAUUSD di Forex?

Seperti yang telah kami nyatakan, XAUUSD ialah singkatan untuk pasangan matawang “emas vs USD”. Secara statistik, XAUUSD salah satu pasangan yang paling banyak didagangkan di Forex. Dan ada pelbagai sebab mengapa ini terjadi.

Emas adalah logam berharga dan komoditi fizikal yang telah digunakan sejak zaman dahulu. Ia telah digunakan sebagai matawang dalam perdagangan, sebagai bahan untuk membuat barang kemas dan seni, dan juga dalam perubatan. Tidak ada logam lain yang dapat dibandingkan dengan emas, dan pengaruhnya terhadap budaya manusia tidak terukur.

Sepanjang beberapa abad sebelum ini emas berfungsi sebagai instrumen untuk menyimpan dan melindungi kekayaan. Dan kita bukan hanya bercakap tentang aset-aset golongan bangsawan elit. Sehingga tahun 1900-an, negara-negara di seluruh dunia menggunakan piawai emas sebagai sistem monetari, menyandarkan matawang mereka pada sejumlah tertentu emas. Dan walaupun sistem ini telah lama ditinggalkan, emas masih dianggap sebagai produk pelaburan yang hebat dan sangat popular di kalangan pedagang.

Pada awal bulan November 2022, harga emas didagangkan pada harga kira-kira $1700 per auns. Ia ditentukan oleh nilai matawang yang didagangkan melawannya, iaitu dolar AS dalam kes ini.

Adakah emas sama dengan XAUUSD?

Tidak juga. XAUUSD adalah singkatan, simbol yang menunjukkan berapa banyak dolar AS yang diperlukan oleh seorang pedagang untuk membeli satu auns emas. XAUUSD digunakan di platform perdagangan untuk membeli emas secara digital.

Tetapi ia juga boleh digunakan untuk membeli emas fizikal di bank atau dari peniaga-peniaga bereputasi. Dalam kes ini, emas adalah fizikal, bukan digital, komoditi yang boleh anda pegang di tangan anda jika anda mahu.

Kenapakah ia ditulis sebagai XAUUSD?

Semua pasangan matawang di pasaran forex mempunyai simbolnya sendiri yang terdiri daripada dua singkatan untuk setiap matawang yang didagangkan. Jadi anda mungkin tertanya-tanya mengapa emas diwakili oleh singkatan XAU. Mungkin anda masih ingat, simbol emas dalam jadual berkala unsur-unsur kimia ialah Au yang berasal daripada perkataan Latin ‘Aurum’ (‘emas’). Manakala X pula bermaksud ‘indeks’ dan digunakan untuk menunjukkan bahawa XAUUSD ialah pasangan silang emas dan dolar AS.

Mengapa emas dikategorikan sebagai perdagangan Forex?

Sebab mengapa emas dimasukkan ke dalam kategori perdagangan forex adalah kerana emas adalah komoditi dagangan antarabangsa yang harganya disebut dalam dolar AS. Emas pernah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekayaan sesebuah negara. Ia mengawal jumlah wang yang boleh dicetak oleh sesebuah negara dan nilai matawang negara itu.

Kini, apa yang dipanggil piawai emas tidak lagi digunakan, tetapi emas masih lagi komoditi yang popular. Ia kini didagangkan di Bursa New York dan London, yang menentukan harga emas.

Tambahan lagi, emas kini dianggap sebagai matawang global. Kerajaan-kerajaan yang mempunyai rizab emas yang besar berminat untuk memastikan nilainya terus tinggi untuk melindungi matawang mereka. Pelabur-pelabur lebih suka menjual aset berisiko dan membeli emas pada masa-masa yang tidak menentu. Oleh sebab itu, emas dianggap sebagai aset perlindungan. Tetapi ini juga bermakna harga emas boleh dipengaruhi oleh kerajaan dan juga peniaga-peniaga biasa.

Di pasaran Forex, para pedagang jangka pendek memilih untuk berdagang emas kerana harganya cenderung sangat meruap. Oleh itu, para pedagang mengambil kesempatan daripada lonjakan-lonjakan besar harga.

Undur

2022-12-13 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah perbezaan di antara XAU dan USD?

    XAU adalah singkatan yang digunakan untuk merujuk kepada emas manakala USD adalah simbol untuk dolar AS. Perlu juga dinyatakan bahawa harga emas mempunyai korelasi yang negatif dengan mata wang Amerika. Akibatnya, ianya menaik apabila USD turun. Sebaliknya, jika USD menguat, harga emas akan turun.

  • Apakah manfaat emas?

    Manfaat utama emas untuk perdagangan termasuklah perlindungan terhadap inflasi, keupayaan untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa yang panjang, berpotensi untuk digunakan sebagai penyimpan kekayaan, dan ketersediaan antarabangsa.

    Bagi para pedagang jangka pendek, emas adalah instrumen yang hebat dengan kecairan yang tinggi.

  • Berapakah harga emas?

    Pada tahun 2022, harga emas jatuh dari paras tertingginya iaitu $2070 kepada paras sekitar $1700.

  • Apakah jenis-jenis emas yang ada?

    Jenis emas yang paling biasa didagangkan dan dilaburkan ialah emas fizikal, jongkong emas, syiling emas, barang kemas emas, saham perlombongan emas, opsyen emas dan niaga hadapan. Emas juga boleh didagangkan sebagai sebahagian daripada pasangan matawang di pasaran Forex.

  • Kenapa berdagang emas?

    Emas masih dianggap sebagai logam paling berharga. Banyak negara mempunyai rizab emas yang besar untuk melindungi matawang negara mereka. Berdagang emas membantu para pelabur individu untuk melindungi aset mereka daripada kemelesetan, inflasi dan isu-isu kewangan lain yang boleh menurunkan nilai matawang fizikal. Oleh kerana emas adalah aset perlindungan yang diakui, harganya cenderung meningkat pada masa ketidaktentuan global.

    Pada masa yang sama, para pedagang jangka pendek lebih suka berdagang XAUUSD kerana kecairan dan kemeruapan yang tinggi.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera